Showing posts with label kisah atuk opah. Show all posts
Showing posts with label kisah atuk opah. Show all posts

National Trip by Shaklee.


Assalamualaikum..hari ni happy nak share kisah 3 hari lepas.. (^_^)
Tentang Incentive Trip dari Shaklee.
Insentive trip ni ada 2, international dan national.
kalau international, muslims boleh pilih untuk Umrah / Mana2 Luar Negara.


So, untuk recycle shaklee tahun lepas (mac 2015-feb 2016), shaklee offer National Trip ke Melaka.
Trip ni khas untuk leader2 shaklee yang telah berjaya kumpul point dari sales sendiri, sales kumpulan, leader2 yang dilahirkan bawah grup masing2 serta beberapa kriteria lagi.
Kalau tahun2 sebelum ni,shaklee bagi penginapan hotel 3 hari 2 malam pada hari National Conference Shaklee, kali ni shaklee buat trip pulak.

Actually, sebelum2 ni pun shaklee buat trip jugak. cuma, bila NC berlangsung selama 2 hari, shaklee buat pulak pakej tidur hotel 5 bintang tu..

Kalau nak enjoy gambar2 saya ketika dapat pakej 3 hari 2 malam tu, klik link bawah ni ye..



So, untuk tahun lepas, saya dapat 1 tiket National trip ke Melaka.
Jadualnya trip tu pada bulan 10. Saya tahu, suami saya sangat berat nak izinkan saya pergi mana2 seorang diri.
Saya pun macam tu...hihi..
Jadinya, saya ada dua option..
sama ada let go aje trip tu (sayang nye rasaaaaaa)
atau bagi pada siapa2...
tapi nak bagi siapa?
.
lalu datang idea nak bagi tiket tu pada habibi walau pun saya tahu dia mungkin tak nak.
saya minta dia tinggalkan saya dan anak2 kat melaka n dia pergi lah join trip tu.
saya dapat dok rumah mak ayah saya pun dah rasa heaven gilaa...
seperti yang saya jangka, habibi tak nak..

lalu saya terfikir nak bagi pada mak mertua saya.
saya memang jarang2 sangat bagi barang atau duit kat mak mertua.
nak bagi barang, citarasa tak sama. 
kalau dia tak guna atau tak pakai barang yang saya bagi nanti saya sentap pulak..haha..
nak bagi duit, dia selalu tolak.."mak ada duit..mak bukan nak pakai duit sangat pun.." 
so saya fikir, hadiahkan trip ni memang sangat sesuai dengan jiwa beliau yang suka jalan2 sejak dari dulu lagi..
dan ternyata, memang beliau tak tolak bila saya offer trip ni..
alhamdulillah...dapat gak bagi something kat mak.. (^_^)


dan disebabkan saya tak sertai sama trip ni, kene buat surat rayuan kat shaklee..
Alhamdulillah...teima kasih Allah...

7 hari tunggu, akhirnya shaklee reply..

tq shaklee... (^_^)
rezeki mak mertua saya...


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

---

Bulan ni promosi Vitamin C.

Harga sebotol Vitamin C tu tak sampai pun rm100.
Dan, sebotol tu untuk stok 6 bulan makan tau...
Kalau kira2, sebulan saya spend kurang dari rm20 untuk maintain kulit muka sihat dan berseri.
Jimat,kan?

..
Sempena promosi ni,
Harganya confirm lebih murah dari harga asal.
..
Berminat?
Telegram 016.595.2771

REAL REWARD!

assalamualaikum n hi semua...
hujung minggu yang lalu tersangatlah best..
(^________^)  <-- panjang ni saya senyum..sampai tinge..hihi..

hujung minggu yang penuh dengan aktiviti keluarga dan shopping shopping!!
hai...perempuan kalau tak suka shopping tu agak aneh sikit...

