Monday, June 09, 2014

National Conference Shaklee 2014

Alhamdulillah..
kali ni, mama dapat 6 awards..
:)
last time pegi dapat 1 award je..tu pun dah happy sangat2..
kali ni, bukan je dapat 6 awards, 
tapi dapat jugak pakej 3 hari 2 malam di Sunway Resort and Spa Hotel.
syukur...
pakej ni fully sponsored by shaklee tau..
ada aktiviti dalam sunway lagoon juge..
mama dapat 3 tiket..
1 untuk mama, 1 untuk papa dan 1 lagi mama bagi atuk.


siapa tak suka benda free, ye tak?
lagi2 kalau dapat 5 star punye pakej...
emm.... :)

National Conference Shaklee kali ni berlangsung selama 2 hari.
papa pun teruja sama..
mama tau.... ;)


So..just enjoy the photos ya...
:)
------
barang2 free dari shaklee..



---

putri2 bermesra dengan nenek atuk..








---

mama papa di hari kejadian..





---
bersama keluarga besar shaklee mama..




---
Dinner ~ The Glitter Nite ~

Actually, conference ni berlangsung pada hari anniversary mamapapa..
jadinya, mamapapa anggap ni anniversary mamapapa..hihi..

kakak n adik tak boleh bawak..
kene lah tinggal dengan atuk nenek.
banyak kali mama bagitau kakak, kakak cakap okey.
tapi bile hari kejadian, kakak nangis2 pulak.
tambah, kakak sakit2 perut pulak petang tu.
asyik muntah2.
serba salah mamapapa nak pegi dinner tu.
tapi kami pergi juga.
mama tahu nenek boleh jaga kakak dengan baik..
:)




---
bersama2 keluarga shaklee mama.
tak banyak gambar sebab ramai yang balik awal.
mamapapa pun rushing nak balik awal juge sebab kakak tak sihat..


---

award2 yang mamapapa dapat.
:)



---
edited gambar mamapapa je....
love this picture soooo much!
:)


---
Alhamdulillah..berakhir sudah event yang di tunggu2 setiap tahun.

National Conference ini adalah event untuk semua SID yang telah bersusah payah, berpenat lelah, dan macam2 lagi dugaan yang kami tempuhi sepanjang menjalankan bisnes kami.
Rasa hilang semua tu setelah dapat jejakkan kaki ke event ini bersama2 suami, anak2 dan family.
Rasa hilang semua tu setelah jejakkan kaki menaiki tangga stage untuk amik award bersama suami dan anak2.
Rasa hilang semua tu setelah melihat seorang demi seorang anak2 bisnes turut sama naik pentas amik awards.
Hilang semua lelah...

Sungguh, 
saya rasa bertuah kerana di pilih Allah untuk terjebak dalam bisnes ini.
sungguhpun bisnes ini bukan menjual makanan sunnah..
sungguhpun bisnes ini bukan semuanya tergolong dalam golongan orang2 yang alim,
tapi bisnes ini suci dan murni setelah di terajui oleh PM Shareeza, the founder of JUTAWAN.
lebih separuh dari mereka yang hadir semalam adalah muslimin dan muslimat..
orang2 islam semakin menerajui bisnes ini dan awardees jugak lebih ramai orang islam yang berdiri atas pentas.
syukur Alhamdulillah.... :)

ramai antara kami adalah ibu2 yang meninggalkan kerjaya-ofis-hour-yang-perlu-keluar-rumah-tinggalkan-anak2-dan-suami dan kini menjadi IBU2 YANG BEKERJAYA DARI RUMAH, YANG DAPAT BERI SEPENUH PERHATIAN KEPADA KEPERLUAN SUAMI DAN ANAK2.
bagi saya, ITU LAH KERJAYA TERHEBAT SEORANG ISTERI DAN IBU.

Syukur Ya Allah...
Bisnes ini adalah anugerah terindah untuk saya dari Allah kerana melalui bisnes ini Allah tunaikan satu persatu impian saya...
impian2 suami saya...
impian2 anak2 saya...
impian2 mak ayah saya...
impian2 adik beradik saya...
impian2 anak2 bisnes saya dan seluruh organisasi mereka...
BUKAN IMPIAN SAYA SEORANG, TAPI IMPIAN SEMUA ORANG!
Syukran Ya Allah...
Segala puji hanya layak bagi Mu..

