Showing posts with label bisnes online. Show all posts
Showing posts with label bisnes online. Show all posts

Tips Bisnes Online: Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online

Setiap orang ada 'pesona' masing-masing. 'Pesona' ini lah yang akan menarik orang untuk rasa suka dan senang dengan seseorang itu walaupun mungkin individu itu punya ciri-ciri fizikal yang sama dengan individu lain. Pendek kata, setiap orang ada 'keunikan' nya yang tersendiri.

Begitu juga dalam bisnes. Kebanyakkan orang bisnes menjual produk yang sama. Jarang lah kita jumpa dia sorang je jual satu produk tu kan. So, apa yang membuatkan orang ramai beli dengan dia tapi bukan dengan kita? 'Pesona' seseorang itu lah yang membuatkan orang berebut nak beli dengan dia. Padahal kita pun jual. Kita siap turunkan harga lagi. Yang orang tu relax je jual harga lagi mahal but still orang berebut beli dengan dia.

Jika anda seorang ahli perniagaan, 'Pesona' ini boleh dibina sebenarnya. Ianya dipanggil 'Branding'. Dalam dunia perniagaan yang sangat luas zaman kini, branding ni sangat penting untuk kita bina. Kita tak boleh lagi tunggu pelanggan datang pada kita. Tapi, kita lah yang perlu menarik pelanggan untuk datang pada kita dengan membina branding diri kita. 

Ya.. inilah salah satu Tips Bisnes Online yang penting sekali iaitu Bina Branding Diri. So dalam entry ini, zura nak share salah satu tips bisnes online iaitu Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online.

Bagaimana Nak Bina Branding Diri Secara Online.

1. Sediakan platform online seperti Facebook, Blog, Instagram, Tiktok, Youtube dan sebagainya.

Dah kata nak branding secara online kan? haruslah ada akaun untuk platform media sosial ini. Sama ada anda fokus pada 1-2-3 platform saja ataupun anda ada semua platform dengan content sama. Ini bergantung pada kemampuan diri anda untuk beri komitmen pada media sosial-media sosial anda.

2. Beri Nilai Tambah dalam konten anda.

Apabila anda buat bisnes, tak semestinya untuk anda kongsi harta dunia yang anda ada. Ianya ya adakala mampu untuk menarik pelanggan untuk berurusan dengan anda. Tetapi, pelanggan-pelanggan yang tertarik disebabkan duniawi ni biasanya mudah tertarik pada duniawi yang lain, yang dikongsi oleh orang lain. Maka, mereka ini berpotensi untuk 'curang' dengan anda. 

Maksud beri nilai tambah adalah dengan berkongsi ilmu pengetahun sama ada ilmu produk, ilmu marketing, atau ilmu2 yang bermanfaat yang anda tahu. Dengan cara ini, bakal pelanggan anda merasakan yang mereka telah mendapat satu ilmu baru dan menjadikan mereka ingin 'follow' media sosial anda.

3. Kekal konsisten dalam berkongsi.

Konsisten adalah kata kunci untuk apa saja yang anda usahakan jika anda ingin berjaya. Tak ramai yang mampu buat tapi ianya sebenarnya tidak lah terlalu sukar. Masalah kepada konsisten ini selalunya adalah penyakit M iaitu Malas. Malas mencari menjadikan anda tidak tahu nak beri-nilai-tambah apa kepada follower dan bakal pelanggan anda. Oleh itu, anda perlu selesaikan masalah penyakit M dahulu dengan 'paksa' diri untuk mencari ilmu sama ada dengan membaca atau menghadiri kelas-kelas yang berkaitan. Dengan itu insyaAllah, anda tidak malas lagi dan anda ada banyak ilmu yang anda ingin kongsikan.

4. Gunakan teknik yang berbeza.

Apabila kita menggunakan teknik yang berbeza dari pesaing anda, contohnya anda suka buat video, maka anda haruslah lebih kerap berkongsi konten melalui video, ini yang akan membezakan anda dengan orang lain. Sekaligus ianya menjadi branding diri anda. Apabila orang melihat video, dah tertanam dalam kepala mereka ini adalah anda!

