Review Nurse di Klinik Kesihatan Chemor.

Hari Jumaat tu, zura ada check up. Check up iucd sebab ada sikit problem tapi insyaAllah tak memudaratkan kot setakat ni.
Ni kali kedua zura masukkan iucd. Pernah zura cerita pengalaman zura first time guna iucd kat sini >>  Pengalaman Menggunakan IUCD
Lepas 2 tahun guna, doktor check kedudukan nya dah bergerak. So doktor suggest untuk keluarkan dan guna implanon. Zura okey je walaupun dalam hati takut nak guna implanon.

Bila dah nak dekat tarikh appointment, tetiba zura decide tak nak amik implanon. Hehe.. Nak pakai iucd balik. Zura call nurse, bagitau yang zura tak nak lah guna implanon. Mujur lah nurse okey je melayani karenah mama-lawa-anak-ramai ni. 😄

Nurse suggest guna dulu cucuk depo sementara nak buat appointment baru untuk iucd. okey lah nurse. Saya follow cakap nurse sebab nurse baik n sabar je layan permintaan saya. Baik tau nurse Klinik Kesihatan Chemor. 
Actually bukan dengan zura je, tapi dengan anak2 zura jugak.
Dalam ramai2 anak zura ni, dua anak yang terakhir yang zura buat check up kat KK Chemor. Fauzan dan Fathan. Anak yang lain semua kat KK Jelapang sebab time tu duduk kat Meru.
Kebetulan, both fauzan n fathan ni ada sikit isu sepanjang tumbesaran diorang ni. Masa fauzan dulu, dia lambat cakap. Yang fathan pulak, berat dia kat borderline je.
Anak2 lain, alhamdulillah perkembangan diorang okey. So bila lepas 2 tahun, zura tak follow dah check up seterusnya.
Tapi sebab 2 dua orang anak soleh ni ada isu sikit, nurse pun memang follow up betul2. Boleh kata, 'kejar' diorang ni lah.
Satu benda yang zura suka yang KK amalkan adalah, 1 nurse 1 family. So, ibu n nurse ni dah jadi kenal n rapat. Pernah sekali tu, ada nurse ni siap share masalah rumah tangga dia kat zura. Hihi.. Kita ni dengar je lah kan.
Ni nak cerita, betapa concern nya nurse pada Fathan, sebab nak make sure tumbesaran fathan okey ikut peringkat umur dia.
actually banyak kali zura skip appointment fathan lepas dia dua tahun. haha..
satu, sebab malas lah. terus terang rasa malas nya nak pergi. nak kene tunggu lama.
dua, anak2 sekolah. katalah appointment pagi. tahu je lah KK macam mana kan. Bukan terus dapat turn kita. Kadang dah datang awal, tapi pukul 10-11 baru panggil. Pukul 10.30 zura nak kene amik anak balik sekolah agama. Nak kene keluar lari keluar kejap, pastu datang balik in case nama tak panggil lagi. and most of the time, dah nak 10.30 tu lah sikit lagi no nak kene panggil. stress aku. haha.
pernah sekali tu zura tunggu jugak no panggil, sebab memang biasa no naik around pukul 10.30 tu, pastu dah terlambat ambil anak2 balik sekolah. pukul 11 baru sampai sekolah, dah tinggal diorang berdua je. mujurlah time tu kakak n adik sama sesi pagi, ada lah teman.
tu yang jadi tak pergi KK. 😆
Pernah sekali tu, balik dari ambil nailah balik sekolah agama, ada kereta depan rumah. "eh siapa pulak ni?"
rupanya, nurse KK Chemor datang, nak set appointment baru untuk fathan. dah la time zura tak datang appointment tu, zura tak call pun nurse. hihi..
nurse kata, kebetulan ada ibu baru lepas bersalin kat taman zura. tu yang dia datang sekali tu. siap bawak buku fathan untuk catat tarikh. 
Yang terbaru ni, sepatutnya appointment fathan bulan 7 kalau tak silap. Time tu tengah panas pasal virus delta baru yang mudah sangat menjangkiti. terus cakap kat suami, tak berani pulak nak pergi KK. Time tu memang banyak berkurung kat rumah je. Lagipun, check up fathan ni just nak pantau berat dia je. so tak pergi.
tup tup nurse call. tukar tarikh appointment bulan 8. okey lah..
sampai tarikh appointment, zura lupa. betul2 terlupa. kecoh anak2 pdpr kat rumah. kalut je tiap hari. 
pastu nurse call petang tu jugak. petang tarikh appointment tu. tukar lagi tarikh. bulan 9. nurse bagi tarikh lain. then zura cakap, saya ada appointment 24hb, which is hari jumaat. kalau ikutkan, jumaat tu appointment untuk perancang keluarga je. tapi nurse kata okey lah. datang sekali.
okey lah.. kali ni tak boleh lupa dah. haha.
maka, berduet lah kami check up kali ni. 😊
pengedar shaklee chemor, baizura bahar, vitally vitamin

