Alkisah. tersebutlah kisah.
Kami mencari2 laptop atau pc second hand untuk anak2 guna untuk pdpr.
Selama ni ada 2 je gajet anak 4 orang guna untuk pdpr, satu handphone n macbook zura. Kadang2 guna fon zura.
Zura n suami sejenis yang lebih prefer guna computer bila buat kerja. Sebab lebih puas n storage pun lebih besar. Kalau anak2 nak tengok youtube atau main game kat pc, zura tak rasa marah pun. In fact tak kisah. Tapi kalau diorang guna fon, rasa nak marah je. Tak tahu lah kenapa. Hehe.
Then bila fauzan dah kerap ada google meet, kami beli ipad second hand untuk dia. Alhamdulillah berguna lah jugak walaupun ipad 4. tak leh dah nak update latest iOS. 😁 Tapi at least apps google meet boleh guna.
Lepas tu zura mengadu pulak kat suami yang zura tak boleh nak buat kerja sangat sebab anak2 pakai macbook zura. Macbook ni agak privacy sikit sebenarnya. iMessage, facetime, incoming call semua keluar kat Macbook.
Masa tu pulak, wasap web zura bukak kat macbook. Tak leh nak romantis2 dengan suami. anak2 baca mesej. ciss.. wasap2 zura semua diorang baca.. ciss ciss..
Lepas tu suami pun riki2 laptop n pc terpakai. Kalau amik pc pun, nak cari yang tak de cpu. yang monitor siap cpu tu. Tetiba.... ting! datang idea, apa kata cari iMac second hand.
Riki2 kat shopee n lazada, eh harga affordable lah. Lebih kurang je dengan laptop n pc second hand brand2 lain. Pastu tak fikir panjang sangat, selama ni fikir panjang gila dok survey berminggu2. Tapi bila decide nak beli iMac, terus pilih n buat payment. Petang tu jugak! 😁
Beberapa hari lepas tu, sampai lah iMac ke pangkuan riba. Tahun 2008 punya. Berat ya ampun. Time sampai tu suami tak ada. So, tukang check2 tak de. Jenuh jugak lah berbalas2 wasap dengan suami, minta tengok itu ini.
Excited memasing ada computer baru. |
Try bukak google meet, tak boleh. Zoom pun tak boleh. Even nak bukak wasap web pun tak boleh. Telegram boleh tapi tak update. hahahaha sudah. apa cita ni? 😅
Motif beli untuk anak2 pdpr. tapi tak leh bukak semua tu, cemana? Sebab tak boleh bukak adalah, iMac ni tak support latest macOs. iMac ni wujud sebelum wasap wujud. dah tu camne? haha..
google punya google, ehh boleh install window lah kat iMac. dah macOs iMac ni tak support latest version, guna window je lah. Maka, kita serahkan lah kat pakar kita untuk operate iMac ni, install window 10.
Dan alhamdulillah, boleh dah bukak semua tu.. wasap web, google meet, etc2..
iMac ni siap camera, build in mic n speaker. Tapi bila dah guna window, kene guna external camera n mic. Tak kisah lah. Janji dapat sediakan untuk anak2. So, dapatlah balik macbook zura. tu yang rajin update blog tu.. kikiki
Agak2 kami menyesal ke tak beli iMac terpakai ni? Alhamdulillah tak. 😉 Walaupun banyak isu sebelum release payment - seller bagi ram 2g. beli yang 4g. seller pos ram lain 4g. Tapi iMac tak detect. Seller send lagi ram 4g. Lepas tu baru detect.
Tq seller sabar layan kami. Kami ni sebenarnya customer yang tak cerewet sangat. tapi kalau dah beli 4g tapi bagi 2g, memang kene lah tuntut hak kami.
Oh ye. Yang ni kami beli kat lazada. Kat shopee pun ada je. Kene rajin baca review buyer lah ye. And survey2 lah dulu harga yang termampu untuk dimiliki. Waktu kami beli ni, harganya lebih kurang rm450. Kemudian ni suami tengok dah naik pulak.
Ada rezeki nanti beli lagi untuk anak2. Dapat sorang satu, seronok lah diorang ye. 😊
↭
Promosi Oktober 2021
..
❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
📣 untuk order dan pertanyaan,
💻 fb: baizura bahar | vitally vitamin | bydura,
📲 sms|whatsapp 016-5952771,
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
💻 visit: www.vitallyvitamin.com
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.