Showing posts with label business online. Show all posts
Showing posts with label business online. Show all posts

Bagaimana Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.

Sejak berlaku nya peristiwa bersejarah kehadiran covid-19 yang menggemparkan dunia pada hujung tahun 2019, ramai majikan mula aplikasikan 'kerja dari rumah'. Sebab waktu tu, kita berisiko untuk dijangkiti covid-19 jika kita keluar dari rumah. tapi dalam masa yang sama, kita perlu bekerja mencari rezeki. dan masa tu lah, mana-mana pekerjaan yang tidak memerlukan anda berada di 'lapangan', anda dibenarkan untuk kerja dari rumah.

tapi, kerja dari rumah ni tak semudah yang kita sangkakan. banyak sangat dugaan dan cabarannya. lagi-lagi kalau anda seorang ibu! dan anak anda, anda sendiri yang jaga. dari segi urus masa juga sangat besar cabarannya. maklum lah, kat rumah ni banyak cabaran yang besar-besar seperti katil, tv, hand phone dan peti ais! hehe...

so here, zura nak share 5 Tips Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.


1. Buat jadual.

ini memang sangat-sangat penting terutama jika anda perlu uruskan anak-anak dan uruskan kerja-kerja rumah juga. terbaik adalah jika anda boleh 'treat' diri anda seperti anda 'pergi' bekerja which is pukul 8 pagi anda masuk 'office', tengah hari rehat dan lunch, then masuk 'office' semula dan 'pulang' pada pukul 5 petang. jika anda boleh hantar anak-anak kepada pengasuh, sewajarnya itu lah yang anda lakukan. manakala kerja-kerja rumah pulak anda lakukan selepas waktu kerja anda 8 pagi hingga 5 petang. Dan yang paling penting adalah, anda perlu disiplin untuk ikut jadual yang anda telah buat.!


2. Ada ruang kerja.

ini juga sangat-sangat penting kerana dengan adanya ruang kerja, automatically anda akan rasa yang anda sedang bekerja ketika anda duduk di ruang kerja tersebut. selain itu, ianya haruslah lengkap dengan segala keperluan pejabat ontohnya komputer/komputer riba, printer, kertas, alat tulis dan sebagainya. Walaupun pekerjaan anda boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar sahaja, sebenarnya dengan adanya komputer atau komputer riba, ianya memberi anda 'feel' yang anda sedang bekerja compare jika anda menggunakan telefon pintar anda. Kalau tak percaya, cuba lah!


3. Dress Up seperti anda nak pergi pejabat!

tips ini yang paling zura suka. walaupun kita kerja dari rumah, bukan bermakna kita tak perlu nak pakai cantik-cantik macam bila keluar bekerja. percaya atau tidak, dengan berpakaian proper seperti nak ke pejabat itu boleh mempengaruhi 'semangat' bekerja anda kalau compare dengan anda cuma pakai baju tidur saja. Jika anda masih tidak ambil berat tentang pakaian ketika anda kerja dari rumah, anda harus berubah dan rasai perbezaan nya!


4. Kurangkan penggunaan social media.

ya.. ini antara cabaran paling besar kerana apabila anda bekerja dari rumah , semestinya tiada boss yang memerhatikan anda bekerja. disiplin diri kene kuat untuk tepis dugaan social media. atas sebab itu lah zura prefer untuk menggunakan komputer apabila kerja dari rumah. bagi zura, apabila zura menggunakan komputer, kurang sikit rasa nak scroll news feed tu dan rasa lebih produktif bekerja jika menggunakan komputer atau komputer riba.


5. Jujur dengan majikan.

sekiranya anda bekerja dengan majikan, anda harus lah jujur dan berterus terang dengan majikan anda jika anda ada masalah seperti anak sakit atau anda sendiri yang sakit. peluang untuk kerja dari rumah ni tak semua dapat. jadi, gunakan lah peluang yang majikan anda beri ni dengan jujur dan amanah. biar pendapatan kita ada keberkatannya.

so, begitu lah sedikit tips bagaimana untuk anda urus masa apabila kerja dari rumah. kalau anda ada tips yang boleh dikongsikan bersama, jemput share di ruang komen tau.



Baca juga:

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,

Superb Blogger Seminar 1.0: Jana Income Shaklee Dengan Blog.

