Showing posts with label kisah hari raya. Show all posts
Showing posts with label kisah hari raya. Show all posts

Cerita Aidilfitri 2023 Bersama Putra Putri

Tahun ini kami berhari raya pertama di Trong, kampung sebelah papa putri. Zura macam biasa lah, excited sokmo bila hari raya. Dah besar-besar ni pun still excited sebabnya time raya ni je lah yang kami boleh balik melaka lama-lama. Since tahun ni akan beraya di Trong dulu, raya kedua baru kami balik ke Melaka, kampung sebelah zura.



Bergambar bersama keluarga papa putri. Papa putri dua beradik je. Anak adik ipar pun seorang je. Kami yang contribute ramai cucu kat opah. hehe.. Baru lah meriah, kan opah kan?!


Kalau beraya kat Trong dulu, macam biasa pagi raya selepas solat raya kami akan beraya di rumah mak long suami. Memang meriah dan menu utama mesti ada Laksa. Emm.. Nyum nyum!

Lepas tu, kerumah mak cik suami pulak. Sebelah je dengan rumah mak long. Hehe.. Adik beradik mak suami tinggal sebelah menyebelah je. Jadinya senang nak beraya.


Lepas tu kami tak beraya kemana-mana sebab opah putri (mak mertua zura) tak berapa sihat raya kali ni. Kami just tunggu tetamu dan family pulak datang berhari raya di rumah. Tak de pulak ambil gambar juadah raya. 

Hari raya kedua, kami dikunjungi pak cik suami sebelah arwah abahnya, zura panggil Mak Su dan Pak Su. Ni pun Pak Su tak datang sebab tak sihat juga. Opah putri hari ni alhamdulillah getting better.


Then malam tu kami balik ke Ipoh. Sebelum kami gerak ke Melaka, biasanya kami akan transit di rumah sendiri dulu. Tukar beg baju, siapkan bekal dan suami akan rehat sekejap. Sebab suami memang 'pilot' sepanjang bermusafir. Zura tak ganti drive kalau suami setakat mengantuk je. Suami berhenti tidur, zura pun tidur sama. Haha.. padahal sepanjang dia drive pun kejap-kejap kita tidur.
Saja nak gerak malam-malam kali ni. So pagi raya ketiga tu dah sampai Melaka. Sampai rumah mak ayah zura, terus breakfast dan siap-siap nak pergi open house pakcik zura yang kami panggil Mak Itam dan Pak Itam kat Johor.

Menarik felda ni. Setiap rumah ada replika moto ni lepas tu ada nama tuan rumah. Menu open house pak itam ada kari kambing. Puas lah suami zura makan sebab dia suka sangat dengan kambing.


Berhari raya di kampung zura kali ni kami tak beraya kemana-mana sangat. Bila pak itam buat open house tu, usually time tu lah dapat jumpa hampir semua pak cik mak cik sebelah ayah. Then lepas tu, adik beradik ayah pulak akan berkunjung balik ke rumah ayah. So, kami just menanti kehadiran tetamu pulak.

Kami kat Melaka sampai raya ke 6. Lepas tu nak balik Ipoh dah. Walaupun tak keluar beraya sangat, dapat spend time dengan parent dan keluarga zura itu lah yang sangat-sangat bermakna. 

Bersama mak dan adik bongsu tersayang. Zura baru perasan, zura tak de 'gambar raya' sangat dengan family zura kali ni. Haih... 

On de way balik ke Ipoh, kami singgah beraya di rumah mak su suami yang kami panggil Chu Dat kat Port Dickson.


Dan kami selamat sampai di rumah sekitar jam 12 malam. Alhamdulillah. Syukur sangat masih diberikan peluang oleh Allah untuk meraikan hari raya bersama keluarga tersayang. Semoga tahun depan kita dapat berkumpul lagi.