*tearss*



LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

Monday, May 19, 2014

BISNES SHAKLEE

Personal Coaching: Seni Buat Duit Dengan Bisnes Shaklee Yang Mampu Memberikan Pulangan Sehingga 6 Angka Sebulan

Saya bersedia untuk membimbing anda secara peribadi dan berkongsi tips, amalan dan ilmu  untuk anda membina perniagaan Shaklee di internet dengan cara yang paling mudah & menguntungkan dengan wang permulaan serendah RM65!

-------

Baizura Bahar
Founder, Superiority Matahariku.



Tuesday, May 13, 2014

MASTER CELEBRATION SHAKLEE @ PULLMAN HOTEL


berkobar2 nak pegi MasCel nenda shaklee mama, Master Nadiah & Master Amir.




first time pegi ni..
walaupun buat kat KL, semangat nak pegi!!!

asalnya nak tido rumah mak ngah je, tup tup Master Iffah ada buat kelas pagi tu kat hotel yang sama..

so mama decide kita tido hotel je..
senang papa nak jaga putri2 masa mama ke kelas pagi tu.



seharian mama bershaklee hari tu..
menyedut, menghirup, menyerap segala ilmu dan sharing yang tak ternilai dari master2 shaklee semua.
murahnya hati mereka...
mama juga mahu jadi sebahagian dari mereka..

shaklee, bukan semata2 menjual produknya...




tapi sebenarnya, lebih dari itu!

kalau semua orang perasan, tak kira lah sid tu chinese ke, malay ke tak de yang menunjuk2 harta kekayaan yang diorang dapat dari shaklee.

semua sibuk nak share keseronokkan bershaklee instead of sibuk menayang kete besar, rumah besar, baju designer etc2..
yang lagi best, semestinya grup shaklee dari susur galur Jutawan.

konsepnya, 
walaupun yang datang kelas tu kaum isteri atau ibu, 
suami dan anak2 akan turut serta.
memang kalau datang kelas atau seminar, macam pegi kenduri.
suara anak2 main, nangis, gaduh semua ada...
tapi, itu bukan penghalang untuk menuntut ilmu.
mula2 mungkin tak biasa..
bila dah 2-3 kali datang, kita akan terbiasa.
dan, dari situ jugak, 
mama belajar untuk lebih 'fokus' pada speaker walaupun banyak lagi bunyi2 lain yang kedengaran.
ini bisnes keluarga.
mostly ibu2 buat bisnes ini untuk anak2 dan suami.
dan kami memang takkan tinggalkan mereka semata2 untuk berbisnes.

stroller boleh masuk, tiada hal!


sambil dukung anak tido pun boleh bagi sharing, tiada hal!


berforum sambil di temani anak2 pun tiada hal!

honestly, mama suka bisnes yang begini.
dan papa jugak tak keberatan lagi untuk pegi event2 anjuran susur galur Jutawan.
sebab mama tahu, papa memang tak suka tinggalkan putri2 nya. :)

itu kelas sebelah pagi.

lepas tu kita menikmati lunch percuma pulak.
makan..makan..


atuk nenek dan pak su juge datang sama.



dah konyang, tiba lah masa event gilang gemilang!!!
walaupun bukan event untuk mama, tapi bahang nya tetap terasa..


fuhhh...
masa kita akan tiba jua!

dan biarlah gambar saja yang berbicara..


'pengantin' yang di rai..
gambar dari fb tuannya.. :)

hadiah dari master nad & master amir




cucu saya Nori Yani Abu Talib, anak saya Mastura Ahmad, mama saya Shazwani Aika


with my great sunshine, Nori Yani Abu Talib.


with my great sunshines, Mastura Ahmad dan Siti Rahayu.


with my great sunshine, Fatimah Zakaria.


with my great mentor, Nadiah Suhaidi & Shazwani Aika.

with my great sunshine, Yussyiqim Binti Yusof. 


with my great sunshine, Abu Wa Ummu Lutfullah.

sungguh...
kenangan yang indah untuk di kenang..
bertemu insan2 sederhana tapi hebat..
bertemu anak cucu cicit yang sama2 berjuang dalam bisnes ini..
dan semestinya, 
satu semangat baru untuk teruskan perjuangan dalam bisnes ini..
macam mama cakap sebelum ni,

shaklee, bukan semata2 menjual produknya...

tapi lebih dari itu...

membantu memberi berkongsi ber ukhuwah ber keluarga bersama2 harungi suka duka


indah...
sangat2 indah bisnes ini..
tiada sebab untuk mama berhenti..
tiada alasan untuk mama stop sharing shaklee..

dan..
ini lah dunia kita nanti..
mama dalam usaha membantu papa untuk sama2 bekerja dari rumah dengan mama..
dan semestinya, putra putri 24jam bersama mama papa..
itu lah impian mama..

