Little Haji Putri Natrah

Tahun ni, LC buat program yang sangat best.
Little Haj Program.
Masa ticer bagitau ada program ni, kids dah excited dah..
masa tu belum tau tarikh, tapi dah tau bulan 7.
so kami ni asyik lah sebut yang adik nak pegi haji bulan 7 ni..
kakak putri pun excited sama walaupun dia tak pergi. 😉

bila dah keluar tarikh, eh..terkena pulak time nenek n atuk datang rumah.
tapi sempat lah natrah main2 dengan sepupu2 dia.
sebab, natrah kene tido kat sekolah pada hari ahad malam isnin tu.
malam yang kitorang pergi bulatan amanjaya. 
tu yang natrah tak join tu..

masa nak hantar natrah ke sekolah, sayu sangat tengok muka dia.
macam nak nangis je.
mamapapa pun rasa syahdu gak.
bukannya adik tak pernah berjauhan dengan mamapapa.
adik selalu je ikut opah balik kampung.
tapi kali ni, maybe sebab nak tinggalkan adik dengan orang yang bukan keluarga.
feeling nya lain macam sikit.
tapi mamapapa percaya, Allah akan jaga adik, kawan2 dan ticer2..

esoknya, around jam 3 petang, adik dah balik sekolah dah...
alhamdulillah... lega mamapapa..

ni gambar2 yang ticer adik kirim kat mama..
tq ticer.. 😊
mama lupa je nak belek fb page sekolah adik..






best nya adik dah gi haji! 

balik tu adik kepenatan sungguh.
papa kata, mana lah tak penat. orang pergi haji berminggu2, adik pergi haji sehari je.. 😋



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

VVVIP Datang Rumah.

wahh..VVVIP datang rumah..
siapakah?
siapa lagi vvvip dalam hidup kak bee kalau bukan mak ayah kak bee..

beberapa hari sebelum mak kabo nak datang ipoh, kak bee dah terasa2 nak mak datang rumah.
kiranya macam, kak berharap sangat mak datang.
tapi kak bee tak suarakan pun hasrat hati kak bee. kak bee simpan sengsorang. sebab kak bee tahu, bukannya dekat melaka - ipoh. ongkos pun perlu diambil kira.
sampai lah satu hari tu, kak bee call mak. mak bagitau yang mak nak turun KL, pergi open house pakcik kak bee. lepas tu mak plan nak ke ipoh..
wahh... berjoget kak bee dalam hati.. 💃💃💃

sepanjang ahad tu, kak bee gigih masak memasak dari breakfast, lunch sampai lah dinner.
kalau ikutkan kudrat, memang nak beli je.
tapi kak bee nekad kali ni kak bee nak masak2 untuk mak ayah.
selama ni, mak lah bertungkus lumus sediakan makanan untuk kak bee dan adik beradik.
takkan sehari dua mak datang rumah, kak bee tak boleh nak masak,kan? 😉
tapi esok nya, pengsan kak bee...haha..
terus kene selsema tanda tak cukup rehat..
manja betui la badan ni.. 😌

petang ahad, kak bee bawak kids pergi playgorund kat aeon klebang. 
oh ye...anak sedara kak bee ada datang jugak..

budak yang turun dari slide tu, tak peduli hari panas ke apa ke.. asalkan mission untuk main kat playground tercapai..tiap hari minta nak pergi playground. tapi papa tak dapat bawak. apa lagi..dia pun sakan lah main.. 


kakak dah kepenatan dah. besar dah kakak oii...tak payah dah lah main kat playground.

ni anak soleh mak ayah yang jaga mak ayah. kak bee pernah dengar ustaz cakap, anak yang jaga mak ayah ni yang memula sekali masuk syurga. MasyaAllah...besar ganjaran buat mu deq yan..insyaAllah...

lepas maghrib, habibi ajak pergi bulatan aman jaya pulak.
so..lepas dinner, kita pun pi jalan2 lagi..

playground lagi.

