Prosedur Tukar Sekolah Kebangsaan.


1. 

Ambil borang tukar sekolah kat sekolah. Ada beberapa dokumen yang perlu dilampirkan iaitu salinan surat beranak anak, ic mak ayah, surat nikah mak ayah atau surat cerai jika dah berpisah.

2. 

Ada 2 pilihan sekolah yang perlu diisi. Pastikan kita dah tahu sekolah mana yang terdekat kita nak hantar di tempat baru nanti.

3. 

Hantar borang tukar sekolah tu kat pejabat sekolah 1 minggu sebelum pindah. Ada sekolah yang boleh terus siap dalam tempoh sejam. Ada sekolah yang suruh balik dulu, dah siap nanti sekolah akan call. Sebab sekolah kene key in data and buat surat untuk di hantar ke PPD sekolah baru.

4. 

Bila dah dapat surat permohonan sekolah baru, hantar surat tersebut ke PPD sekolah baru. PPD akan proses terus surat tersebut (key in data etc2) dan PPD akan keluarkan surat penempatan.

5. 

Bawak surat penempatan tersebut ke sekolah baru.

6. 

Kalau tukar sekolah masa sesi persekolahan sedang berjalan, boleh bawak surat n anak ke sekolah terus. Anak boleh terus mula sekolah.

7. 

Buku teks boleh terus bawa ke sekolah baru.


Tu saja prosedur nak tukar sekolah anak2. Mudah je prosedur nya. 😊


Semoga anak2 kita happy kat sekolah baru.
👫👬👭👫👬👭👫

..
love,
Baizura Bahar
 Pengedar Shaklee Chemor.
Order atau keahlian Shaklee?
---------------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.