Showing posts with label bantu insan dalam kesusahan. Show all posts
Showing posts with label bantu insan dalam kesusahan. Show all posts

PERNIAGAAN TANPA MODAL DAN TAK PERLU BERHUTANG!


Dalam keadaan zaman sekarang ni, saya pasti ramai yang mencari2 bisnes tambahan untuk di jadikan ‘pendapatan sampingan’ gaji sekitar 6-10 ribu sebulan, hidup di kotaraya sesak seperti Kuala Lumpur, tidak dapat menjamin kehidupan yang selesa buat kita. harga barang semakin naik saban tahun. begitu juga dengan tol, petrol dan lain2 keperluan asas yang sangat2 kita perlukan.
bagaimana pula jika anda sudah bekeluarga? cukupkah gaji yang ‘fixed’ setiap bulan tu menampung kos perbelanjaan anak2 anda? belum kira lagi nak hantar nursery. anda lewat ambil mereka, ada caj ‘overtime’ pula. bagaimana pulak kalau mereka jatuh sakit? anda terpaksa cuti sehingga habis ‘annual leave’ anda. dan terpaksa pulak apply cuti tanpa gaji! dah berkurang gaji anda yang fixed itu.
MISKIN DAN KAYA ADALAH PILIHAN.
kebanyakkan orang memang nak kaya. tapi, sejauh mana orang kebanyakkan itu sanggup bersusah payah buat kerja ‘part time’ untuk jadi kaya? kerja part time yang biasanya di lakukan selepas waktu bekerja. kadang2 sampai malam, badan dan minda pun dah letih. balik rumah terus tidur sebab esok pagi nak kene pergi kerja.

persoalannya,
kaya kah anda setelah anda buat keje ‘part time’ anda sekarang?
selain mencari kerja ‘part time’ yang masih terikat dengan masa, ada juga yang cuba jalankan perniagaan untuk tambah gaji fixed anda itu.
termasuk lah anda yang sedang membaca ini!
bisnes apa yang sedang anda jalankan? berapa banyak saving yang anda dah keluarkan untuk modal bisnes anda? berapa banyak pula anda buat pinjaman untuk ‘top up’ saving anda yang tak cukup untuk buat modal tu? dah dapat balik pulangan modal anda?

Perniagaan saya tak perlu buat loan ribu2, hanya perlukan RM65 dan pulangan RM65 tu boleh dapat seawal sebulan jika anda terus mulakan perniagaan ini!

di sini saya dedahkan RAHSIA SAYA !!!

✔ bagaimana saya jalankan perniagaan dengan modal HANYA RM65.  
✔ bagaimana saya jalankan perniagaan TANPA KELUAR RUMAH.
✔ bagaimana saya boleh menjana income sehingga 5 ANGKA SEBULAN HANYA DARI RUMAH!




Mahukah anda ketahui RAHSIA SAYA?

Copy ayat ini “SAYA MAHU TAHU RAHSIA PUAN”
dan paste di sini –>> https://www.facebook.com/messages/myvitallyvitamin

PS: Personal FB saya baizura bahar. Ada yang ingin berkenalan dengan saya? Bole add friend dengan saya. 


Baizura Bahar                                       
Founder, 
                       Superiority Matahariku.




love, 
                       zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

warkah buat isteri



dulu mama penah share kisah sedih Norma dan Talib...
norma yang sedang mengandungkan anak pertamanya pada usia kandungan 7 bulan, telah di sahkan barah otak peringkat dah teruk...
dan pengakhirnya, Norma selamat bersemadi pada bulan lepas selepas setahun lebih menderita sakit...
Al-fatihah buat arwah...

sejak dari mama share kisah arwah norma tu,
mama terus follow blog besan dia...
dan baru2 ni, kak moon ni ada share lagi 1 kisah menyayat hati...

seorang suami yang sanggup berhenti kerja untuk jaga isteri tersayang sepenuh masa...


gambar dari blog suami ini...
yang menulis untuk isteri nye andai satu hari nanti isteri dia kembali sihat...

macam mana ye kalau mama yang sakit?
sanggup kah papa jaga mama?
dan macam mama pulak kalau papa yang sakit?
sanggupkah mama?
=(


apesal entry sedih2 je ni? haha



pagi2 mama sampai office, mama selalu check email dulu...
mak ngah ade forward 1 email ni...

Frankly speaking, I am speechless ketika mahu menulis entry ini. Tak tahu mana nak mula. Tak tahu juga bagaimana mahu memulakan entry ini. Perlukah saya hurai panjang lebar, atau perlukah saya buatkan entry ini hanya pendek dan terus kepada maksud sebenar? Ermmm….*paused*

Masih teringat kali pertama Adam dilahirkan. Saya sebagai seorang ibu, naluri ibu sangat menebal, nak cium, nak usap kepala dan nak peluk Adam setiap masa. Hanya mahu duduk bersama Adam, susukan dia dan merasai setiap detik-detik penuh nikmat.