sabtu..ada kenduri kahwin kawan studio dulu.
so,lunch free of course! ;)

lepas tu, saya mencari2 dan survey2 'sesuatu' untuk reward diri...
dah lama teringin nak ada benda ni...last ada masa zaman uni dulu...
masa tu semua orang sibuk ada benda alah ni..
saya terkebil sorang2 sebab tak mampu nak beli..
tiba2, 1 hari, ayah turun KL dan bagi saya benda alah ni...
ayah beli second hand.. special untuk saya study...
sob..sob... sedih pulak bila teringat..
ayah struggle cari duit n hutang sana sini untuk penuhi keperluan saya..
walaupun saya tak minta pun kat ayah masa tu...
sebab tu saya pun struggle buat bisnes shaklee ni..
semata2 nak bagi ayah dan mak rasa senang setelah bertahun2 'ikat perut' untuk anak2...
masa bekerja makan gaji dulu, saya dapat bagi sikit je kat mak ayah..
tapi sejak berbisnes shaklee dengan serius, alhamdulillah...ada rezeki mak ayah saya jugak rupanya...

okey..ter 'throw back' pulak...

ini lah apa yang saya reward diri saya...



pink pink notebook!
ia bukan sekadar pink..
tapi harga nya sangat2 affordable..
dapat free 24 accessories lagi tau...
nak tahu berapa?
rm899 sahaja...
memang saya terus grab lah..:)
Alhamdulillah..rezeki Allah beri...
cukuplah notebook comel yang 'best price' ni untuk surfing internet n untuk bisnes shaklee...
yang paling saya puas hati adalah sebab ianya kaler pink! hehe

insan2 pertama yang saya share adalah dengan family shaklee saya...
saya beri nama #matahariku.
mereka semua sunshine saya.
yang sama2 berusaha untuk capai impian masing2..
diorang pun teruja gak saya beli notebook pink..
siap nak order kat saya...
haha..


reward diri..tak salah nak reward diri setelah kita penat bekerja.especially orang2 yang berbisnes sendiri ni...kalau kerja makan gaji tu, dah tentu ada income setiap bulan.tapi, yang buat bisnes ni, income tak tentu...so, ada lebih sikit bulan ni, kita reward lah diri kita supaya kita lebih bersemangat untuk berbisnes !!!

sekian sharing untuk kali ni...
saya rasa happy sebab saya dapat apa yang saya inginkan selama ni..
lama tau pujuk2 'penasihat keewangan' saya untuk beli notebook ni..
bulan ni baru dapat, alhamdulillah...
so, saya pun nak sangat2 bantu anda2 semua rasa happy sebab dapat apa yang anda inginkan dalam hidup ni..
berilah peluang pada diri anda untuk sertai family shaklee saya..
sama2 kita bina empayar bisnes kita sendiri..
untuk capai impian2 kita dan untuk tunaikan hajat2 insan lain...

oh ye..
putri2 saya pun dapat jugak 'sesuatu' yang dah seminggu diorang request..
kalau ikutkan 'penasihat keewangan' saya, memang tak dapat lah diorang..
sian diorang tau..
nasib baik diorang ada mama yang bekerjaya dari rumah ni..hihi...
nak tahu diorang nak apa?

anak patung frozen!
masa pergi kat kedai tu, ada 3 size anak patung ni...
S, M, L..
saya dah standby duit untuk size L..
luckily, putri2 saya pilih yang size S..
jimat duit mama...haha..
saya offer yang size M pun diorang tak nak..
nak size S...
okey...thats good! ;)
and rezeki kami, dapat diskaun RM6 lagi tu...
jimat2... ;)

hey..kalau korang nak tahu,Donald Trump pun akan pilih barang yang 'best price' bila shopping tau... ;)
(sumber dari buku Berfikir Gaya 

happy tau dapat buat orang lain happy...
and lastly,
saya ucapkan juta2 tahniah kepada 'sunshines' saya yang berjaya dapat 'extra money' pada bulan ni..
seronok tau diorang yang ada income tetap tu...tiap bulan dapat bonus (extra money) dari sharing shaklee setiap hari..

