Fathan Ulang Tahun Ft Mama Ulang Tahun.

Asalnya plan nak celebrate birthday Fathan n mama pada hari sabtu sebab birthday zura hari Sabtu. Fathan 18hb. Alang2 sama bulan, kita celebrate sekali je.
Biasanya celebrate Simple2 je sesama ahli keluarga sendiri. Family sendiri je pun dah ramai 7 orang.
Tapi, khamis opah bagitau hari ahad opah nak datang. Opah means mak mertua zura.
Okey lah. Kita celebrate sekali masa opah n maksu diorang ada. Meriah lah sikit kan.
Kebetulan birthday suami adik ipar jatuh hari ahad tu. So.. Triple celebration lah..
..
Alhamdulillah untuk usia yang masih ada ni. Tak de ucapan lain selain alhamdulillah.
Banyak dah Allah bagi.
Kehidupan yang baik.
Keluarga yang baik.
Suami yang baik.
Anak2 yang baik.
Rakan2 yang baik.
Cikgu2 yang baik.
Nurse2 n doktor2 yang merawat masa mengandung n melahirkan yang baik2.
Semua lah yang baik2 belaka.
Alhamdulillah..
Terima kasih atas kiriman ucapan n doa untuk zura. Zura doakan kalian juga peroleh segala kebaikan hidup di dunia dan mendapat tempat di syurga tertinggi di akhirat sana. Aamiinn..
..
Sedikit suntingan video sewaktu meraikan.
Seronok tengok reaksi fathan senyum2 happy.



Tahun ni jugak banyak surprise dari insan2 kesayangan zura.
alhamdulillah. terima kasih Allah. masih ada yang menyayangi diri ini.
terima kasih kamu2 semua. :)

kek dari papa putra putri. dari awal bulan dah tanya nak kek apa. :)

mama order roti jala untuk fathan. :)

esoknya dapat ais krim baskin robbins dari master Nadiah Suhaidi. tq so much Nad. :)

fauzan ambil gambar.. emmm...

sedap. rasa ais krim. :)

lusa nya dapat kek puding pulak dari secret admirer. hihi. tq so much secret admirer.

tulatnya pulak dapat brownies yang mewah dengan coklat2 di atas nya dari Aliya, salah seorang leader shaklee zura yang nun jaun di saudi arabia. tq so much aliya.

hadiah paling special yang membuatkan zura rasa seperti anak muda remaja, :)
dari lily baqirah. cantik sangat.. and zura suka betul jambangan bunga kecik comey tu. :)

Thank you semua atas hadiah n makanan tanda ingatan. Tak lupa juga buat sahabat2 n kenalan2 yang wish dan mendoakan zura. Zura doakan kalian juga peroleh apa yang kalian doakan untuk zura.

ukhuwah kerana Allah ya. mudah mudahan kita dapat bertemu semua di syurga tertinggi Allah.

Hadiah dari suami???
Tunggu jugak ni. Bila Allah nak hantar ni... ;)





Promosi Oktober 2021

UNTUK WANITA.

UNTUK KANAK-KANAK.

..
❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.