Persiapan Raya Di Musim PKP Akibat Covid 19

jujurnya, 
mula2 zura tak rasa nak beraya pun. kawan2 ramai dah mula cari baju raya anak2 kat online.
zura siap tanya suami, nak ke beli baju raya? suami jawab, entah! haha

satu hari, suami balik ipoh. 
sempena PKPB ni, kita pun menyendenglah suami ikut beliau ke sana ke sini ke sana ke sini. time ni lah nak dating tinggal budak2. hehe.

so, begitu begini, 
akhirnya decide nak beli baju raya anak2. hari sebelumnya suami kata nak bawak lah salah sorang pegi aeon. kesian kat anak2 tak keluar,kan..

malam tu bagi tau diorang, sorang je boleh ikut papa. kene siapkan kerja sekolah. kene cabut undi.


punya la excited nak keluar, siap edit gambar sendiri.


dah tu, semua berebut buat kerja sekolah. 
fauzan pun sama.. haha.. padahal sekolah pun tak nak pergi. ;)

so, hari kejadian, semua dah siap2. 
sebab papa diorang kata, pergi gilir2. maksudnya, semua dapat pergi tapi ikut turn.





tapi, 
bila sampai aeon, dari jauh mak guard dah sound, KANAK-KANAK TAK BOLEH MASUK. haha.

so, balik lah. kecewa bukan main diorang. hihi.. sabar je lah ye anak2.

dah tu, kita pun ambil lah ukuran tangan anak2. 


kenapa tangan? 
sebab diorang ni kene ukur tangan. kalau ikut umur baju atau bahu atau labuh baju, semuanya tak ngam.

selesai tidurkan fathan, mama papa pun pergi lah aeon, haunting for baju raya anak2.

kat sana memang tak banyak pilihan langsung. dan kami pun bukan jenis memilih sampai berpuluh2 kedai nak masuk semata2 nak cari yang kene tema bagai. 
tak de. 
tema pun tak pernah ada sebab baju melayu suami satu kaler je beliau dok ulang pakai tiap tahun. haha..

pastu, kalau dah pegi satu tempat tu, haaaa ko cari lah jugak mana2 pun yang ko berkenan, gitu. tak de nya nak pegi kedai2 lain.

so, pi aeon kan. butik2 kat luar aeon pun mana ada baju budak2. dalam aeon tu je lah pilihan yang ada.





maka, ber whatsapp2 lah dengan anak2. dan akhirnya diorang pilih jubah dress yang sama. eh.. not bad. cantik jugak.

well... experience baru tahun ni, belikan baju anak2 tanpa anak2. :)
kita siap bawak tali tape ukur kat baju tu. hehe..

pastu, balik rumah, semua happy dapat baju masing2. baru lah terasa mood nak raya tu. baru lah terasa syahdu nya tak dapat balik melaka tahun ni. uwaaaaaaa..... 😭



Esoknya pergi lagi. sebab baju fauzan tak beli lagi. and mama diorang berkenan dengan satu kebaya labuh ala-ala mok cun tu. memang berkenan sangat dengan pattern kebaya labuh tu.

kita bagi teaser sikit. nanti hari raya kita amik gambar penuh, k.. ;)





❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
- 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.