5. Just be you!

Lastly, jadilah diri anda sendiri. Tapi, biarlah diri anda yang baik-baik saja yang anda pamerkan. Mana-mana yang negatif (yang anda sahaja tahu), simpanlah baik2. Jangan di buka aib sendiri. Jangan sesekali meluahkan rasa marah di sosial media anda. Sentiasa ingat, setiap yang tak baik, akan 'menarik' hal-hal yang tak baik juga. Dan jika anda sentiasa 'bersikap' baik, insyaAllah hal-hal yang baik-baik saja akan datang pada anda. 

Bina branding bukan lah sesuatu yang boleh berlaku dalam sekelip mata. Ianya adalah sesuatu yang akan terbina sedikit demi sedikit seiring dengan berkembangkan perniagaan anda. Branding ini juga adalah satu bentuk hubungan emosi antara anda, bakal pelanggan anda dan perniagaan anda.

Tugas anda adalah untuk mempengaruhi hubungan ini melalui proses branding diri anda. Dan dalam situasi ini, bina branding diri secara online. 

Jika anda masih belum melakukan nya, mulakan lah dengan segara dan terus konsisten dengan usaha anda dalam membina branding diri anda secara online. Cepat atau lambat, bergantung kepada rezeki anda. Yang penting, tetaplah terus percaya dan berusaha sehingga anda dapat branding diri anda!.



Baca juga:






LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

Bagaimana Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.

Sejak berlaku nya peristiwa bersejarah kehadiran covid-19 yang menggemparkan dunia pada hujung tahun 2019, ramai majikan mula aplikasikan 'kerja dari rumah'. Sebab waktu tu, kita berisiko untuk dijangkiti covid-19 jika kita keluar dari rumah. tapi dalam masa yang sama, kita perlu bekerja mencari rezeki. dan masa tu lah, mana-mana pekerjaan yang tidak memerlukan anda berada di 'lapangan', anda dibenarkan untuk kerja dari rumah.

tapi, kerja dari rumah ni tak semudah yang kita sangkakan. banyak sangat dugaan dan cabarannya. lagi-lagi kalau anda seorang ibu! dan anak anda, anda sendiri yang jaga. dari segi urus masa juga sangat besar cabarannya. maklum lah, kat rumah ni banyak cabaran yang besar-besar seperti katil, tv, hand phone dan peti ais! hehe...

so here, zura nak share 5 Tips Urus Masa Apabila Kerja Dari Rumah.


1. Buat jadual.

ini memang sangat-sangat penting terutama jika anda perlu uruskan anak-anak dan uruskan kerja-kerja rumah juga. terbaik adalah jika anda boleh 'treat' diri anda seperti anda 'pergi' bekerja which is pukul 8 pagi anda masuk 'office', tengah hari rehat dan lunch, then masuk 'office' semula dan 'pulang' pada pukul 5 petang. jika anda boleh hantar anak-anak kepada pengasuh, sewajarnya itu lah yang anda lakukan. manakala kerja-kerja rumah pulak anda lakukan selepas waktu kerja anda 8 pagi hingga 5 petang. Dan yang paling penting adalah, anda perlu disiplin untuk ikut jadual yang anda telah buat.!


2. Ada ruang kerja.

ini juga sangat-sangat penting kerana dengan adanya ruang kerja, automatically anda akan rasa yang anda sedang bekerja ketika anda duduk di ruang kerja tersebut. selain itu, ianya haruslah lengkap dengan segala keperluan pejabat ontohnya komputer/komputer riba, printer, kertas, alat tulis dan sebagainya. Walaupun pekerjaan anda boleh dilakukan dengan menggunakan telefon pintar sahaja, sebenarnya dengan adanya komputer atau komputer riba, ianya memberi anda 'feel' yang anda sedang bekerja compare jika anda menggunakan telefon pintar anda. Kalau tak percaya, cuba lah!


3. Dress Up seperti anda nak pergi pejabat!

tips ini yang paling zura suka. walaupun kita kerja dari rumah, bukan bermakna kita tak perlu nak pakai cantik-cantik macam bila keluar bekerja. percaya atau tidak, dengan berpakaian proper seperti nak ke pejabat itu boleh mempengaruhi 'semangat' bekerja anda kalau compare dengan anda cuma pakai baju tidur saja. Jika anda masih tidak ambil berat tentang pakaian ketika anda kerja dari rumah, anda harus berubah dan rasai perbezaan nya!


