Assalamualaikum buat sahabat2 dan saudara2 seislam ku...
hari ni adalah hari keputeraan junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.
jom sama2 kita berselawat ke atas baginda, para sahabat dan seluruh kaum keluarga baginda.
Yaa Nabi Salaam 'alaikaYaa Rasul Salaam 'alaikaYaa Habib Salaam 'alaikaSalawaatu'llah 'alaikaAshraqa'l Badru 'alainaFakhtafat Minhu'l BuduruMithla Husnika Maa Ra'ainaQattu Yaa Wajhas-SurooriAnta Shamsun Anta BadrunAnta Noorun Fawqa NooriAnta Ikseerun Wa GhaaliAnta Misbaahu's-SudooriYaa Habibee Yaa MuhammadYaa 'arusa'l KhaafiqayniYaa Muayyad Yaa MumajjadYaa Imama'l QiblatainiMan-Ra'aa Wajhaaka Yas'adYaa Kareem Al-WaalidainiHawdhuka's-Saafi'l MubarradWirdunaa Yawm An Nushoori'aalim-Us-Sirri Wa AkhfaaMustajeeb-Ud-Da'awaatiRabbi Farhamnaa Jamee'aBijamee-'is-Saalihaati
di sini saya juga nak share 30 fadhilat dan kelebihan berselawat ke atas baginda.
1)
Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,
nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR
Muslim.)
2)
Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita
mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan
solat fardu.
3)
Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100
kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada
lelaki @ wanita.
4)
Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah
selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau
memulas akan sembuh.
5)
Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan
dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6)
Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan
dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk
menerokai pelbagai ilmu.
7)
Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11
kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan
dihargai oleh orang lain.
8)
Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa
yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan
dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9)
Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan
daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam
dirinya.
10)
Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam
Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di
akhirat.
11)
Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu
kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di
kalangan orang lain.
12)
Berselawat 33 kali sehari dapat
menjernihkan hati,mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di
samping beroleh ketenangan fikiran.
13)
Sesiapa yang berselawat
tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan
dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14)
Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan
hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadap
kesukaran hidup.
15)
Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3
kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan
menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16)
Sesiapa yang
amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17)
Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan
kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat
keampunan daripadaNya.
18)
Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca
selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta
tipu daya syaitan yang melalaikan.
19)
Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20)
Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2,
ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21)
Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam
mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22)
Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap
selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2
kecil seseorang.
23)
Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat
pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak
disangka- sangka baginya.
24)
Jiwa yang resah gelisah dapat
ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin
kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25)
Ulamak berpendapat,
sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya,
insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang
lain.
26)
Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27)
Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam
kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai
solat Maghrib.
28)
Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan
hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap
hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29)
Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat,
maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu
Naim.
30)
Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali
pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan
beroleh syaafaatku pada hari kiamat- HR Thabrani
sumber: https://www.facebook.com/notes/perekacerita
semoga kita perolah syafaat baginda di hari akhirat kelak.
aamiin...
love,
zura bahar
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.