Showing posts with label aidilfitri 2017. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri 2017. Show all posts

VVVIP Datang Rumah.

wahh..VVVIP datang rumah..
siapakah?
siapa lagi vvvip dalam hidup kak bee kalau bukan mak ayah kak bee..

beberapa hari sebelum mak kabo nak datang ipoh, kak bee dah terasa2 nak mak datang rumah.
kiranya macam, kak berharap sangat mak datang.
tapi kak bee tak suarakan pun hasrat hati kak bee. kak bee simpan sengsorang. sebab kak bee tahu, bukannya dekat melaka - ipoh. ongkos pun perlu diambil kira.
sampai lah satu hari tu, kak bee call mak. mak bagitau yang mak nak turun KL, pergi open house pakcik kak bee. lepas tu mak plan nak ke ipoh..
wahh... berjoget kak bee dalam hati.. 💃💃💃

sepanjang ahad tu, kak bee gigih masak memasak dari breakfast, lunch sampai lah dinner.
kalau ikutkan kudrat, memang nak beli je.
tapi kak bee nekad kali ni kak bee nak masak2 untuk mak ayah.
selama ni, mak lah bertungkus lumus sediakan makanan untuk kak bee dan adik beradik.
takkan sehari dua mak datang rumah, kak bee tak boleh nak masak,kan? 😉
tapi esok nya, pengsan kak bee...haha..
terus kene selsema tanda tak cukup rehat..
manja betui la badan ni.. 😌

petang ahad, kak bee bawak kids pergi playgorund kat aeon klebang. 
oh ye...anak sedara kak bee ada datang jugak..

budak yang turun dari slide tu, tak peduli hari panas ke apa ke.. asalkan mission untuk main kat playground tercapai..tiap hari minta nak pergi playground. tapi papa tak dapat bawak. apa lagi..dia pun sakan lah main.. 


kakak dah kepenatan dah. besar dah kakak oii...tak payah dah lah main kat playground.

ni anak soleh mak ayah yang jaga mak ayah. kak bee pernah dengar ustaz cakap, anak yang jaga mak ayah ni yang memula sekali masuk syurga. MasyaAllah...besar ganjaran buat mu deq yan..insyaAllah...

lepas maghrib, habibi ajak pergi bulatan aman jaya pulak.
so..lepas dinner, kita pun pi jalan2 lagi..

playground lagi.

dan lagi... hehe

tabah lah ye atuk nenek layan cecucu asyik main playground je.. 😊

bulatan amanjaya. meriah..


kalau bawak baju extra, boleh mandi2..

kami naik basikal berjemaah ni. kak bee pun naik juga. lama tak naik basikal, gigil weii...

ni wajah peluh2 lepas berbasikal. syukur sangat tak sakit2 kaki. maklum lah..lama kot tak exercise. 2 round setengah gak kak bee mengayuh tau... fuhh..


then, habibi take over. 

panoramic view.


sekian ceritera VVVIP kak bee... baru 2 hari mak ayah balik melaka, dah rasa rindu dah..
kak bee sentiasa doa dan berharap, satu hari nanti, kak bee dan suami sama2 dapat bekerja sendiri dan punya masa sendiri. biar kami boleh jumpa mak ayah bebila pun yang kami nak.
kak bee percaya Allah akan makbulkan. cuma belum masanya lagi...

doakan juga ya... 😊



love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali
 sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Rumah Terbuka Little Caliph Tadika Mesra Qaseh.


Teruja tahun ni dapat jemputan Open House kat tadika putris.
😍😍

Tak banyak kak bee nak cerita. Just enjoy the photos lah ye. Gambar pun tak banyak, sebab putra fauzan meragam sikit malam tu.. 😊

Ye..saya meragam malam tu.. 😄

Meriah..dengan lagu raya nya..juadah sedap2..gigih ticers masak sendiri semua.. Salute lah.. 😊

Putris dan rerakan.

Putri nailah nak sekolah sini jugak ke nanti?

Kids with ticer ira. Ticer kakak putri yang pertama sekali. Lemah lembut sangat orangnya. Kids semua sayang ticer.. 😊

Kami nak bergambar jugak.. 😄

Natrah bersama salah seorang besfren dia, hana.