siapa tak suka dapat duit lebih?
hehe...





love, 
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

kepulangan yang di nanti.

 hari yang di nanti2 sekian lama akhirnya menjelma!
hari untuk pulang ke kampung mak ayah saya..
yes memang mak ayah saya ada turun ipoh dan kitorang agak kerap jumpa lately..
tapi, tak sama rasanya bila saya balik ke melaka.
senyum sampai tinge..
(^----------------------------------------^)
haa....nampak tak punye panjang saya senyum..hehe...

saya ni sebenarnya anak manja.
suka cakap2 dengan mak.
sume benda pun nak cerita kat mak.
tapi,di sebabkan saya jugak seorang anak yang degil,saya sanggup berjauhan dengan mak.
bukan jauh takat KL tau..tapi takat IPOH..
suami pulak susah nak dapat cuti.
terpaksa lah sabar..
dan saya yakin 1 hari nanti mesti saya dapat tolong suami saya berbisnes sendiri dan kitorang dapat balik melaka selalu..
mesti!!!

sebelum balik melaka saya dah order macam2 kat mak.
sampaikan mak saya siap susun menu untuk saya.
maklumlah, 1 hari je yang dok kat rumah.
macam mana nak makan semua dalam 1 hari, ye dok?
saya order pengat pisang, mi kari, dan nasi lemak... tu je...hehe...
alhamdulillah..dapat rasa semua nya...air tangan mak..
anak2 kalau order dengan mak2,confirm mak2 tak senang duduk..
tambah2 anak2 yang jarang2 balik kampung..

anak2 kakak saya pun balik jugak.seronok sangat putri2 saya main dengan diorang.

mandi kolam kecik.

jambu batu tak de biji saya bawak dari ipoh.

asam pedas orang melaka. memang terbaik !

coconut milk shake klebang. dah berkali2 balik melaka, ni lah 1st time saya dapat rasa 1 cawan tu haa...hehe..puas hati!

haa..ni dia anak omega saya. lagaknye macam tere je.

entah ape dia tekan2 tu.

dia nak lagu happy birthday je..

ini lah dia mak saya yang lemah lembut dan penyabar tu.
 
bila nak balik ipoh, saya nampak ada linangan air mata di mata ayah dan mak saya.
saya tahu,jauh di sudut hati diorang, diorang nak sangat2 saya balik melaka selalu.
saya pun nak macam tu tapi keadaan belum mengizinkan.
dengan 1 cara je insyaAllah saya boleh balik melaka selalu.
saya mesti jadi Master Coordinator Shaklee cepat2.
yes..dengan itu je cara nya..
saya mohon doa rakan2 saya dan pembaca blog saya, doakan saya dapat Master at least bulan 2, 2015.
tak tertanggung lagi perasaan membuak2 nak balik melaka selalu.
saya percaya 1 hari nanti mesti terlaksana.
saya takkan berhenti berharap dan doa dan akan terus bersabar.
sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 yang sabar...


love,
                      zura bahar
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

berita dari Mekah tanah suci ALLAH...

semalam, sabtu...
kita balik kampung sebab kawan kampung papa kawin...
lepas tu,kita balik ipoh awal sikit, lepas asar sebab nak singgah tempat jalan2 kakak...
minggu ni kakak nak pegi tesco pulak...
huhu...
dari pagi masa kita keluar tu lagi kakak dah nangis2 bile jalan yang kita lalu bukan jalan ke tesco atau mydin...
bile mama bgtau kita nak balik kampung dulu, ape lagi..mengamuk lah kakak...

lepas2 maghrib tu, opah call...
opah bagitau yang....
atuk dah tak de...
dah lama atuk pergi...
20 syawal hari tu...
sekarang ni,dah seminggu syawal berlalu...

dah sampai masa dia...
kita kat sini semua dah redha...

mama doakan arwah diampunkan dosanya ditempatkan bersama orang2 beriman...
amin...

