Showing posts with label shaklee life. Show all posts
Showing posts with label shaklee life. Show all posts

Thursday, July 27, 2023

Pengalaman Percutian Bersama Shaklee


Kami bukan lah 'kaki' travel. Jarang sangat pergi melancong. Apalagi melancong luar negara. Tapi, bila zura jalankan bisnes Shaklee, salah satu reward yang Shaklee bagi bila organisasi kita perform dengan cemerlang adalah, MELANCONG BERTARAF 5 BINTANG.

Bunyi nye macam WOW sangat kan. Tapi memang WOW sangat-sangat. Shaklee provide semuanya secara percuma termasuk beg, baju untuk aktiviti, suplemen shaklee dan duit poket juga. Makan dan hotel tu dah tentu lah kan. Perut sentiasa kenyang sebab makan sangat mewah. 

Alhamdulillah. Allah beri kesempatan untuk zura rasa percutian bersama shaklee. Apa yang lebih menarik lagi, ada percutian yang zura dapat bawak bersama suami, anak-anak dan mak ayah juga. Syukur alhamdulillah.. zura rasa, susah nak jumpa company yang boleh sponsor sepenuhnya keluarga kita kalau kita nak bawak keluarga bersama. Dengan Shaklee, keluarga kita pun akan dapat sama macam yang kita dapat, semuanya secara percuma!

So kali ini, zura nak share pengalaman percutian zura bersama Shaklee. Pastinya ianya pengalaman yang sangat manis untuk dikenang.

2014
Percutian 3 hari 2 malam di Sunway Resort Hotel & SPA


Percutian ni actually disekalikan dengan National Conference yang berlangsung selama 2 hari untuk meraikan leader-leader yang berjaya 'meet the requirement' dalam bisnes shaklee.
Kat bawah ni tentatif program yang direncanakan sepanjang percutian tersebut.



Dapat tiket untuk mak ayah sekali. Anak-anak of course tak leh tinggal. Anak baru 2 time ni. hehe.

Glitter Night! Makan sedap of course.

Seronok rasanya dapat berkongsi kejayaan dengan ayah. 

Mak ayah sama-sama masuk dewan tengok kita ambil award.

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah atas kurniaanNya.

Monday, June 12, 2023

Pengedar Shaklee Chemor Perak Yang Aktif Sejak 2012 Sehingga Kini

Bagaimana zura bermula sebagai Pengedar Shaklee?


Anak2 selalu tanya, "Apa cita-cita mama?"

Masa kakak n adik tanya, mama akan jawab Arkitek.
Sampai turn baby, mama jawab, "Cita-cita mama nak jadi Mama!"

Siapa sangka, kan..
Study architecture. Kerja Interior Designer. Sekarang, lifetime career mama pilih untuk menjadi MAMA YANG MEMBINA EMPAYAR BISNES SHAKLEE UNTUK ANAK-ANAK.
..
Zura sertai Shaklee asalnya bukan sebab produk Shaklee.
Tapi sebab,
PELUANG BEKERJAYA DARI RUMAH DENGAN MODAL YANG SANGAT RENDAH,
WAKTU KERJA YANG FLEXIBLE,
TIADA ARAHAN DARI BOSS SEBAB SENDIRI JADI BOSS,
SUPPORT DARI COMPANY DAN GROUP2 YANG SUPERB,
PELUANG DAPAT INCOME BULANAN YANG SANGAT SANGAT TAK MASUK DEK AKAL, RATUSAN RIBU SETIAP BULAN - ni bergantung kepada usaha sendiri ye. Tak makan langsung bahagian anak cucu cicit bisnes semua.

Ye.. Itu lah detik permulaan zura dengan SHAKLEE.

And of course, bila zura decide untuk TUKAR CAREER, zura terus amalkan produk2 Shaklee dan dapat rasakan tahap kesihatan yang lebih baik dari sebelum ni.

Seronok ke zura jadi Pengedar Shaklee?


Alhamdulillah.. Dah 10 tahun zura konsisten amalkan produk2 shaklee. Mak ayah, suami dan anak2 pun sama.

Kalau nak senaraikan shaklee effect yang zura dapat, sebenarnya banyak sangat. Tak muat 1 entry. Kene separate entry2 nya.
Tak pe.. Nanti zura share 1 per 1 ya.. 😊

>> Testimoni Senggugut Hilang Dengan Shaklee <<

>> Testimoni Batuk Hilang Dengan Omega Guard <<


Disebabkan banyak kesan baik selepas zura amalkan secara konsisten produk2 shaklee ni, zura pilih untuk setia berkongsi tentang shaklee pada semua. Benda baik, zura nak semua orang pun dapat sama.

Macam tu juga dengan peluang bisnes yang shaklee sentiasa open untuk semua.

