Kisah kelahiran Putra Fathan Adhwa.

Hari tu hari sabtu.
perut sakit macam selalu.
ada contraction and perasaan rasa macam dah kerap pagi tu.

bincang2 dengan mak, mak kata, jom lah pegi hospital.
Mak risau..
lagipun hari tu cuti.
anak2 boleh tinggal dengan pak su Yan diorang.
maka...pergi lah hospital besar melaka ditemani mak n ayah.

Suami zura mana?
Suami ada kat penang, masih kerja macam biasa.
Kali ni redha melahirkan tanpa suami disisi. 😊

prosedur kat sini lain dari HRPB.

masa daftar lagi nurse dah suruh tukar baju hospital.
lepas tu, kene interview macam biasa.
then, nurse check perut.
pastu lagi, doctor review pulak sambil buat CTG.

masa buat CTG tu, doktor dah pasang jarum kat tangan.
ni nampak gaya macam dah kene masuk wad terus ni..padahal doktor tak check bukaan lagi.

bila doktor check bukaan, baru 1cm. and kene masuk wad...
alahai...
kalau kat HRPB, masih boleh balik rumah dulu ni.

tapi tak pe lah..kita serah diri je lah...☺️
at least, zura boleh rehat2 bila dah dok dalam wad.

tapi hati ni tak tenang jugak sebab kenangkan anak2 empat orang yang mak ayah n yan kene handle.
kalau boleh memang tak nak susahkan sapa2 untuk jaga anak2 zura yang aktif tu.

susah jugak nak pujuk hati ni. Risau kan anak2 lain.
Zura mesej2 dengan akak, then akak kata let go je..
jangan fikir pasal tu.
mak ayah n yan okey je..
just fikir nak beranak n baby baru je..

baru lah zura boleh let go perasaan bersalah kene tinggalkan anak2 dengan mak ayah n yan.. 😊

lagipun hari tu cuti sabtu ahad n isnin.
diorang tak sekolah so mak tak la kelam kabut sangat.

malam tu kat wad, zura tak rehat pun.
orang lain semua dah tarik selimut bila maghrib.
ku tak biasa tidur awal.
tangan ligat taip mesej kat fon.
waktu ni memang manfaatkan bebetul untuk fokus dengan bisnes.
sebab kat rumah memang susah nak dapat momen ni..hehe...
dah nak beranak, masih lagi fikir pasal bisnes..😄

esoknya..ahad...doktor round macam biasa.
zura harap dapat tahu berapa cm dah buka.
tapi dokto tak check pulak...
katanya semalam baru masuk..
ku keciwa. 😩
tapi teruskan jugak jalani hidup dalam hospital seperti biasa.

lusanya, isnin...
dalam hati dah niat, kalau bukaan tak de progress, nak  minta balik rumah dulu.
kali ni doktor check bukaan.
katanya dah 3 cm.
hati sedikit gumbira walau ada rasa bergetar takut nak beranak.
takut weii..walaupun dah 4 kali beranak...
so,doktor suruh stay lagi sebab dah ada progress bukaan.

lepas dari tu, zura pun mulalah zikir fokus untuk dipermudahkan beranak.
henfon letak jauh2.
banyakkan doa n zikir.
kawan2 pesan suh jalan itik bagai.
tapi zura tak buat pun.
zura dok relax je atas katil...haha...
kira nya tak ada usaha lah ni.
usaha dari segi doa aje..😄

malam tu, start jam 9 malam lebih kurang, zura dah mula rasa contraction yang kerap dan panjang.
contraction setiap 15 minit.
tapi yang aneh nya, contraction tu sangat panjang, lebih 2 minit.
start dari malam tu, sampai lah doktor datang check pada siang hari nya, selasa.

doktor check bukaan, 4cm. okey tolak ke labor room!
terus zura whatsapp suami n mak, bagitau berita terkini tu.

zura kemas2 barang dengan debaran kuat di dada.
oh Allah..ku harus lalui lagi detik 'nyawa di hujung nafas' hari ni.
permudahkan lah ya Allah...

lebih kurang jam 11 pagi lebih zura masuk labor room.
doktor datang check, bukaan masih 4 cm.
so, doktor plan pukul 2 petang nak pecahkan air ketuban.

berzikir lah zura kat labor room tu ditemani 2 orang nurse praktikal.
adik tu tengok record zura.
kata dia, "anak ke 5 ni. sebelum pukul 5 beranak dah ni"

zura pun harap sangat zura tak payah duduk labor room lama2..

