bila perdana menteri umumkan PKPP hari tu, happy nya rasa. baru rasa berhari raya.
tapi tapi.. kami tak boleh nak balik melaka dah. cuti suami dah habis. hehe..
tumpang happy orang adik beradik lain je lah yang dapat balik melaka.
mujuq juga kampung suami dekat. suami balik rumah sabtu tu, suami tanya nak pergi mana dia cuti ni. eh..of course lah balik kampung. opah diorang ni dah tanya2 kan cucu2 beliau ni haa..
tapi ahad tak boleh datang, opah kata. sebab opah nak pergi cameron, balik hari. kita kira2, opah mungkin akan singgah rumah ni bila on de way balik. tengah hari tu, tup tup opah wasap kata petang2 on de way balik, diorang singgah.
so, around maghrib jugak lah opah n adik ipar sampai rumah. jamu mereka pisang goreng aja.. hehe..
malam tu opah nak gerak balik, kakak dan adik ikut opah sama.esok nanti baru mama papa dan yang lain2 menyusul.
esoknya pun tiba.
bangun, siap2 macam biasa. suami tak decide nak balik kampung pukul berapa.
tengah siap2 pagi tu, ada masuk order Vivix sebotol nak pos ke KL. aljamdulillah..
lepas dapat order Vivix, terus ajak suami pi ikea. haha.. tercengang cengang beliau bila ku turun bawah dah siap mandi semua, minta dia besiap dan jom pi ikea! hehe..
sebenarnya, memang nak pergi ikea.
so, masa suami balik tu, beliau tanya, nak pergi ikea tak, sebab kita memang nak beli satu kabinet ni kat ikea.
waktu PKPB tu, tak dapat nak beli sebab tak boleh nak rentas negeri, kan. Now dah boleh, duit untuk kabinet tu pulak kita dah dulukan buat ambil stok shaklee.. hehe. so, duduk je lah diam2 tak dapat nak beli lagi kabinet tu.
tapi, bila masuk je order Vivix tu, kira dah dapat dah cover balik duit saving untuk kabinet tu. tu yang segera ajak beliau bersiap tu. hehe.. alhamdulillah.. tercapai gak hajat. nanti saya share kabinet apa lah yang saya hajatkan sangat tu. 😊
so, kita balik kampung ni, lapang lah sikit kereta kat belakang sebab kakak n adik dah balik kampung dulu. alhmdulillah fathan enjoy je duduk tempat dia. kalau bawak dia masuk kereta pun, tak payah suruh atau dudukkan dia kat situ, dia sendiri yang adjust punggung dia duduk situ.. hehe..
kami tak de pilihan selain guna baby car seat yang ada belt je ni. yela. anak ramai. mana mau nya nak letak car seat. and at this moment, mampu untuk guna kereta sedan ni je ha..
mujuq lah. isu baby car seat dah tenggelam ni haa sebab ada isu yang lebih besar lagi untuk dirisaukan. covid 19 ni, banyak hikmahnya, kan.. 😃
❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
📣 untuk order dan pertanyaan,
📲 sms|whatsapp 016-5952771,
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
💻 visit: www.vitallyvitamin.com
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.