Hari ni, zura ada kelas blog yang dianjurkan oleh upline master zura, iaitu Master Nadiah dan Master Amir di bawah naungan Maestro Empire. Asalnya kelas ni kelas offline, buat kat hq Shaklee nun di Subang Jaya sana. Tapi disebabkan kes covid 19 yang tiba-tiba meningkat kat Malaysia ni, master decide untuk buat secara online saja melalui zoom meeting.

Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Superb Blogger Seminar 1.0: Jana Income Shaklee Dengan Blog.



Bila dapat tau master nak buat secara online, apa lagi... berjoget dalam hati. hehe.
memang dah lama nak pergi kelas belajar blog. Selama ni belajar sendiri je dan hentam je tulis tak ikut SEO ke content apa ke. So, zura isi je form untuk sertai. Kelas akan buat sepanjang hari kat rumah. Berfikir-fikir juga ni macam mana. Maklumlah, anak-anak ni tak de siapa nak jaga. Yang besar-besar ni tak kisah dah. Pandai dah buat hal sendiri. Yang anak soleh bongsu ni yang masih melekat dengan zura. Tapi tak pe.. kita redah je!

Seawal sebelum subuh dah bangun dah. Mandi siap-siap. Tepek moisturizer youth, bedak, lip matte siap-siap. Lepas tu, masuk dapur! haha.. melawa untuk masuk dapur je... Ye.. bila anak ramai ni, penting untuk pastikan perut mereka kenyang, so that mereka tak kacau mama. Oh! tak lupa juga dah ambil Vivix siap-siap untuk energy sepanjang hari dan minum ESP yang ditambah dengan chocolate sebagai breakfast.Ngam-ngam 9 lebih sikit, setel masak lauk lunch, breakfast dan bubur cha cha jugak in case diorang tak kenyang-kenyang. 

Tepat jam 9.30, cepat-cepat naik bilik nak online. Time tu jugak lah anak soleh Fathan start nak itu ini. Emmm.... tak pe.. bawak je dia sekali join. Setel!




Apa yang zura belajar hari ni adalah ilmu basic tentang blog menggunakan platform blogspot.com. Kiranya, hari ni setting blog supaya blog kami nanti mudah dicari oleh customer-customer Shaklee yang nak COD dengan kawasan kami. Macam zura, kawasan zura COD Shaklee adalah daerah Chemor, Perak. Ni termasuk lah Klebang dan Tasek. Chepor dan Meru pun masih dalam radar. Kalau area Ipoh, pun zura boleh je nak COD. Wasap je zura, nanti kita 'kawtim', okey? 


Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Kenapa perlu belajar intergrated marketing.

Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Credibility Blog: Kita fokus 4 point yang teratas pun dah cover 75% kebarangkalian blog kita untuk berada di 'first page;.



Around pukul 1, rehat sejam. Dengan pantas zura suap anak-anak makan tengah hari. Alhamdulillah lauk dah siap masak pagi tadi sebelum start kelas, kan. Ye.. zura masih suap anak-anak semuanya even kakak yang darjah 4 tu. Senang kerja zura. Sekali harung semua makan termasuk lah zura.. hehe..

Jam 2.15 macam tu, sambung untuk sessi kedua. Sessi kedua ni, belajar tentang menulis keyword yang betul by Master Amir. Master dah pergi kelas blogging berbayar yang kos nya hampir ribuan ringgit tau. Tapi, bertuahnya kami berada di bawah naugan Maestro Empire, Masters ajar FOR FREE je. Alhamdulillah.. bertuah kami dapat master yang tak kedekut ilmu dan sentiasa bantu kami untuk growkan bisnes kami. Rugi siapa tak manfaatkan peluang2 PERCUMA ni tau.

Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Sessi kedua ni zura zoom guna PC pulak. Tak dapat lah tepek muka sendiri kat meeting tu sebab tak de camera.


Overall, zura happy sangat sangat hari ni sebab dapat hadir kelas blogging ni. Besar sangat rezeki yang Allah bagi ni since zura kan surirumah sepenuh masa. Anak-anak memang zura sendiri yang jaga. So, zura agak susah nak pergi kelas-kelas offline sebab tak de siapa boleh jaga anak-anak. Bila buat bisnes Shaklee secara online ni, macam-macam peluang yang dapat memudahkan zura untuk jalankan bisnes secara online dan menuntut ilmu secara online tanpa perlu tinggalkan anak-anak pun. Alhamdulillah...Terima kasih Allah..