Baca Juga:  

Memori Aidilfitri bersama Putra Putri 2020

Memang takkan lupa dalam sejarah kehidupan manusia.
tahun ini, terpaksa beraya tanpa BALIK KAMPUNG.

kalau diikutkan hati ni, memang nak teghiak dah.
mujurlah Allah izinkan suami ada di pagi raya, tak lah rasa sedih sangat.
kalau suami pun tak dapat balik raya pagi tu, uwaaaa memang kita teghiak dah. 😭

so sehari sebelum raya tu, macam biasalah. kita sibuk masak2 untuk hari raya.
kalau bukan time pkp ni pun, biasanya pagi raya kami ada kat rumah. lepas2 solat raya baru gerak balik ke taiping.

sekarang ni, memang tiap tahun raya ke taiping dulu sebab nak lama2 raya kat melaka. kalau dah balik melaka dulu, kene cepat2 balik tepeng pulak. so singkat je masa kat melaka.
jadinya, tiap tahun pun kene korban lah sikit. nanti boleh lah seminggu kak melaka. gitu..

tapi tahun ni, sambil masak2 tu berdebar2 menanti kepulangan suami. dari malam tu dah bincang2, nak balik ke tak. kita redha dah kalau suami tak dapat balik pagi raya tu. begitu begini, suami senyap tak mesej apa2 sampai pagi raya.

kita bangun, siap2 juadah semua, siap2 packing untuk jiran2 n pak guard, sambil tertunggu2 wasap suami. tapi still, suami tak wasap2 jugak.

dalam hati ni rasa macam beliau on de way dah ni. tapi tak nak berharap sangat. actually beliau baru abis kerja shift malam pagi tu.

tengah siap2 nak pakai baju raya, mak mertua call. mak bagitau yang suami singgah trong tadi. sekarang dah gerak ke ipoh. mashaAllah... Allahuakbar.. Allah izinkan ku beraya bersama suami di pagi raya. tak de lah nak teghiak.. alhamdulillah sangat2.. 😭

so, dapat lah bergambar bersama di pagi raya.
kan tahun ni raya sehari je...

Salam Aidilfitri dari kami Shai Full, Baizura dan putra putri. 😊

Kami mohon ampun dan maaf pada semua andai ada kata2 dan perbuatan kami yang mengguris perasaan semua.
Semoga hari raya yang bersejarah tahun ni, membawa sejuta rahmat buat kita semua.

Alhamdulillah.. Diizinkan Allah untuk kita menyambut raya bersama tahun ni... 😊

Putra putri de beradiks.

Semoga sentiasa bersatu hati, bertolak ansur, sayang menyayang, hormat menghormati, tolong menolong dan mendoakan mama papa.

Putri Natrah.. Anak paling mencabar keimanan mama dalam menjaga, mendidik n membesarkan beliau... 😄


Putra Fauzan.. Anak paling baaaaaaaanyak alasan dan kuat menjawab. 😂


Putra Fathan.. Anak bongsu yang sedar diri dia anak bongsu. Merajuk tahap guling2 kat lantai. Abang kakak2 hang tak de pun macam tu. 😂

Putri Nailah.. Anak no 3, cerdik macam mama sebab mama anak no 3..ahaks!🤣

Baru nak minta ampun nangis2 kat suami. Tapi sebab anak2 dok perati je, kita simpan lah air mata kita. Sebab tau banyak dosa kat suami.. 😅

Amboi kakak. Pasang telinga je apa mama papa cakap. Dia pulak yang happy.. 😅

Fathan nak join. Tapi tak tahan sakit perut. 😅

Rindunya kat mak ayah beradik radik semua..
Rindu nak balik melaka..
Rindu.
Rindu.
Rindu.

