Showing posts with label Natinal Conference Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Natinal Conference Shaklee. Show all posts

National Conference Shaklee Malaysia 2016

Assalamualaikum n hi!!
2 minggu sudah NC berlalu.
tetapi kenangannya tetap terpahat diingatan.
saya sentiasa rasa happy untuk menghadiri NC Shaklee.
Dan suami juga,sentiasa beri saya peluang dan ruang untuk menghadiri event terbesar company saya bekerja ni..




Event ni seolah2 dah jadi event wajib-hadir kami.
Suami saya dahulunya seorang yang tak suka menghadiri event2 seperti ini, akhirnya kene suka jugak..hehe..
Dan setiap kali saya hadir NC Shaklee ni, semakin bertambah yakin saya dengan company Shaklee.
Produk nye saya memang dah jatuh cintun lama dah..
kalau tak, takkan saya konsisten amalkan suplemen shaklee sejak oktober 2012 lagi.

mashaAllah...hampir 4 tahun saya dan suami dok telan vitamin2 shaklee ni..
dah jadi makanan ruji dah..
and to be honest, saya lebih rela spend beratus2 ringgit untuk beli suplemen2 shaklee rather than beli jubah or tudung or apa2 je lah...
sebab bagi saya, SIHAT ITU SEGALA2 NYA..
saya perlu sihat sebab ada 5 hadiah Allah yang saya kene jaga.
saya perlu sihat sebab parent saya masih ada untuk saya balas jasa2 mereka yang menatang saya bagai minyak yang penuh suatu masa dulu...
sebab tu lah, saya ikhtiar untuk kekal sihat dan bertenaga setiap masa.
dengan mengamalkan vitamin2 shaklee, alhamdulillah, kesihatan saya sentiasa baik.
alhamdulillah...

back to the main topic.
NC kali ni sangat ringkas dan padat.
tentatively, event start pukul 10 pagi dan habis pukul 5 petang, just 1 hari.
(compare to last year n last 2 years, event berlangsung selama 2 hari)
dan event juga selesai sharp pukul 5 tau!
sangat sangat bagus time management nya. :)

walaupun event nya ringkas, tapi pengisiannya, subhanallah....tip top sangat!
kali ni saya tak pegang camera/handphone langsung.
saya fokus pada event sahaja dan ternyata, setiap slot tidak mengecewakan saya!

kali ni, shaklee jemput emcee jemputan iaitu Adibah Nor..

serius sangat best kak adibah jadi emcee..
gamat dewan..
dengan skrin yang superb besar...puas mata memandang.. :)
siap ada persembahan nyanyian dari beliau..
lagu yang ditujukan khas buat kami semua SID...
memang touching....

and, surprisingly, kak adibah yang skeptikal dengan MLM, mengakui yang Shaklee berbeza dari MLM yang lain.
setiap sharing dari Masters jemputan telah menyentuh hati sanubari beliau..
kerana setiap sharing mereka adalah sharing yang tulus ikhlas dari hati..dari SOUL mereka..
majoriti kami buat bisnes ni bukan semata2 untuk diri kami..
bukan untuk kami dapat duit juta2 untuk kami hidup mewah2..
tapi kami jalankan bisnes ini tak lain tak bukan adalah untuk FAMILY KAMI.
kami bukan sahaja tunaikan impian kami tetapi impian2 keluarga kami.
sebab tu, ramai master2 yang kebanyakkan nya, dahulunya orang susah.
mereka dah merasa hidup susah.
mereka dah lihat kesusahan mak ayah mereka suatu masa dulu..
dan kesusahan ini lah yang telah mendorong mereka dan saya untuk struggle dalam bisnes ni.
sebab apa?
sebab kami 'nampak' dengan bisnes ini kami boleh pergi jauh..
sebab kami 'nampak' dengan bisnes ini kami boleh capai cita2 dan impian kami serta impian insan2 kesayangan kami..
ini lah bisnes yang saya pilih..
bisnes Shaklee.

what else can i say about NC?


oh ye.. new president Shaklee, Helen terkejut sebab, inilah event yang beliau hadiri dengan baaaaanyak babies!
yeah...of course kami akan bawa bersama baby2 kami..
mana mungkin kami tinggalkan mereka sebab mereka juga sebahagian dari Shaklee.
asbab anak2 kecil inilah kami jumpa shaklee.
asbab anak2 kecil inilah kami struggle berbisnes shaklee.
anak2 kecil inilah tunggak utama bisnes kami.
dan shaklee yang baik hati juga telah sediakan day care untuk anak2 kecil kami..
bebudak punyalah happy masuk situ sampai tak nak balik...
siap ada pop corn free lagi... best ke seronok? :)


slot lain yang berlainan kali ni, ada lucky draw..
hadiahnya confirm lumayan.
ada 3 kali cabutan.
setiap kali cabutan, ada 10 hadiah. 5 hadiah untuk penerima award. 5 hadiah untuk pembeli tiket.
so..next year, kalau korang yang bukan ahli nak join NC ni pun boleh.
if ada lagi lucky draw..mana tau kot bertuah..
dapat iphone6 !!
saya kurang bertuah kali ni..hehe..
lain2 hadiah, produk shaklee seperti Vivix, Set Nutriwhite, Get Clean Set, Collagen, ape ke lagi..
selain produk shaklee, iphone6 dan ipad.
semua berebut nak iphone6..