4. Kurangkan penggunaan social media.

ya.. ini antara cabaran paling besar kerana apabila anda bekerja dari rumah , semestinya tiada boss yang memerhatikan anda bekerja. disiplin diri kene kuat untuk tepis dugaan social media. atas sebab itu lah zura prefer untuk menggunakan komputer apabila kerja dari rumah. bagi zura, apabila zura menggunakan komputer, kurang sikit rasa nak scroll news feed tu dan rasa lebih produktif bekerja jika menggunakan komputer atau komputer riba.


5. Jujur dengan majikan.

sekiranya anda bekerja dengan majikan, anda harus lah jujur dan berterus terang dengan majikan anda jika anda ada masalah seperti anak sakit atau anda sendiri yang sakit. peluang untuk kerja dari rumah ni tak semua dapat. jadi, gunakan lah peluang yang majikan anda beri ni dengan jujur dan amanah. biar pendapatan kita ada keberkatannya.

so, begitu lah sedikit tips bagaimana untuk anda urus masa apabila kerja dari rumah. kalau anda ada tips yang boleh dikongsikan bersama, jemput share di ruang komen tau.



Baca juga:

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
-
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | vitally vitamin  
 ðŸ“² sms|whatsapp 016-5952771
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,

Kelas Marketing Online Percuma

Apa sebenarnya yang buat zura decide untuk pilih bisnes Shaklee dan terus setia dengan bisnes Shaklee sampai sekarang? 

Alhamdulillah, sekarang dah 8 tahun consume dan buat bisnes shaklee ni.

Kalau nak throwback, 8 tahun yang lepas dan tahun2 sebelum tu, zura bekerja sebagai seorang Interior Designer. Bukan lah pekerjaan impian zura tapi zura sangat sukakan kerja zura. Serius. i love my job so much. In fact, salah satu dari 100 impian zura sekarang ni pun, zura nak bukak ID Firm sendiri. 😊

Tapi, apa yang buat zura pilih untuk buat bisnes Shaklee?

Jawapan dia simple je.. zura nak TIME FREEDOM. zura nak bebas. zura nak bekerja ikut time zura sendiri. Sebab tu impian nak bukak ID firm tu. Zura nak jadi boss. 😉

The cut the story short.. apa yang buat zura tertarik dengan bisnes shaklee ni dan apa yang membuka biji mata zura bahawasanya bisnes Shaklee ni adalah REAL BISNES dan boleh dijadikan LIFETIME CAREER adalah, bila zura berada di dalam CIRCLE USAHAWAN2 SHAKLEE.

Bila mak shaklee zura add zura dalam secret group upline-upline shaklee, kat situ terbentang luas segala ilmu bisnes, ilmu marketing, ilmu jemput rezeki dan semua jenis ilmu lah yang di ajar dan di kongsi. Dan semua tu adalah PERCUMA. Upline tak minta sesen pun untuk ilmu2 tu semua.

Korang tahu kan, bila kita nak buat sesuatu, buatlah dengan ilmu. Dan ilmu2 tu zura tak payah susah payah cari pun, semua dah tersedia depan mata. Rugi nya kalau zura biarkan saja ilmu2 percuma ni macam tu je. Serius ya Allah... rugi sangat2 kalau di biarkan ilmu yang orang dah bagi PERCUMA je ni.

Disebabkan itu lah, zura sangat yakin dan percaya dengan CAREER baru yang zura pilih. Ye.. menjadi usahawan dan leader Shaklee. Ini adalah pekerjaan zura sekarang ni. Macam mana korang pergi kerja balik kerja setiap hari, macam tu lah zura. Beza nya, dengan career or kerjaya zura sebagai usahawan dan leader Shaklee ni, zura ada TIME FREEDOM.

Zura ada masa kerja yang sangat-sangat flexible. zura boleh tetap bersama dengan suami dan anak-anak sambil jalankan bisnes zura. Zura boleh balik kampung ziarah mak ayah dan bisnes tetap jalan. Itu lah yang zura ingin kan. TIME FREEDOM.

Cerita tentang ilmu-ilmu yang dikongsi secara PERCUMA oleh upline2 kami, actually sampai sekarang pun upline2 masih usahakan untuk beri ilmu secara PERCUMA setiap hari. 