Zura dah rasa income belasan ribu setiap bulan. Untuk rakyat marhaen macam zura ni, MasyaAllah ia membantu sangat2 untuk zura gembirakan family dan bantu orang2 susah. Lain nikmatnya dapat memberi tanpa kira2 berapa baki dalam wallet lepas memberi.

So kawan-kawan semua, usah ragu2 lagi dengan BISNES SHAKLEE ni.

Jom, be part of my shaklee empire, my #matahariku.

Zura suka orang yang Rajin belajar, rajin berusaha, tak kuat mengeluh, positif, indipendent, solat cukup 5 waktu, hati bersih, dan rendah diri untuk sama2 BINA KERJAYA DENGAN SHAKLEE.


Pape, roger je zura, k.👌🏻


>> Jom berkenalan dengan: Pengedar Shaklee Aktif di Mukah Sarawak <<

-----



Ps: alhamdulillah dapat maintain kurus dengan rajin consume Set Kurus Shaklee walaupun dan 5 kali menggemuk. Ahaks! 

--


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,   

Tuesday, August 04, 2020

Meet mizzatul.com (^_^)

zura so excited bila mizz atul bagitahu nak datang rumah. 
pertama kali jumpa, 2 tahun lepas masa master upline zura buat program kat ipoh.
bila atul nak duduk sebelah zura masa seminar tu, i feel like.masih ada yang sayang aku rupanya. 

yeahh.. actually, atul ni downline shaklee zura. kami tak pernah kenal dan tak pernah jumpa.
pertama kali atul mesej zura, minta zura komen posting fb dia.
'komen' tu maksudnya, tunjuk ajar cara nak tulis post2 yang menarik.
start dari situ lah, kami mula bermesej2 dari sekitar tahun 2015 macam tu, sampai sekarang.

banyak benda yang kami sekepala and maybe sebab tu kami boleh get along together.

dan hari ni, atul dari bota, singgah rumah zura untuk ambil stok2 shaklee atul dari zura.

i am so happy and so grateful today atul sudi lepak2 sejam dua kat rumah zura.






zura doakan dan mohon rakan2 pembaca blog zura juga, dapat sama2 doakan kejayaan atul dalam bisnes shaklee ni ya. atul salah satu reason, kenapa zura masih terus konsisten dengan bisnes shaklee ini.

we share a lot of things...tq atul so much atas segalanya. dan sudi berkawan dengan akak. biiznillah, kita kawan sampai syurga ya.. (^_^)

❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
- 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women,  
📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Saturday, September 21, 2019

Wednesday, August 09, 2017

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee di Bulan Merdeka 2017

Sempena menyambut tahun ke 60 merdeka tahun ni, Shaklee berbesar hati nak beri offer yang menarikssssssangat buat anda yang belum menjadi ahli shaklee.

Jom tengok poster ni, apa yang shaklee nak offer tu?


Apa yang bakal ahli Shaklee bulan ni akan dapat?


🎊 Sustain Released Vita C Plus berharga RM60 sahaja. (harga asal RM98)

Atau

🎊 Coral Orrange Shaker berharga RM18 sahaja. (harga asal RM19.08)

Atau

🎊 Kedua-duanya sekali dengan harga RM78 sahaja.

Wow!! 😱😱


Ishh..teruja sungguh kak bee tau. Kak bee pun tak dapat dah nak grab offer ni especially shaker pink yang super comel tu..
So korang yang memang consume Shaklee, tapi belum jadi ahli, rebutlah peluang ni, k..


Syaratnya adalah:


👉 Daftar ahli
👉 Beli barang Shaklee bernilai 100uv dalam satu resit.

Then, anda layak untuk dapatkan mana2 offer di atas tadi. Mudah je kan? 😊

Okey.. Kalau tak tahu barang apa nak beli untuk dapatkan 100uv ke atas, ni kak bee senaraikan set2 yang ada mengikut keperlukan korang.

1. Set Kehamilan 
2. Set Selepas Bersalin
3. Set Detox
4. Set Aura Seri 
5. Set Anggun 
6. Set Amazing Golden untuk Wanita 
7. Set Amazing Golden untuk Lelaki
8. Set Keperluan Harian 
9. Set Kurus 
10. Set Kuatkan Imun 


Rebut peluang  ni tau!
Bulan-bulan akan datang, belum tentu lagi Shaklee akan buat offer macam ni.
klik sini untuk whatsapp kak bee terus ye >> www.wasap.my/60165952771 << 
Boleh inform kak bee, set mana yang menjadi pilihan hati. 😊
InsyaAllah kak bee boleh tolong adjust lagi sampailah anda puas hati.


love,
 zura bahar
 Pengedar Sah Shaklee.