Natrah bersama ticers yang selalu jemput dia di pintu pagar. 😊

Putris happy sangat jumpa kengkawan. Papa putris pun relax je tak rushing nak balik.. 😊
Mama putris je yang nak balik cepat sebab dah penat. Nak tido..haha

love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Jiran datang beraya di aidilfitri 2017.

Semalam, sabtu.
Jiran2 datang beraya.
Pepagi kak.bee semangat nak masak.
Baru je masak air, gas abis..hehe..
Tunggu habibi pi beli gas, pukul 11 jugak lah baru start masak.

Pastu, 
datang pulak selsema yang kak.bee selalu kene dulu2 bila kak.bee terlalu penat n tak cukup rehat.
Dulu kak.bee rajin stay up malam buat kerja part time.
Pastu tak cukup rehat, antibodi jadi lemah, mudahlah kak.bee diserang selsema.

So pagi semalam, cecepat kak.bee telan nutriferon. Vitamin Shaklee yang bantu tingkatkan sistem imun kita. Then, antibodi kita sendiri yang akan serang virus yang menyerang tubuh kita itu.
Selsema tidak lah serta merta hilang tapi feeling better sikit dari pagi tu.
Alhamdulillah..

Ni menu tak seberapa yang kak.bee sediakan.

Amacam, okey tak? 😊

Ketupat palas segera.
Rendang kambing.
Lodeh.
Sambal kerang.
Mi kari.
Dadih.

wahh..kagum pulak kat diri sendiri sebab kak.bee buat semua ni sendiri..😄
habibi in charge buat air n kemas rumah.
kak.bee tak kuat mental nak kemas rumah sebab bila kak.bee kemas je, kekanaks sepahkan balik.
kak.bee stress...😂
so..biar apak diorang yang buat..

Bila malam menjelma, kaki kak.bee mula rasa sakit.
akibat berdiri terlalu lama barangkali..
sakit kat area tapak kaki. tapi side atas ni.. tapi nak pijak lantai pun efek jugak lah...
dah menyenget kak.bee jalan..
so........sebelum tidur, kak.bee urutlah sikit2 mana yang patut..
sempena Ostematrix kak.bee dah abis licin sekarang ni, bertabah lah kak.bee menahan sakit..
oh ye..kak.bee minum Collagen sebelum tidur.. dengan harapan, esok pagi bangun, sakit kaki beransur baik..😊

Sekian ceritera kak.bee..
tak amik gambar pun dengan tetamu yang hadir sebab handfon kak.bee entah kemana entah masa kejadian...😅

gambar juadah je yang ada...hihi.




love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Salam Aidilfitri 2017

Selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
tak terlambat rasanya untuk saya ucapkan,kan..
Raya kan sebulan. ☺

Raya kali ni kak.bee happy sangat.☺☺
Sebab, habibi cuti lama dan lama sangat dapat balik Melaka.
5 hari (termasuk hari di atas jalan raya) tu kira banyak lah tu.
Mana dapat balik lelama gitu..hehe..
Alhamdulillah..syukur..

Hari raya macam biasa je.
Ziarah saudara mara.
Anak2 gumbira dapat duit raya.
Makan tak hingat doniaa...haha
Lebih lama berada atas jalan raya.
and so on..

Apa yang special nya raya kali ni?
Kami naik tanah tinggi genting sebelum balik ke Ipoh..☺☺
weehuu...

Bukan senang dapat spend time lama2 dengan habibi tau..
Walaupun kami tak pernah hidup berjauhan, bila hari bekerja, kak.bee dapat bersama habibi cuma 4 jam je (dah tolak waktu tido). 
Kak.bee bersyukur je...kalau nak compare dengan rakan2 yang pjj tu..
mashaAllah..hebat sangat korang ni..
tapi tu lah...
dah namanya isteri..naluri isteri ni kalau boleh nak sentiasa bersama suami 24jam..betul,kan? 

okey lah...
ni kak.bee share sikit gambar2 Aidilfitri tahun ni. 
Aidilfitri bersama putra putris 2017.




oh ye..
musim raya ni kan forsure kita banyak undangan rumah terbuka,kan..
jangan lupa ye sediakan 'perisai' untuk singkarkan lemak2 tak baik dalam badan.
selama ni kak.bee cuma amalkan Lecithin dan Alfalfa je untuk maintainkan bentuk badan.
Kalau korang nak cuba, wasap kak.bee ye..
Whatsapp only tau... ☺


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info