3 Langkah Mudah Untuk Buat Part Time Job Secara Online.



beberapa hari lepas, kak bee dikejutkan oleh ... quota data internet di siang hari dah abis... uwaaaaa... nanges tak berlagu jugak lah.😭😭 dalam kepala dah memberontok dah. sebab banyak sangat target bulan ni nak capai. cakap dengan habibi pun macam nak marah.. tapi mujuq lah yang keluar dari bibiaq ni cuma, "tak de internet macam mana nak buat bisnes..". Ayat sebenar dalam hati ni panjang lagi... 😋

istighfar bebanyak. lupakan kisah silam, siapa penyebab data abis ni. fokus kepada penyelesaian. 
hati memberontak, tapi dah line tak de, nak buat guana, kan..so, kak bee fikir, Allah suruh aku lebih mengingati Nya disiang hari. then, kak bee pun buat relax je lah. okey, internet tak de siang2. kita fokus buat kerja2 rumah dengan lebih efisyen dan layan anak2 lebih dari selalu dan.....nonton televisyion... 😊

pastu, cemana nak buat? bisnes kene jalan hari2. sharing setiap hari ni umpama kak bee bukak kedai setiap hari. sehari tak sharing seperti sehari tutup kedai. tak boleh gitu. tetiba tertanya kat habibi, "kalau online memalam, adalah internet,kan?" "yup". simple je beliau jawab. yela...selalukan plan data ni ada qouta untuk siang n malam. malam punya pulak around jam 12 malam sampai 8 pagi. emm..sekarang ni terfikir, bagus jugak diorang divide macam ni. kalau tak de limit masa, forsure abis dah lama data ni sebelum due date nya.

maka...bermula lah episod 'office hours' kak bee yang baru. disebabkan siang hari kak bee bersungguh2 buat kerja rumah, so kak bee masuk tidur awal. around 10 malam dah siap2 landing dah. baby2 ajak wrestling, kak bee layan sambil pejam mata. 😃 sebab apa tidur awal? sebab kak bee nak bangun jam 2.40 untuk bangun buat kerja. 
Menurut Prof Muhaya, kajian mendapati, kalau kita tidur sebelum jam 12 malam, kualiti tidur tu 2 kali ganda. Contoh ye, kak bee tidur jam 10 n bangun pukul 2. Total tidur kak bee ada, 6 jam! Sebab, dari 10 mlm sampai 12 malam, ada 2 jam. 2 jam tu,kualiti tidur kita seperti 4 jam tidur. then, 12 malam sampai 2 malam, ada 2 jam. so, macam biasa je lah 2 jam. total jadi, 6 jam.
 Serius tau, memang segar bugar je bila alarm berbunyi untuk bangun jam 2.40 pagi tu.

dan yang lebih best lagi, time ni memang kak bee dapat fokus menulis blog, which is dah lama nak aktif blogging semula tapi tak jumpa masa yang sesuai. kak bee cuba ambil masa siang hari lepas2 zuhur tu, tapi still tak dapat fokus sebab baby2 ni bebetul perlukan kak bee. lagipun, kak bee selalu doa, minta Allah beri kak bee masa untuk fokus bekerjaya, dan Alhamdulillah..Allah dah beri.. tak de internet disiang hari lah menjadi asbab kak bee dapat 'office hours' yang baru, yang memang tiada gangguan sebab memalam baby2 tidur nyenyak sekali. syukur sesangat.. Baiknya Allah...😊

so kat sini, kak bee nak sarankan beberapa idea untuk mereka yang berbisnes online, tapi tak tahu waktu bila nak buat bisnes ni. yela..maybe korang just buat bisnes online ni secara part time je kan. so, masa siang pergi kerja. masa yang ada cuma malam hari je. tapi,memalam pulak dah capek bangat. Nak buat macam mana?
jom cekidaut!