Dan terima kasih tak terhingga juga buat Master Nad dan Master Amir yang organize kelas ni. Zura hargai sangat-sangat masa yang kalian dah korban kan buat kami. Zura doakan kalian sentiasa peroleh kaya yang berkat dan bahagia di dunia dan akhirat... Aamiin.. 

3 Langkah Mudah Untuk Buat Part Time Job Secara Online.



beberapa hari lepas, kak bee dikejutkan oleh ... quota data internet di siang hari dah abis... uwaaaaa... nanges tak berlagu jugak lah.😭😭 dalam kepala dah memberontok dah. sebab banyak sangat target bulan ni nak capai. cakap dengan habibi pun macam nak marah.. tapi mujuq lah yang keluar dari bibiaq ni cuma, "tak de internet macam mana nak buat bisnes..". Ayat sebenar dalam hati ni panjang lagi... 😋

istighfar bebanyak. lupakan kisah silam, siapa penyebab data abis ni. fokus kepada penyelesaian. 
hati memberontak, tapi dah line tak de, nak buat guana, kan..so, kak bee fikir, Allah suruh aku lebih mengingati Nya disiang hari. then, kak bee pun buat relax je lah. okey, internet tak de siang2. kita fokus buat kerja2 rumah dengan lebih efisyen dan layan anak2 lebih dari selalu dan.....nonton televisyion... 😊

pastu, cemana nak buat? bisnes kene jalan hari2. sharing setiap hari ni umpama kak bee bukak kedai setiap hari. sehari tak sharing seperti sehari tutup kedai. tak boleh gitu. tetiba tertanya kat habibi, "kalau online memalam, adalah internet,kan?" "yup". simple je beliau jawab. yela...selalukan plan data ni ada qouta untuk siang n malam. malam punya pulak around jam 12 malam sampai 8 pagi. emm..sekarang ni terfikir, bagus jugak diorang divide macam ni. kalau tak de limit masa, forsure abis dah lama data ni sebelum due date nya.

maka...bermula lah episod 'office hours' kak bee yang baru. disebabkan siang hari kak bee bersungguh2 buat kerja rumah, so kak bee masuk tidur awal. around 10 malam dah siap2 landing dah. baby2 ajak wrestling, kak bee layan sambil pejam mata. 😃 sebab apa tidur awal? sebab kak bee nak bangun jam 2.40 untuk bangun buat kerja. 
Menurut Prof Muhaya, kajian mendapati, kalau kita tidur sebelum jam 12 malam, kualiti tidur tu 2 kali ganda. Contoh ye, kak bee tidur jam 10 n bangun pukul 2. Total tidur kak bee ada, 6 jam! Sebab, dari 10 mlm sampai 12 malam, ada 2 jam. 2 jam tu,kualiti tidur kita seperti 4 jam tidur. then, 12 malam sampai 2 malam, ada 2 jam. so, macam biasa je lah 2 jam. total jadi, 6 jam.
 Serius tau, memang segar bugar je bila alarm berbunyi untuk bangun jam 2.40 pagi tu.

dan yang lebih best lagi, time ni memang kak bee dapat fokus menulis blog, which is dah lama nak aktif blogging semula tapi tak jumpa masa yang sesuai. kak bee cuba ambil masa siang hari lepas2 zuhur tu, tapi still tak dapat fokus sebab baby2 ni bebetul perlukan kak bee. lagipun, kak bee selalu doa, minta Allah beri kak bee masa untuk fokus bekerjaya, dan Alhamdulillah..Allah dah beri.. tak de internet disiang hari lah menjadi asbab kak bee dapat 'office hours' yang baru, yang memang tiada gangguan sebab memalam baby2 tidur nyenyak sekali. syukur sesangat.. Baiknya Allah...😊

so kat sini, kak bee nak sarankan beberapa idea untuk mereka yang berbisnes online, tapi tak tahu waktu bila nak buat bisnes ni. yela..maybe korang just buat bisnes online ni secara part time je kan. so, masa siang pergi kerja. masa yang ada cuma malam hari je. tapi,memalam pulak dah capek bangat. Nak buat macam mana?
jom cekidaut!


