Pengalaman Suami Isteri Dapat Vaksin Pfizer.

Pagi tu, zura kejut suami bangun subuh.
"Abang tak larat lah.."

Cepat2 zura rasa dahi suami. Demam!

Terus bangun, turun bawah ke dapur untuk ambil air kosong dan panadol. Terus minta suami makan.
...
Rabu tu, turn suami vaksin dos kedua. Zura teman suami. Balik tu zura drive sebab lokasi ppv suami kat batu gajah, agak jauh jugak dari rumah.

Pusat Pemberian Vaksin Daerah Kinta kat Batu Gajah.

Masa vaksin dos pertama dulu, ada juga zura minta suami makan nutriferon. tapi kali ni, suami tak makan apa2 pun vitamin shaklee sebelum vaksin.

balik tu beli cendol. sampai rumah dah kelaparan. makan nasi berulamkan kacang botol dan sambal tempoyak.

lepas tu, suami tidur sampai petang. suami ada mengadu pening2. lepas tidur tu, lega sikit.

malam tu, gagah lagi suami, tolong2 siapkan dinner dan kemas dapur. sebelum tidur, sempat jugak suapkan vivix kat suami.
...

Esoknya, khamis. Turn zura pulak vaksin dos kedua. Dekat je kat stadium indera mulia. Petang pukul 3.

PPV Stadium Indera Mulia. Drive thru je untuk dos kedua. Tapi kene ada driver teman.

Plannya, suami bawakkan sebab boleh drive thru je. Kalau pergi sendiri, kene masuk dewan.
Tak lalu sungguh nak masuk dewan. Orang sangat ramai.

Pagi tu, zura kejut suami bangun subuh.
"Abang tak larat lah.." suami dah berselimut dah. 

Cepat2 zura rasa dahi suami. Demam!

Terus bangun, turun bawah ke dapur untuk ambil air kosong dan panadol. Terus minta suami makan.
lepas tu zura sediakan air performance drink untuk hydratekan balik tubuh n 2 sacet nutriferon untuk suami makan bila dia terbangun nanti.

Dalam hati dah bercakap2 dengan diri sendiri, kene pergi sendiri lah ni nanti. Kesian pulak kat suami.

Dalam pukul 9 pagi tu, suami turun bawah. Badan rasa okey sikit. tapi tak larat. Zura suruh rehat je. Baring n tidur je lah. Tak pe nanti zura pergi sendiri.

Suami refuse. Tak boleh rehat2. kene lawan demam ni jangan ikutkan sangat. Ish ish ish suami ni. Dah demam tu memang minta tidur je. Time tidur lah baru antibodi boleh aktif bekerja. Last2 suami tidur jugak.

Masa berlalu. Ajak anak2 makan n solat dulu. Suami masih tidur. Nak kejut nak tanya boleh ke bawakkan pegi vaksin, tak sampai hati pulak rasa. Biar lah dulu.

Tengah siap2 fauzan untuk google meet sambil sendiri siap2 untuk pergi vaksin, suami bangun.

Suami makan n solat. Sebelum suami tidur tadi dah ambil dah panadol lagi.
sela masa nak makan panadol yang kali kedua tadi, ada juga zura bagi suami nutriferon 2 sacet, vitamin c 2 biji dan omega 3 biji. semuanya untuk aktifkan dan boostkan sistem imun secara semulajadi.

Suami kata badan rasa okey sikit. But still ada pening2. Boleh kot abang bawak kereta.
Emm... yolah. jom lah.

maka.. selamat lah sudah zura dicucuk vaksin dos kedua. alhamdulillah. 
selesai tanggung jawab untuk lindung diri dan linding keluarga.

vaksin pfizer, pengedar shaklee chemor, baizura bahar, vitally vitamin
Muka lepas kene cucuk.


sebelum zura pergi cucuk tu, zura makan siap-siap 2 sacet nutriferon, 2 biji vitamin c dan 3 biji omega guard. 

balik tu, buat kerja rumah macam biasa. malam, siapkan dinner macam biasa. zura tertunggu-tunggu jugak rasa mengantuk yang sangat2, yang orang dok cerita tu. macam tak de je. ngantuk macam biasa je. 😁

sebelum tidur, zura ambil lagi nutriferon, vitamin c dan vivix. 

telan jugak lah panadol siap-siap sebab mak zura banyak kali pesan. selalu zura tak dengar cakap sangat. hehe.. kali ni, okey lah. tak nak derhaka. dan vitamin2 lain yang biasa zura ambil sebelum tidur, ostematrix. suami pulak malam tu zura bagi vivix, vitamin c dan omega guard.

pagi esoknya, bangun tidur, badan macam biasa je. alhamdulillah tak de rasa tak sedap badan ke, nak demam ke.. alhamdulillah tak de.. sungguh alhamdulillah rasa sihat je.

in fact, lepas balik vaksin semalam pun zura siap vacuum satu rumah sebab bayangkan kalau lepas vaksin esok pagi zura tak larat nak buat kerja2 rumah. 

suami still ada rasa pening2 lagi dan sesekali dada rasa susah bernafas. emm.. risau jugak tapi nampak okey je.
...

pagi esoknya lepas zura vaksin tu, zura call mak. bergayut. biasanya bila bergayut tu, zura akan cerita detail apa yang zura buat. macam masa bawak suami pergi vaksin tu, zura siap cerita balik tu singgah beli cendol etc2.

mak dengar je cendol, mak terus potong cakap zura, "eh dik. mana boleh mimun ais2, minum sejuk2 lepas cucuk. kene pantang dik. minum air panas2 suam2 je.."

omg. yeke. haha..

later bila zura ingat2 balik, lepas suami vaksin tu, balik rumah kitorang makan sambal tempoyak. durian!

omg. memang mendapat lah.. 😁 kesian suami ku.. hihi..

suami jarang sangat demam. masa kitorang berjemaah kene influenza b dulu pun alhamdulillah suami steady je tak kene walaupun guna sudu yang sama lepas suap anak2 yang kene influenza.


tapi kali ni dia tewas.

lepas 3 hari, alhamdulillah suami dah sihat sepenuhnya. zura pulak, alhamdulillah post vaksin tak ada apa2, sihat alhamdulillah. 😊
...

Promo Bulan Ini!!

PROMOSI SAH SEHINGGA 30 SEPTEMBER SAHAJA.

Zura dah collect dah both tote beg ni, memang cute. 😍


Tapi yang lagi penting, vitamin2 yang ada dalam Defense Set Shaklee ni.
InsyaAllah membantu sangat tubuh kita untuk BINA, BOOST & AKTIFKAN sistem imun kita.

Kebenaran untuk rentas negeri dah nak boleh dah ni. Walaupun dah ambil vaksin, sistem imun pun kene kuat juga. InsyaAllah, triple protection. Vitamin + Vaksin + SOP.

Untuk anak2 yang tak ada vaksin, zura cadangkan ibu ayah beri Hero Kiddo ni untuk lindung anak2 kita.
New product from Shaklee. Special untuk anak2.


Hero Kiddo
90 biji
Chewy2.
Bentuk bear.
Kaler purple.
Bau menggoda.
Rasa ceri yang sedap.
Kuatkan sistem imun anak2.

My Heroes Kiddo 😊


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.