Hanya Rm2.90 Sahaja.

Ada satu hari Sabtu tu, aku dan abg nak pergi melawat kakak dan adik kat sekolah diorang. On the way tu, kitorang singgah SSL, kedai hardware. Rupanya tengah ada clearance sale. Kitorang pun apa lagi, excited lah. Haha..

ok lah barang2 yang sales tu. tapi tak de yang kitorang perlu, so just tengok2 je lah. tapi ada satu benda yang aku minta abg belikan which is food chopper. manual punya je. mini pulak tu. dan harga lepas sale Rm2.90 je.


lepas tu, teruslah gerak ke sekolah kakak dan adik.
sepanjang perjalanan tu, trafik light semua hijau.
masyaAllah.. alhamdulillah...
bila kau ride motor waktu matahari tengah terik, trafik light hijau tu memang satu nikmat terbesar sekali..

lepas selesai lawat diorang, abg tanya nak singgah AEON ke.
AEON yang dekat dengan rumah dah tutup. so dah jarang sangat pergi AEON untuk hunting item2 reprice-to-clear.
aku pun on je lah dan alang2 on de way nak balik rumah kan.
sepanjang jalan ke aeon tu pun, masyaAllah lampu hijau je. motor tak payah berhenti pun..

sampai aeon, kitorang pun macam biasa lah.
hunting barang2 rtc.
dari jauh dah nampak banyak nya barang rtc. orang pun dah kerumun.

tengah kitorang belek2, staff aeon letak lagi 2 troli penuh barang. ngee~~~
maka, berbahagia lah kami berdua..
barang makan lah yang banyak. untuk anak2..

syukur sangat2 sebab memang jimat betul bila grab barang2 rtc ni. kalau aeon dekat dengan rumah tu, memang selalu je dapat time staff baru letak barang. tapi aeon yang jauh dari rumah ni selalu dapat yang belen2 je.. haha..

pastu, on de way balik tu, tak de dah la trafik light hijau sentiasa.. hehe..
tapi alhamdulillah selamat sampai rumah..

anak2 yang tinggal kat rumah tu macam biasa lah..
"mama beli apa?"

rezeki anak2 lah semua tu kan..

bila fikir2 balik, (aku je lah yang fikir) abg belanja aku rm2.90 je..
tapi Allah bagi reward banyak kat abg..

so, moral of the story, kalau abg belanja lagi banyak, lagi banyak lah abg dapat...(abg dapat jimat banyak beli makanan untuk anak2 n isteri sebab abg yang bayo) hehe..

dalam islam kan Allah dah janji, siapa buat baik, Allah balas berganda2 kebaikan.
dan sedeqah paling afdhal adalah kepada ahli keluarga sendiri especially isteri... ;P


 Allah SWT berfirman:

وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ

Maksudnya: “Dan kewajipan suami pula ialah memberi makan dan pakaian kepada isteri itu menurut cara yang sepatutnya”. [al-Baqarah:233]


  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 

دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ

Maksudnya: “Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)]


Rujukan: https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-al-hadith/867-irsyad-al-hadith-siri-ke-185-pahala-memberi-sedekah-kepada-isteri









0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.