1. TIDUR AWAL DAN BANGUN AWAL. 

10 malam tu pun okey dah. lagi awal lagi bagus. then, bangun around jam 2-3 pagi. dapat 2-3 jam untuk fokus pun cukup. biasanya, kak bee akan stop pukul 5.15 untuk solat2 sunat n subuh terus. sebab kak bee tak keluar pi kerja. nak tidur kejap masa siang, tak de hal. Kalau korang yang bekerja siang hari, boleh tidur sekejap sebelum subuh tu. kak bee ada baca dalam buku, rutin Nabi Muhammad adalah, bangun malam untuk solat2 sunat dan tidur sebentar sebelum subuh. Niat nak ikut sunnah, dah dapat pahala.

2. TAHU APA NAK BUAT.

okey..ni penting tau. sebelum tidur tadi, dah plan sesiap, apa nak buat bila bangun nanti. so, bila celik je mata alarm bunyi, terus on laptop dan buat kerja. kak bee tak pi cuci muka pun.haha.. kalau kita tak rancang, silap2 dok scroll fb je..haihhh....jangan gitu. blogwalking tak pe. tu kira, part of bekerja jugak (if buat bisnes guna medium blog..)

3. BUAT SCHEDULE POST.

ni penting jugak ni especially yang tak boleh nak update bisnes selalu disiang hari sebab boss tak kasi. come on...banyak sangat dah 'kemudahan' yang fb sedia kan (if guna fb page). apps untuk schedule post pun banyak. antaranya, buffer n hootsuite. so, fokus! bila bangun memalam ni, prepare apa nak share, dan schedulekan setiap jam atau setiap 2 jam. Walaupun korang tak sempat nak sharing2 disiang hari, post yang di schedule kan itu akan berjalan ikut time. Korang tak pening2 dah, tak terkejar2 dah nak curi2 masa ofis untuk sharing2 bisnes. be smart, okeh!


Haa... tu je caranya. 3 step je.Mudah amat,kan... cuma tu lah..tanya diri sendiri, nak buat ke tak. Actually, bila buat kerja waktu malam gini, kita lebih fokus tau. Sebab memang tak de gangguan apa2 pun. tak sibuk nak makan. anak2 pun tak kacau. kalau kata betul lah nak usahakan bisnes tu sungguh2, nak dapat 'income' yang besar, kita pun kene tunjukkan kesungguhan kita. bukan doa je yang kene sungguh2 nanges2 bagai. usaha pun kene seiring sungguh2 nya. 

kak bee percaya, apa yang kak bee lalui ni, semuanya adalah dari apa yang kak bee minta pada Allah. kak bee bukan tak susah hati tak dapat fokus buat bisnes..susah hati ni.. kak bee cuba selit2 waktu disiang hari. kengkonon nak tidur malam sesedap rasa lah kan... tapi rupanya, dengan tak de nye internet disiang hari, Allah nak bantu kak bee untuk dapatkan masa yang sesuai untuk kak bee fokus bekerja. 

Last but not least, setiap ujian yang Allah beri tu, ada kebaikan diakhirnya. percaya lah... Kadang2, itu caranya Allah nak tunaikan permintaan kita. Bila di datangi ujian, banyakkan muhasabah diri dan cari kebaikan disebaliknya. insyaAllah kita akan jumpa dan akan bertambah2 rasa sayang dan cinta pada Allah.
kak bee doakan semoga korang yang sedang berusaha untuk majukan bisnes korang, bertambah2 maju lagi lepas ni.
doakan kak bee dapat capai target bisnes kak bee bulan ni ya!
tq sayang sayang... 😍😍

Oh ye.. bila kita bangun malam ni,  normal lah siang hari kita agak lesu sikit. Sebab tu disarankan kita qailullah, iaitu tidur sebentar sebelum waktu zuhur, untuk dapat balik energy. Qailullah ni pun sunnah nabi juga. Niat nak ikut sunnah, dapat pahala.
Selain tu, boleh juga ambil Vitamin2 Shaklee untuk Energy. Memang ini lah yang kak bee amalkan setiap hari, alhamdulillah, masih bertenaga nak buat kerja2 rumah di siang hari. 💪💪💪 



  Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Mulakan Langkah Pertama.