Alhamdulillah.. Masih ada pendapatan tahun ni.. 😁

Yeke norma baharu raya sehari je?
Budak tudung merah tu tak puas bergambar.
Semalam dia dah salin baju raya lepas bersalam salaman.
...
Pastu, malam2 pukul 11 dia pi pakai lipstik, minta fon mama nak ambil gambar pakai baju raya. 😅
Mama kabo esok je lah... Mama ngantuk dah nak tido weii.. Kul 11 malam dah korang dok main lari2 jerit2 dalam rumah.
Ni pakai lipstik merah2 pekat2 ni siapa yang ajar ni. Mama pun tak berani nak pakai lipstik merah menyala.. 😂

Dia pi bokeh nya background. Bertuah punya budak!


tapi, seriously, tak mo raya macam ni......................
nak balik melaka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
 📣 untuk order dan pertanyaan,
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Persiapan Raya Di Musim PKP Akibat Covid 19

jujurnya, 
mula2 zura tak rasa nak beraya pun. kawan2 ramai dah mula cari baju raya anak2 kat online.
zura siap tanya suami, nak ke beli baju raya? suami jawab, entah! haha

satu hari, suami balik ipoh. 
sempena PKPB ni, kita pun menyendenglah suami ikut beliau ke sana ke sini ke sana ke sini. time ni lah nak dating tinggal budak2. hehe.

so, begitu begini, 
akhirnya decide nak beli baju raya anak2. hari sebelumnya suami kata nak bawak lah salah sorang pegi aeon. kesian kat anak2 tak keluar,kan..

malam tu bagi tau diorang, sorang je boleh ikut papa. kene siapkan kerja sekolah. kene cabut undi.


punya la excited nak keluar, siap edit gambar sendiri.


dah tu, semua berebut buat kerja sekolah. 
fauzan pun sama.. haha.. padahal sekolah pun tak nak pergi. ;)

so, hari kejadian, semua dah siap2. 
sebab papa diorang kata, pergi gilir2. maksudnya, semua dapat pergi tapi ikut turn.





tapi, 
bila sampai aeon, dari jauh mak guard dah sound, KANAK-KANAK TAK BOLEH MASUK. haha.

so, balik lah. kecewa bukan main diorang. hihi.. sabar je lah ye anak2.

dah tu, kita pun ambil lah ukuran tangan anak2. 


kenapa tangan? 
sebab diorang ni kene ukur tangan. kalau ikut umur baju atau bahu atau labuh baju, semuanya tak ngam.

selesai tidurkan fathan, mama papa pun pergi lah aeon, haunting for baju raya anak2.

kat sana memang tak banyak pilihan langsung. dan kami pun bukan jenis memilih sampai berpuluh2 kedai nak masuk semata2 nak cari yang kene tema bagai. 
tak de. 
tema pun tak pernah ada sebab baju melayu suami satu kaler je beliau dok ulang pakai tiap tahun. haha..

pastu, kalau dah pegi satu tempat tu, haaaa ko cari lah jugak mana2 pun yang ko berkenan, gitu. tak de nya nak pegi kedai2 lain.

so, pi aeon kan. butik2 kat luar aeon pun mana ada baju budak2. dalam aeon tu je lah pilihan yang ada.





maka, ber whatsapp2 lah dengan anak2. dan akhirnya diorang pilih jubah dress yang sama. eh.. not bad. cantik jugak.

well... experience baru tahun ni, belikan baju anak2 tanpa anak2. :)
kita siap bawak tali tape ukur kat baju tu. hehe..

pastu, balik rumah, semua happy dapat baju masing2. baru lah terasa mood nak raya tu. baru lah terasa syahdu nya tak dapat balik melaka tahun ni. uwaaaaaaa..... 😭



Esoknya pergi lagi. sebab baju fauzan tak beli lagi. and mama diorang berkenan dengan satu kebaya labuh ala-ala mok cun tu. memang berkenan sangat dengan pattern kebaya labuh tu.

kita bagi teaser sikit. nanti hari raya kita amik gambar penuh, k.. ;)





❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
- 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 💻 visit: www.vitallyvitamin.com