Monday, August 24, 2026

Berapa Yuran Sekolah Taayah Untuk Tingkatan Satu.

Jabatan Agama Islam Perak (bahagian pendidikan) dah keluarkan borang kemasukkan sekolah agama di bawah kerajaan negeri perak antaranya Sekolah Raja Perempuan Taayah dan Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.

Ni aku share posting dari fb Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Perak ye..




PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA KERAJAAN NEGERI PERAK TAHUN 2027

Permohonan dibuka mulai:
📆 05 Oktober 2026 hingga 19 Oktober 2026
🌐 Mohon secara atas talian di:

✅ SYARAT PERMOHONAN:
🇲🇾 Warganegara Malaysia
📌 Minimum 5A dalam UPKK
📌 Minimum 4A dalam SRAI

📞 Sebarang pertanyaan:
05 208 4938 / 4954 / 4950 / 4951 / 4949

Sila kongsikan makluman ini kepada semua yang berminat.
🌟 Jangan lepaskan peluang untuk memohon kemasukan murid 2027! 🌟

---------------------------------------------------------------------------
Tak lama lepas aku baca info ni, mak kawan nailah wasap aku dan tanya tentang yuran kemasukkan ke taayah. Aku dah cerita lah sikit2 kat mak kawan nailah. Tapi aku rasa aku nak share jugak kat sini. at least, ibu2 yang pertama kali nak apply anak ke taayah boleh dapat gambaran berapa jumlah wang yang kita kene sediakan.

aku boleh share Sekolah Raja Perempuan Taayah je tau. sekolah lain aku tak tahu. 

1. Yuran Persekolahan.

BAYARAN I
1. Pendaftaran (Pelajar Baru sahaja)
2. Hemat Diri
3 Tabung Surau
4. Buku Peraturan Sekolah (Pelajar Baru sahaja)

Jumlah Bayaran I ~RM100

BAYARAN II
1. Yuran Komputer **
2. Program Sahsiah Diri Madani
3. Majalah Sekolah
4. Perpustakaan / Pusat Sumber (Pelajar Baru sahaja)
5. Peperiksaan Sekolah
6. Kokurikulum
7. Insuran Takaful
8. Program Kecemerlangan
9. Buku Usrah BADAR

Jumlah Bayaran II ~RM400

** 1. Tambahan Bayaran II untuk yuran komputer bagi kelas di bawah:
a. Kelas 1 NAIM, 2 NAIM, 3 NAIM = RM 30.00
b. Kelas 4 SINA, 5 SINA = RM 40.00 


2. Yuran PIBG

1. Yuran PIBG **
2. Yuran Kecemerlangan Dini / Kelas Insentif
3. Tabung Kebajikan PIBG

Jumlah  ~RM210

 **Bilangan Anak :
a. Seorang = RM150.00 
b. Dua orang = RM125.00 
c. Tiga orang dan seterusnya = RM100.00 


3. Yuran Dobi

1. Tingkatan 1 : RM220
2. Tingkatan 2, 3, 4 dan 5 : RM200

Boleh bayar penuh/ansuran ke akaun koperasi 


4. Yuran Buku dan Kad Sippta

1. Buku Tulis
2. Buku Kerja
3. Kad Sippta

Jumlah  ~RM154 / RM157 (kelas Naim / kelas lain)


5. Keperluan Sekolah dan Asrama

1  Pendaftaran Ahli Koperasi
2  Saham Koperasi
3  Kad Matrik & SiPPTA
4  Tanda Nama
5  Cadar & Sarung Bantal Sekolah
6  Selimut Sekolah
7  Kain Batik Rasmi Sekolah
8  Baju Kelas Persediaan
9  Tudung Putih Rasmi (2 Helai)
-  Tudung Putih Biasa
-  Tudung Hitam
10  Baju Rumah Sukan
11  Baju T Rasmi
12  Bantal
13  Beg Dobi
14  Seluar Trek Sekolah
15  Seluar Slack Sekolah
16  Lencana

Jumlah  ~RM614

*Basically semua item di atas kene beli juga kecuali bantal. Kalau dah bawa sendiri, boleh lah tolak.

DIsclaimer: Yuran ni atas ni untuk tahun 2026.

GRAND TOTAL ± RM1700

----------------------------------------

WOW... Baru aku sedar.. 😅

patut lah abg pening kepala bila aku firm nak anak2 sekolah taayah. hehe..masa kakak putri dulu, abg pening kepala. tapi lepas tu, abg usahakan juga cari duit untuk natrah. terima kasih abg. 💖

memang banyak modal nak masukkan anak ke asrama. belum lain2 barang macam telekung, tuala, baldi, hanger etc2 tu semua. tapi bagi aku, bila anak2 dapat tawaran ke sekolah ni, maksud nya, itulah rezeki yang Allah tetapkan untuk anak2. Yakin je Allah akan mudahkan urusan anak2 ke sekolah tu.

aku pun akan apply untuk nailah tahun depan. aku memang berharap sangat nailah dapat taayah juga. kome doakan ye...

next entry aku share apa kelebihan sekolah taayah ni pada pandangan aku. dan ada bantuan juga yang kita boleh apply untuk anak-anak perak.


--------------
❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 📣 klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.



0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.