Al fatihah...

mama putri sekarang ni dah jadi SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR.. 
sebarang info dan order 
facebook BAIZURA BAHAR 
id no 885771 
sms 016-5952771 
email shaiful_baizura@yahoo.com

1 ramadhan


kita sambut ramadhan di kampung trong seperti biasa...
yang luar biasanya cuma, atuk tak ada bersama...
masa atuk ada kat kampung, mesti kakak malu2 nak main sendiri n cakap2 dengan mamapapa...
tapi bila atuk tak ada, bising mulut kakak tak berhenti bercakap...
dan berdiri je kat tengah rumah, tengok sekeliling dan tegur itu ini...
kakak jugak ada tanya mama, "atuk ne? atuk ne?"

dah 2 bulan atuk di mekah...
keadaan atuk sekejap ok, sekejap tak ok...
yang terbaru, atuk masuk icu semula...
tok su (adik atuk) sekarang tengah buat umrah sambil melawat atuk kat sana...
dia sendiri pun tak sampai hati nak tengok keadaan atuk...
entah lah...
opah, maksu dan mamapapa cuma mampu berdoa dari jauh...

pada 1 ramadhan...
kita ke penang amik mak su, motor dan barang2 dia...
on de way tu, atuk baharom call bagitau yang semua adik beradik mama ada sana...
sedih tak dapat meraikan ramadhan pertama bersama2...
tak pernah sejak kawin...
salah mama mungkin pilih suami yang jauh dari atuk nenek...
tapi mama percaya jodoh mama memang dengan papa...
dalam keadaan opah sekarang ni, tentulah opah perlukan anak2 dia yang cuma 2 orang tu aja...
tambah2 papa yang sulong...
papalah bertanggungjawab untuk jaga emak dia...
mama cuma harap, atuk dan nenek faham situasi mama...
nenek jugak yang sangat menitik beratkan kedudukan isteri mestilah sentiasa di sisi suami...
masa nenek tinggal dengan kita jaga kakak dan adik dulu,
nenek tegur mama tak hantar papa pergi keje...
mama cuma hantar dari dalam rumah aje sebab mama malas nak kuar pakai tudung...
lagi 1 nenek tegur, mama tak buatkan air untuk papa bile papa balik keje...
biasanya mama hidang air yang ready made aje...
tapi selalunya, papa tak nak minum pun...
kadang2 mama dah buat,papa tak minum pun...
lepas makan malam baru papa minum...
sudahnye, nenek jugak yang bancuhkan air...hehe...
bukan untuk papa sorang lah...untuk atuk jugak, suami nenek...

ke penang kali ni, kita naik HILUX pulak...
em...seronok jugak test2 naik kerete lain ni...
jujurnya, seat belakang dia buat mama sakit pinggang sebab seat dia tegak...
pinggang mama tak dapat rest sepanjang jalan...hehe...


angkut moto naik hilux...


on de way balik, beli kan kekabu untuk aunty kem...
masuk je kamunting, hujan renyai2...
maka...angkutlah sume barang2 yang berpatutan masuk dalam...


kanak2 seronok main tepuk2 kekabu tu...


mama kene riba kekabu dan adik...
sampai adik kene tido di celah2 kekabu....
=)


"seronok jugak jalan2 waktu bulan puasa...
tak payah fikir pasal makan..."
"yela...abang lah yang penat drive...."

ekeke....mama memang asyik terlelap je lah kan... 
=)


separuh jiwanya hilang...



atuk beransur pulih di sana...
Alhamdulillah...

tapi...
opah pulak yang penat2 dan hilang semangat di sini...
sejak opah terpaksa tinggalkan atuk sendirian di Mekah,
opah sentiasa rasa penat...
dan sejak itu barulah mama sedar,
banyak sangat opah bantu mama kat rumah...
maklumlah...
mama ni dah anggap opah macam mak sendiri...
dan mama juga bukan seorang menantu yang hipokrit...
mama betul2 jadi diri sendiri...
faham2 sahaja lah perasaan seorang anak bile emaknya ada kat rumah...=)
tapi orang lain tak la kot...
mama je...
sebab mama memang kurang rajin pun tolong nenek.... ;p
jadinye sekarang,
mama kene rajinkan diri dan belajar buat keje cepat2...
mak ngah kata mama ni bukannye lemah lembut bile buat keje,
tapi lemah lembik... ;)



atuk cepat2 sihat ye...
bole cepat2 balik sini...
opah rindu sangat kat atuk...

