cerewetnye kami nak beli rumah!



ini cuma pandangan peribadi kami suami isteri berlandaskan sedikit experiance bekerja dan dari survey merata2...


1. Kawasan dan budget.
Kami sepakat nak beli rumah kat area meru atau klebang.
sebabnya,dekat dengan highway dan dekat dengan tempat keje suami.
since suami pegi keje naik moto n saya naik kereta, keutamaan adalah pada suami.
tapi, kalau suami saya dah tak keje situ, macam mana?..hehe..
budget pulak,dah tentu lah berpada-pada dengan budget.
kalau tak cukup budget,dah tentu2 bank tak lulus kan loan.

2. Size lot dan floor plan.
Ini sangat penting bagi kami.
sebelum apa2, saya dah bagitau suami yang saya nak bilik lebih dari 3..
1 bilik saya nak buat library @ studio saya @ bilik study anak2..
kalau tak dapat bilik pun,at least ada ruang untuk space tu..
size binaan yang perlu di ambil kira berbanding size lot.
antara size lot 20' x 70', size binaan 20' x 40' dengan size lot 20' x 70' ,size binaan 20' x 43', mana lagi besar rumah tu?
mesti lah size binaan 20' x 43',kan?
oleh itu, jangan tengok pada size lot sahaja...
kecuali kalau korang suka bercucuk taman, mahukan tanah yang banyak, tu terpulang pada individu...

3. Spesifikasi.
Ini juga sangat penting bagi kami..
mujur juga saya jadi id,at least saya tau serba sikit tentang finishing dalaman yang selalunya di'cut' cost oleh developer..
antara specs yang jadi kepentingan kami,

- floor tiles 2' x 2'...
design zaman sekarang,tak pakai lagi floor tiles yang kecik2 seperti 1' x 1'...

- tiles dinding di dapur dan bilik air sampai ceiling...
dulu2 biasanya kat dapur dan bilik air,wall tiles nye cuma 7' atau sama tinggi dengan pintu...
even sekarang pun masih ada...
bonus lah kalau rumah yang akan di beli dah siapkan tiles yang cantik2 dan berkualiti + design, instead of tiles yang size nye kecik2 n plain saja...(tak ada design)..

kenapa tiles sangat penting bagi saya? 
sebab, tiles yang mahal biasanya cepat kering..
bila bilik air cepat kering,kurang lah potensi untuk lantai dan dinding berlumut..
jadinya,tak perlulah 'sental' bilik air selalu...

- ceiling haruslah plaster ceiling..
tak de lagi ceiling asbestos yang bersize 2' x 4' sekarang ni... =)

- pintu..especially bilik air..
saya tak berkenan dengan pintu pvc yang lipat byk2 tu... =)
kalau yang tak lipat pun saya tak berkenan...hehe


bila 3-3 perkara di atas tu memenuhi citarasa kami, (berdasarkan pada brochure), 
baru lah kami buat appoitment untuk tengok showhouse dan buyer unit..
perlu lah ada 2-3 pilihan sebelum betul2 decide nak beli...
baru lah bole compare mana yang lebih baik...

pilihan 1
(di meru,jelapang...sangat dekat dengan tempat keje suami)


pilihan 2
(klebang ria)

front facade

floor plan

specs

size lot kedua-duanya sama iaitu 20' x 70'.
harga untuk pilihan 1 
= Rm 258,800. (harga ketika kami datang tengok showhouse...2 minggu kemudian,harga naik Rm 288,800.)

harga untuk pilihan 2 
= Rm 288,800. (harga ketika kami datang tengok showhouse...3 bulan kemudian, harga naik RM 298,800 tapi ada Rm 15,000 less untuk bumiputra dan ada bumiputra lot)

kami sepakat nak beli pilihan yang kedua...
(nanti saya beritahu apa kelebihan saya beli rumah dengan harga tanpa discount dan bukan bumilot)


sebagai pembeli rumah, sangat lah penting untuk kita faham layout plan sesebuah rumah tu walaupun anda bukan seorang arkitek atau designer..
apa perbezaan yang anda bole lihat dari kedua-dua plan tadi?
(gambar untuk pilihan 1 kurang memuaskan...)

ini perbezaan ketara yang kami nampak dari plan dan specs...

