Superb Blogger Seminar 1.0: Jana Income Shaklee Dengan Blog.

Hari ni, zura ada kelas blog yang dianjurkan oleh upline master zura, iaitu Master Nadiah dan Master Amir di bawah naungan Maestro Empire. Asalnya kelas ni kelas offline, buat kat hq Shaklee nun di Subang Jaya sana. Tapi disebabkan kes covid 19 yang tiba-tiba meningkat kat Malaysia ni, master decide untuk buat secara online saja melalui zoom meeting.

Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Superb Blogger Seminar 1.0: Jana Income Shaklee Dengan Blog.



Bila dapat tau master nak buat secara online, apa lagi... berjoget dalam hati. hehe.
memang dah lama nak pergi kelas belajar blog. Selama ni belajar sendiri je dan hentam je tulis tak ikut SEO ke content apa ke. So, zura isi je form untuk sertai. Kelas akan buat sepanjang hari kat rumah. Berfikir-fikir juga ni macam mana. Maklumlah, anak-anak ni tak de siapa nak jaga. Yang besar-besar ni tak kisah dah. Pandai dah buat hal sendiri. Yang anak soleh bongsu ni yang masih melekat dengan zura. Tapi tak pe.. kita redah je!

Seawal sebelum subuh dah bangun dah. Mandi siap-siap. Tepek moisturizer youth, bedak, lip matte siap-siap. Lepas tu, masuk dapur! haha.. melawa untuk masuk dapur je... Ye.. bila anak ramai ni, penting untuk pastikan perut mereka kenyang, so that mereka tak kacau mama. Oh! tak lupa juga dah ambil Vivix siap-siap untuk energy sepanjang hari dan minum ESP yang ditambah dengan chocolate sebagai breakfast.Ngam-ngam 9 lebih sikit, setel masak lauk lunch, breakfast dan bubur cha cha jugak in case diorang tak kenyang-kenyang. 

Tepat jam 9.30, cepat-cepat naik bilik nak online. Time tu jugak lah anak soleh Fathan start nak itu ini. Emmm.... tak pe.. bawak je dia sekali join. Setel!




Apa yang zura belajar hari ni adalah ilmu basic tentang blog menggunakan platform blogspot.com. Kiranya, hari ni setting blog supaya blog kami nanti mudah dicari oleh customer-customer Shaklee yang nak COD dengan kawasan kami. Macam zura, kawasan zura COD Shaklee adalah daerah Chemor, Perak. Ni termasuk lah Klebang dan Tasek. Chepor dan Meru pun masih dalam radar. Kalau area Ipoh, pun zura boleh je nak COD. Wasap je zura, nanti kita 'kawtim', okey? 


Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Kenapa perlu belajar intergrated marketing.

Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Credibility Blog: Kita fokus 4 point yang teratas pun dah cover 75% kebarangkalian blog kita untuk berada di 'first page;.



Around pukul 1, rehat sejam. Dengan pantas zura suap anak-anak makan tengah hari. Alhamdulillah lauk dah siap masak pagi tadi sebelum start kelas, kan. Ye.. zura masih suap anak-anak semuanya even kakak yang darjah 4 tu. Senang kerja zura. Sekali harung semua makan termasuk lah zura.. hehe..

Jam 2.15 macam tu, sambung untuk sessi kedua. Sessi kedua ni, belajar tentang menulis keyword yang betul by Master Amir. Master dah pergi kelas blogging berbayar yang kos nya hampir ribuan ringgit tau. Tapi, bertuahnya kami berada di bawah naugan Maestro Empire, Masters ajar FOR FREE je. Alhamdulillah.. bertuah kami dapat master yang tak kedekut ilmu dan sentiasa bantu kami untuk growkan bisnes kami. Rugi siapa tak manfaatkan peluang2 PERCUMA ni tau.

Pengedar Shaklee Chemor Baizura Bahar
Sessi kedua ni zura zoom guna PC pulak. Tak dapat lah tepek muka sendiri kat meeting tu sebab tak de camera.


Overall, zura happy sangat sangat hari ni sebab dapat hadir kelas blogging ni. Besar sangat rezeki yang Allah bagi ni since zura kan surirumah sepenuh masa. Anak-anak memang zura sendiri yang jaga. So, zura agak susah nak pergi kelas-kelas offline sebab tak de siapa boleh jaga anak-anak. Bila buat bisnes Shaklee secara online ni, macam-macam peluang yang dapat memudahkan zura untuk jalankan bisnes secara online dan menuntut ilmu secara online tanpa perlu tinggalkan anak-anak pun. Alhamdulillah...Terima kasih Allah..

Dan terima kasih tak terhingga juga buat Master Nad dan Master Amir yang organize kelas ni. Zura hargai sangat-sangat masa yang kalian dah korban kan buat kami. Zura doakan kalian sentiasa peroleh kaya yang berkat dan bahagia di dunia dan akhirat... Aamiin.. 



❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 

4 comments:

  1. Tahniah kak 👏🏻👏🏻👏🏻

    ReplyDelete
  2. Sukanya baca cara kak bizu tulis. Santai ❤

    Betul tu. Suap semua anak sekali mak makan sekali senang. Hehehehe.

    Kita anak ramai memang terikat sikit untuk offline. Bila ada online kelas gini. Suka sangatlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul ruby. some more, nak jimat masa basuh pinggan.. hihi...

      Delete

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.