Khabar kurang baik.

Minggu ni aku balik kampung abg sebab kami dapat khabar kurang baik iaitu paksu abg masuk hospital sebab kanser.

so, lepas nailah habis tusyen SRAI sabtu tu, terus kami gerak ke kampung. sampai kampung dah tengah hari. makan, rehat dan solat. pukul 3 lebih gerak ke hospital taiping.

selama aku kenal paksu, paksu sihat je alhamdulillah. berapa lama dah aku kenal? of course lah selama aku berkahwin dengan abg. setiap tahun akan pergi beraya rumah paksu. paksu sihat je selalu alhamdulillah.

sampai lah beberapa bulan lepas, paksu tetiba tak dapat berjalan masa nak pergi haji. waktu tu bebetul hari yang sepatutnya paksu dan maksu naik flight untuk tunaikan haji. tapi paksu pergi juga dengan wheelchair dan bantuan ramai.

dengan izin dan pertolongan Allah, paksu dan maksu selesai tunaikan haji dan selamat pulang ke rumah. tapi paksu masih lagi tak okey. masih tak boleh berjalan. aku pun tak tau nak explain macam mana kondisi paksu, tapi ada kaitan lah dengan tulang belakang etc2.

mak abg ada ajak kitorang melawat paksu dan maksu lepas paksu maksu balik haji tu. paksu masih okey dan nampak sihat. just tak kuat nak berjalan.

so semalam melawat tu, paksu baring je. masing2 cuba nak hadam apa yang sedang berlaku. yela..mana kita nak sangka, kan. dan kalau kita sendiri yang dapat berita tu pun, entah macam mana penerimaan kita.

kanser hati yang paksu hidapi ni nampaknya dah merebak ke organ lain. next plan adalah rujuk paksu ke pakar di hospital Alor Setar untuk rawatan seterusnya. semoga Allah permudahkan urusan paksu maksu sekeluarga dan diberikan kesembuhan sepenuhnya buat paksu. Aamiin..

hospital taiping

dah malam baru balik rumah

--




❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
 ðŸ“£ klik sini untuk order item promo bulan ini https://www.shaklee.com.my/wo/guest?ref=885771

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.