Hari ini saya melayari blog. Membaca blog adalah rutin saya setiap hari. Cuma masanya mungkin berbeza mengikut mood. Tapi hari ni, terjumpa 1 blog, baca dan terus jatuh rasa terlalu simpati, dan terlalu insaf. Ingat 5 perkara, sebelum 5 perkara. Itu perkara pertama terlintas difikiran saya bila membaca setiap entry yg ada di dalam blog ini. Blog ini adalah kepunyaan Moon, seorang kakak ipar kepada gadis cantik bernama Norma.


cid:image001.jpg@01CC452C.789C5290
Norma and Talib on their wedding day



Namanya Norma, orangnya cantik, bertudung, manis sekali. Melihat keceriannya pada hari perkahwinan lebih setahun yang lalu buat saya tersenyum seorang diri. Namun, takdir Allah mengatasi batasan fikiran manusia. Mengatasi keinginan dan jangkauan akal. 

Rezeki dan khabar gembira dari Dia untuk Norma adalah zuriat yang hidup dalam rahim wanita ini. Kebanyakkan anda mesti pernah lalui perkara ini. Pertama kali mengetahui didalam kita ada seorang lagi insan sangat istimewa! Norma juga begitu. Naluri keibuannya mesti sama atau lebih dari saya.


 

cid:image002.jpg@01CC452C.789C5290
ini adalah Rafiq..permata hati Norma & Talib


Namun begitu, dugaan Allah datang kepada mereka yang mampu menanggungnya. Dan kali ini, adalah giliran seorang ibu muda seperti Norma menerima takdir yg tersurat. Kebahagian Norma mendapat zuriat pertama, Rafiq, disusuli dgn berita bahawa dia menghidap Brain Cancer Stage 4. (T_____T) *terus aku menangis lah kan *

 

cid:image003.jpg@01CC452C.789C5290
Norma at hospital. Jauh beza dengan waktu dia sihat :(

I just can't hold my tears anymore. Ya Allah, dugaan yg Kau bagi padanya betul-betul menginsafkan diriku. Norma masih didalam pantang ketika itu tak dapat berjumpa Rafiq. Memeluk Rafiq dan tidur bersama Rafiq seperti mana kita, ibu-ibu yg normal boleh lakukan. Lebih meruntun hati saya, apabila Norma tidak dapat menyusukan Rafiq kerana penyakitnya. Sedih. Dia telah di bedah sebanyak 5 kali since mac 2011..sekarang baru Jun,2011. 5 kali dalam masa 3 bulan adalah banyak. Norma juga perlu diberi suntikan atau ubat *kurang pasti* berharga RM10,000.00 / suntikan. 

Sayu hati saya bila melihat Rafiq. Umur Rafiq sebaya permata hati saya, Adam. Sedangkan sehari tak jumpa Adam boleh buat saya resah dan tak tentu hala. Tak peluk Adam masa dia tidur boleh buat saya tak tidur lena. Bagaimana pula bayi sekecil Rafiq melalui hari-harinya, malam-malamnya tanpa seorang ibu (T___________T). Bagaimana kalau dia menangis? Lapar? Mahu dipeluk? Mahu diusap? Mahu di agah?

Kisah Norma betul-betul menginsafkan saya. Terus terfikir sejenak, andai saya diberi dugaan hebat begini, apakah yg akan terjadi? Ermm…ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..masa SIHAT SEBELUM SAKIT...



cid:image004.jpg@01CC452C.789C5290
Rafiq with his mother...ohh~ (T__T)

Terus meleleh-leleh airmata tgk gambar ni. Selaku blogger, saya bukan kaya raya, harta juga tidak banyak. Namun, saya ada tanggungjawab sosial yg perlu saya tunaikan atas dasar kemanusiaan. Secara serius, saya tidak menagih simpati anda untuk menyumbangkan sesuatu. Tetapi, saya amat-amat berterima kasih jika entry saya kali ini dapat membantu Norma sekeluarga walaupun hanya dengan RM10. Sesiapa yang ingin menyumbang, boleh ambil details dibawah.

cimb

 

01070068677528

 

Noormawati Mohd Rasif

 

Ya Allah, Engkau maha mengetahui. Berikan keluarga ini kekuatan. Berikan ibu ini ketabahan hati untuk melawan dugaanMu. Dan berikan keajaibanMU semoga anak kecil itu kembali tidur lena disisi ibunya. Amin.

Rafiq, aunty pun tak tahu one day Rafiq akan bace entry ini atau tak Rafiq pun tak kenal aunty, dan aunty sendiri tak kenal mama dan papa Rafiq. But, one day when you grow up, u must be a strong person just like your parents. Mesti! Sebab mama dan papa sangat kuat sekarang demi Rafiq (T_____T)

 

cid:image005.jpg@01CC452C.789C5290
a very strong husband...to a strong wife


Semoga Norma dan Talib sekeluarga tabah mengharungi hari-hari mendatang. 

Entry mengenai Norma boleh dibaca di blog kakak iparnya Moon. Sila lah panjang-panjang kan diFB, tweeter, blog or mana-mana jika anda mahu. Thanks for reading.


ya Allah...
sungguh mama tak terkata sambil tahan air mata baca kisah keluarga ni...
sebab mama baca sume kisah mereka kat office...
tak bole la nak menangis...
kuatnya mereka menghadapi ujian Mu, ya Allah...
aku doakan,
moga Kau panjangkan umur mama rafiq dan sembuhkan sakitnya...
kasihanilah Rafiq, wahai Allah...
berikanlah kesempatan untuk dia merasa kasih sayang ibu kandungnya, Ya Allah...
amin...amin...amin...