Showing posts with label Vivix™. Show all posts
Showing posts with label Vivix™. Show all posts

Monday, August 10, 2026

Khabar kurang baik.

Minggu ni aku balik kampung abg sebab kami dapat khabar kurang baik iaitu paksu abg masuk hospital sebab kanser.

so, lepas nailah habis tusyen SRAI sabtu tu, terus kami gerak ke kampung. sampai kampung dah tengah hari. makan, rehat dan solat. pukul 3 lebih gerak ke hospital taiping.

selama aku kenal paksu, paksu sihat je alhamdulillah. berapa lama dah aku kenal? of course lah selama aku berkahwin dengan abg. setiap tahun akan pergi beraya rumah paksu. paksu sihat je selalu alhamdulillah.

sampai lah beberapa bulan lepas, paksu tetiba tak dapat berjalan masa nak pergi haji. waktu tu bebetul hari yang sepatutnya paksu dan maksu naik flight untuk tunaikan haji. tapi paksu pergi juga dengan wheelchair dan bantuan ramai.

dengan izin dan pertolongan Allah, paksu dan maksu selesai tunaikan haji dan selamat pulang ke rumah. tapi paksu masih lagi tak okey. masih tak boleh berjalan. aku pun tak tau nak explain macam mana kondisi paksu, tapi ada kaitan lah dengan tulang belakang etc2.

mak abg ada ajak kitorang melawat paksu dan maksu lepas paksu maksu balik haji tu. paksu masih okey dan nampak sihat. just tak kuat nak berjalan.

so semalam melawat tu, paksu baring je. masing2 cuba nak hadam apa yang sedang berlaku. yela..mana kita nak sangka, kan. dan kalau kita sendiri yang dapat berita tu pun, entah macam mana penerimaan kita.

kanser hati yang paksu hidapi ni nampaknya dah merebak ke organ lain. next plan adalah rujuk paksu ke pakar di hospital Alor Setar untuk rawatan seterusnya. semoga Allah permudahkan urusan paksu maksu sekeluarga dan diberikan kesembuhan sepenuhnya buat paksu. Aamiin..

hospital taiping

dah malam baru balik rumah

--




❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 📣 klik sini untuk order item promo bulan ini https://www.shaklee.com.my/wo/guest?ref=885771

Sunday, October 08, 2023

Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Paling Premium.



Kalau nak cerita pasal kenapa saya pilih vitamin shaklee sebagai makanan tambahan saya, actually saya jenis tak suka nak bertukar-tukar produk bila saya rasa dah serasi dengan satu produk tu.

Shaklee kira bertuah lah sebab shaklee vitamin pertama yang saya consume (untuk milk booster waktu itu) dan ianya berkesan untuk saya. In fact, ianya bukan je membantu boost kan susu ibu saya yang tengah drop waktu tu, tak semena-mena perut saya mengempis dalam tempoh lebih kurang 2 minggu saya consume vitamin shaklee untuk kurus. 

Siapa yang tak happy bila perut kempis kan. So sejak itu lah saya fall in love dengan vitamin shaklee sebab kesannya agak cepat. Maka, tidak lah saya nak try vitamin lain pulak.

Tapi, dalam entry ni, saya nak cerita kenapa saya pilih  dan sangat-sangat suka vitamin shaklee yang paling premium iaitu Resv dan Vivix. Harga kedua-dua vitamin ini agak keras dan penggunaannya hanya untuk sebulan saja. Tapi, sebab kesannya yang sangat-sangat bagus pada saya, ini membuatkan dalam banyak-banyak vitamin shaklee, Resv dan Vivix lah vitamin yang paling saya suka.