pukul 2 petang. doktor datang nak pecahkan ketuban.
sebelum tu, doktor keluarkan air kencing guna tiub..ya Allah..nak nangess.
zura genggam erat lengan nurse yang teman zura tu.
zura paling tak suka bila kene keluarkan air kencing guna tiub.
sakit!
kali ni suami tak ada disisi nak teman zura.
nurse lah jadi mangsa untuk zura pegang tangan kuat2.
oh ye..doktor check bukaan, masih 4cm.
tapi doktor pecahkan juga air ketuban.
biasanya bila dah 6cm keatas baru pecahkan sebab risau ibu sakit lama sangat n risau jugak kalau bukaan tak bukak2.
pukul 4 petang doktor akan review semula.

contraction dah makin kerap.
2 kali dalam 10 minit.
dan contraction tu lama duration nya...lebih 2 minit..
entah..zura rasa keadaan tu macam pelik sikit...

bila air ketuban dah pecah ni, mula lah sakit yang kuat sikit.
tapi zura rasa, sakit ni zura masih boleh tahan.
tak macam beranak yang sebelum2 ni.
entahlah...
zura rasa Allah kurangkan rasa sakit tu..
zura tak ambil apa2 ubat pun untuk kurangkan sakit.
Doc pun tak de offer ubat tahan sakit ke, epidural ke.. 😁
cuma zura ada makan ostematrix sebelum ke labor room pagi tadi.

pernah sorang master share yang dia ambil ostematrix dos lebih dari biasa masa nak bersalin.
dia tak sakit kuat walaupun dah buka 10 cm.
ostematrix ni fungsinya macam ubat penenang, dapat kurangkan rasa sakit n dapat relaxkan muscle.
mungkin juga dengan asbab tu, rasa sakit tu zura masih boleh tahan.

jam 3.30 petang.
doktor datang check.
doktor kata nak check pukul 4 petang.
awal pulak dia datang.
houseman check bukaan, masih 4cm.
doktor pakar dah tanya pukul berapa last makan.
doktor minta puasa.
nurse start pasang drip.
mungkin diorang prepare untuk czer since bukaan tak de progress.

lepas tu, doktor pakar tu check bukaan.
ye masih 4 cm.
keciwa rasa.
tapi rasa keciwa tu hilang bila doktor korek kaw kaw punya sampai zura tendang sikit lah doktor tu. 😂
pastu dia cakap kat nurses n houseman, "boleh normal ni.."

dia minta zura mengiring ke kiri.
untuk mudahkan baby keluar.

jenuh dah doa, minta Allah bukakkan seluas2 nya untuk baby ni keluar.
kepala ni ligat fikir, macam mana nak bagi bukak lagi.
sempat pulak nak brainstorm ek..😄

teringat masa lahirkan fauzan dulu.
pengalaman beranak paaaaaling ngeri adalah masa beranak fauzan lah..
zura ada cerita kat sini..

zura ingat balik apa yang nurse tu ajar.
masa tu bukaan dah penuh 10cm,
tapi zura tak rasa nak teran sebab baby 'tinggi' lagi.
pastu nurse ajar, bila datang rasa contraction tu, teran je.

zura apply apa yang nurse ajar tu untuk beranak kali ni.
kali pertama rasa contraction tu lepas doktor check tu, zura teran.
since contration tu lama, so lama lah zura teran.

kali kedua datang contraction, zura teran lagi...
contraction hilang, zura rehat kumpul tenaga.

datang contraction ketiga, ya Allah..rasa kepala baby nak keluar!
rasa nak meneran yang tak boleh di tahan2..
rasa yang hanya ibu2 je yang faham..
terus zura bagitau nurse, rasa baby nak keluar dah ni.

"kejap kak..tahan dulu kak..." nurse lari keluar panggil staff nurse n doktor.

bila semua dah masuk, diorang pun suruh teran terus.

kali pertama teran, panjang zura teran, sampai yang tak patut keluar pun keluar sama..
adoi malu...

"okey kak...kepala baby dah keluar..sekarang ni nak keluarkan bahu baby pulak..."

datang je contraction, terus zura teran panjang2 dan akhirnya, segala rasa sakit tu hilang sekelip mata.

yang ada cuma rasa syukur pada Allah yang Maha Besar diiringi dengan suara tangisan baby yang halus tu.. 😭

ya Allah..syukur sangat Allah permudahkan kelahiran anak ni.
Rasa mudah sangat

sungguh zura tak sabar2 nak tahu baby boy ke girl sebab zura memang tak scan masa pregnant tu.
nurse tengah proses baby zura dah tanya,"nurse..lelaki ke perempuan?"

"tunggu kejap..nanti saya tunjuk awak..."

nurse letak baby atas dada, nurse tanya, "lelaki ke perempuan?"

"lelaki..."

Allahuakbar...Allah kirimkan seorang lagi baby lelaki.
terima kasih Allah..
tak terucap rasa syukur ni..
alhamdulillah.
alhamdulillah.







love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.