bekerja dari rumah.

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah.

Akhirnya, impian saya selama ini, termakbul jua.
hari ni, 25 september 2013.
bermakna,tinggal 8 hari saja lagi untuk saya bergelar mama yang bekerja dari rumah.
---
maaf sebab dah terlalu lama abaikan blog kesayangan saya ni.
blog yang sepatutnya saya coret untuk anak2 saya, dan bertukar menjadi blog bisnes saya.
dan mulai saat ini, saya takkan lagi cerita pasal shaklee di sini.
saya akan kembali bercerita tentang ragam anak2 saya dan kisah keluarga saya.
insyaAllah, moga Allah permudahkan.
---

inilah putri-putri the latest.

sekejap baik, sekejap gaduh.
kakak selalu tak nak share mainan dengan adik.
bile kakak tak nak share, adik mula lah sakat kakak.
amik mainan yang kakak tak bagi tu, n baling jauh2.

bile adik kecik hati dengan kakak, adik nangis.
bile kakak tak bagi adik mainan, adik gigit kakak.
tapi kakak redha, kakak menjerit je.
kakak jarang berkasar dengan adik.

macam-macam..
tapi saya enjoy saat2 bersama mereka.
yes..saya mahu setiap saat mereka ada depan mata.
saya tak mahu terpisah walau sesaat pun.

dan Alhamdulillah
termakbul juga hajat saya selama ni.
nak besarkan anak2 saya, dengan acuan saya sendiri.

happy being me!


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - untuk order dan pertanyaan, fb: baizura bahar / vitallyvitamin, email: vitallyvitamin.com@gmail.com, sms|whatsapp 016-5952771, visit: www.vitallyvitamin.com
This entry was posted in

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.