5 Sebab Saya Suka dan Pilih Vitamin Shaklee Resv dan Vivix.

1.
Kesannya seawal 1 hari.
Saya masih ingat lagi pertama kali saya consume vivix. Hari tu hari ahad, hari berehat. Suami saya kerja hari tu. Jadinya, saya sendirian perlu uruskan rumah dan 2 orang anak-anak kecil. 
Saya ambil vivix pagi tu. Lepas tu, saya jalani rutin hari ahad saya seperti biasa. Kemas rumah, basuh baju, masak-masak. Anak-anak juga bermain, sepah rumah, gaduh2 seperti biasa.
Sampai lah malam hari, lepas selesai semuanya dan nak masuk tidur. Kami biasa tidur semua sekali pada waktu yang sama. Maksudnya, kalau kami tidur lewat, anak-anak pun ikut tidur lewat. 
Jam dah pukul 12 malam. Semua dah lena diulik mimpi. Tinggal saya seorang terkebil-kebil atas katil, masih tak boleh nak tidur. Dah tak boleh tidur tu, mula lah saya berfikir-fikir, kenapa tak boleh nak tidur ni.
Lalu baru saya perasan, pagi tadi makan vivix. Sepanjang hari saya boleh layan anak-anak dengan baik. Walaupun ragam diorang buat saya menyinga, tapi hari itu saya perasan yang saya sangat tenang melayan anak-anak. Tak ada pulak marah-marah waktu tu. Subhanallah.. itu lah kesan vivix yang saya tak pernah lupa.

2.
Dapat nikmati buah anggur muscadine yang premium.
Kalau anda belum tahu, antara ingredient utama Resv dan Vivix adalah anggur muscadine. Anggur muscadine ni sangat special sebab size nya sebesar bola golf dan kulit dia sangat tebal. Yang lagi special, dna anggur ini lain dari anggur biasa, menjadikan khasiatnya lebih premium daripada anggur biasa.
Shaklee telah patent kan ingredient ini hanya untuk Resv dan Vivix. Sebab itu lah saya rasa sangat bertuah kerana dapat 'makan' buah yang susah nak dapat dalam vitamin dan suplemen dari brand lain.

3.
Berikan tidur yang lena (tidur mati) dan bangun dengan rasa sangat segar.
Antara Resv dan Vivix, Vivix terlebih dahulu berada di pasaran Malaysia. Beberapa tahun kemudian, baru lah Resv pulak masuk pasaran Malaysia. Disebabkan saya dah jatuh cinta betul dengan vivix ni, of course lah saya takkan ketinggalan untuk consume resv seawal hari pertama resv dipasarkan. 
Resv disarankan untuk diambil sebelum tidur. Didatangkan dalam bentuk kapsul, of course ianya lebih memudahkan untuk dibawa kemana-mana saja compare dengan vivix. Sebab vivix ni dalam bentuk syrup dan perlu simpan dalam peti ais. So, bila ada resv ni, pastinya lebih mudah nak travel dengan shaklee!
Okey, balik pada cerita resv. Pertama kali saya consume resv pada malam tu, ternyata tidur malam saya sangat nyenyak, tidoq mati bak kata orang utagha. Dan yang amazingnya, bila bangun tidur tu, mata terus terbuka luas, badan pun rasa ringan dan mudah sangat nak bangun dari tidur. Saya dapat rasa yang saya dapat tidur yang sangat berkualiti, yang membuatkan badan saya dapat rehat secukupnya. Dan disebabkan itu lah saya jadi sangat mudah bangun tidur dan badan tak de sengal-sengal langsung.
MasyaAllah... memang best! 
Dan of course yang paling best adalah, kesannya seawal 1 hari!

4.
Menjadikan hari-hari saya sentiasa bersemangat dan bermakna.
Ini harus saya akui, bila saya ambil vivix pada pagi hari tu, tubuh badan saya automatik jadi bersemangat dan rasa macam tak boleh nak duduk diam. Ada je kerja nak buat dan bila buat kerja tu, dengan rasa bersemangat sekali. Rasa hari tu sangat produktif dan bermakna sebab macam-macam kerja dapat selesaikan.

5.
Emosi rasa tenang dan relax-relax saja.
Selain dari rasa bersemangat dan produktif pada hari tu, emosi saya juga rasa sangat tenang dan lapang. Walaupun ada perkara yang boleh buat saya rasa stress dan rasa marah, emosi itu boleh dikawal dan saya jadi sangat tenang menghadapi apapun situasi. Especially masa saya pjj dengan suami tempoh hari dan harus uruskan 5 orang anak sendirian, alhamdulillah saya dapat uruskan dengan tenang. Ya walaupun ianya tak lah mudah tapi yang pasti, emosi saya sangat berbeza bila saya consume vivix dan tidak consume. Ini sangat pasti. 

--
Kalau nak cerita detail sebenarnya ada banyak lagi shaklee effect saya dengan Resv dan Vivix ini yang boleh buat saya tak nak miss consume keduanya walaupun satu hari.