Mak saya dah lama pesan suruh masukkan Fauzan dalam buai.
Saya iye kan je..
Memang nak tapi rasanya masih boleh handle kalau dia tidur bawah je.
Tapi lelama rasa kesian pulak sebab Fauzan cepat tersentak.
Kekakak pulak selalu sangat bising bila main. Kalau tak bising tu, Nailah mesti akan kacau dia tidur..tarik bantal lah..peluk cium lah sampai terbangun.. Bila dah terbangun tu, tak tidur dah lah.
Sekejap sangat dia tidur, dalam 5 minit je tau..
Kalau saya masuk bilik air nak mandi tu, sempat gosok gigi je..
Lain2 tak sempat..then..terpaksa biar dia menangis sampai selesai urusan dalam bilik air.



Sebenarnya ada beberapa sebab yang buat saya refuse nak masukkan Fauzan dalam buai. Sebab utama adalah cabaran dari kakak2 Fauzan yang lambat matang tu. Nailah dulu pun tak masuk buai..
So, kalau Fauzan pakai buai, saya assume diorang akan 'jakun' n main buai tu.



Tapi akhirnya, saya nekad gak nak masukkan Fauzan dalam buai walaupun dah berusia 9 bulan.
Sebab nak bagi Fauzan tidur lebih sikit di siang hari..
Alhamdulillah..Fauzan sangat okey bila masuk buai..tak mengamuk2 sangat.
Kalau mengamuk pun biasanya dia akan tewas bila lelama dibuai.
Alhamdulillah..makin lama makin okey dan makin lama dia dapat tidur disiang hari..
Bukan apa...baby ni membesar sewaktu diorang tidur.
Kalau kata diorang tak cukup waktu tidur diorang, maka kuranglah proses tumbesarannya. 😊

Point yang saya nak sampaikan dari kisah ni sebenarnya adalah, kita selalu bersangka-sangka bila nak buat sesuatu benda yang boleh datangkan manfaat kepada kita.
Kita belum tahu apa outcome nya sampai lah kita cuba buat.
So..apa nak buat?
Just cuba je lah buat.
Once kita dah buat, apa saja dugaan or halangan selepas tu, kita mesti akan fikir solusi untuk selesaikannya. Bukan nya kita akan stop buat benda tu...

Contoh macam sebelum kita nak mulakan bisnes la.
Kita bersangka macam-macam.
Bisnes kita sama macam orang lain la. Orang lain dah ramai dah jual barang tu lah.
Nanti tak de siapa nak beli dengan kita.
Macam2 lagi lah 'alasan'nya.
Tapi, once kita dah start menjual, jika kita ikhlas menjual dan tahu apa matlamat kita, insyaAllah..segala obstacles yang mendatang, kita akan fikirkan solusi terbaik untuk menghadapinya..

So..buat rerakan bloggers dan followers yang sedang berkira2 untuk jalankan perniagaan, MULAKAN LAH LANGKAH PERTAMA ANDA.
Apa dia langkah pertama?

TETAPKAN MATLAMAT KENAPA ANDA NAK BERNIAGA! APA ANDA NAK ACHIEVE DARI PERNIAGAAN ANDA! 
KEMUDIAN, TULIS DAN TANPA DI NOTIS BOARD. SUPAYA IANYA SENTIASA MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK ANDA KETIKA ANDA SEDANG MENGUSAHAKAN BISNES ANDA.

All the best n Good Luck! 😊

Kalau nak join saya buat bisnes shaklee, feel free to whatsapp saya. Langkah pertama sekali, anda kene jadi member. Then saya akan ajar sikit2 macam mana nak start bisnes..okey? 😊✌


love, 
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

www.vitallyvitamin.info



website shaklee saya, suami saya yang handle..
dia yang buat menu, add widget, etc2..
dia yang tolong add gambar2 produk dan edit info setiap produk..
dia yang tolong renew hosting and domain..
pendek kata, website ni pun memang idea dari dia..
saya just update entry je dalam tu..
tu pun dah lama tak update...
hehe...

alkisahnya, saya terlewat renew hosting..
so, nama vitallyvitamin.com tak dapat nak beli..
and nama baru website shaklee saya adalah, www.vitallyvitamin.info
(^_^)

feel free to visit!!
insyaAllah saya dalam usaha untuk upgrade layout baru yang lebih informative.

tak sabo nak ada streamyx kat rumah.
sebab suami janji nak tolong saya handle website dan utube shaklee saya...
(^o^)v




love, 
 zura bahar 
sms/whatsapp 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

MAJLIS BESAR UNTUK SID.

