7 TIPS PERTAMA KALI HANTAR ANAK KE SEKOLAH.


Assalamualaikum..
hari ni rasa terpanggil nak share tips untuk hadapi anak2 yang pertama kali ke sekolah. untuk makluman, tips ni adalah berdasarkan kepada pengalaman peribadi saya untuk anak saya.
ingat tau..setiap anak2 kita berlainan dan unik.
mungkin ada tips yang berkesan pada anak2 anda..
mungkin juga tidak berkesan.
saya sekadar berkongsi apa yang saya buat untuk hadapi anak saya yang pertama kali bersekolah tahun ni.

PUTRI NAURAH SHAFWANA

anak saya ni sejak baby tak pernah di jaga oleh orang lain selain opah nye, mama nya dan papa nya.
petang2 pun selalu berkurung dalam rumah.
mamanya, papanya dan opahnya jarang bagi anak saya ni bergaul dengan rakan sebaya.
padahal, masa duduk rumah lama dulu, budak2 selalu main depan rumah.
lepas tu, anak saya ni jenis pemalu yang sangat2. 
salam orang pun tak nak termasuk opah yang menjaganya sejak 2 bulan lagi.
selalu di label sombong sebab tak nak salam dengan sedara mara.
kuat menangis.
tu serba sedikit tentang anak saya.

jadinya, apa saya buat supaya anak saya ni seronok nak pergi sekolah dan boleh bergaul dengan cikgu dan kawan2 adalah:

1. 

Pastikan mental nya dah betul2 bersedia untuk ke sekolah.

saya boleh pilih untuk hantar dia ke sekolah sejak umur 4 tahun lagi. tapi saya tak hantar sebab saya tengok dia belum bersedia dan belum excited nak ke sekolah. pada peringkat umur tu juga, dia seperti tak dapat bayangkan keadaan sekolah tu macam mana. so, saya hold dulu..
ingat ya..lain anak, lain keadaan nya..macam anak ke2 saya, walaupun dia belum betul2 faham sesuatu keadaan tu, secara fizikal nya dia nampak dah ready sebab dia jenis mudah berkawan dengan orang.



2. 

Dedahkan anak dengan buku2, tulis2, ABC, 123, Alif Baa Taa dan aktiviti2 lain seperti painting dan art.

untuk tips ni, banyak keadaan yang membantu. saya suka belikan buku2 dan diorang suka tengok cerita upin ipin dan rancangan art2 kat channel disney junior. katun upin ipin tu sangat2 membantu anak2 saya dapatkan bayangan macam mana keadaan kat sekolah dan apa aktiviti kat sekolah.


3. 

Cipta ruang untuk dia belajar.

bila anak saya dah betul2 tunjukkan excitement nya dan selalu tanya2 bila nak pergi sekolah, saya mula cipta ruang untuk dia belajar. tiada mainan yang tak dapat bantu dalam pembelajaran di ruang tersebut. sebaliknya isikan ruang tu dengan buku2 dan permainan yang membina minda seperti lego dan blocks.



4. 

Bawa anak ke sekolah yang dia bakal pergi.

masa saya nak survey sekolah dia, saya bawak dia sama2 jumpa cikgu. bila cikgu explain pasal sekolah, buku n kelas, dia ada sama2 dengar. cikgu siap tunjuk kelas kat dia. supaya bila dia balik rumah semula, dia dah terbayang2 kelas dia yang warna warni, boleh buat painting, ada toys, ada poster kanak2 dll.cara ni dipercayai dapat menaikkan lagi level ke'teruja'an nya nak ke sekolah.


5. 

Doakan anak2 dengan surah al-insyirah.

biasa tak dengar tip ni -> bacakan surah al insyirah dan doa pada ubun2 anak kita masa diorang tido. sebab masa tu minda separa sedarnya sedang beroperasi dan masa tu lah mindanya akan menggerakkan badan nya untuk buat seperti yang kita doa. 
biasa dengar,kan?
saya tak buat sebab anak saya yang 2 orang tu selalu tido dengan opah nya. apa yang saya buat adalah, tiap kali solat, pada rakaat pertama saya akan baca surah al insyirah. masa tu lah saya niatkan surah tu untuk anak2 saya. lagi 1, tiap kali saya sikatkan rambut diorang, saya akan bacakan surah al insyirah diikuti doa untuk diorang. saya sebut kuat2 doa tu biar diorang dengar. antaranya, "kakak rajin pergi sekolah, kakak dengar cakap cikgu, kakak ada ramai kawan, kakak suka berkawan, kakak berani tanya cikgu"..dah abis doa, saya akan cium dahi diorang. bila kita 'lafaz'kan doa2 kita pada anak2 kita, inshaAllah doa2 tu akan terus melekat dalam kepala diorang.


6.

