Kisah Rumah Tangga Kami Selepas 11 Tahun Berkahwin.

Ucapan sweet2 dah lama kurang dah. But still, yang basic2 tu of course masih lagi sebut.

i love you.
i miss you.
i need you.
i cannot live without you.

tapi, kami lebih kepada gurau2, ketawa2, buat2 terkejut and biiznillah, lebih saling memahami antara satu sama lain.

semakin boleh kawal amarah. dah tak mudah angin atas sebab benda2 kecil je. dan biiznillah juga, semakin bijak twist keadaan yang akan buat pasangan marah, kepada melawak.

bosan juga nak bersweet2 je sepanjang masa, kan. hihi.

bukanlah tak bersweet2 langsung dah. tapi faham2 lah pasangan yang berkahwin, kita boleh ekspresikan sweet itu dengan banyak cara lain, kan.

tak payah cakap pun kita boleh sweet2. 

dan disebabkan anak2 dah besar jugak lah, tak boleh nak sweet2 sangat. again, kene twist sweet tu kepada gurau2 kasar yang kadang2 budak2 ni pun join ketawa sama. seronok depa kalau tengok papa diorang buli mama diorang. lagi jadi batu api adalah..

dan disebabkan anak2 suka skodeng wasap mama papa jugak lah, mama papa terpaksa pendam rindu diam2 bila berjauhan. nak tulis sweet2 kat wasap pun tak boleh dah, nanti diorang baca. 


jujurnya, zura tak berani nak sebut lebih2 tentang rumah tangga. kami sendiri pun, baru 11 tahun membina masjid kami. banyak sangat yang perlu di hiasi masjid ini. 
apapun, zura bersyukur sangat Allah hadirkan dia menjadi suami zura. kalau nak kira kekurangan dan kelebihan dia, dia lebih banyak kelebihan dari kekurangan. 
dia paling tinggi sabar nya melayan sifat zura. 
terima kasih Allah. terima kasih kerana menganugerahkan dia dalam hidup ku.



❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.