dan lagi... hehe

tabah lah ye atuk nenek layan cecucu asyik main playground je.. 😊

bulatan amanjaya. meriah..


kalau bawak baju extra, boleh mandi2..

kami naik basikal berjemaah ni. kak bee pun naik juga. lama tak naik basikal, gigil weii...

ni wajah peluh2 lepas berbasikal. syukur sangat tak sakit2 kaki. maklum lah..lama kot tak exercise. 2 round setengah gak kak bee mengayuh tau... fuhh..


then, habibi take over. 

panoramic view.


sekian ceritera VVVIP kak bee... baru 2 hari mak ayah balik melaka, dah rasa rindu dah..
kak bee sentiasa doa dan berharap, satu hari nanti, kak bee dan suami sama2 dapat bekerja sendiri dan punya masa sendiri. biar kami boleh jumpa mak ayah bebila pun yang kami nak.
kak bee percaya Allah akan makbulkan. cuma belum masanya lagi...

doakan juga ya... 😊



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali
 sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Entry Buat Siera.

haa...special entry kali ni sebab dedicated spesel buat anak shaklee kak bee yang sorang ni..
siera namanya...

kitorang sama sekolah menengah.
kelas lain2. asrama pun lain2.
tapi of course lah kenal antara satu sama lain... 😊

dipendekkan cerita, siera adalah anak shaklee pertama kak bee.
beliau beli set menyusu shaklee.
then beli ESP dan daftar ahli sekali.

masa tu siera baru melahirkan anak kedua beliau, ummar.
siera sangat stress dengan baby ummar yang agak mencabar untuk dijaga sampai menjejaskan production susu ibunya..
disebabkan masa tu kak bee baru menjebakkan diri dalam bisnes shaklee n kak bee pun ada sharing2 tentang set menyusu shaklee, siera pun tekad nak cuba..

siera cuma beli trial pack je masa tu.
zaman tu kami ada buat trial pack.
dengan izin Allah, alhamdulillah, susu ibu siera meriah.
siera rasa lebih bertenaga n wajahnya berseri2 walaupun selalu berjaga malam menyusukan ummar.
syukur sangat2..kak bee tumpang happy...😊

lepas tu, siera pun join member dan terus buat bisnes shaklee sampai sekarang...
itulah permulaan kak bee dan siera.

kami mula rapat asbab shaklee.
banyak kami share terutama tentang bisnes.
selalu discuss strategi.
cuma lately kak bee lebih banyak uruskan hal2 rumah dan anak2, so kurang dah diskas2... 😀

group shaklee siera sangat besar.
sangat disenangi oleh anak cucu cicit beliau sebab siera n somi beliau rajin memudahkan urusan anak cucu cicit diorang.
sentiasa bersemangat dalam bisnes shaklee.
poster siera cantik2..
jujur..kak bee kengkadang jeles dengan siera..
bukan jeles yang tahap dengki2 tu ye..
tapi jeles yang membuatkan kak bee pun nak struggle jugak dalam bisnes ni..
kak bee boleh kata, siera ni sumber kekuatan kak bee jugak lah..
kak bee banyak terinspirasi dengan siera..

baru ni, siera buat hijrah.
siera mula berpurdah.
dan siera akan tunaikan haji untuk tahun ni, 2017.
memang impian siera n siera tulis dalam vision board beliau.
Allah tunaikan sungguh!
baiknya Allah...

sabtu lepas, siera buat kenduri doa selamat.
of course kak bee tak nak ketinggalan untuk datang.
pertama kali ni nak jumpa siera yang berpurdah.
excited sangat sebab rasa lama sangat tak jumpa.
walaupun sama daerah, kitorang sembang2 kat whatsapp aje..
serius rasa teruja sangat nak jumpa siera..