Dengan asbab ini lah saya sangat-sangat recommend ibu-ibu yang sentiasa penat dan stress dalam uruskan kerjaya, rumah tangga dan anak-anak untuk cuba tambah vivix dan resv dalam diet harian ibu-ibu sekalian. Saya sangat-sangat faham keadaan ibu-ibu yang keletihan dan stress dalam uruskan semuanya sebab saya sendiri pun alaminya. 



Tuesday, September 28, 2021

Sunday, July 07, 2019

Nasihat Buat Yang Dah Berumah Tangga.


Ustaz pesan dalam #tanyalahUstaz , sentiasa perbaharui perkahwinan. Bukan kawin baru.. 😄

Maksudnya, tak kira lah dah berapa tahun kawin, sentiasa la cipta mom...en2 seperti mula2 kawin dulu. 

Teringat pillow talk dengan suami malam tadi, antara kami ada fauzan tengah tidur. 

Suara kami kuat agaknya, fauzan terjaga n rengek2.
Kami sama2 tepuk fauzan. Terbayang saat2 kakak putri baby2. Terasa macam baru ada sorang ada je malam tadi.. Hihi.. 

Masa mula2 tidur berjauhan dengan suami, (definasi jauh tu ada putri kat tengah2), zura nangis sorang2 malam tu.. 🙈🙈
Mengada betul! 😁

Pastu tak heran dah la ada 2-3 anak kat tengah2..hihi.. 

So apa zura nak sampaikan adalah, jagalah diri, jaga kesihatan, jaga penampilan, jaga energy, untuk pasangan kita.. 
Mudah mudahan, dgn kesihatan yang baik, penampilan sentiasa menarik, energy sentiasa muda, perkahwinan kita sentiasa seperti baru saja berkahwin.. 

Nasihat ini untuk peringatan zura sendiri jugak.. 
Semoga bermanfaat untuk teman2 yang sudah berumah tangga... 😊

Kalau mencari suplemen untuk suami isteri sentiasa bertenaga dan awet muda energy serta penampilannya, zura suggest anda ambil Vivix dan pasa isteri boleh gunakan Youth Skincare. Kita ikhtiar, selebihnya urusan Allah.😊


ketahui 8 kebaikan polifenol untuk kesihatan kita di SINI.




❤, 
Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor.  

Order atau keahlian Shaklee? 
--------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Sunday, July 16, 2017

8 Khasiat Lobak Ungu.



* Anti oksida yang melindungi badan dari pelbagai penyakit.

* Anti radang untuk melegakan arthritis atau sakit sendi.

* Mengurangkan risiko kanser. Membantu melawan kanser bagi pesakit kanser .

* Melawan virus atau bakteria yang mudah berjangkit.

* Mengandungi vitamin A bagi mengelakkan arteri tersumbat yang menyebabkan strok.

* Mengandungi vitamin B,C dan E untuk merendahkan paras kolestrol.

* Merawat masalah usus,penghadaman,tonsil dan sembelit.

* Merendahkan tekanan darah,stabilkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit kencing manis.

Banyak kan khasiatnya..;-)..Jom makan lobak ungu dengan cara yang lebih mudah iaitu...consume sesudu kecil VIVIX! 😊


love, 
 zura bahar 

 Pengedar Sah Shaklee. 
 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Sunday, August 16, 2015

Berlatih menjadi working at home papa.


Saya teringin nak dia jadi working at home papa.
Sama2 kerja dari rumah.
Sama2 uruskan anak dan kerja2 rumah.
Sama2 solat jemaah.
Sama2 ke hulur ke hilir.

Tapi tu semua impian saya.
Saya tak pasti dia berimpian sama macam saya kah?
Sudikah dia sentiasa berada disisi saya? 24 jam? 
Sudikah dia sentiasa berada disisi saya 7 hari seminggu?
Hanya Allah yang tahu... (-_-)

Baru ni, masa natrah masuk hospital tu, merasa lah jugak dia konon2 jadi working at home papa..hehe..
Kalau dulu, saya akan berlatih jadi working at home mama pada hari sabtu dan ahad.
Saya suka guna istilah 'berlatih'.
Istilah 'berlatih' tu seperti kita persiapkan diri untuk capai impian kita.
Cara itu jugak adalah salah 1 cara bagaimana impian kita boleh terlaksana..
So, saya gunakan istilah berlatih ni..mudah-mudahan, tercapai pulak impian saya nak dia jadi working at home papa..
Aamiinn..

Just enjoy the photos...
(^___^)v

Assistant setia menemani papa.


