Cik City Merajuk. Allah Bantu Melalui Jiran Yang Baik Hati.


Tu la..  Sepatutnya kene bawak cik city pergi servis 2 minggu lepas, tapi tak bawak, kan dah merajuk.
Alkisahnya, di pagi jumaat yang kecoh sangat. Natrah n nailah mandi dari jam 6.45 pagi sampai 7.20.  Hangin mama dah macam puting beliung dah. Nak sekolah weeiiiiiiiiii!!!

Hangin tak hangin, kene lah sekolah jugakkan. Selesai hantar semua kakak2 ke sekolah, singgah gerai kuih. Selesai beli kuih, start enjin cik city, tekan button ac, pulas tombol kipas, tak de pape efek. Air cond tak kuar pun. So, tak pe lah. Balik rumah.

Wasap suami, suami tak reply. Dah tidur lah tu. Semalam beliau kerja shift malam.

Jam 5.28 petang, baru beliau reply:
“Check bonet dpn kipas radiator jln tak. Kalau tak jalan jangan bawak kete tu.. nanti panas lak tengah jalan.”

Adududu.. pukul 6 kakak2 balik sekolah. Jap lagi dah nak kene keluar.
Kita pun bertindaklah mengikut arahan. Terkial2 bukak bonet enjin. Start enjin. Anak soleh fauzan n nailah dok sibuk2 jugak jenguk2 enjin kereta. Kita dok risau bonet tu kot tertutup hempap kepala diorang, kot lah zura salah sendal besi tu. 
Haha..mak-mak sungguh!

Cari kipas kat mana ni tak jumpa. Hadoi..  nampak sangat tak amik kisah pasal enjin cik city.

Video call suami, tak jawab pulak. Tipon jiran, Anis. Dikala begini, memang jiran lah tempat ku bergantung harap.

Anis tak de kat rumah pulak. Suami nya balik lambat. Nasib baik Anis tahu kat mana kipas kete. Sah tak jalan.


5.51 petang.

Wasap jiran yang lain pulak, Awie. Nak minta tolong. Help! Help!
Awie tak reply.
Adududu.. bagaimana ni? 

Boleh je nak jalan pi rumah jiran ketuk pintu sebenarnya. Hehe..
Tapi rasa segan nak minta tolong. Ada rezeki jiran tolong, alhamdulillah. Tak de rezeki tak apa. Zura faham masing2 ada urusan masing2. Sebab zura nak minta tolong ni pun kira on de spot, kan. Kita tak tahu planning orang.

Masuk rumah. Sempat basuh pinggan jap. Sambil zikir nabi yunus. Sungguh2 berserah pada Allah. ‘Kakak2 dah keluar kelas ni, tolong aku ya Allah. Macam mana nak ambil diorang ni’, dalam hati tak berhenti berbisik.

Selesai basuh pinggan, lepak depan rumah sambil bersandar pada cik city. ‘Wahai cik city...kenapa nak merajuk time ni...’

Lepak depan rumah tu sebenarnya nak tunggu Anis balik rumah. Hehe..  nak tak nak, kene jugak lah minta tolong Anis.

Sambil tu install apps grab. Tu je ikhtiar terakhir.
Tengah install, Awie balas wasap. 

Katanya ada kat luar, baru nak balik. Zura jawab, tak apa. Tapi sebelum tu zura bagitau kipas keta tak pusing, tak berani nak bawak nak ambil putri balik sekolah, ingatkan nak minta tolong ambilkan putri.

Takdir Allah, Awie memang ada kat area sekolah diorang. 
MasyaAllah... 
syukur sangat tak terkata. Lepas bagitau sekolah diorang, jam 6.38, Awie wasap ‘ok selamat dah’. Alhamdulillah..alhamdulillah..

Lambat sangat dah ambil diorang. Kesian diorang.
Tengah tunggu diorang sampai, kereta Anis pun lalu. Anis berhenti, sembang2 jap.

Fathan? 
Mana fathan sepanjang kejadian? 
Di saat2 zura bukak bonet enjin konon2 nak repair kete? 
Confirm anak soleh tu melalak nak mama.

Takdir Allah juga, sebelum zura buka bonet enjin, fathan merengek2 dalam buai. Zura buai dan dia tidur balik. Zura nak keluar rumah, dia merengek lagi. Waduh waduh.... gawat ni kalau dia bangun. Gigih buai lagi berharap dia akan tidur semula. 

Dan ya..rezeki dia tidur balik lama sampai lah anis lalu depan rumah tu. Kiranya, sepanjang zura dok kalut2 resah gelisah tu, Allah tidurkan dia. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Sementara tunggu kakak2 pulang, tiba2 muncul 2 hero nak tengok2 kan kereta, suami anis n suami norul.  Alahai...segannya dengan jiran2. Tapi kalau segan, mereput lah kita dengan anak 5 orang ni kat sini. Hihi..

Tak lama lepas tu, anis pun datang n kakak2 pun selamat  sampai rumah. Alhamdulillah..syukur atas kejadian hari ini. Sikit nikmat Allah tarik, tapi baaaanyak kebaikan Allah beri balik. Kali ni, zura pulak yang malu dengan jiran2 semuanya baik hati.

Cerita panjang lebar ni, ade ke yang baca? Haha..


Moral of the story, kalau sayangkan kereta, bawak2 lah pi servis ikut jadual. Manja cik city ni. Kita lambat sikit bawak pergi servis, dia merajuk pulak.. haha.. doakan cik city cepat bertemu jodohnya dengan tuan oddysey. 




❤, 
 Baizura Bahar 
 Pengedar Shaklee Chemor, Perak. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
 60165952771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.