Untuk zura yang sedang bekerja masa tu, yang 8 tahun lepas, belajar secara online adalah cara yang terbaik untuk buat part time job. Yelah.. time tu bisnes shaklee kira part time job lah kan sebab zura still bekerja. Zura sendiri tak lalu lah nak pi kelas malam2 bila siang dah penat kerja. Zura nak jugak rehat2 kat rumah. Tapi, dalam dok rehat2 tu, boleh je hadiri kelas2 online yang upline sediakan. 


Ada orang yang memang nak kene pergi kelas, menuntut depan-depan. Eh.... ada je upline2 kami sediakan dan Shaklee pun banyak buat TALK secara PERCUMA je tau. Yang paling special, belajar one to one secara personal dengan upline, ilmu tu direct terus dapat kat kita. Dan upline tak ambil sikit pun bayaran dari kita. PERCUMA je. Kalau kat luar, nak personal coaching, mau ratus2 sejam. 

Tapi dengan upline2 kami, tak. Upline ajar one to one PERCUMA saja. Rugi siapa yang tak grab. Zura ni sebab upline jauh je. Kalau tak, memang nak menuntut lutut ke lutut gitu.Rugi jugak siapa yang malu nak contact upline ajak dating. 

Sebab upline merangkap mentor ni, sangat-sangat berbesar hati bila anak bisnes yang datang cari mereka. Bagi mentor-mentor ni, bila anak bisnes yang mencari, bermaksud dia memang bersungguh-sungguh. Dan of course mentor takkan hampa kan mereka yang bersungguh-sungguh. Segala ilmu akan diberi secara PERCUMA. So, memang rugi sangat-sangat kalau dapat duduk dekat dengan upline tapi tak datang menuntut ilmu. Rugi rugi.

Business Leader National Conference Shaklee 2020

Business Leader National Conference ni antara event yang paling dinanti-nantikan oleh leader-leader Shaklee. 
Dalam conference ni, kitorang akan dapat briefing tentang produk baru yang akan di launching tahun ni, tentang bisnes marketing plan yang baru, tentang trip percuma yang Shaklee offer dan sharing-sharing dari Master-master Shaklee yang sangat-sangat memberi inspirasi. 

Lepas tu, kat luar hall pula selalunya akan ada booth produk, booth ais krim vivix, produk poster dan macam-macam lah. 

Tapi, yang paling best bila datang BLNC ni adalah, dapat makan free 3 kali, breakfast, lunch dan hi tea. Yey!! Sebab tu lah suami zura pun suka ikut zura pergi BLNC ni. 😄

Eh.. Ada lagi 1 yang terpaling best sekali, iaitu dapat goodies beg yang sangat special dan mahal-mahal barang nya dan of course yang limited edition sebab kitorang yang datang BLNC je dapat. Kat luar takkan dapat. He he he

Tahun ni, zura kene bawak anak-anak datang sama sebab mak ayah tak available nak jagakan. 

So, kitorang gerak ke KL pagi-pagi sebelum subuh. Semua mandi awal gila pagi tu termasuk Fathan. 😊 Alhamdulillah, diorang semua ok je mandi pagi sejuk-sejuk gitu. Dari baby dah di train mandi air sejuk. 

Berhenti rehat dan solat subuh kat RNR Behrang, then teruskan perjalanan. Anak-anak pun tak nak berhenti lama kat situ. Masing-masing masih nak tidur. 

Tahun ni BLNC ni buat dekat Putrajaya International Convention Center (PICC). Sebelum-sebelum ni biasanya buat kat Sunway Pyramid Convention Hall. 


Kalau buat kat Sunway, zura stay dekat rumah akak kat Jalan Ipoh, dekat lah sikit. Tapi, since buat dekat Putrajaya, kitorang decide nak ambil homestay untuk malam ahad tu. 

So, begitu begini, sampai lah kami kat PICC around jam 9 pagi macam tu. Terus zura ke kaunter pendaftaran. Then, makan breakfast yang Shaklee sediakan. 

Untuk BLNC ni, kanak-kanak tak boleh masuk dewan dan tak dapat makan juga. Kesian diorang kene tunggu kat luar hall. 

Zura dah prepare barang makanan sebelum gerak ke KL tadi. Memang tahu diorang mesti nak makan, kan.. 

