korang nak tahu satu rahsia?
selama 25 tahun kakbee menginap kat ipoh peghok ni, kakbee tak pernah pun pergi Pulau Pangkor..
haha..
tu yang peghak sikit tu...
alkisahnya begini.
kakbee bagi cadangan kat habibi nak balik melaka sempena raya haji. cuti sekolah panjang. kakbee pun cuba lah nasib, kot2 habibi setuju. maklumle..8 tahun kawin, tak pernah sekali pun kakbee meraikan aidil adha..
kakbee redha....gitu..
(macam mana kakbee dah boleh redha habibi kuat bekerja? nanti kakbee cerita lain naa....😊)
percubaan nasib kakbee, 'menghantar usul' untuk balik melaka, tak diterima.
okey..kakbee redha lagi..
Lepas tu, lain kalinya, habibi bagitahu yang dia nak ambil cuti pada sekian2 hari. 2 hari je..jom kita pergi mana2, tapi yang dekat2 je lah...
emm... nak pujuk kakbee gamaknya..hihi... tak pe.. kakbee redha.. 😊
kakbee pun pikiaq punya pikiaq... eh jom lah pi pangkoq.. kakbee pun tak pernah pi pangkoq.. habibi pun teruslah traveloka!
maka...tersadailah kami di pulau pangkoq... hihi..
amboi...syiok dia naa...
kakbee lama dah menyimpan rasa nak mandi laut.
antara mandi sungai, laut n swimming pool, kakbee suka lagi mandi laut. Rasa lapang je..permandangan luas terbentang. Memang rasa lepas semua stress.
time ni habibi turun laut dulu n monitor kekakaks main laut. Kakbee dok kat pantai, keje amik gambar je le..
ehh...jom lah enjoy the photosss..😊
sampai di jeti lumut around jam 2. tiket dewasa rm14. tiket kanak2 rm5. kanak-kanak umur 7 tahun ke atas baru kene tiket. tiket naik harga dah kot. kawan kakbee kata rm10..emm..ada dua jeti nak ke pangkor.
jeti lumut n jeti marina.
harga tiket sama je cuma masa perjalanan je yang beza. kakbee naik dari jeti lumut, lebih kurang 45 minit jugak masa perjalanan.
budak baju merah n purple tu memang tak le tengok camera. haruslah kakbee jadi jurufoto mereka.
sebelum naik feri, haruslah wefie dulu. ni pun paksa habibi ni amik gambar titew tau.. kalau tak kene paksa, tak de langsung gambar titew dalam fon beliau... 😆
merasa lah kekanak2 ni naik feri.. ada gambar dalam feri tapi kakbee sorang je yang senyum sorang2. orang lain sibuk hal memasing..haha..maleh lah nak upload.
pastu, sampai kat jeti pangkor, kami naik van pink ke tempat penginapan Ombak Inn Chalet. Adalah dalam 15 minit perjalanan. RM16. Dekat dengan pantai chalet tu. Kami pilih family room. Biasa2 je size nye sebab under budget. 😋😉 Banyak nyamuk. sian Fauzan, kepala botak nya asyik kene attact.. hihi..
Tapi, suasana luar chalet tu menarik.
Petang tu, lepas solat asar, kami pun bersiap2 nak terjun laut! yey!!!.
kekanaks belum merasa lagi mandi laut. Dulu masa putri umur 3 tahun kot, pernah mandi laut. tapi dia tak ingat..
so dia agak excited la.. tapi natrah takut sikit..
anak soleh ni di larang masuk laut..hehe.. kalau ikut hati kakbee, memang nak join sama. tapi sebab nak kene jaga beg, wallet, tefon n camera. so, layan anak soleh main pasir je..
slumber je depa ni main kat panas terik. mentang2 lah tak sun burn..haihh..jeles mama tau.. lelagi budak baju merah tu.. steady je kulit dia, tak gelap pun... mama gak lah yang kene berusaha consume The Radiant 4 Set untuk kembalikan keserian wajah..ahaks! 😋
waktu ni, ada budak laki lain yang datang dekat fauzan. lepas tu, dia menjauhkan diri bila fauzan kacau dia main pasir. budak laki tu lari dekat dengan bot tu. fauzan ikut n kacau dia main pasir. pastu, budak laki tu geram n tolak fauzan. apa lagi.. melalak lah fauzan... 😊
last2, habibi bawak gak fauzan mandi laut. bila fauzan dah basah tu, kakbee pun apa lagi, terjun lah sama. tak tertahan lah weii... bukan selalu dapat datang ni.. 😊
bila dah basah tu, tak de dah lah amik2 gambar...
dah nak maghrib, baru lah sedar diri. dapat gak la tengok sunset yang Subhanallah sangat cantik.
malam kami tak kemana2 pun. hujan gerimis kat luar. makan dalam bilik je. and kebetulan malam tu ada final bola sepak sukan sea KL 2017. Malaysia vs Thailand.
tapi kalau keluar, syok gak. banyak kedai makan,stall makanan n kedai cenderahati kat sepanjang jalan tepi pantai tu.
Esoknya siap2 nak balik dah..Breakfast dulu kat chalet..
Fauzan dah menonong ke depan. Nailah panggil ajak tengok kolam kecik tu.. Comey je budak dua orang ni. Tapi kalau dedua meragam, dedua tak comey. 😋
ni nak balik dah. Bila dah check out, owner chalet akan panggilkan van pink datang ambil untuk bawak ke jeti.
sampai jeti pangkor, terus je kami naik feri. tak jenjalan pun pulau. tu maksudnya, macam kene datang lagi je... 😄
bye bye pangkor...
sekian saja trip yang sangat pendek.. apapun, kakbee syukur sangat Allah beri kesempatan ni. Bukan tak boleh nak holiday lama2. Habibi masih terikat bekerja dengan orang. Cuti terhad, kan.. Kene lah budget2 cuti nya. Bila habibi dah kerja sendiri nanti, insyaAllah kita akan pergi lebih jauh lagi... 😊😊
love,
zura bahar
Pengedar Sah Shaklee.
Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.