Tolong papa repair pintu.

Menyendeng kat orang (especially mama) memang tabiat dia. Ni dia menyendeng kat papa pulak.

Ni pun kire menyendeng la ni. Asalkan ada attachment..hehe..

Tak payah la buat muka tak bersalah ye dik non..

Papa with 3 little girls.
(^__^)


Emm...its not that easy to be working at home papa tau..
Sama lah macam working at home mama.
Cumanya, kalau sama2 ada kat rumah, ringanlah sikit kerja2 saya.
Kan..kan..
Hanya seorang suri rumah je yang mengerti betapa baaaaaaaaanyak nye kerja2 rumah..
Kaum papa patut cuba 1 hari..
Bagi kaum mama keluar pukul 8 balik pukul 5 (macam ofis hour) dan kaum papa handle rumah.
Make sure anak2 terurus (makan, mandi, kenyang, belajar).
Make sure kain baju siap basuh, sidai dan lipat.
Make sure rumah siap sapu dan mop.
Make sure nasi siap masak dan lauk pauk siap terhidang atas meja bila kaum mama balik.

Amacam? Sanggup?

Kene makan vivix tau, baru boleh setel semua tu dalam masa 1 hari...
(^__^)


Vivix mampu beri anda energy segera sehingga ke 12 malam !!
Sangat sesuai untuk anda yang pentingkan kualiti kerja dan anda yang kuat bekerja !!






love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771

Thursday, June 18, 2015

Cara pengambilan vitamin shaklee di bulan puasa.

hari ini 1 ramadhan.
semua umat islam yang tiada keuzuran, wajib berpuasa.
wajib maksudnya mesti!

ramai customer saya tanya, macam mana cara pengambilan vitamin shaklee di bulan puasa ni.


sebab, mostly makan banyak vitamin,kan...
bukan 1 jenis vitamin je...
so, dalam entry ni saya terangkan bagaimana cara saya makan vitamin2 shaklee saya..
actually, ia nya flexible..boleh ubah ikut kesesuaian masing2..
cuma, apa yang saya share ni, mungkin boleh jadi panduan anda semua...

apa yang saya consume?

1. vitamin c
2. vitalea
3. bcomplex
4. ESP / Cinch
5. meal shake
6. collagen
7. performance drink
8. cinch tea
9. alfalfa
10. ostematrix
11. lecithin
12. omega
13. ajht

haa..banyak,kan? hehe...
kalau baca 1 per 1 nama vitamin tu, memang banyak..
tapi kalau ngap je tanpa baca, insyaAllah tak rasa banyak.. ;)
the thing is, saya dah anggap vitamin2 ni seperti makanan ruji saya..
sehari tak makan macam nak pengsan rasa badan..
lemah..longlai...malas...tak bermaya...negatif...nak marah2...nak jadi singa...
tapi bila saya consume ikut aturannya, badan automatik jadi positif, happy, bertenaga, energetik, banyak idea, sihat... 
serius tau !!
kalau anda belum pernah cuba makan vitamin, anda cuba lah...
saya percaya anda akan rasa kelainan nya...
give yourself a try! okey bebeh!!!... (^_^)

okey...ni cara pengambilan vitamin shaklee saya sempena bulan ramadhan yang mulia ini.


sahur.

1. makan nasi dan air kosong.
2. VITAMIN C + VITALEA + BCOMPLEX + OMEGA + ALFALFA (3 biji) selepas makan nasi.
3. beberapa minit sebelum habis imsak / azan subuh, saya minum ESP / CINCH SHAKE + MEAL SHAKE + COLLAGEN + kurma dan segelas air kosong.
4. lain2 vitamin, PHYTOCOL-ST, VIVIX


berbuka puasa.

1. kurma, kuih muih / makanan yang ringan2 seperti roti jala, bubur, mi goreng atau bihun sup dengan kuantiti yang sedikit.
2. minum PERFORMANCE DRINK + CINCH TEA yang dibancuh sejuk atau suam..saya prefer suam2 sebab mak saya pesan jangan berbuka dengan air sejuk. PD dan CINCH TEA sangat penting untuk mengembalikan bendalir dalam tubuh badan dan tenaga kita.

solat maghrib.


makan malam (sebelum isyak)

1. nasi dan lauk pauk. nasi dengan kuantiti segenggam tangan masing2. kecik tangan korang, sikit lah nasi nye..besar genggam korang, banyak lah nasi nye..hehe..
2. selepas makan nasi, ambil LECITHIN + ALFALFA (7 biji) + AJHT.
3. minum air kosong 2-3 gelas.
4. lain2 vitamin yang korang boleh consume, GARLIC + PEPPERMINT GINGER PLUS + HERB LAX


sebelum tidur.

