Amalan Untuk Hajat Tercapai ~Cerita di Sebalik Rak Buku Anak-anak.

Cerita di Sebalik Rak Buku Anak-anak. 

duit dah kumpul dah. dah asing siap2 nak beli rak tu. tiba-tiba, terpaksa guna untuk ambil stok shaklee. sebab, stok shaklee ni laju sangat habis. 30 ribu unit masuk stok, tak sampai 15 minit boleh licin. korang imagine lah cemana. so, nak kene simpan sikit stok untuk regular customer dan team. dah tu beli shaklee tu, yillek lah duit untuk rak tu.. haha..

tiba-tiba, PM umum pkpp pulak. dah boleh rentas negeri. suami offer pi ikea. halah halah halahhhh..duit saving rak pulak tak de dah.. huhu. duduk lah diam2 kita kat rumah. tak pi mana.. haha..

suami balik cuti hari ahad tu, suami tanya nak pi mana abang cuti ni? 
kita balik kampung je lah. nak pi mana lagi. zura jawab ringkas.

pagi nak balik kampung tu, kitorang buat relax2 macam biasa. buat breakfast, makan breakfast, ,sidai kain, kemas beg, mandikan anak2, lepas tu suami lepak2 je main fon.. zura terus nak bersiap2, nak pi lah mandi. 

eh.. sebelum tu, ada teammate yang mesej, nak beli vivix. stok kat hq dah habis. stok kat tangan zura ada 1. 
so, bagitau kat teammate tu, and dia nak sebotol. 
alhamdulillah.. ada rezeki teammate ku itu dapat sebotol vivix.. :)

lepas tu, kepala zura terus ligat berputar. 

eh... duit saving beli rak tu macam dah dapat cover balik lah. dah senyum2 sendiri. time kepala berputar tu, zura kat bilik air. keluar je bilik air, siap2, terus turun n cakap kat suami, "abang! jom pi ikea!! duit dah cukup.." terkebil2 suami ku yang tengah lepak2 tengok hp tu. haha.. lepas tu suami pun terus bangun nak bersiap.

maka.. tersampai lah kami kat ikea ni ha... ikea penang lah.





anak-anak? duduk lah dengan opah sat. kakak2 ada, zura tak risau dah nak tinggalkan fathan. fathan pun dah banyak makan dan minum sekarang. in fact, happy je dia bila zura balik malam tu. tak hairan nak menyusu pun.. hehe..



sebenarnya, ada 1 amalan yang zura buat lately ni. zura belajar dari super upline zura. lepas tu, teammate dia pulak share betapa amazing nya bila amalkan benda ni. 

dia cerita, kalau kita boleh amalkan secara berterusan tanpa gangguan sebanyak 4444 kali, apa je yang terdetik kat hati dia, terus Allah bagi. kalau amalkan secara sambil2, contohnya sambil masak je, sambil siram pokok ke, pun dapat juga cuma tak lah tahap yang terdetik pun boleh dapat.

nak tahu apa dia amalan tu? 
senang je. dan sebenarnya kita selalu je buat. 

SELAWAT KE ATAS NABI.

itulah amalan nya. selawat paling ringkas kita boleh amalkan, 
'SOLLALLAHU 'ALA MUHAMMAD' .

senang je kan?

kalau dapat duduk proper atas tikar sejadah, dan dapat complete selawat 4444 kali pada satu masa, tu lebih baik. zura belum berkesempatan untuk duduk proper macam tu. zura just amalkan selawat sambil2 je. memang bibir sentiasa selawat. cuma time nak beli rak ni, memang asyik terfikir je. lepas tu, dalam hati ni asyik 'perasan' yang suami nak belanja beli rak. haha..

walaupun part suami belanja tu tak jadi kenyataan, tapi nak cerita yang Allah cukupkan duit zura nak beli rak ni. nampak benda ni simple je kan. halah...setakat nak beli rak pun beria nak selawat bagai..

tapi, bukan zura nak cerita pasal beli rak, main point nya zura nak share, 
bila hajatkan sesuatu, 
BERSELAWAT lah. 

eh.. actually, tak payah tunggu bila berhajat pun baru nak berselawat. 
tahu tak, bila kita berselawat, Allah berselawat balik pada kita. 

faham tak kenapa kita berselawat? 
kita berselawat sebab kita nak SYAFAAT nabi. 
SYAFAAT tu maksudnya, PERTOLONGAN nabi. 
yang kita faham, 
kita nak SYAFAAT nabi sebab nak masuk syurga = kita nak PERTOLONGAN nabi untuk masuk syurga. 

tapi, dalam keadaan kehidupan harian kita, 
kita BERSELAWAT = ALLAH BERSELAWAT pada kita = ALLAH BERI PERTOLONGAN PADA KITA.

wallahualam..

> Cerita Rak Buku Baru Untuk Putra Putri <


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

2 comments:

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.