Gambar-gambar ketika ambil award dan bersama rakan2 sid yang lain.














tepat pukul 5, majlis pun tamat..
alhamdulillah...seronok sangat NC kali ni..
sempat jugak saya bergambar dengan kak Adibah Nor..
tapi selit2 belakang rakan SID saya..hehe..


baaaaanyak lagi nak cerita sebenarnya...
tapi tak pe...nanti saya cerita lagi di entry akan datang, ye...
(^_^)v

ps- kredit semua gambar kepada MSE photographer, siera haiyi n kak pia.
....

belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan selamat menyambut Ramadhan al mubarak.
semoga puasa tahun ini menjadi titik permulaan untuk kita lakukan perubahan yang besar dalam hidup kita.
contohnya, kalau dulu tak biasa makan suplemen, apa kata mulai ramadhan tahun ni, jadikan Shaklee sebagai makanan tambahan korang.
trust me! 
korang akan rasa perbezaannya, insyaAllah..
korang boleh mulakan dengan mengamalkan Ramadhan Set ni...



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Majestic Dinner.


Wedding anniversary semakin hampir.
berdebar...
macam nak bernikah semula pulak...hehe
Kalau dulu2, rasanya tak de celebrate kot.
sebab,habibi bukan jenis suka celebrate2..
so saya sebagai wife, duk diam2 je lah.. ;)

Tapi, sejak 3 tahun lepas, kami mula raikan anniversary perkahwinan kami.
sebab, setiap tahun pun National Conference Shaklee jatuh pada tarikh wedding kami.
thanks to shaklee!
(^_^)

Actually, thanks to myself sebab i'm working hard untuk 'gift' dari shaklee ni.
tak semua Sid yang boleh dapat award(s),dinner and bilik hotel. Ada kriteria2 tertentu. Yang paling penting, kene naik rank pertama dulu, Supervisor.
Once dah supervisor, ada baaaaaaanyak kelebihan yang Sid akan dapat dari shaklee.

Ada 3 kelebihan utama kalau korang berusaha dapat naik rank. Kami panggil, 3C.
CASH, CAR, CONVENTION.

1. Cash bonus. 

% sales bonus yang lebih besar iaitu 21%. Mostly yang naik supervisor akan dapat monthly rm1000 keatas. Saya dapat naik supervisor pada bulan ke 3 saya bisnes. Masa tu, rm1000 tu dah happy sangat dah tu. Yela..saya buat part time je masa tu. Saya just share je pasal apa yang saya rasa tentang shaklee dan segala kebaikan2 shaklee. Alhamdulillah..tak susah mana pun sebenarnya.

2. Car bonus. 

Car bonus ni, nama je car bonus. Tapi shaklee bagi dalam bentuk CASH, dan dapat setiap bulan bersama2 bonus bulanan tu. So, Sid bebas untuk beli apa saja kereta kegemaran diorang atau diorang boleh beli apa saja yang diorang nak. Untuk melayakkan diri dapat car bonus ni, kene kumpul certain2 uv (point) untuk layak. Bila dah layak, untuk bonus bulan berikut nye baru boleh dapat. Itupun kene ada minumum 5500guv (group uv).
Biasanya, minimum Sid akan dapat dalam rm600. Hey...lepas kot duit installment kereta,kan. Tak kacau dah duit gaji..
macam saya, saya simpan untuk renovate rumah. Kebetulan saya dah nak masuk rumah sendiri, so saya gunakan untuk rumah. Tak salah sebab shaklee bagi CASH. (^_^)
Alhamdulillah tak de buat loan segala untuk renovate rumah. Semuanya cash hasil saving dari bonus shaklee. Tak lalu dah nak berhutang.

3. Convention. 

Melancong 5 bintang ke luar negara atau umrah & melancong dalam negara. Haaa...ni lah yang saya dapat untuk hadiah wedding anniversary. (^_^)
Untuk layak dapat 'convention gift' ni pun ada cara kiraan uv untuk di kumpul. Kirenye macam, convention ni hadiah redeem dari jumlah uv yang kita dah kumpul tu. Lagi banyak uv kita kumpul, lagi banyak tiket2 pelancong kita boleh dapat. Siap boleh bawak mak ayah dan mak ayah mertua lagi tau.
Tahun pertama saya berbisnes shaklee, saya belum layak untuk redeem trip shaklee. Tahun kedua, suppose saya dapat 1 tiket pergi US (shaklee buat trip ke US) tapi saya terpaksa tolak sebab due bersalin baby nailah masa2 pergi tu lah. So saya redeem 3 tiket ke National Conference. Dapat stay kat Sunway Resort & Spa selama 3 hari 2 malam. Untuk tahun ni, saya dapat percutian honeymoon kat Golden Horses & Palace Hotel pulak.
Kalau nak explain lagi pasal convention ni,memang panjang. Kene personal coaching dengan saya, k..