1. OSTEMATRIX (4 biji)
2. lain2 vitamin, VITAMIN E, CARATOMAX,VIVIX

..
itulah serba sedikit cara pengambilan vitamin dan diet saya sepanjang bulan ramadhan.
kata orang, bulan puasa ni bukan semata2 untuk menyucikan hati dengan perbanyakkan amalan ibadah..
tapi, bulan ni juga bulan untuk kita cuci tubuh badan kita dari toksin dan kekotoran yang badan kita mesti buang..
dah besar2 ni, err..maksud saya, dah matang ni, sudah2 lah beli macam2 juadah ketika berbuka..
cukup lah makan ala kadar sahaja...

kalau korang nak lebih mudah, risau terlupa vitamin apa yang korang perlu makan, boleh bubuh siap2 dalam pill box.
lebih organize dan tak de alasan untuk skip vitamin korang!


oh ye...
lupa pulak nak share lagi 1 benda..
last ramadhan, saya berpuasa dengan keadaan hamil 7 bulan.
apa yang saya share kat atas tu lah cara saya consume vitamin shaklee dan diet saya..
alhamdulillah, saya sangat bertenaga untuk berpuasa hampir penuh sebulan..
hujung2 tu ada rompong 2-3 hari sebab masuk hospital... (^_^)

tahun ni, saya berpuasa sebagai breastfeeding mommy...
doakan saya dapat berpuasa dengan bertenaga lagi untuk bulan ni ya...
kondisi ibu hamil dan ibu menyusu tu hampir sama.... (^_^)


okey la...
daaa....
selamat menjalani ibadah puasa dan tarawih..
semoga kita semua peroleh rahmat dan berkat berganda2 di bulan yang mulia ini...
aamiinn....
(^_^)


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Wednesday, May 27, 2015

bayi organik



Cute sangat gambar dari page http://www.applecrumbyandfish.com
Saje je tepek gambar ni sebab sangat comel..hehe..

Siapakah dia organik bayi yang saya nak cerita ni?
.
.
.
Of course my beautiful baby princess, Putri Nailah Ruwaida.

Kalau korang nak tahu, dari proses pembenihan nailah lagi saya dah amalkan vitamin organik iaitu vitamin2 shaklee.
kirenya, memang dari dalam perut lagi nailah dah dibekalkan dengan yang organik2 aje..

Inilah vitamin2 yang saya amalkan dulu, kini dan selamanya...
(^_^)

Nak dijadikan cerita, kulit beliau memang sangat2 halus tulus dan mulus.
cerah pun ye jugak.
tapi, kulitnya sangat sensitif pada produk yang ada chemical.
masa dalam pantang, saya sabunkan dengan mandian baby johnson.
dengan sekali pakai je, naik ruam2 kat bahaian2 pelipat macam ketiak n belakang siku.
kalau pakai shampoo pulak, kulit kepala dia jadi kuping2 macam kelumumur tu.
senang nak jadi tapi susah nak hilangkan kelumumur tu..
haih...
saya try pureen pun sama jugak.
Saya tak nampak pun ini satu masalah tapi saya suka sebab badan dia reject chemical product..hehe...
Sudahnya, nailah mandi tak bersabun dan tak bersyampoo sampai 8 bulan! Hehe...

Alhamdulillah...kulit nailah masih mulus tulus dan gebus macam tu.
tapi saya risau gak sebab kuman2 boleh melekat kat kulit kalau kita tak 'buang' atau antibodi kita tak kuat untuk tepis kuman2 tu.
akhirnya, kulit boleh jadi macam ni...
Horror kan!
Orang ni hidup dah berpuluh2 tahun.
disebabkan antibodi dia tak kuat untuk tepis kuman yang hinggap kat kulit dia, lama2 terkumpul sampai jadi macam tu..