bila jumpa siera...
kak bee rasa nak peluk je siera..
kak bee dok pegang je lengan siera, rasa tak mo lepas..
rasa macam isteri yang baru berjumpa dengan somi yang lama terpisah..haha..
rasa nak sembang lelama dengan siera..
nampak tak betapa kak bee rindukan siera.. 😊😊

siera baik..
ramai orang senang dengan siera..
kak bee pun sayang sangat kat siera..
malu nak cakap direct kat siera..
so kak bee abadikan ceritera tentang siera kat blog kak bee ni..
untuk jadi kenangan sepanjang hayat kak bee..

buat siera yang daku kasihi..
terima kasih atas ukhuwah fillah yang terjalin ni..
kita mungkin tak besfren sangat sampai tahap pillow talk tu..
tapi, jauh di sudut hatiku yang tersudut, daku amat sayangkan kamu..
daku amat ambil berat tentang mu..
sukanya kamu, sukalah daku..
dukanya kamu, duka jugalah daku..
daku doakan semoga dirimu sentiasa dilindungi dengan rahmat dan kasih sayang Allah..
sentiasa diberi berita gembira yang bisa buatmu sentiasa tersenyum manis menampakkan lesung pipit mu..
sentiasa diberi kesihatan yang baik supaya kita masih boleh bersahabat hingga ke hari tua..
walau nanti kita berjauhan tidak sedaerah lagi, ingatlah daku di bumi ipoh ini..
daku pasti akan merinduimu.... 😭😭😭

oh ye..ada sesuatu lagi tentang siera..
siera pernah jadi connector antara kak bee dan arwah besfren kak bee, syazana.
kisah arwah zana kak bee ada abadikan di SINI dan di SINI.
ada satu waktu tu, kak bee rindu amat dengan arwah zana.
then, siera mesej kak bee bagitau yang siera mimpikan arwah.
arwah berbaju putih dan kelihatan sangat happy dalam mimpi tu.
kak bee lupa ceritanya macam mana.
kalau tak silap kak bee, siera ada tanya macam mana zana kat sana.
zana just senyum je...
mashaAllah..masa tu kak bee rasa lega sangat dapat khabar tentang arwah..
ohh...syahdu pulak rasa malam yang hening ini..
saat kak bee tulis entry ni, jam di laptop menunjukkan pukul 12.54 malam.

and last but not least, 
gambar kak bee dan siera.
abadi disini. 😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Rumah Terbuka Little Caliph Tadika Mesra Qaseh.


Teruja tahun ni dapat jemputan Open House kat tadika putris.
😍😍

Tak banyak kak bee nak cerita. Just enjoy the photos lah ye. Gambar pun tak banyak, sebab putra fauzan meragam sikit malam tu.. 😊

Ye..saya meragam malam tu.. 😄

Meriah..dengan lagu raya nya..juadah sedap2..gigih ticers masak sendiri semua.. Salute lah.. 😊

Putris dan rerakan.

Putri nailah nak sekolah sini jugak ke nanti?

Kids with ticer ira. Ticer kakak putri yang pertama sekali. Lemah lembut sangat orangnya. Kids semua sayang ticer.. 😊

Kami nak bergambar jugak.. 😄

Natrah bersama salah seorang besfren dia, hana.

Natrah bersama ticers yang selalu jemput dia di pintu pagar. 😊

Putris happy sangat jumpa kengkawan. Papa putris pun relax je tak rushing nak balik.. 😊
Mama putris je yang nak balik cepat sebab dah penat. Nak tido..haha

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

8 Kelebihan Detox


Kak bee percaya anda semua tahu yang detox adalah satu cara untuk membuang toksin dalam badan. Bahayanya kita biar toksin dalam badan sampai tahap boleh menyebabkan penyakit kronik seperti kanser tau. So..hati2 semua.. Pastikan badan kita sentiasa 'bersih' dari toksin. Kenapa kita nak kene buang toksin2 ni selain dari untuk hindar penyakit2 kronik? Tubuh yang kurang toksin jugak dapat membantu organ kita ni berfungsi dengan baik.

