Pengalaman Pakai Gelang 'Pink' Covid-19 - Part 2

2.11.2020. Isnin.

2 hari dah berlalu selepas Nailah buat swab test Sabtu lepas. Menurut cakap-cakap orang, kalau positif, KKM akan contact dalam tempoh 24 jam dan terus bawa ke hospital. Ramai parent yang ternanti-nanti result anak-anak. Ada yang contact sendiri KKM (kami dapat no fon untuk dihubungi) dan dapat result. Ada yang diberitahu tunggu KKM hantar result melalui whatsapp.

Kalau kira, dah lebih 2 hari ni kan KKM tak contact. InsyaAllah lah negatif. But still rasa tak tenang hati ni selagi tak dapat report yang tulis anak kita negatif.

Dalam dok tunggu result ni, kami ni tertunggu-tunggu jugak arahan untuk potong gelang pink esok hari. As mentioned before kan, Nailah kuarantin sampai 3 November je.. Tunggu punya tunggu punya tunggu, sampai malam tak de kabo berita apapun dari KKM. Haihh... sungguh lah penantian itu satu penyeksaan.

Tiba-tiba, pukul 11.28 malam, ticer hantar mesej di group whatsapp, antara pointnya:

1. Pihak kkm mungkin tak sempat keluarkan result by tomorrow dan mungkin lambat sedikit. Ibubapa diminta tidak risau dan bertenang.

2. KKM ingin memanjangkan lagi tarikh kuarentin drp 29/10 hingga 11/11.

3. Bagi mana2 parents yg tidak mengambil swab kali pertama dikehendaki memaklumkan pihak sekolah dengan kadar segera.

4. Satu gelang pink baharu akan digantikan melalui drive through esok. Surat kuarentin yang baru akan diberikan. Tempat akan dimaklumkan.

Ah sudah!. something wrong somewhare ni.. Tarikh kuarantin extend!
okey.. at least terjawab sudah tindakan yang perlu dilakukan seterusnya.


3.11.2020. Selasa.

Hari yang sepatutnya gelang pink di potong. 
Tapi, Jam 12.15 malam, ticer mesej lagi di group whatsapp.

Innalillhiwainnaliilaihirojiun. 
kkm baru maklumkan kepada kami terdapat kes positive baru.

Mohon ibu bapa ketatkan sop. semua pelajar wajib menukar gelang dan memanjangkan tempoh kuaratin sehingga 11/11 (tempat dan masa akan di beritahu kemudian)

Ada anak yang positif dikalangan kawan-kawan Nailah yang di swab sama-sama dia. Allahuakbar.
Patutlah...

Jadinya, hari yang sepatutnya dipotong gelang pinknya, ditukar baru pulak. Tak pa lah. Kami redha.

pengedar shaklee chemor, COD shaklee chemor
Nailah risau kene swab lagi. Tak lah sayang.. Just tukar gelang pink ni je.

pengedar shaklee chemor, COD shaklee chemor
Kenangan sungguh buat Nailah dan kami sekeluarga.

Gelang pink baru.

7.11.2020. Sabtu.

Tengah zura kalut-kalut dengan rumah dan anak-anak, masuk mesej di whatsapp. Dari KKM. 
Ya Allah. Walaupun dah jangka Nailah negatif, gigil jugak lah nak baca mesej nya.

PEJABAT KESIHATAN DAERAH KINTA

Salam Sejahtera

Sukacita dimaklumkan, keputusan sampel ujian COVID-19 yang diambil adalah Negatif (Not Detected). Keputusan ini adalah cetakan sebenar dari pihak Makmal Kesihatan Awam Ipoh dan tidak boleh dipinda. Memadai sekiranya salah satu antara no kad pengenalan/passport/nama adalah betul

#terusamalkan3W(wash,wear, warn) 
#elakkan3S(sesak,sempit,sembangdekat)
#patuhiSOP
#amalkannormabaru
#pakaipelitupmuka

THIS MESSAGE IS AUTO-GENERATED. PLEASE DO NOT REPLY

Allah.. lega dah satu part. Now nak tunggu 2nd test pulak. Katanya just ambil darah kat jari je.
Nailah ni pun dah tak kuarantin sangat kat rumah lepas dah jangka negatif. 

Mula-mula tu, memang isolate lah juga dia. Tidur mandi semua kat bilik bawah. Papa dia temankan dia. Tapi papa dia tidur kat ruang tamu. Dia sorang-sorang dalam bilik. Bagi dia pegang handphone.
Selama ni dia selalu mengalah bila kakak2 guna fon. Asyik datang kat zura mengadu, bila turn baby main fon? And zura selalu jawab, biar je lah baby. tak payah main fon. nanti baby dah besar, baby dapat fon sendiri, baby punya sorang2.
em.. bak kata orang tua2 dulu kan, 'masin mulut' mak tu kan. baby belum besar lagi dah 'dapat' fon sendiri. 

And dia pun dah start main dengan adik beradik semua. Ketawa besar-besar macam selalu. Alhamdulillah.. Hopefully tak de apa-apa lah untuk 2nd test nanti.

10.11.2020. Selasa.

Hari ni kami dapat arahan untuk buat 2nd test. Semangat pergi ni siap bawak buku dan air. Pengalaman orang-orang sebelum ni kata, result akan dapat time tu juga dan lepas tu potong gelang pink. Tapi, kalau ikutkan, gelang pink nya kene potong esok.

gelang pink covid 19
Tunggu turn

gelang pin kcovid 19
Just ambil darah kat hujung jari. Pedih jugak tu bila kene ketip tu.

gelang pink covid 19
Menahan sakit lah tu. 

Lepas di ambil darah tu, kene tunggu dalam 30 minit macam tu. Kalau diorang tak call, boleh terus balik. Alhamdulillah, diorang tak de pun call. 
Alhamdulillah... confirm Nailah bebas dari covid 19.
Alhamdulillah... Alhamdulillah..

11.11.2020. Rabu.

Hari yang ditunggu-tunggu dah tiba. Sepanjang Nailah kene kuarantin 2 minggu ni, papa dia pun dinasihatkan untuk tak pergi kerja oleh majikan papa dia. Alhamdulillah.. Syukur sangat-sangat.
Merasa lah jugak suami kene kuarantin 2 minggu kat rumah. Hehe..
Sebab masa PKP dulu lagi suami tak kuarantin pun. Still kene kerja.

So lepas zuhur, siap-siap pergi ke KK Jelapang. Pemotongan gelang pink dibuat kat komplek survelan kat sana.

kompleks survelan KK jelapang


kes covid 19 di klebang ipoh
Sabar menanti officer untuk beri surat pelepasan dan potong gelang pink dia.

kes covid 19 di klebang ipoh
Tunggu papa tepi jalan. Faham-faham je lah parking kat klinik, kan.. Mujur lah papa dia ada, Kalau mama dia sorang-sorang bawak dia, jenuh lah parking.


Alhamdulillah... selesai dah episod Nailah kuarantin sebagai close contact pesakit Covid 19. Pengalaman yang mendebarkan jugak lah pada awal nya sebab menurut ticer Nailah, murid yang positif ni tak tunjuk simptom dan aktif macam biasa. Tu yang zura sendiri pun jadi tertanya-tanya kat Nailah ni. Nampak aktif macam biasa tapi siapa nak sangka, kan?

Apapun alhamdulillah atas semuanya. Tahun 2020 yang sangat mencabar buat semua orang!

Sempat Nailah lukis gambar ticer dia. :)


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
 - 
 ðŸ“£ untuk order dan pertanyaan, 
 ðŸ’» fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women,  
📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 ðŸ“§ email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.