zura masuk dulu. tengah zura jumpa doktor tu, nurse cakap dengan zura.
"baizura.. nanti masuk bilik 3 ye."
wahh.. zura pakai mask kot. pun nurse kenal. fathan pun pakai mask. kagum zura. hihi..
lepas zura selesai, terus lah masuk bilik 3. Fathan pulak check up.
pengedar shaklee chemor, baizura bahar, vitally vitamin
tak sempat breakfast. makan biskut dulu.

alhamdulillah ada perkembangan. berat dia naik 1kg je dalam beberapa bulan. tapi since tinggi dia pun tak naik banyak, so BMI dia okey. tu pun border line je. alhamdulillah.. tak de lah kene follow up ke doktor n department lain.
pastu, nurse check2 tarikh nak buat appointment untuk fathan. nurse kata, bagi tarikh sama mak lah.. hihi.. means, hari jumaat juga so tak ramai orang sangat. yey!!!
alhamdulillah... tq Allah. tq nurse kerana memahami diri ini. 😊
Dari experience zura check up kat Klinik Kesihatan Chemor ni selama 6 tahun, dari pregnantkan fauzan, melahirkan, pregnant kan fathan, melahirkan n fathan membesar, nurse2 dan doktor2 layan baik semuanya. Alhamdulillah..
diorang memang sangat concernkan kita n nak jaga kita betul2. kalau nurse atau doktor marah tu, bukan saja2 nak marah tau. tapi diorang risau apa2 jadi kat kita.
dan lagi satu zura percaya, kalau kita boleh bertolak ansur dengan orang, senangkan kerja orang, lembut dengan orang, insyaAllah yang datang pada kita pun yang baik2 semuanya. 
alhamdulillah...😊
dah selesai. tunggu papa datang jemput balik.





_________________

Promo Bulan Ini!!

PROMOSI SAH SEHINGGA 30 SEPTEMBER SAHAJA.

Zura dah collect dah both tote beg ni, memang cute. 😍


Tapi yang lagi penting, vitamin2 yang ada dalam Defense Set Shaklee ni.
InsyaAllah membantu sangat tubuh kita untuk BINA, BOOST & AKTIFKAN sistem imun kita.

Kebenaran untuk rentas negeri dah nak boleh dah ni. Walaupun dah ambil vaksin, sistem imun pun kene kuat juga. InsyaAllah, triple protection. Vitamin + Vaksin + SOP.

Untuk anak2 yang tak ada vaksin, zura cadangkan ibu ayah beri Hero Kiddo ni untuk lindung anak2 kita.
New product from Shaklee. Special untuk anak2.


Hero Kiddo
90 biji
Chewy2.
Bentuk bear.
Kaler purple.
Bau menggoda.
Rasa ceri yang sedap.
Kuatkan sistem imun anak2.

My Heroes Kiddo 😊


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.