So, saya pun cuba 1 organik produk untuk nailah.
BUDS.

produk ni je produk organik yang saya jumpa kat sini.
memula cuba yang mandian punya.
kene campur dalam air mandi, bukan direct ke kulit.
saya tengok kulitnya boleh accept, baru lah saya beli shower foam dan shampoo.
Rm70 tau untuk both ni..
uwahaha...
jangan main2 dengan bayi organik ni..hihi
Mama pakai pun jimat2 je.. (^_-)
sampai hari ni, dah seminggu nailah pakai, alhamdulillah kulit nailah boleh accept.
tak de naik ruam2 pun.
memang organik sungguh nailah ni..hehe..
dan saya pun dah fall in love dengan BUDS ni..dah le comey je packaging nye..
kalau shaklee punya produk untuk baby masuk kat malaysia, of course lah saya pilih shaklee..
(^_-)
Tak de kat malaysia tau shaklee baby ni.

Selama 8 bulan nailah mandi tanpa sabun, alhamdulillah kulitnye tak berdaki walaupun saya cuma gosok2 dengan tangan je.
berkat saya amalkan vitamin shaklee dan fully direct breastfeeding nailah, antibodi nailah sangat kuat.
mungkin sebab tu kulit nya tak mudah di serang kuman.
Alhamdulillah..
semuanya atas kehendak Allah...


And saya happy sekarang sebab dapat sabun dan syampoo kan nailah..
(^_^)

Sempat gak terbeli baju 'raya' nailah masa mencari2 BUDS kat baby mall..hihi

.....

Nak hamil?

♡ saya consume GLA, VITALEA, VITAMIN C, BCOMPLEX, ESP, VIVIX.



Nak bertenaga ketika hamil?
♡ saya consume VITALEA 2 BIJI, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, OSTEMATRIX, VIVIX.



Nak kurangkan rasa morning sickness?
♡ saya consume PAPERMINT GINGER PLUS.



Berpantang?
♡ saya consume ZINC, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C, ESP, VIVIX.



Nak perbanyakkan susu badan?
♡ saya consume MEAL SHAKE, ESP, ALFALFA, OSTEMATRIX, VITALEA, BCOMPLEX, VITAMIN C,VIVIX.



Nak kurus lepas hamil?
♡ saya consume LECITHIN, ALFALFA, ESP, CINCH SHAKE, CINCH TEA, VIVIX.



Nak baby putih melepak cantik kulitnye?
♡ saya consume MEAL SHAKE sepanjang kehamilan dan sepanjang saya menyusukan baby saya.



*gambar saya sedang berpantang, Putri Nailah berumur 31 hari..

...


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Monday, May 20, 2013

10 tips cegah kanser.

1.
elakkan penggunaan gula secara berlebihan 
kerana gula adalah "makanan kanser"

2.
kurangkan makanan berasid 
seperti daging merah, minuman berkafien, makanan laut dan jeruk kerana sel kanser aktif dalam persekitaran berasid.

3
kekalkan berat badan yang ideal 
kerana lemak yang berlebihan akan menghasilkan estrogen yang menggalakkan pertumbuhan sel kanser.

4
amalkan minum segelas besar jus sayuran organik 
setiap hari seperti bayam, saderi, lobak, timun dan brokoli.

5.
kurangkan makanan yang di panggang 
kerana mengandungi bahan yang bersifat karsinogenik.

6.
kurangkan pengambilan makanan ringan 
kerana mempunyai kandungan pewarna, perasa dan pengawet yang tinggi.

7.
menggunakan air tanpa klorin 
dalam masakan dan minuman.

8.
mengoptimumkan pengambilan vitamin D 
kerana ia merupakan agen pemusnah semulajadi sel-sel kanser.
(berada di bawah sinaran matahari pagi selama 1 jam sehari sudah memadai untuk keperluan vitamin D kita.

9.
berhenti merokok dan hindari minuman beralkohol.

10.
menjalani kehidupan yang sihat 
dengan mengamalkan senama sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan menangani stress dengan bijak.

tips2 ini di sediakan oleh farmas health, tk farmas solution & industries.
----------------------------------------------------------------------------------------------

antara vitamin shaklee yang dapat membantu mencegah kanser ini adalah:

1. VIVIX.

vivix ni memang terkenal dengan anti oksidan yang sangat tinggi.
salah 1 dari bahan2 semulajadi vivix ni adalah Muscadine Grape.
Muscadine Grape ni mempunyai ciri-ciri menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria.
lagi info vivix di sini.

2. ALFALFA

vitamin yang bersifat alkali dan dapat meneutralkan tubuh yang berasid.
antara lain manfaat alfalfa ada di sini.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771