:)

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com







Tuesday, May 06, 2014

EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING.

klise kat qoute ni..

"EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING"

tapi, memang benar..
setiap kedukaan kita, pasti ada yang menyinar di hujung nya...
seperti pelangi yang muncul ketika matahari menyinar selepas hujan lebat..


menjadi working-at-home-mum bukanlah semudah yang di sangka..
tambah2 ketika anak2 masih diperingkat mahu di manja dan di beri perhatian setiap masa.
oleh itu, ingin saya umumkan, kerjaya utama saya sekarang adalah suri rumah.
shaklee masih bisnes part time saya...
saya berbisnes ketika masa terluang saja.. :)
bezanya dari dulu, waktu ofis rasanya tak berkat kalau buat bisnes lain..
sebab ada orang yang bayar kita bekerja untuk mereka untuk certain2 waktu.
tapi bile kat rumah, saya bebas..

bangun pagi lepas sarapan saya boleh lepak2 mengadap fb..
sementara nak masak lunch saya boleh curi2 wasap2 dengan anak cucu dan customer..
TIME FLEXIBLE ~ itu lah idaman setiap orang..

okey,straight to the point..hihi..
pagi ni saya post status ni kat fb saya,


Assalamualaikum n happy monday!!!

Jom mulakan hari dengan senyum...
Mudah mudahan, berita gembira sedang menanti kita!!! — feeling great.


2/3 bulan lepas, saya sedikit berdukacita atas sebab2 tertentu..
tapi saya sentiasa pujuk hati, Allah sedang rencana kan sesuatu yang indah buat saya di masa hadapan..
ye..Allah sedang aturkan..
saya cuma perlu sabar sedikit saja atas ujian2Nya..

dan hari ini, saya diberitahu oleh leader saya yang shaklee dah email penerima2 award pada National Conference Shaklee tahun ini.
terus saya check email..
dan.....
Alhamdulillah..
5 awards bakal saya peroleh untuk NC tahun ni..
NC last year cuma 1 award sahaja.
tu pun dah happy dapat naik pentas dan lambai2 tangan atas pentas.. :)

tapi tahun ni, fuhh.. 5 kali turun naik pentas dengan perut boyot!


Alhamdulillah...
disebalik 1001 ujian Allah beri, 
Allah pasti akan berikan berita gembira buat kita.

seperti firman Allah dalam surah al -insyirah, 


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


------------------------------------------

Teruskan berharap yang impian2 mu akan jadi kenyataan kerana setiap impian-yang-jadi-kenyataan itu adalah hasil dari sabar yang tinggi dan usaha yang berpanjangan.
~master bee~
------------------------------------------ 


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com












Friday, May 02, 2014

REZEKI JANGAN DI TOLAK, MUSUH JANGAN DI CARI.

Hari ni, life siang hari seperti biasa..
masak, layan putri2, kemas rumah dan layan anak2 bisnes.
yang luar biasanya adalah, putri2 tak tido siang hari ni..
langsung tak tido..

so, lepas zuhur, mama bagi aktiviti menulis dan mewarna..
situasi nye sama macam entry homeschooling hari tu..
adik tekun dan akhirnya pandai dah tulis no 1 hari ni..
kakak banyak cakap, banyak cerita...
okey la..perfect combination untuk sambung legasi shaklee mama...
adik jalan bisnes online, kakak jalan offline...
ok, cun! ;)

kisahnye, mama dapat call ada orang nak minta buat drawing 3D..
seperti tajuk entry ni, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari.
asalkan orang itu boleh deal yang mama buat keje lambat, tak mo amik keje urgent, its ok...
mama grab!

lalu, sampai maghrib, putri2 masih bertahan tak tido dan main sakan menjerit2 dan kejar mengejar..
kakak dah nampak tanda2 nak tido..
tapi bile mama cakap nak pegi mydin jumpa pakcik, terus dia segar..
excited bukan main!

