klise kat qoute ni..
"EVERY CLOUD HAS A SILVER LINING"
tapi, memang benar..
setiap kedukaan kita, pasti ada yang menyinar di hujung nya...
seperti pelangi yang muncul ketika matahari menyinar selepas hujan lebat..
menjadi working-at-home-mum bukanlah semudah yang di sangka..
tambah2 ketika anak2 masih diperingkat mahu di manja dan di beri perhatian setiap masa.
oleh itu, ingin saya umumkan, kerjaya utama saya sekarang adalah suri rumah.
shaklee masih bisnes part time saya...
saya berbisnes ketika masa terluang saja.. :)
bezanya dari dulu, waktu ofis rasanya tak berkat kalau buat bisnes lain..
sebab ada orang yang bayar kita bekerja untuk mereka untuk certain2 waktu.
tapi bile kat rumah, saya bebas..
bangun pagi lepas sarapan saya boleh lepak2 mengadap fb..
sementara nak masak lunch saya boleh curi2 wasap2 dengan anak cucu dan customer..
TIME FLEXIBLE ~ itu lah idaman setiap orang..
okey,straight to the point..hihi..
pagi ni saya post status ni kat fb saya,
Assalamualaikum n happy monday!!!
Jom mulakan hari dengan senyum...
Mudah mudahan, berita gembira sedang menanti kita!!! — feeling great.
2/3 bulan lepas, saya sedikit berdukacita atas sebab2 tertentu..
tapi saya sentiasa pujuk hati, Allah sedang rencana kan sesuatu yang indah buat saya di masa hadapan..
ye..Allah sedang aturkan..
saya cuma perlu sabar sedikit saja atas ujian2Nya..
dan hari ini, saya diberitahu oleh leader saya yang shaklee dah email penerima2 award pada National Conference Shaklee tahun ini.
terus saya check email..
dan.....
Alhamdulillah..
5 awards bakal saya peroleh untuk NC tahun ni..
NC last year cuma 1 award sahaja.
tu pun dah happy dapat naik pentas dan lambai2 tangan atas pentas.. :)
tapi tahun ni, fuhh.. 5 kali turun naik pentas dengan perut boyot!
Alhamdulillah...
disebalik 1001 ujian Allah beri,
Allah pasti akan berikan berita gembira buat kita.
seperti firman Allah dalam surah al -insyirah,
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[1] Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
[2] Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)
[3] Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?
[4] Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
[5] Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
[6] (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
[7] Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),
[8] Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
------------------------------------------
Teruskan berharap yang impian2 mu akan jadi kenyataan kerana setiap impian-yang-jadi-kenyataan itu adalah hasil dari sabar yang tinggi dan usaha yang berpanjangan.
~master bee~
------------------------------------------
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.