bile atuk dah betul2 sihat nanti,
kene fikir pulak macam mana cara nye nak jemput atuk...
*mama sampai mimpi2 mama jemput papa balik dari mekah sebab jemput atuk...
*kakak pulak, tengah2 tido terjaga, terus sebut 'papa..papa' (cari papa)...
agaknya kakak pun mimpi yang sama kot...hihi...



cuti-cuti putri...


on the way ke KL, rehat sebentar di rnr tapah...
holding hands with atuk...
=)

suasana di KLIA ketika menunggu ketibaan opah...
putri2 bersama atuk nenek, paksu dan sepupu sepapat...











bermalam di rumah makngah...
putri asyik kene buli dengan syafiq n raisha...
;p


nite view from 17th floor of Casa Idaman...


dah nak balik dah...


posing2 dulu...


byebye semua...


byebye pak teh...


byebye casa idaman...
panjang umur mamapapa dan putri2 bermalam lagi di sini...



 sampai ipoh, kita rehat2 di rumah sekejap sebelum balik kampung trong...


malam yang sepi....


kanak-kanaklah yang paling penat sekali...


cenderahati dari mekah untuk mama....
dah lama mama idamkan quran kecik...
sejak dari sekolah taayah lagi...
tapi masa tu mama tak mampu nak minta duit kat atuk untuk beli ini...
bile dah keje, ade duit sendiri, tak de pulak mama nak beli ek...
ekekeke...
tapi yang ni lebih special lah sebab di bawa dari tanah suci mekah...


   

adik suka papa nak beli kete baru...



 honda CR-Z...
untuk mamapapa dating berdua je...
kanak2 duduk rumah ye...
;p



shopping2 di mydin...


syukurnya mamapapa bile kakak dah nak jalan sendiri...
mamapapa tak risau sangat sebab setakat ni, kakak tak de lah nak lari jauh2...
kalau kakak nampak mamapapa jalan lambat sangat atau berhenti belek2 barang,
kakak tarik tangan mama atau papa suruh jalan...
kakak pun nampaknya ikut arahan bile mamapapa kata jangan pegi situ, jangan pegi sana...
papa pun happy je...
sebab apa mama kata papa happy?
sebab papa belikan kakak mainan...
-which is papa tak pernah buat sebelum ni!-
mama nak shopping kasut pun senang..
papa bole duduk2 sambil tengok2kan adik...
-which is sebelum ni papa kene dukung kakak-
while kakak pun sibuk2 nak try kasut mama...
mama amik 2 pasang kasut dan tunjuk pada papa mana lagi ok...
kakak amik 1 pasang tu kakak susun balik kat rak...
huh...

tapi!
-ade tapi jugak walaupun kakak dah nak jalan sendiri-
sape2 pun tak bole tegur kakak, tak bole tegur kakak buat ape dll....
nanti automatik kakak nak nangis dan nak berdukung semula...
huhu...

sekian laporan hari ini...
v(^_^)v


oh ye...
semalam dapat contact muslimin yang jaga atuk di mekah...
khabarnya, atuk selesai menjalani 2 pembedahan...
tu je infonye...
atuk dah sedar ke tak, opah tak tanya...
pembedahan ape, pun opah tak tanya...
em...
kalau dah dapat buat pembedahan, bermakna atuk dah sedar...
orang yang koma tak bole buat pembedahan...
pembedahan ape, mungkin buang batu karang nye....
insyaAllah...
instinct mama rasa, atuk akan beransur sihat...
sebab semangat atuk kuat...
insyaAllah...