sementara tunggu time nak pegi tu, adik dah pengsan..
tengah suka suki, tiba2 senyap..
pengsan lah tu..
angkut lah jugak ke mydin..
tapi, papa, adik n kakak tunggu dalam kereta sebab adik tido..

lama lah jugak mama jumpa, ade kot setengah jam..
bile mama masuk kereta, kakak dah tido...
alahai...sayu nye hati mama...
dia punya lah excited tadi nak jalan2, sudah nya dia tido pulak...

sampai rumah dia terjaga..
nasib baik dia tak tuntut nak jalan2 sebab masih ngantuk dan sambung tido..
adik pulak yang terjaga n segar bugar sekarang...

aiyakkk...

okey..mission membuat drawing bermula!

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com -

Thursday, May 01, 2014

KISAH CLOSING SHAKLEE ~APRIL~

Assalamualaikum...
rasanya, saya nak start cerita perjalanan shaklee saya dalam blog ini jugak.
konon nak update selalu, tak tak buat juga..hihi..

untuk pengetahuan semua, closing adalah hari terakhir dalam bulan tersebut untuk setiap SID (shaklee indipendent distributor) kumpul point untuk kiraan bonus, pangkat dan lain2 reward dari shaklee.
memang mendebarkan...kalah nak masuk exam SPM tau..

tapi closing kali ni rasanya sangat mencabar...

sebab, stok yang dah lama tak de dan customer tertunggu2 kan stok vitamin2 ni, tiba2 muncul di saat closing!
yang lagi mencabar nya adalah, stok available hanya di branch sahaja!
fuhh...

berpeluh setitis 2...
demi rasa sayang dah tanggungjawab kepada anak2 shaklee saya, saya gagahkan diri pegi branch.
biasanya saya closing kat rumah saja.
maklum lah, shaklee dah go online.



tapi semalam, bertemankan 2 orang kanak2 omega yang riang ria ni, dengan perut memboyot, saya drive pelan2 ke branch.
siap diorang gaduh2 dalam kete...
waaaaa...rasa nak nangis... 
nasib baik diorang tak gaduh kat branch..
kalau tak, tak tahu lah macam mana..
dengan orang ramai nye kat branch tu..
malu mak weiii...hihi

akhir nya, berjaya jugak belikan stok untuk anak cucu..
oh ye..stok yang hot sangat tu adalah, herbal blend, chewable vitamin c, carotomax dan advance joint health.
itu pun ajht tak sempat nak beli sebab dah abis..

alhamdulillah...setel 1 urusan...
lepas tu saya ke bank pulak nak masukkan duit..
maka, berpimpin tangan lah seorang ibu mengandung dengan 2 orang kanak2 di kiri kanan nya..
malu jugak sebenarnye..hihi...
macam kesian pun ada... :)
tapi, biarlah...asalkan matlamat tercapai!
sempat singgah KFC, tapau sikit..
lapar...sebab dah lebih waktu lunch..

balik rumah dulu, makan, solat, putri natrah sempat tido kejap...
lepas asar, keluar lagi nak ke pejabat pos pulak...

waaa...supermom sungguh rasanya...
stok plastik prabayar kat rumah abis le pulak..
kene lah beratur..
beratur bersama2 kanak2 omega yang riang gumbira.. :)
dan akhirnya, selesai urusan di luar pada hari itu..
alhamdulillah...
maghrib baru sampai rumah...

rehat2 sekejap..
dinner bersama suami..
sambung pulak order online dan transfer uv (point) kat anak2 shaklee saya..

website shaklee laju sangat dan cepat je urusan selesai...
alhamdulillah sangat2..
dah selesai tu, baru lah ibu perut boyot ni dapat baring2..
sambil tab di tangan melayan anak2 bisnes...
sampai ku menutup mataaaa ~~~~~

haha...
first time tido awal di hari closing..

inilah dia kanak2 omega yang riang gumbira tu!

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com










Monday, April 28, 2014

Homeschooling.


Adik putri..
tekun dan fokus.tak cakap banyak,buat je keje sampai siap.



Kakak putri..
fokus macam nak makan buku tapi kaler sikit, cakap banyak2...kaler sikit, cakap lagi..
Bile tengok gambar, panjang dia describe pasal gambar tu. Keje tak siap2.


2 anak, 2 karakter.