1. TIDUR AWAL DAN BANGUN AWAL. 

10 malam tu pun okey dah. lagi awal lagi bagus. then, bangun around jam 2-3 pagi. dapat 2-3 jam untuk fokus pun cukup. biasanya, kak bee akan stop pukul 5.15 untuk solat2 sunat n subuh terus. sebab kak bee tak keluar pi kerja. nak tidur kejap masa siang, tak de hal. Kalau korang yang bekerja siang hari, boleh tidur sekejap sebelum subuh tu. kak bee ada baca dalam buku, rutin Nabi Muhammad adalah, bangun malam untuk solat2 sunat dan tidur sebentar sebelum subuh. Niat nak ikut sunnah, dah dapat pahala.

2. TAHU APA NAK BUAT.

okey..ni penting tau. sebelum tidur tadi, dah plan sesiap, apa nak buat bila bangun nanti. so, bila celik je mata alarm bunyi, terus on laptop dan buat kerja. kak bee tak pi cuci muka pun.haha.. kalau kita tak rancang, silap2 dok scroll fb je..haihhh....jangan gitu. blogwalking tak pe. tu kira, part of bekerja jugak (if buat bisnes guna medium blog..)

3. BUAT SCHEDULE POST.

ni penting jugak ni especially yang tak boleh nak update bisnes selalu disiang hari sebab boss tak kasi. come on...banyak sangat dah 'kemudahan' yang fb sedia kan (if guna fb page). apps untuk schedule post pun banyak. antaranya, buffer n hootsuite. so, fokus! bila bangun memalam ni, prepare apa nak share, dan schedulekan setiap jam atau setiap 2 jam. Walaupun korang tak sempat nak sharing2 disiang hari, post yang di schedule kan itu akan berjalan ikut time. Korang tak pening2 dah, tak terkejar2 dah nak curi2 masa ofis untuk sharing2 bisnes. be smart, okeh!


Haa... tu je caranya. 3 step je.Mudah amat,kan... cuma tu lah..tanya diri sendiri, nak buat ke tak. Actually, bila buat kerja waktu malam gini, kita lebih fokus tau. Sebab memang tak de gangguan apa2 pun. tak sibuk nak makan. anak2 pun tak kacau. kalau kata betul lah nak usahakan bisnes tu sungguh2, nak dapat 'income' yang besar, kita pun kene tunjukkan kesungguhan kita. bukan doa je yang kene sungguh2 nanges2 bagai. usaha pun kene seiring sungguh2 nya. 

kak bee percaya, apa yang kak bee lalui ni, semuanya adalah dari apa yang kak bee minta pada Allah. kak bee bukan tak susah hati tak dapat fokus buat bisnes..susah hati ni.. kak bee cuba selit2 waktu disiang hari. kengkonon nak tidur malam sesedap rasa lah kan... tapi rupanya, dengan tak de nye internet disiang hari, Allah nak bantu kak bee untuk dapatkan masa yang sesuai untuk kak bee fokus bekerja. 

Last but not least, setiap ujian yang Allah beri tu, ada kebaikan diakhirnya. percaya lah... Kadang2, itu caranya Allah nak tunaikan permintaan kita. Bila di datangi ujian, banyakkan muhasabah diri dan cari kebaikan disebaliknya. insyaAllah kita akan jumpa dan akan bertambah2 rasa sayang dan cinta pada Allah.
kak bee doakan semoga korang yang sedang berusaha untuk majukan bisnes korang, bertambah2 maju lagi lepas ni.
doakan kak bee dapat capai target bisnes kak bee bulan ni ya!
tq sayang sayang... 😍😍

Oh ye.. bila kita bangun malam ni,  normal lah siang hari kita agak lesu sikit. Sebab tu disarankan kita qailullah, iaitu tidur sebentar sebelum waktu zuhur, untuk dapat balik energy. Qailullah ni pun sunnah nabi juga. Niat nak ikut sunnah, dapat pahala.
Selain tu, boleh juga ambil Vitamin2 Shaklee untuk Energy. Memang ini lah yang kak bee amalkan setiap hari, alhamdulillah, masih bertenaga nak buat kerja2 rumah di siang hari. 💪💪💪 



  Jangan lupa ye..Dapatkan Offer Omega Guard, beli 5 dapat evoucher RM60 diSINI ! Dan juga, kelebihan menjadi ahli shaklee sempena bulan Merdeka ni, di SINI !


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.