TAHUKAH ANDA!
Membersihkan tubuh anda daripada toksin yang tidak sihat dan menambahnya dengan nutrien yang tepat akan mencetuskan sensor di otak anda supaya anda menginginkan makanan berkhasiat.

woooww! best sangat fakta tu.. Bila badan kita sentiasa bersin dari toksin dan kita sentiasa amalkan nutrien yang sihat, kita lebih gemar mengunyap makanan yang sihat2 saje... emmm...best! best! 😊

Okey..now kak bee share, apakah kelebihan2 detox ni?

No1.
WEIGHT LOSS.
wahh..ini tentulah idaman kebanyakkan wanita, betul kan? 😊 kak bee percaya, jauh disudut hati wanita yang tersudut, sentiasa nak body yang kurus, cantik dan menawan. Sebenarnya, kalau anda nak tahu, toksin ni boleh efek kemampuan semulajadi tubuh yang boleh bakar lemak dengan sendirinya. Bila badan tak mampu nak bakar lemak disebabkan toksin yang banyak dalam badan ni, tu yang boleh menambahkan berat badan kita. Inilah kelebihan detox. Kita boleh kurus dengan cara lebih sihat. 


No2.
BLOATING AND CONSTRIPATION RELIEF (HEALTHIER COLON)
Toksin boleh menyebabkan kembung perut atau badan sentiasa berangin dan sembelit! Menderitakan kalau badan asyik berangin je..perut sentiasa memulas..dan yang paling menderita adalah, sembelit! Jahatkan toksin ni... Kita tahukan yang usus kita ni bawa bahan buangan dalam tubuh seperti  sisa2 makanan, lemak tak perlu, dan sel2 tubuh yang dah mati. Imagine kalau usus ni tak dibersihkan. Perlahan2, ianya akan 'berkerak' sebab bahan2 tadi melekat kat dinding usus. Bila dah tebal 'kerak' tadi, tu yang badan kita pun mula bertoksin dan yang paling mengerikan, ianya boleh menyebabkan kanser usus! Kerana itu lah kita kene pastikan usus kita sentiasa bersih dan kosong dari 'kerak2' itu supaya ia dapat berfungsi dengan lebih efektif. Macam mana nak cuci usus? of course lah melalui detox. Bila usus bersih, insyaAllah, tiada lagi masalah bloating dan sembelit. 


No3.
BOOSTED ENERGY
Toksin banyak dalam badan juga boleh melemahkan tubuh? Ya...tu yang kekadang tu, ada sesetengah orang, malas je nak buat kerja. Tengok muka dia pun lemah je... The truth is, organ kita ni boleh eliminate sendiri toksin ni tau..tapi, ianya perlukan energy yang banyak untuk melakukannya. So, bila energy ni disalurkan lebih untuk proses pembuangan toksin, tu yang kita jadi lemah tak bermaya dan malas2 aja.. Dengan detox, ianya membantu organ kita eliminate toksin2 itu dan kita akan beroleh energy dan stamina yang tinggi untuk lakukan apa2 aktiviti yang kita suka sepanjang hari!


No4.
CURBED CRAVINGS
Membersihkan tubuh anda daripada toksin yang tidak sihat dan menambahnya dengan nutrien yang tepat akan mencetuskan sensor di otak anda supaya anda menginginkan makanan berkhasiat. So, boleh lah say bye bye pada kafien, gula dan lemak! Dan...boleh lah say hello pada 'craving healthier food'. yey...