 Order atau keahlian Shaklee?
whatsapp 016.595.2771
 ---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Thursday, April 28, 2016

National Trip by Shaklee.


Assalamualaikum..hari ni happy nak share kisah 3 hari lepas.. (^_^)
Tentang Incentive Trip dari Shaklee.
Insentive trip ni ada 2, international dan national.
kalau international, muslims boleh pilih untuk Umrah / Mana2 Luar Negara.


So, untuk recycle shaklee tahun lepas (mac 2015-feb 2016), shaklee offer National Trip ke Melaka.
Trip ni khas untuk leader2 shaklee yang telah berjaya kumpul point dari sales sendiri, sales kumpulan, leader2 yang dilahirkan bawah grup masing2 serta beberapa kriteria lagi.
Kalau tahun2 sebelum ni,shaklee bagi penginapan hotel 3 hari 2 malam pada hari National Conference Shaklee, kali ni shaklee buat trip pulak.

Actually, sebelum2 ni pun shaklee buat trip jugak. cuma, bila NC berlangsung selama 2 hari, shaklee buat pulak pakej tidur hotel 5 bintang tu..

Kalau nak enjoy gambar2 saya ketika dapat pakej 3 hari 2 malam tu, klik link bawah ni ye..



So, untuk tahun lepas, saya dapat 1 tiket National trip ke Melaka.
Jadualnya trip tu pada bulan 10. Saya tahu, suami saya sangat berat nak izinkan saya pergi mana2 seorang diri.
Saya pun macam tu...hihi..
Jadinya, saya ada dua option..
sama ada let go aje trip tu (sayang nye rasaaaaaa)
atau bagi pada siapa2...
tapi nak bagi siapa?
.
lalu datang idea nak bagi tiket tu pada habibi walau pun saya tahu dia mungkin tak nak.
saya minta dia tinggalkan saya dan anak2 kat melaka n dia pergi lah join trip tu.
saya dapat dok rumah mak ayah saya pun dah rasa heaven gilaa...
seperti yang saya jangka, habibi tak nak..

lalu saya terfikir nak bagi pada mak mertua saya.
saya memang jarang2 sangat bagi barang atau duit kat mak mertua.
nak bagi barang, citarasa tak sama. 
kalau dia tak guna atau tak pakai barang yang saya bagi nanti saya sentap pulak..haha..
nak bagi duit, dia selalu tolak.."mak ada duit..mak bukan nak pakai duit sangat pun.." 
so saya fikir, hadiahkan trip ni memang sangat sesuai dengan jiwa beliau yang suka jalan2 sejak dari dulu lagi..
dan ternyata, memang beliau tak tolak bila saya offer trip ni..
alhamdulillah...dapat gak bagi something kat mak.. (^_^)


dan disebabkan saya tak sertai sama trip ni, kene buat surat rayuan kat shaklee..
Alhamdulillah...teima kasih Allah...

7 hari tunggu, akhirnya shaklee reply..

tq shaklee... (^_^)
rezeki mak mertua saya...


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

---

Bulan ni promosi Vitamin C.

Harga sebotol Vitamin C tu tak sampai pun rm100.
Dan, sebotol tu untuk stok 6 bulan makan tau...
Kalau kira2, sebulan saya spend kurang dari rm20 untuk maintain kulit muka sihat dan berseri.
Jimat,kan?

..
Sempena promosi ni,
Harganya confirm lebih murah dari harga asal.
..
Berminat?
Telegram 016.595.2771

Sunday, June 28, 2015

Entry buat Miza.

Sabtu lepas saya melawat seorang sahabat yang asalnya seorang customer shaklee saya.

Beliau nak pindah ke perlis tak lama lagi..
kebetulan beliau baru melahirkan baby kedua beliau..
so, saya pun pergilah melawat beliau..

Bila kenang2 balik macam mana saya kenal beliau, blog inilah bermulanya detik perkenalan kami.
beliau mencari sid yang berhampiran untuk beli shaklee.

Kami contact2, beliau setuju nak join membership sekali, lalu kami pun set nak jumpa..

Lunch time..
saya ambil beliau, bawak ke branch terus..
lepas tu, lunch sesama..
Ala2 blind date gitu..hehe
(^_^)

Saya pernah buat open house..
gigih beliau datang sorang waktu malam..
kalau tak silap,beliau baru kawin dan tengah pregnant masa tu...


Tq for coming miza..
walaupun sesat-larat-beliau-call-saya-tak-jawab, hehe, sampai jugak beliau...
dah la waktu malam...
.
dan ini gambar terbaru.
sabtu lepas.


2 dah baby beliau..
sorang je lagi nanti dah boleh sama saya..hehe...
...
..
.
terima kasih Allah atas ukhuwah ini..
happy rasa dapat kawan baru dari blog ni..
(^_^)
Terima kasih jugak kat miza, sebab sudi berkawan dengan saya..
semoga kita dapat berjumpa lagi...

