
merasa gak nenek hantar deme balik sekolah.
bagi nenek trobek jap momen hantar mak deme balik asrama.
1.
bagi nenek trobek jap momen hantar mak deme balik asrama.
Sekolah asrama, semua perempuan dan dekat dengan rumah. Maksud nya still dalam ipoh. Kalau luar ipoh, aku tak sure lah aku sanggup hantar ke tak. Tapi yang sebenarnya, sekolah luar ipoh aku tak apply pun dulu. hehe..
2.
Aku pernah sekolah situ. At least aku tahu environment situ macam mana. Asrama dia. Dewan makan. Musollah. Kelas. dll
3.
Ada torture which is sekarang deme panggil rocall. Tapi tak sampai sentuh/pukul/kene basuh baju/fizikal. (at least waktu aku tu lah..) pastu bila anak2 dah masuk pun tetap tak de. setakat stare, lazer gitu je. tapi once ko dah form 3, ko dah agak senior, tak de dah la kene tu semua sangat.
4.
Yuran makan dan asrama ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri perak. So tak de dah bayaran bulan-bulan untuk dua tu. Just yuran awal tahun tu je macam aku share kat sini >>
5.
Makan 5 kali sehari kat dewan makan. Sarapan. Rehat. Tengah hari. Malam. Supper.
Menu dia sedap2 dah weii.. Kalau dulu, ikan, ayam, daging sesekali. Sekarang ni seafood pun dah ada. Supper dia sedap2 wei.. aku dulu biskut mayat cicah air teh. tapi deme, makan berkuah2 macam mi sup etc2.. apa entah aku lupa.. tapi sedap lah..
6.
since makan dewan makan pun dah complete sehari (unless anak jenis memilih-tak dapat lah nak tolong), so duit belanja untuk makan-makan kat kantin kitorang tak bagi banyak pun. sebulan rm60 sorang. deme boleh menyimpan lagi sebab jarang nak beli makanan kantin pun.
7.
Dapat biasiswa. Untuk menengah rendah, biasiswa rm250 setahun. Dapat dah hujung-hujung tahun. menengah atas dapat banyak sikit. aku lupa berapa si kakak bagitahu hari tu. untuk tahun ni, belum dapat lagi.
8.
jadual outing dan pulang bermalam setiap 2 minggu. so anak2 yang homesick ni, tak lah tunggu lama sangat nak balik rumah. awal2 anak aku masuk dulu, aku cakap kat deme, anggap je macam kome pergi camping. kalau tak mama datang melawat, kome boleh balik rumah. tak de lah deme stress sangat.
9.
berpeluang untuk menyerlahkan bakat keperingkat yang lebih tinggi. maksudnya, ada peruntukkan kerajaan untuk bawa pelajar ke pertandingan2 peringkat daerah, negeri dll.
kalau zaman aku dulu, sekolah ni power dengan tilawah, hafazan, bola jaring, debat, pantun, nasyid, kawad, dan memanah. kalau ada lagi minta kengkawan tinggalkan komen ek. aku bukan ingat pun sebab aku tak involve sangat wakil2 sekolah ni. haha... kawad la aku masuk.
10.
anak2 yang sukakan seni music, boleh masuk Bayu. Bayu ni team angklung. Boleh masuk nasyid jugak. Eh, coral speaking pun ada. Ni semua ada audition masa form 1. so, anak2 yang terpilih akan join team since form 2 lagi.
11.
bab kemudahan belajar, asrama, musollah, dewan makan, facilities banyak dah improve. aku pun tak tahu nak list apa. tapi seiring lah dengan kemajuan zaman sekarang ni.
12.
aku nak kakak naurah masuk asrama sebab nak dia bergaul dan berkawan. kat sekolah rendah dia tak de kawan sangat. kau bayangkan, dia masuk sekolah tu darjah 3, dia ada lah 2 orang kawan baik yang aku nampak. lepas tu, naik darjah 4, member tu tukar kelas. udah dia tak de kawan. jenis dia, kalau dah baik dengan sorang tu, sorang tu je lah.. pastu darjah 5, covid 19 pulak. tak pergi sekolah. darjah 6 dah pergi sekolah balik, lonely lah dia tak de kawan. momen macam mana dia dapat besties adalah, besties ni tengok dia melukis katun. pendek cerita, deme tegur dia dulu sebab tengok dia melukis, pastu kakak pun ada geng. dan akhirnya, salah sorang dari besties dia tu pun dapat taayah. maka, bersambung lah bestie sampai sekarang. dan of course kakak dah ada raaaaaamai kawan.
13.
aku nak natrah masuk asrama pulak sebab dak natrah ni kurang disiplin bab masa. selalu siap lambat nak pergi sogame. kakak selalu bengang2 dengan dia sebab siap lambat, tapi kakak nak pergi cepat. kat asrama kan kene punctual bab masa. walaupun kat rumah deme tak apply pun rutin kat asrama, tapi at least bila deme dah hidup sendiri nanti, deme dah tahu macam mana nak urus masa deme.
14.
nailah pulak, aku nak masukkan taayah juga sebab aku nak nailah dapat peluang yang sama macam kakak dan natrah. dan yang paling penting, aku nak nailah belajar untuk outstanding. nailah bijak. tapi nailah tak berani nak 'kedepan' apa lagi nak bercakap depan orang. mudah mudahan, kalau nailah duduk asrama, nailah boleh bergaul dengan bermacam-macam karakter kawan-kawan yang boleh mendorong nailah berani kedepan.
nailah ni asalnya dia tak nak masuk asrama. tapi jenis aku, aku akan bagitahu anak awal2 seawal darjah 1 yang deme akan masuk asrama. haha..
dan bila nailah dah darjah 6, baru dia redho mak dia suruh masuk asrama.
aku bukan malas nak jaga deme, hehe, tapi bagi aku, biar lah anak2 belajar hidup sendiri seawal tingkatan 1 tu. kome duduk rumah nanti banyak bergaduh dengan mama. so better lah kome duduk asrama. sesekali balik baru kita gaduh ek...
lagi 1, aku ni tak pandai didik anak lagi2 bab agama. aku bukan baik sangat pun. sebab tu aku hantar deme kat sekolah yang boleh mendidik dan mentarbiah deme sebagaimana aku dididik dan ditarbiah di sekolah itu.
gitu lah cerita nya....
kome kalau ada pape nak tanya, drop je komen ek.
aku balas nanti, k...
--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE!
-
📣 klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.
0 comments:
Post a Comment
❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.