1-family hall = pilihan 2 lebih besar.
2-bilik air = pilihan 2 punya bilik air untuk setiap bilik (tak de share bathroom)

beza harga adalah Rm30,000...
kalau kami beli pilihan 1,kemudian kami renovate jadi lebih kurang seperti pilihan 2, rasa2 cukup tak Rm30k tu?
jawapannya adalah TIDAK!
nak tambah bilik air saja perlu beli basin,wc,shower,water tap,tingkap,pintu,tiles dan perlu renovate piping...

ok...tu baru tengok pada plan...
bila pegi tengok showhouse dan buyer unit, lebih menguatkan kami untuk beli pilihan 2..

tak perlu kot saya bagitau pilihan 1 macam mana sebab saya pun lupa nak ambil gambar...

apa yang kami akan dapat pada pilihan 2 adalah...

auto gate

floor tiles with design at car porch
brand: Niro Granite, the most recommended brand of tiles


plaster ceiling...
of course ceiling light and ceiling fan are excluded...hehe


decorative-wrought-iron balustrade


ceiling height wall tiles at kitchen + kitchen cabinet with solid surface on top.
antara tiles, marble n solid surface, solid surface  adalah material paling mahal untuk kitchen top.
but not recommended untuk wet kitchen ataupun kitchen yang kita guna untuk letak lesung batu, chopping ayam or yang lasak2 lah...
material terbaik untuk kitchen top adalah concrete with tiles sebab tahan lasak and long lasting..


 master bathroom


others' bathroom
ceiling height wall tiles with design.
so...buyer myhome@klebang ria tak perlu risau pasal bathroom dah....
semua bathroom ada tiles design cantik2... =)


family area with natural light and ventilation...
some of terrace houses, mana yang intermediate lot tu, tak de tingkap,kan....
but here, developer buat ceiling tinggi with that purposes...
in future, bole buat loteng untuk lepak2 sambil tengok bintang!


oh..saya sangat teringin mahu baring2 langsung menghadap langit di waktu malam...
sebab tu saya pilih balcony yang luas...


selain untuk saya baring2 menghadap langit, saya juga impian balcony garden....
since kami tak berapa banyak wang untuk beli rumah yang ada tanah,
(well...actually bole kalau beli rumah setingkat..hehe)
balcony yang luas bole saya letak tumbuhan2 hijau...
bukak saja sliding door dari master bedroom pagi2,
saya dapat tengok kehijauan...
dan selain itu, balcony yang besar jugak bole jadi roof untuk car porch...
sesetengah rumah baru sekarang ni, kereta cuma di cover separuh je dari panas dan hujan disebabkan balcony yang kecik...
em...alang2 beli rumah yang ada balcony, biarlah besar,kan?


and..the most important part adalah...


alarm system..

selain finishing yang agak 'high end' untuk standard size rumah teres,
kawasan rumah ni jugak adalah gated house..
keselamatan rumah sangat penting sekarang ni...
kedua-dua pilihan adalah kawasan perumahan yang berpagar dan dijaga oleh guard...
tapi,pilihan 2 bagi extra security dengan siap install alarm pada setiap pintu dan tingkap rumah...
dengan beza cuma rm30k, banyak yang kami dapat dan tak banyak yang perlu di renovasi...
mungkin perlu ditambah seperti dapur and roof untuk balcony...

setengah orang berpendapat, tak kisah nak beli macam mana pun...
'nanti bole renovate'...
nanti tu adalah bila ada duit...
bila baru ada duit?
kalau orang biasa2 saja macam saya, nak simpan 500 pun semput rasa nya...
jadi,kenapa tak beli saja rumah yang 'high end' finishing nye?
sebab sekarang saya dapat buat loan rumah,rumah yang hampir sempurna pada mata saya...
persepsi 'nanti bole renovate' kene buang jauh2...

apa pulak kelebihan beli rumah tanpa discount?
harga rumah pilihan 1 adalah, rm258,800 - 5% = rm245,860
harga rumah pilihan 2 adalah fixed, rm288,800.
dalam SnP akan tulis, nilai rumah pilihan 1 adalah rm245,860 dan pilihan 2 adalah rm288,800..
in future, bila bank nilaikan balik rumah tersebut, mana yang lebih tinggi nilai nya?
tentulah pilihan 2,kan?

beza antara lot bumiputra dengan lot bukan bumiputra...
lot bukan bumiputra bole di beli oleh semua kaum,melayu,cina,india dll...
juga bole di jual pada semua kaum...
tapi lot bumiputra hanya bole di beli oleh orang melayu sahaja...
juga perlu di beli oleh orang melayu sahaja...
jadinya, lot bumiputra terhad untuk orang melayu saja...
kalau la in future nak jual rumah ni, mesti kene cari buyer melayu...
bukan senang kot...
plus, lambat sebulan dua je, harga rumah bole naik...
so, potensi untuk di beli cepat2, agak susah...
tapi, bumi lot bole di convert kepada non bumi lot...
tapi lagi, amik masa lebih kurang 6 bulan...


tapi lagi, rumah kitorang ni bukan bumi lot...
tak plan pun nak jual kot sebab kami suami isteri ni sangat sayangkan benda2 mahal yang kami beli untuk pertama kali seperti kereta dan rumah ini...
hasil dari kerja keras selama ini...
=)



1 comment:

  1. kalau akak pun..akak akan pilih rumah yang kedua tuh... apalah sangat 30k dibanding dengan apa yang kita dah ada kan... so pada akak itu satu pilihan yang sangat bijak :)

    ReplyDelete

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.