Psikologi anak2 dengan perkara yang indah2 tentang sekolah.

psikologi ni memang mujarab untuk anak pertama saya ni. dia memang senang di pujuk dengan pujukan tambah2 lagi kalau di peluk. hatinya terus jadi rapuh. jadinya, sebelum dia mula bersekolah, (saya tak ingat sejak bila saya start psikologi dia tapi rasanya berbulan2 lama2 nya) saya selalu sebut seronok pergi sekolah, ada ramai kawan, ada mainan, boleh belajar, mengaji, menyanyi..bila lalu depan sekolah, saya akan tunjuk itu lah sekolah. masa dia mula2 rasa nak sekolah dulu, dia tunjuk sekolah rendah / sekolah menengah. advance sungguh la..hihi..so, tiap kali kereta lalu sebelah sekolah, dia akan jerit, "mama! kakak nak sekoyah situ!!!"

dan yang terakhir, 

7.

Ibubapa perlu yakin dengan anak2.

secara psikologi nye, bila kita sebagai ibubapa yakin yang anak2 kita akan okey ke sekolah (tak menangis), anak2 akan dapat 'rasa'kan aura keyakinan itu. tapi kalau dalam hati kita rasa tak confident dan asyik susah hati nanti anak kita menangis kat sekolah, itu lah yang betul2 akan berlaku. likes attract likes. ibubapa dah sebarkan aura negatif tu pada anak2. sebab tu anak2 pun bertindak seperti apa yang ibubapa diorang sangka. so, sebagai ibubapa, yakin pada kebolehan anak2 tu sangat2 penting untuk membentuk peribadi diorang.
 

itu lah serba sedikit tips yang saya buat pada anak saya.

anyway, anak saya dah selamat seminggu bersekolah dengan rasa happy sangat2.
pertama kali tau dia bersama2 orang lain yang dia tak pernah kenal.
dan saya sangat kagum dengan keberanian dia.
sebab dalam hati saya sentiasa yakin dan rasa yang dia sebenarnya seorang yang indipendent dan berani!
remember, likes attract likes!

hari pertama bersekolah.sewaktu saya datang nak ambil dia.

hari kedua nak pergi sekolah. ni pagi2 lepas breakfast. pagi ke2 ni dia tantrum sikit,menangis bangun pagi tak nak sekolah. setelah di psiko kan beberapa minit, dia kembali ceria.

hari ke 4 bersekolah. first time dia buat art. teruja sangat dia nak tunjuk kat mama n papa dia... (^_^)

saya rasa syukur sangat2 sebab dia nampak happy sangat2 nak pergi sekolah.
alhamdulillah..
dia tak drama, mama pun tidak lah ber drama..hihi
bukan apa, hati saya ni mana lah tahan nak tengok dia menangis,kan...
confirm saya menangis sekali..

oh ye..lagi 1, ayat yang paling penting kene ingatkan diorang,
kene pergi sekolah 5 hari, lepas tu cuti 2 hari, lepas tu sekolah lagi 5 hari,.......

saya rasa, anak saya ingat, sekolah tu sehari je..sebab tu hari ke2 dia menangis tak nak pergi sekolah.haha
sekian sahaja cerita saya...
semoga dapat beri manfaat kepada ibu2 yang membaca blog saya ni..
(^_^)

------------
pesanan penaja:
bulan ni ada promosi hebat untuk kanak2.
VITA-LEA FOR CHIDREN.
multivitamin yang boleh di kunyah oleh kanak2 dan sangat sangat lazat rasanya..
anak2 korang mesti suka!
sebotol ada 60 biji.
harganya RM111.
whatsapp saya untuk promosi hebat ini!
016.595.2771
 

love,
zura bahar
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

30 FADHILAT DAN KELEBIHAN BERSELAWAT KE ATAS NABI MUHAMAD S.A.W



 Assalamualaikum buat sahabat2 dan saudara2 seislam ku...
hari ni adalah hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
jom sama2 kita berselawat ke atas baginda, para sahabat dan seluruh kaum keluarga baginda.

Yaa Nabi Salaam 'alaika
Yaa Rasul Salaam 'alaika
Yaa Habib Salaam 'alaika
Salawaatu'llah 'alaika

Ashraqa'l Badru 'alaina
Fakhtafat Minhu'l Buduru
Mithla Husnika Maa Ra'aina
Qattu Yaa Wajhas-Suroori

Anta Shamsun Anta Badrun
Anta Noorun Fawqa Noori
Anta Ikseerun Wa Ghaali
Anta Misbaahu's-Sudoori

Yaa Habibee Yaa Muhammad
Yaa 'arusa'l Khaafiqayni
Yaa Muayyad Yaa Mumajjad
Yaa Imama'l Qiblataini

Man-Ra'aa Wajhaaka Yas'ad
Yaa Kareem Al-Waalidaini
Hawdhuka's-Saafi'l Mubarrad
Wirdunaa Yawm An Nushoori

'aalim-Us-Sirri Wa Akhfaa
Mustajeeb-Ud-Da'awaati
Rabbi Farhamnaa Jamee'a
Bijamee-'is-Saalihaati 



di sini saya juga nak share 30 fadhilat dan kelebihan berselawat ke atas baginda.


1) 
Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) 
Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) 
Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) 
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) 
Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) 
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) 
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) 
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) 
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) 
Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

11) 
Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12) 
Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) 
Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) 
Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap kesukaran hidup.

