Cara Solat Sambil Dukung Anak.


hari ni, pertama kali saya solat sambil dukung nailah.
tak de pilihan sebab waktu maghrib sangat suntuk.
nailah pulak tak bole tido sebab kak natrah dia kacau...
tu pun kelam kabut saya mandi.
setiap 10 saat saya check apa natrah buat..
dia dukung lah, dia tutup muka nailah dengan selimut lah..bila saya amik selimut tu, (siap bawak masuk ke bilik air), dia tindih pulak muka nailah dengan keyboard..
kusssssemangat mak!
natrah memang suka buat saya seghiau...
nak tinggalkan nailah untuk solat pun saya risau tak khusyuk..
last2, saya solat sambil dukung dia...


CARA SOLAT SAMBIL DUKUNG BAYI



1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir & tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan & meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.

4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.

5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu & kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.



Ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat? Ini jawapannya;

Assalamualaikum ustaz, saya seorang surirumah dan mempunyai anak yang masih kecil. Saya ingin bertanya adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya. Terima kasih.




Jawapan: 
Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:




ويجوز حمل الطفل في الصلاة‏.‏ فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد
Maksudnya: Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)




Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

  • Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
  • Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu'). 
  • Dada sentiasa mengadap kiblat

Rujukan:

1. Fatwa Syeikh Fauzan
2. http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=199160
Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Setiausaha MUIS


semoga bermanfaat untuk semua..


love,                       
zura bahar
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.