So, suami tunggu kat luar dengan diorang while zura pegi makan sorang-sorang. Cari juga team #maestro, team nenek shaklee zura. Tapi tak jumpa. 

Zura makan semeja dengan leader-leader dari team #ireach. Sempatlah bertukar-tukar cerita tentang bisnes shaklee masing-masing. 😊

Selesai makan, suami nak ke toilet sebelum zura masuk dewan. BLNC kali ni, suami lah kene jagakan anak-anak kat luar dewan, tak boleh nak masuk sama-sama. 😂 But its okey. Asalkan, zura dapat hadir ke BLNC ni. 

Penting sangat untuk datang conference ni sebab shaklee dah bagi advantages kat leader untuk tahu latest news dari shaklee , kan. Kenapa nak lepaskan peluang ni. 

Lama pulak suami pegi toilet, conference pun dah start dah. Zura sampai cakap kat anak-anak, papa balik dah ke tinggalkan kita. 😂

Sementara tunggu suami tu, apalagi kitorang pun ambil peluang bergambar puas-puas sebab luar hall lengang tak de orang sangat. 
Haa… Itulah dia intro BLNC tahun ni. Mencabar sebab kene bawak anak-anak sekali. Haha.. 

So , enjoy dulu gambar-gambar kami anak beranak sekitar BLNC 2020 kat PICC ni.
















Okeh.. Nak tahu apa update Shaklee tahun ni? Bestnya korang update news tahun ni. Tak sabar nak cerita kat korang ni..

New product label

✔ ada HALAL logo
✔ kena buat new flatlays / ambil gambar cantik-cantik

Membership fee RM 35

✔ Mulai 1 Mac
✔ FREE Membership = 100 UV sahaja

Sponsoring challenge 

✔untuk layak Q&A Session with CEO Shaklee Corp = Roger Barnett
✔ register 15 new members with belian 100 UV ke atas
✔ limited to first 150 qualifiers
✔ March - may

New e-starter kit 

✔1 march 2020
✔ tambahan Study course in nutrition
✔ tambahan Dr. Shaklee Thoughtmanship
✔ Downloadable for FREE

Mama club nutrition

✔Consultant on nutrition & wellness
✔ ada sijil
✔ May 2020
✔ Start promote skrg

Free renewal

✔on your birthday
✔Purchase 1 product in the last 3 months before birthday
✔starting 1 mac 2020

Same day delivery

✔kuching
✔1 apr 2020
✔1 - 3 days for the rest of sarawak

New retail store in JB

✔1 sept 2020

Youth all-year promo 2020

✔Buy consistently
✔Promo untill dec 2020
✔Q3/2020 any 3 product from basic set diskaun 10%
✔any 3 product from basic set diskaun 10% + top-up any 1 product treatment (Serum / radiance c+e / mask) dpt diskaun 10-20%

New product launch - ResV

✔6 patents!
✔ 1 botol 60 biji
✔Exclusive in Malaysia only
✔Compliment Vivix
✔Take Vivix siang, Resv night 2biji


Fuh.. tu dia. Macam-macam benda best lah tahun ni. Especially harga membership fees yang dah kurang dari rm65 jadi rm35 sahaja, dan free membership dari 200uv ke 100uv sahaja.

Masa ni lah untuk korang grab peluang untuk dapatkan suplemen-suplemen shaklee dengan harga ahli dan pelbagai lagi privilages sebagai ahli shaklee.

So, kalau korang berminat untuk dapatkan suplemen shaklee atau sertai zura menjadi family shaklee, boleh wasap zura, k. No wasap ada di bawah ni..atau klik je kat tab PM ME! atas tu.

oh.. lupa nak share, suasana sekitar perasmian produk terbaru Shaklee, ResV. Happening sangat-sangat. Ada surprise gift dalam belon-belon tu. Zura dapat sudu vivix dan bekas makanan shaklee.


dan.. inilah gift-gift yang kami dapat tahun ni. 😉

Thermos ResV
Zinc Complex
Youth Radiance C+E
Youth Night Cream
Car sticker
Pamplete ResV
Exclusive 25 years white beg Shaklee

Semua ni bernilah lebih rm500. wow. Sooo exclusive.




 LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, ðŸ’» fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women📲 sms|whatsapp 016-5952771📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com