15) 
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16) 
Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17) 
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18) 
Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19) 
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20) 
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21) 
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22) 
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.

23) 
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka- sangka baginya.

24) 
Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.

25) 
Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26) 
Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27) 
Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28) 
Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29) 
Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.

30) 
Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani


sumber: https://www.facebook.com/notes/perekacerita




semoga kita perolah syafaat baginda di hari akhirat kelak.
aamiin...


love, 
zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

SUDUT KANAK-KANAK


saya memang teringin nak ada sudut untuk kanak2.
tapi suami saya ni agak 'berkire2' juga dalam menghias sudut2 rumah.
mengalah interior designer jerr...hihi...

sejak masuk myHome, banyak mainan kanak2 dah kene buang.
kesian..haha...
hakikatnye, tak larat nak tengok rumah sepah2 dengan mainan.
nasib baik diorang pun tak sibuk2 cari mainan sangat.
lagipun, tak de sudut yang sesuai di jadikan tempat mainan kanak2.
bilik2 semua kami fungsikan sebagai bilik tidur..
untuk letak katil dan almari sahaja.
so, kanak2 ni tak de tempat spesifik untuk bermain, membaca dan melukis.

kat family hall di tingkat atas, ada 1 sudut yang sangat2 bahaya pada diorang.
dah le diorang selalu lepak situ.
risau jugak nak tinggalkan diorang berdua bila saya kat bawah kene masak.
tapi tawakal aje.
Allah dan malaikatNya ada untuk menjaga mereka.

ini sudut nye..
 jarak palang2 tu muat untuk natrah.
dia pernah buat kami kering darah.
tak bernyawa rasa nya...
1. dia panjat railing tu, jenguk ke bawah.
2. dia duduk menjulur kaki ke bawah.
3. dia berdiri di celah2 palang tu.
fuhh..memang mendebarkan.

sebelum ada white board tu, saya sidai tuala kat situ untuk elakkan dia datang dekat2 situ.
bila suami saya offer nak beli white board tu kat ikea,
timbul lah idea nak buat sudut kanak2 di situ..

maka, terhasil lah SUDUT KANAK2 OMEGA ini..

dekat palang2 tu saya tampal poster2 kanak2.
saya beli rak buku kaler2.
drawer kecik kat sebelah white board tu beli kat nilai 3.
kecik je sudut diorang.
mainan yang ada cuma lego je dalam kotak kuning-biru tu.
lagi, ada buku2 dan anak2 patung.
aim saya nak penuhkan sudut ni dengan buku2.
sejak pindah myHome ni, jarang dah belikan mainan.
Alhamdulillah...jimat duit mama papa..haha

bird eye view..

 dekat family hall pulak, tempat lepak2 kami anak beranak sambil menonton tv bersama2.
 masih under construction.

------------
sudut kanak2 tadi tu, kalau anak2 korang jenis tak kacau perhiasan rumah,
korang boleh letak kabinet dan bubuh frame atau apa2 perhiasan di atas nye.
macam dalam gambar ni.


atau, boleh letak pokok2 perhiasan.
 

atau, buat landskap terus kat situ.
adjust lah ikut size ruang yang ada.
gambar sekadar idea.
 
---
sekian sharing kali ni.
kakak putri pun dah nak sekolah.
perlukan 1 sudut untuk dia buat kerja sekolah sama2 adik dia nanti.
baru lah semangat sikit kot, kan...
v(^-^)v
---

pesanan penaja:
bulan ni ada promosi hebat untuk kanak2.
VITA-LEA FOR CHIDREN.
multivitamin yang boleh di kunyah oleh kanak2 dan sangat sangat lazat rasanya..
anak2 korang mesti suka!
sebotol ada 60 biji.
harganya RM111.
whatsapp saya untuk promosi hebat ini!
016.595.2771

 



love, 
zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

HAPPY 3RD BIRTHDAY PUTRI NATRAH !


natrah turns 3 pada 12 disember yang lalu..
the best thing is, dapat celebrate bersama2 atuk nenek dan pokcik2 nye...
meriah lah sikit..
selalu celebrate anak beranak je...


 semua orang tengah nyanyi lagu happy birthday kat dia..

gigih meniup lilin..hihi 


yey..dah padam!
oppss..cover sikit gigi tu...
 

potong kek dengan nenek..mama tak bersiap2 pakai tudung semua..malas nak masuk gambar...
kebetulan nenek baru balik mengaji...


kakak dia malu gila...
entah ape dia malu..
bukan birthday dia pun..hihi

sekian saja mini celebration sempena birthday Natrah.
memang dari saya kanak2, sampailah saya dah besar ni, kami selalu sambut sesama family sahaja...
itu sudah cukup buat saya rasa di sayangi...
(^-^)


 pesanan penaja:
lepas makan kek, jangan lupa makan vitamin untuk detox ye...
kasi maintain body shape tu..hihi...
vitamin ni terbaik untuk pembersihan usus dan pembuangan lemaks...
;)




love, 
zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com