No5.
BETTER SKIN
Tahu tak apakah organ luaran yang paling besar sekali? Kulit! dan...apa yang terjadi pada kulit kita adalah reflection pada apa yang sedang berlaku dalam badan kita. Kulit kita ni boleh bantu mengeluarkan toksin dengan peluh. Tapi, bila sistem kelenjar peluh ni dah overload dengan toksin, tu lah menyebabkan pelbagai komplikasi kulit antaranya jerawat. Kalau toksin ni lagi cepat bertambah dalam badan kita daripada ia dikeluarkan, risiko pada salur darah kita untuk jadi bertoksin. So..apa kita boleh buat untuk dapatkan better skin? Kene lah detox darah kita dan anda akan kagum dengan kulit anda bila salur darah tidak lagi terbeban dengan toksin. Kulit cantik, cerah sekata. Nak? Rugilah kalau tak nak..😉


No6.
STRESS REDUCTION
Toksin ada kaitan jugak dengan stress? Yes..of course! Seriously, bila badan kita banyak sangat toksin, otak kita pun jadi stress. Sebab, toksin ni mengganggu tubuh kita untuk serap nutrien2 yang kita ambil so badan kita jadi tak cukup nutrien. Bila badan tak cukup nutrien, badan kita jadi memberontak lalu mengeluarkan hormon stress yang dipanggil Cortisol. Bila kita menyahtoksinkan tubuh kita, automatically Costisol akan calm down dan badan kita pun tidak stress lagi. Maka, lebih banyaklah perkara2 happy akan datang pada kita sebab badan kita tak stress dah...


No7.
STRENGTHENED IMMUNE SYSTEM
Radikal bebas yang terhasil akibat toksin banyak dalam badan ni memang suka sangat nak rosakkan sel2 tubuh kita. Seriously, radikal bebas ni memang berusaha keras sangat untuk merosakkan antibodi kita dan seterusnya menyebabkan keradangan. Bila kita buat detox membuang toksin2 ni, insyaAllah tubuh kita akan bebas dari radikal bebas so that tubuh kita boleh kuatkan lagi sistem imun untuk lawan sendiri virus2 yang datang menyerang. 💪💪


No8.
BETTER SLEEP
Toksin terutama yang 'heavy metal' boleh mengganggu sel2 normal dan create radikal bebas. Radikal bebas ni juga boleh menaikkan pengeluaran hormon tidur dan kadang kala mengganggu pattern tidur kita which can lead to insomnia. Bila kita buat detox, especially menyahtoksinkan tubuh kita dari heavy metal ni, insyaAllah membantu badan kita reset balik pattern tidur kita dan kita akan dapat tidur malam yang lebih berkualiti. 😊


.
so..macam mana? Nak buat detox tak?
Next entry kak bee ajar Detox Cara Shaklee ya..
jujurnya, kak bee tak buat.. tapi ramai rakan2 kak bee yang buat detox cara shaklee ni dan hasilnya sungguh menggembirakan mereka.
Nanti kak bee share ya.. 😊


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

8 Khasiat Lobak Ungu.



* Anti oksida yang melindungi badan dari pelbagai penyakit.

* Anti radang untuk melegakan arthritis atau sakit sendi.

* Mengurangkan risiko kanser. Membantu melawan kanser bagi pesakit kanser .

* Melawan virus atau bakteria yang mudah berjangkit.

* Mengandungi vitamin A bagi mengelakkan arteri tersumbat yang menyebabkan strok.

* Mengandungi vitamin B,C dan E untuk merendahkan paras kolestrol.

* Merawat masalah usus,penghadaman,tonsil dan sembelit.

* Merendahkan tekanan darah,stabilkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

Banyak kan khasiatnya..;-)..Jom makan lobak ungu dengan cara yang lebih mudah iaitu...consume sesudu kecil VIVIX! 😊


love, 
 zura bahar 

 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Adakah Anda Perlu Jalani Program Detox Shaklee.


Haa..seperti tajuk entry kak bee kali ni, jom kita buat check list di bawah ni..
Adakah kita perlu jalani program detox shaklee?


Kalau banyak ✔ nampak gayanya memang kene lah buat Detox Shaklee. Sebab, tu tandanya badan kita banyak toksin. Bahaya tau toksin banyak dalam badan ni. Memacam penyakit boleh datang. Kalau tak mo buat, ce cuba sakit. Masa tu baru sedar betapa besarnya nikmat sihat tu. 😊



love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Tumbler Coral Orange Limited Edition istimewa buat Ahli Baru.