NATIONAL CONFERENCE SHAKLEE.
..
Event ni ala2 ANUGERAH BINTANG POPULAR tau. Hari semua SID dirai.
Tak kira lah dapat anugerah ke tak, masa ni lah rasa nak enjoy, release kepala kejap dari sharing shaklee, berjumpa dengan insan2 berjaya dalam bisnes shaklee dan menyedut aura 'berjaya' itu sampai laloq macam kene dadah...hahaha..
==>> SEMUA SID BERHAK MERAIKAN DIRI SENDIRI DI MAJLIS TU <<==

Tahun ni saya dapat 1 award..
alhamdulillah.


Saya akui, tahun 2014 tahun yang sangat mencabar..
apapun saya syukur..semua tu learning process dalam bisnes..
Baru 2 tahun kot, takkan nak give up gitu je, ye tak...
Dr Azizan Osman pun amik masa 18 tahun untuk berjaya macam sekarang ni.
sampai boleh buat talk free je kat hotel untuk sesiapa saja yang berminat untuk UBAH HIDUP MEREKA.
18 tahun tu!!
Saya baru 2 tahun...
panjang lagi perjalanannya...

Tak kisah lah berapa pun award yang saya dapat...
yang penting,
Baju dah ready..yey!!


Saya bukan nak menunjuk baju designer ke atau dari butik mewah2 tau..
saya just nak share harga baju ni..
sebab saya sangat gumbira dapat baju yang asalnye berharga rm200++ dengan harga rm42 je..
hihi...
jimat duit mak..ahaks!
(^_^)
Stok2 akhir..ada diskaun sampai 70% gitu..
lepas lah baju raya sehelai...
(^_^)
.
Lain2 baju pakai mana yang ada je...

I cant wait!!! hehe..




love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

5 syarat untuk berbisnes dari rumah.

Jam 5 petang.

Setahun lebih yang lalu, waktu2 gini saya tengah menghitung saat untuk keluar dari ofis, balik rumah n jumpa putri2 saya.
.
Oh..tak lupa jugak berdoa supaya boss tak masuk ofis dah.
Sharp kul 6, terus start enjin kete n vroomm vroomm balik rumah.
.
Bukan apa..kalau lambat 1 saat pun boleh jadi boss masuk ofis..
Pastu dah lewat sikit balik rumah.
Lewat sikit pun kire tau..
Haha..macam tak ikhlas je pergi keje. 
wink emoticon

.
.
Sekarang tidak lagi..
Waktu2 gini, usai asar, saya dok golek2 dengan putri3 kesayangan saya tu..
Bukan waktu sekarang ni je, bila2 masa je lah yang saya nak golek2 dengan diorang.
.
Bekerjaya dari rumah...
Best tau!!
Saya tak kisah bisnes apa pun sebenarnya..
.
Asalkan bisnes tu,
★ boleh buat dari rumah
★ boleh jaga sendiri anak2
★ tak payah modal
★ tak kene paksa pergi meeting
★ income mahsyuukkk
.
Dan ternyata, bisnes shaklee menepati syarat2 di atas.
Sebab tu saya go on dengan bisnes ni.
Walaupun minat saya benda yang lain.
Tak semestinya apa yang saya minat tu dapat penuhi KEPERLUAN SEMASA saya.
.
Keperluan semasa saya adalah, masa 100% bersama anak2 kecil saya.
Diorang kecil cuma sekali je.
Saya dapat peluang buat bisnes ni, why not saya grab.
Sebab, bukti dah ada dalam grup bisnes kami.
Anak cucu cicit shaklee saya semua dah nampak bukti.
Macam mana seorang engineer petronas boleh lepaskan kerja yang income cecah 5 angka dan buat bisnes ni.
.
Semua ni adalah kerana KEPERLUAN SEMASA SEORANG WANITA YANG BERGELAR ISTERI DAN IBU.
.
Dan saya percaya, Allah yang lorongkan saya ke jalan ini sebab saya selalu mengadu di sepertiga malam nak jaga sendiri anak2 saya..
smile emoticon
 
smile emoticon

gambar hiasan: my baby nailah tengah tekan remote
controk TV.