(^_^)

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Sunday, May 17, 2015

KELAS TIPS MENULIS AYAT POWER DI KL

Assalamualaikum n hi!!!

Ketika ini, mata terkebil2 tak boleh tidur.
habibi kat sebelah dah berdengkur kecil.
kepenatan.
drive dari kl, pecut pulang ke ipoh.
saya? Tak terdaya nak teman beliau memandu..
kejap2 tertidur..
eh..bukan tertidur.
tapi memang sengaja tidur..hehe..

Kami baru pulang dari kl.
untuk menunaikan hajat besar di hati saya.
hajat besar...bunyi nye macam buang air besar je..hehe.
hajat saya untuk buat 'road tour' bertemu anak cucu cicit shaklee saya.
Semalam, lokasi terakhir iaitu di KL.
2 lokasi sebelum ni adalah di ipoh dan penang.
kedua2 kelas sebelum ni, berjalan dengan sedikit dugaan buat kami.
tapi kelas semalam, alhamdulillah syukur..
semuanya berjalan lancar seperti yang di rancang.
syukur..syukur..syukur...
(~_~)
I am touched sebab Allah permudahkan urusan saya and make it happen!
Alhamdulillah..

Kelas yang saya buat ni bertajuk Tips Menulis Ayat Power. Bukan senang nak jadikan tulisan kita terkesan dihati orang tapi ianya tak la sesusah yang di sangka.
Dalam entry ni saya tak nak cerita pasal tips tu..
haruslah bertemu mata dengan saya kalau nak tahu tips tu..hehe

Kat sini saya nak share, bagaimana bisnes shaklee bersama legasi saya, #superioritymatahariku beroperasi. (^-^)

Preparation sebelum kelas.

Ice breaking. Sessi berkenalan dulu.

Saya dah addicted dengan kelas.sekali dapat cakap,rasa tak nak berhenti..hihi

Ini ada bapak yang candid.tengok angle gambar ni..posisi bapak yang amik gambar ni sambil meniarap.. ;)

Tengah kelas sedang berlangsung, boleh pulak dia nak posing.

My great leader, siera. Presenting about business through IG.

Inilah dia anak cucu cicit legasi shaklee saya yang telah meng'exclusive'kan diri mereka untuk hadir ke kelas semalam. Tahniah kepada mereka sebab mereka sanggup korbankan cuti mereka semata2 untuk hadir ke kelas ini.
Saya percaya, mereka datang dengan 1 azam untuk berjaya hingga ke tahap tertinggi dalam bisnes shaklee ni.
insyaAllah, pengorbanan mereka hari ini, pasti Allah tunaikan hajat mereka..aamiin...
.
selesai kelas, kami buat health check up pulak.

Briefing dari siera, cara membaca body composition machine.


My mum pun buat. Her age 60 years. Her body age 66. Okeylah..tak tua sangat dari umur sebenarnya. Alhamdulillah...
My mum pun memang amalkan vitamin2 shaklee.

My anak bisnes, sue.

Saya dah pernah buat beberapa bulan lepas. Masa tu body age saya 40 something.
pulun makan vivix. Alhamdulillah, kali ni lebih muda, 38..hehe
Next entry saya share the whole result untuk body composition saya.
.
.
apa yang terjadi di sebalik kelas semalam?

KIDS.
Lari sana,lari sini.
jerit sana, jerit sini.
they are so so happy!
Tak cari mak ayah dah bila dapat jumpa kawan2.


SPOUSE
Lepak2 tengok tv sambil pantau anak2.

Yang ada baby, tolong jaga baby. Baby nak susu, just bagi baby kat mak nya. Kami tak perlu rasa berbelah bahagi nak pergi menuntut ilmu kalau baby masih breastfeeding. Inilah istimewanya bisnes shaklee ni.

Kids all around.
spouse ada menemani.
dan kami masih boleh menuntut ilmu bisnes.

Beginilah suasana bila kami mak2 bekerjaya. 
Kerjaya kami boleh bawa suami dan anak2 bersama.
Hati sentiasa senang masa bekerjaya sebab suami dan anak2 ada je depan mata.
sambil bincang2 hal bisnes, sambil makan2..
sebagai seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu, kerjaya begini lah yang dapat menepati keadaan saya sekarang ni.
Alhamdulillah..
saya percaya semua ibu2 juga berpeluang untuk merasai bagaimana bekerjaya bersama keluarga.
.
jika ibu2 rasa ingin sama2 bekerjaya dengan saya, hubungi saya tau..
mesti best kalau ibu2 pun dapat sertai saya bekerjaya bersama keluarga ni.
seronok tau!!
(^_^)


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com