Cant wait!!!
Hehe...
yang paling saya happy sebenarnya adalah, habibi kini lebih sporting.
(^_^)
Beliau bukan seorang yang suka bersosial.
yes kami sama2 pendiam dengan kenalan baru tapi saya masih suka bersosial..hehe
Tapi sekarang,
Beliau pun excited cari baju untuk dinner tu nanti..
emm...
(^_^)


Oh ye..lagi yang saya suka adalah, dapat macam2 barang shaklee yang limited edition,yang tak boleh beli kat branch.

Back pack dan t shirt.

Apa yang saya pernah dapat ni actually anda jugak boleh dapat.
semua orang ada peluang untuk rasa semua yang shaklee offer.
yang penting sekali, tiap bulan shaklee offer untuk dapat cash dan car bonus tu.
terpulang pada masing2.
jika anda dah bersedia untuk dapat benefit2 yang shaklee offer ni, boleh hubungi saya untuk info lanjut ye..
(^_^)

---
 PENGUMUMAN!!!
[PROMOSI JUNE 2015]



S.R Vitamin C..
---
apa yang HOT sangat dengan vitamin C ni?

well….vitamin c sangat sinonim dengan kecantikkan kulit wajah. no wonder lah ramai artis2 termasuk artis lelaki yang sanggup ‘cucuk’ vitamin c semata-mata nak cantik…kalau saya, memang tak sanggup! saya lebih prefer kalau ia dalam bentuk makan (pil).
.
Sepanjang bulan Jun ni, shaklee berbesar hati nak bagi anda PERCUMA 1 BOTOL dengan pembelian 6 botol Vitamin C yang HOT ni.
Pakat kongsi2 beli dengan family, saudara mara dan rakan2 kerja.

Hubungi pengedar shaklee anda yang komited ini, baizura bahar @ 016.595.2771.
(^_^)

#misicantiksempenaraya

---

love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING.

klise kat qoute ni..

"EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING"

tapi, memang benar..
setiap kedukaan kita, pasti ada yang menyinar di hujung nya...
seperti pelangi yang muncul ketika matahari menyinar selepas hujan lebat..


menjadi working-at-home-mum bukanlah semudah yang di sangka..
tambah2 ketika anak2 masih diperingkat mahu di manja dan di beri perhatian setiap masa.
oleh itu, ingin saya umumkan, kerjaya utama saya sekarang adalah suri rumah.
shaklee masih bisnes part time saya...
saya berbisnes ketika masa terluang saja.. :)
bezanya dari dulu, waktu ofis rasanya tak berkat kalau buat bisnes lain..
sebab ada orang yang bayar kita bekerja untuk mereka untuk certain2 waktu.
tapi bile kat rumah, saya bebas..

bangun pagi lepas sarapan saya boleh lepak2 mengadap fb..
sementara nak masak lunch saya boleh curi2 wasap2 dengan anak cucu dan customer..
TIME FLEXIBLE ~ itu lah idaman setiap orang..

okey,straight to the point..hihi..
pagi ni saya post status ni kat fb saya,


Assalamualaikum n happy monday!!!

Jom mulakan hari dengan senyum...
Mudah mudahan, berita gembira sedang menanti kita!!! — feeling great.


2/3 bulan lepas, saya sedikit berdukacita atas sebab2 tertentu..
tapi saya sentiasa pujuk hati, Allah sedang rencana kan sesuatu yang indah buat saya di masa hadapan..
ye..Allah sedang aturkan..
saya cuma perlu sabar sedikit saja atas ujian2Nya..

dan hari ini, saya diberitahu oleh leader saya yang shaklee dah email penerima2 award pada National Conference Shaklee tahun ini.
terus saya check email..
dan.....
Alhamdulillah..
5 awards bakal saya peroleh untuk NC tahun ni..
NC last year cuma 1 award sahaja.
tu pun dah happy dapat naik pentas dan lambai2 tangan atas pentas.. :)

tapi tahun ni, fuhh.. 5 kali turun naik pentas dengan perut boyot!


Alhamdulillah...
disebalik 1001 ujian Allah beri, 
Allah pasti akan berikan berita gembira buat kita.

seperti firman Allah dalam surah al -insyirah, 


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)

[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


------------------------------------------

Teruskan berharap yang impian2 mu akan jadi kenyataan kerana setiap impian-yang-jadi-kenyataan itu adalah hasil dari sabar yang tinggi dan usaha yang berpanjangan.
~master bee~
------------------------------------------ 


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com