Pengalaman Pakai Gelang 'Pink' Covid-19 - Part 1

29.10.2020. Khamis. Cuti Maulidurrasul.

Tengah zura lepak-lepak dalam bilik, 
satu mesej diterima pada jam 6.12 petang.

Assalamualaikum
Kepada ibubapa yang dihormati,
Pihak tadika ingin memaklumkan bahawa  tadika akan BERCUTI bermula 30hb Oktober 2020 (Jumaat) sehingga tarikh yang akan di maklumkan kemudian (mengikut arahan daripada KKM)
Tindakan cuti  ini terpaksa diambil sebagai langkah awal dan tindakan segera berjaga-jaga  berikutan ada  murid merupakan pesakit positif Covid 19 yang tidak bergejala


Ya Allah! betul ke ni? Jantung berdegup laju. Lepas je baca mesej tu, bertalu-talu mesej masuk dalam group, meminta kepastian. Mesej tak berhenti masuk sampai lah pada jam 11.13 malam, dapat lagi 1 mesej...

Untuk makluman ibu bapa, pihak tadika baru mendapat makluman daripada pihak kkm. 
esok kkm akan filter senarai nama students yang di beri. InsyaAllah pihak kkm akan memanggil untuk swab test pada esok hari. 
Hanya individu yg di swab sahaja akan di minta untuk home kuarentin. mohon ibu bapa bersedia. 


Subhanallah. tak lena tidur malam tu. 

30.10.2020. Jumaat. 


Hari ni masih berteka-teki. Apa yang kami parents kene buat. Anak siapa yang positif tu. Dia dapat dari mana. Family dia macam mana. Tinggal kat mana. Macam mana KKM akan contact kita. Bila KKM nak inform the next step. Bla.. Bla.. Bla..

Penantian kenyataan rasmi dari KKM terjawab bila dapat sms pada jam 2.28 petang.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH KINTA
Salam sejahtera.
Makluman Temujanji /Appointment: Pengambilan sampel / Ujian COVID19
Anda diminta hadir ke
Tempat : Drive Thru Klinik Kesihatan GREENTOWN (Khemah)
Tarikh : 31.10.2020 (SABTU)
Masa : 9 PAGI
Selepas pengambilan sample, anda hendaklah terus pulang ke rumah dan berkuarantin semula.
Sekian, terima kasih. 
#pakaipelitupmuka

Lepas baca sms tu, zura bagitahu Nailah.
"Baby.. esok baby kene buat swab test."
"Ala... baby tak nak!" jawab dia dengan muka sedih-sedih.

Kalau lah boleh tak nak, memang mama tak bawak. Tapi Nailah memang ada pergi sekolah pada hari anak yang positif tu pergi sekolah.

Waktu ni zura masih steady. Suami kat tempat kerja. Boleh ke aku handle sendirian. Bab urusan anak2 dan rumah tu semua insyaAllah, zura yakin semuanya okey. Cuma bab urusan emosi zura ni, macam mana?

Hati berbelah bagi. Doa je lah banyak2 pada Allah. Ini bukan sakit demam biasa. Ini Covid-19! Apa-apa boleh jadi. And of course zura dah beritahu suami yang anak kita dah jadi close contact dengan pesakit covid-19. 


31.10.2020. Sabtu. 

Malam tu tak boleh tidur. Tenangkan hati dengan lipat baju sambil berselawat sampai jam 3-4 pagi macam tu. Pagi tu terbangun lambat. 

Kelam kabut mandi semua, jam 8 nak turun bawah buatkan nasi goreng untuk anak-anak yang kene tinggal kat rumah. Time2 tu lah fathan terbangun. Kene susukan dia dulu, tidurkan dia semula baru senang nak buat kerja. Nak tunggu dia tidur semula tu....Allahuakbar.. zikir je banyak2..

Around 8.30 pagi baru dia tidur semula. Cepat-cepat kejut nailah and turun bawah nak buat breakfast.

Time ni dah mula rasa rapuh nya hati ni. Letak je kuali atas dapur, terus air mata jatuh. Allah... kuatkan aku hadapi semua ni. Nangis...

Nailah turun bawah lepas selesai siap. Cepat2 zura lap air mata. Tiba-tiba ding dong rumah bunyi.

"Allah... siapa pulak datang waktu-waktu ni?"

Nailah bukak pintu. Then dia jerit, "Mama! Mama! Papa balik!!"

Allahuakbar... tak tahu nak ucap syukur macam mana. Makin laju air mata turun. Sob sob..
Terima kasih Allah.. Kau hadirkan savior ku... sob sob...

Papa dia masuk rumah, lepas tu cakap... " Kenapa Nailah jadi close contact....." 
Nailah sengih2 je.. Allah... tak de siapa nak benda ni jadi kat dia..

So, pergi lah zura dan Nailah ke KK Greentown. Pukul 9 lebih jugak lah baru gerak. 

Pengedar Shaklee Chemor
Breakfast dalam kereta.


Bila sampai sana, banyak dah kereta beratur. Mungkin semua pun kawan-kawan Nailah yang kene swab test waktu tu.

Pengedar Shaklee Chemor
Drive Thru - Kereta tengah beratur.


Perasaan masa ni lebih tenang. Subhanallah.. Lega suami balik. Sepatutnya hari ni last day dia kerja. Esok off day dah. 

Pengedar Shaklee Chemor
My strong baby. My baby Vivix.


Nailah pun nampak lebih tenang. Tapi bila turn dah makin hampir, Nailah mula rasa gelisah. Zura sendiri pun ada sedikit debaran dalam hati. 

Pengedar Shaklee Chemor
Add caption

Pengedar Shaklee Chemor
Semakin hampir. Time ni ada debaran kecil dalam hati. 


Sebelum sampai turn, petugas KKM ambil nama untuk diorang prepare surat. Bila sampai turn, diorang beri surat untuk ditanda tangan. Lepas tu, Nailah diminta duduk atas riba zura biar tinggi sikit kedudukan dia. Diorang minta zura peluk dia dan dongakkan kepala dia biar dia tak bergerak. Waktu alat tu masuk dalam hidung dia, ada dia merengek sikit-sikit. Lepas tu, okey dah. 
Alhamdulillah..Lega selesai dah. Sampel kat hidung je yang di ambil.

Dalam surat kuarantin tu, tarikh kuarantin start 20 Oktober 2020 - 3 November 2020. Sebabnya, last contact dengan anak yang positif tu adalah pada 20 Oktober tu. Lepas dari tu anak tu tak datang sekolah dah. Means, cuma 3 hari je Nailah kene kuarantin. 3 November dah boleh potong gelang pink! Alhamdulillah...

Tapi betul Nailah kene kuarantin 3 hari je?
Betul ke 3 November tu dah potong gelang pink?

To be continued....




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.