Hi hi!
Assalamualaikum..
hari ni zura nak share video anak soleh Fathan yang selalu paw ESP + Choc zura.. ^_^
Selalu tau paw ESP zura. Kalau zura buat untuk dia dalam bekas air dia, bukannya nak minum. Nak jugak minum air mama dia.
Tak bahaya ke kanak-kanak minum ESP ni?
okey... ramai yang tanya soalan ni sebenarnya. Sebab ESP ni memang untuk orang dewasa. Dan Shaklee test pun keatas orang dewasa, bukan kanak-kanak.
Kalau nak kira jumlah protein yang ESP sediakan untuk setiap hidangan, iaitu 3 sudu besar sehari, hanya 14g protein je. Jom tengok Nutritional Facts ESP ni.
Nutritional Facts ESP Shaklee |
Menurut info dari Vincent Iannelli, MD, seorang doktor yang diperakui oleh lembaga, beliau menulis dalam blog beliau iaitu, ms.drafare.com,
Garis Panduan Pemakanan 2015-2020 USDA mencadangkan jumlah protein berikut setiap hari untuk kanak-kanak berdasarkan kumpulan umur mereka. Sehingga mereka berusia 14 tahun, cadangan adalah sama untuk kedua-dua lelaki dan perempuan. Pada tahun-tahun remaja yang lalu, kanak-kanak lelaki harus makan lebih banyak protein kerana mereka masih bertambah dan cenderung untuk menimbang lebih banyak daripada perempuan.
Umur | Cadangan Protein Harian |
---|---|
1-3 tahun | 13 gram |
4-8 tahun | 19 gram |
9-13 tahun | 34 gram |
Gadis 14-18 tahun | 46 gram |
Boys 14-18 tahun | 52 gram |
So, kalau berdasarkan kepada jadual di atas ni, keperluan protein untuk kanak-kanak seusia Fathan adalah 13g. Kalau bancuh ikut sukatan dewasa, ye dah terlebih untuk Fathan yang berusia 2 tahun. Jadi, kalau kita nak beri pada kanak-kanak, kita boleh beri sukatan kurang dari 3 sudu besar sehari. Ataupun boleh berikan Meal Shake pada mereka. Meal Shake ni memang Shaklee rumuskan khas untuk kanak-kanak.
Actually, Fathan ni ada kes hb rendah dan berat badan rendah. Setelah diuji darahnya dan bertemu Paed, Fathan ada thalassemia. Sama ada dia pesakit ataupun pembawa sahaja, masih dalam siasatan.
So, disebabkan HB dia selalu rendah, berat badan dia pun kurang dari sepatutnya di usia dia. Pakar diet mencadangkan supaya beri dia lebih protein especially dari sumber tumbuh-tumbuhan seperti kekacang untuk bantu perbanyakkan darah dan naikkan HB dia semula. Dalam kes dia yang ada thalassemia, pengambilan iron sangat-sangat lah kene alert.
Bagaimana Minuman Protein Shaklee ESP ni bantu kita untuk kurus?
Protein ESP Shaklee ni sumbernya adalah soya. Ia adalah protein lengkap kerana mengandungi 9 asid amoni perlu yang dibekalkan kepada tubuh kita. Asid amoni ni lah yang bantu kita untuk kurus sebenarnya.
Leusina adalah salah satu asid amino yang memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan dan pembesaran otot.
Bila kita ambil minum ESP dan bersenam, sebenarnya ia sangat-sangat membantu untuk kita dapatkan body yang lebih fit. Bukan sekadar kurus, tapi lebih berotot.
Tapi tak de lah sampai berketul-ketul lengan tu. Kita work out pun sikit-sikit je kan. Bukan tahap body builder tu kan. So, boleh lah nak dapat body shape yang lebih menawan, gitu. 😁
Berapa banyak protein yang kita dewasa ni perlu ambil dalam sehari kalau nak maintain kurus yang ada body shape tu?
Boleh refer balik jadual yang zura share kat atas tu. Untuk dewasa perempuan yang sihat tubuh badannya, keperluan protein dalam 46g sehari.
Sumber Rujukan:
https://ms.drafare.com/makanan-kaya-protein-untuk-anak-anak-anda/
http://www.myhealth.gov.my/serbuk-protein-bina-badan/
❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
📣 untuk order dan pertanyaan,
📲 sms|whatsapp 016-5952771,
📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
💻 visit: www.vitallyvitamin.com
Alhamdulillah. Suka jugak esp ni. 😍
ReplyDeleteWajib minum setiap pagi..☺️
Deletebetul² kalau minum ESP, anak² mesti minta sama hehe
ReplyDeleteKan.
DeleteYang kita punya jugak diorang nak...☺
Dah nak habis dah Sedap sngt2
ReplyDeletePlg nmpk perubahan kulit & rambut dh x gugur topup dgn zinc & bcomplex 😀
Betul. kulit lebih sihat.. :)
Delete