.
.
Belum terlambat untuk anda sertai keluarga shaklee saya, MEMBINA KERJAYA BERSAMA SHAKLEE.
.
telegram saya untuk sertai.
016.595.2771



love, 
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

REAL REWARD!

assalamualaikum n hi semua...
hujung minggu yang lalu tersangatlah best..
(^________^)  <-- panjang ni saya senyum..sampai tinge..hihi..

hujung minggu yang penuh dengan aktiviti keluarga dan shopping shopping!!
hai...perempuan kalau tak suka shopping tu agak aneh sikit...

sabtu..ada kenduri kahwin kawan studio dulu.
so,lunch free of course! ;)

lepas tu, saya mencari2 dan survey2 'sesuatu' untuk reward diri...
dah lama teringin nak ada benda ni...last ada masa zaman uni dulu...
masa tu semua orang sibuk ada benda alah ni..
saya terkebil sorang2 sebab tak mampu nak beli..
tiba2, 1 hari, ayah turun KL dan bagi saya benda alah ni...
ayah beli second hand.. special untuk saya study...
sob..sob... sedih pulak bila teringat..
ayah struggle cari duit n hutang sana sini untuk penuhi keperluan saya..
walaupun saya tak minta pun kat ayah masa tu...
sebab tu saya pun struggle buat bisnes shaklee ni..
semata2 nak bagi ayah dan mak rasa senang setelah bertahun2 'ikat perut' untuk anak2...
masa bekerja makan gaji dulu, saya dapat bagi sikit je kat mak ayah..
tapi sejak berbisnes shaklee dengan serius, alhamdulillah...ada rezeki mak ayah saya jugak rupanya...

okey..ter 'throw back' pulak...

ini lah apa yang saya reward diri saya...



pink pink notebook!
ia bukan sekadar pink..
tapi harga nya sangat2 affordable..
dapat free 24 accessories lagi tau...
nak tahu berapa?
rm899 sahaja...
memang saya terus grab lah..:)
Alhamdulillah..rezeki Allah beri...
cukuplah notebook comel yang 'best price' ni untuk surfing internet n untuk bisnes shaklee...
yang paling saya puas hati adalah sebab ianya kaler pink! hehe

insan2 pertama yang saya share adalah dengan family shaklee saya...
saya beri nama #matahariku.
mereka semua sunshine saya.
yang sama2 berusaha untuk capai impian masing2..
diorang pun teruja gak saya beli notebook pink..
siap nak order kat saya...
haha..


reward diri..tak salah nak reward diri setelah kita penat bekerja.especially orang2 yang berbisnes sendiri ni...kalau kerja makan gaji tu, dah tentu ada income setiap bulan.tapi, yang buat bisnes ni, income tak tentu...so, ada lebih sikit bulan ni, kita reward lah diri kita supaya kita lebih bersemangat untuk berbisnes !!!

sekian sharing untuk kali ni...
saya rasa happy sebab saya dapat apa yang saya inginkan selama ni..
lama tau pujuk2 'penasihat keewangan' saya untuk beli notebook ni..
bulan ni baru dapat, alhamdulillah...
so, saya pun nak sangat2 bantu anda2 semua rasa happy sebab dapat apa yang anda inginkan dalam hidup ni..
berilah peluang pada diri anda untuk sertai family shaklee saya..
sama2 kita bina empayar bisnes kita sendiri..
untuk capai impian2 kita dan untuk tunaikan hajat2 insan lain...

oh ye..
putri2 saya pun dapat jugak 'sesuatu' yang dah seminggu diorang request..
kalau ikutkan 'penasihat keewangan' saya, memang tak dapat lah diorang..
sian diorang tau..
nasib baik diorang ada mama yang bekerjaya dari rumah ni..hihi...
nak tahu diorang nak apa?

anak patung frozen!
masa pergi kat kedai tu, ada 3 size anak patung ni...
S, M, L..
saya dah standby duit untuk size L..
luckily, putri2 saya pilih yang size S..
jimat duit mama...haha..
saya offer yang size M pun diorang tak nak..
nak size S...
okey...thats good! ;)
and rezeki kami, dapat diskaun RM6 lagi tu...
jimat2... ;)

hey..kalau korang nak tahu,Donald Trump pun akan pilih barang yang 'best price' bila shopping tau... ;)
(sumber dari buku Berfikir Gaya 

happy tau dapat buat orang lain happy...
and lastly,
saya ucapkan juta2 tahniah kepada 'sunshines' saya yang berjaya dapat 'extra money' pada bulan ni..
seronok tau diorang yang ada income tetap tu...tiap bulan dapat bonus (extra money) dari sharing shaklee setiap hari..

siapa tak suka dapat duit lebih?
hehe...





love, 
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com