Cantik nya.. 😍😍

Kalau anda berminat,
Ikuti 3 langkah mudah ini untuk memilikinya!

1. Daftar ahli.
2. Buat pembelian sebanyak 100uv.
3. Anda layak miliki tumbler ini dengan hanya RM19.08. 👏👏👏😊😊 (harga asal rm33.90).
.
Promosi sah sehingga 31 Ogos 2017.
Grab now!!
Whatsapp kak bee untuk dapatkan nya, okey! 😊👍

love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Berapa Kalori Ais Krim.

Pada satu pagi ahad yang hening, habibi whatsapp kak bee satu poster ni.


kak bee pun order lah..
Choc stick.
Choc cone.
Flower cup.

😁😁⁠⁠⁠⁠

lepas tu habibi senyap seribu bahasa.
jawab okey pun tak.
apa pun tak.

so..kakbee pun jalani lah hidup hari ahad macam biasa.. 😉

hari ahad, sepatutnya habibi balik awal.
tapi lewat pulak ahad tu.
tunggu punya tunggu, dengar bunyi moto masuk garaj..

"yey! yey! abang balik!!!"
jerit kak bee dalam hati.

serius tau...nikmat paling nikmat bagi seorang suri rumah adalah apabila suami balik dari kerja..
haha...over kan kak bee.. 😜

habibi masuk rumah..
plastik beg besar kiri kanan..

kak bee kat dapur masa tu, tertanya2..
"eh...abang bawak apa tu?"
- yang ni, nikmat kedua bagi seorang suri rumah apabila suami balik kerja bawak something untuk isteri n anak2..walaupun hanya seplastik pisang goreng, mak aiii...nikmat sangat rasa...
senyum sampai tinge... 😀

rupa2 nya..habibi beli lah ais krim yang kakbee order tu...hehe..
tak sangka jugak sebab rasa banyak bebeno yang kak bee order tu.
last time, habibi kirim kat member dia, sekotak choc stick.
tu pun rasa banyak dah sebab sekotak tu pun ada 30 batang.
ni..kalau kira total, berbatang2, berkon2 dan bercup2 ni...
pastu ada extra pulak habibi beli... 😱😱

pesta ais krim lah kekanaks ni..
eh..mamapapa sekali lah.. mana aci kekanaks je yang makan...


makan tu makan jugak.
tapi, jangan lupa check kalori ye kak bee oiii...
bulan puasa memang kerempeng sebab puasa.
dah abis puasa, abis di balun semua..
sila insap n buat detox shaklee...
👆👆👆
nasihat untuk diri sendiri..😉

okey..jom kita check.
ni yang kak bee jumpa kat google.



yang ni pulak, ais krim yang kak bee beli.
yang cup dah setel, tak sempat check.

choc cone.

choc stick



mak aii...choc cone sampai 299 kcal kalori 😱😱😱
choc stick 181 kcal kalori..


okey..kak bee insap sesengat ni.
selama ni tak check pun.
ni sebab nak share pasal pesta ais krim baru kak bee check..

anyway, company ais krim ni kerap jugak buat promotion ni.
bagi kak bee yang ramai rakyat jelata dalam rumah ni, agak berbaloi la..
contoh, sekotak choc stick, ada 30 batang. harganya rm18.
sebatang tu hanya 60 sen je...
haa...tak ke rambang mata...haha

Mulai hari ni, kak bee akan control pengambilan ais krim dalam rumah ni.
💪💪💪

kene join Detox Shaklee nampaknya...
untuk maintain berat dan bentuk badan zaman pesta muda mudi.. 💃💃

next entry kak bee share tentang Program Detox Shaklee, okey..

oh ye..kalau nak tahu bila next promotion wonderful ais krim, add fren FB kak bee ye...
klik je link FB kat sebelah kanan ni.. 👉👉
kalau kak bee dapat info, cecepat kak bee share kat FB, k..





love,
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info