29.10.2020. Khamis. Cuti Maulidurrasul.
Tengah zura lepak-lepak dalam bilik,
satu mesej diterima pada jam 6.12 petang.
Assalamualaikum
Kepada ibubapa yang dihormati,
Pihak tadika ingin memaklumkan bahawa tadika akan BERCUTI bermula 30hb Oktober 2020 (Jumaat) sehingga tarikh yang akan di maklumkan kemudian (mengikut arahan daripada KKM)
Tindakan cuti ini terpaksa diambil sebagai langkah awal dan tindakan segera berjaga-jaga berikutan ada murid merupakan pesakit positif Covid 19 yang tidak bergejala
Ya Allah! betul ke ni? Jantung berdegup laju. Lepas je baca mesej tu, bertalu-talu mesej masuk dalam group, meminta kepastian. Mesej tak berhenti masuk sampai lah pada jam 11.13 malam, dapat lagi 1 mesej...
Untuk makluman ibu bapa, pihak tadika baru mendapat makluman daripada pihak kkm.
esok kkm akan filter senarai nama students yang di beri. InsyaAllah pihak kkm akan memanggil untuk swab test pada esok hari.
Hanya individu yg di swab sahaja akan di minta untuk home kuarentin. mohon ibu bapa bersedia.
Subhanallah. tak lena tidur malam tu.