Showing posts with label hari keluarga. Show all posts
Showing posts with label hari keluarga. Show all posts

Short trip to Cameron Highland.

Assalamualaikum n hi!!
Lepas balik dari Kl hari sabtu tu, kitorang mendaki tanah tinggi Cameron Highland pulak.
ini kali ke3 selepas beranak.
tiap kali ada anak, wajib naik cameron..hihi...
 


Actually,habibi yang offer trip ni.
walaupun cuma tidur 1 malam je dan tak berjalan2 sangat, saya dan anak2 tetap happy..

Kitorang tidur kat sini.





Tengok lah budak2 ni..
asyik main telefon je..
kata dia, dia nak telefon kawan dia..
 



Ni kalau kat rumah dah pasang telefon ni, sat sat dia call kawan dia ni..
sat sat dia call anak jiran..
sat sat dia call nenek..
emm...
Kakak nye pun sama...
ayoyo..



Kemana pun habibi ajak pergi, saya sangat2 happy.
Walaupun belum ada rezeki untuk kita melancong jauh2 ke oversea, saya percaya 1 hari nanti mesti kita dapat pergi..
:)
InsyaAllah bila habibi dah sama2 join saya kerja dari rumah nanti, mesti kita kitorang boleh jalan2 lebih jauh lagi...

Thanks habibi..
abang selalu cuba untuk buat sayang happy..
lagi happy kalau abang sama2 buat bisnes dengan sayang dari rumah..
Anyway, 
Thank you so muchie!!!
Muah..muah. !

Tak de apa sayang dapat hadiahkan..
cuma 3 orang anak dara ni je yang mampu sayang bagi..

Anak dara yang sebelah kanan pakai seluar pink tu, bila naik kereta je dia berak.
pegi kl dia berak.
pegi cameron dia berak.
nak balik ipoh pun dia berak.
semuanya dia berak dalam kereta.
Sabo je lah..

Haruslah mamapapa telan Bcomplex bila berdepan dengan anak2 dara ni.
(^_^)


love, 
 zura bahar 
+6016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

keputusan yang tak di duga !


pada suatu hari..
sebelum masuknya waktu maghrib, 
alarm rumah berbunyi menandakan pintu depan rumah di buka.
saya berada kat tingkat atas tak syak apa2..
tiba2 suami muncul depan pintu bilik.
beliau balik kerja lebih awal dari biasa.
saya tanya kenapa?
beliau jawab, "bawak abang pergi hospital malam ni..ibu jari kaki abang patah.."
"haahh!" melompat saya dari pembaringan.

di pendekkan cerita, beliau dapat MC 2 minggu.
ayat pertama yang keluar dari mulut beliau adalah, 
BOLEH BALIK MELAKA SEMINGGU!
Ya Allah..demi Allah...hati kecil saya berbunga2..
sepanjang 5 tahun berkahwin, saya tak pernah dapat 'offer' yang sangat best ini dari suami saya.
saya sangat jarang balik melaka.
kalau balik raya puasa pun, 2-3 hari je dapat tido sana.
raya haji memang tak pernah balik.
paling lama saya duduk sana pun sebab pantangkan kakak putri dan natrah.
tapi tu berpantang, bukan bercuti..suami pun tak de di sisi..
semua tu atas tuntutan kerja suami yang sangat2 sibuk setiap masa.
pastu, mak saya pun pesan, tempat isteri sentiasa di sisi suami.
jadinya, nak tak nak, saya pendamkan sahaja hasrat nak balik melaka lama2 sendiri.
suami saya pun tak berapa suka kalau saya balik kampung sorang2.
 
tapi,bukan kah Allah tu kan Maha Mengetahui segala apa yang tersirat di hati ini?
setelah bertahun2 pendam perasaan, akhirnya tertunai jua...
syukran ya Allah....syukran...
dan saya tahu, suami saya sedang berusaha penuhi satu per satu permintaan saya pada beliau...
(^-^)

dengan itu,
dapatlah saya bercoti2 melaka selama seminggu...
just enjoy the photos...


JALAN-JALAN DI BANDAR HILIR DAN RUMAH MERAH



BALAI SENI LUKIS MELAKA
ni port saya lah...
sedikit info tentang art gallery ni.

operasi:
SETIAP HARI KECUALI ISNIN
9.00 pagi - 5.30 ptg.

harga tiket:
Dewasa
RM2.00
Kanak-kanak/Pelajar
RM1.00
















gambar terbalik, tak reti nak rotate..haha
rasanya dah rotate masa save...


MENAIKI MELAKA RIVER CRUISE, MELAYARI SUNGAI MELAKA

ni kakak putri yang nak sangat2 naik...
sedikit info tentang Melaka River Cruise

JETI
bot boleh naik dari 2 tempat:-
1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket
Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5
Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM5

Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 11 mlm
 




 mural2 menarik sepanjang menyusuri sungai..
katanya, naik waktu malam lebih cantik dengan lampu2..
lalu kampung Morten juga..satu2nya kampung yang preserve rumah2 kampung tradisi melayu di melaka ni.
tak pe...next time kita naik waktu malam pulak...
(^-^)v




 
 LEPAK PETANG DI PANTAI KLEBANG.

pantai klebang ni dekat je dengan rumah mak saya.
 kakak putri nak main 'sand castle' katanya...
padahal dia nak sebut sand...
2 petang pergi sana.
1 st petang, masa terhad n kami lepak2 makan dengan parent saya.
so dia tak dapat main sand castle.
esok nye pergi lagi.
saya dan suami biarkan diorang bebas main lari2 kat pasir..

















gambar2 kat sini lagi teruk terbalik nye...hihi...
ampun... ;)

apa yang terbaru dan menarik kat pantai klebang ni (selain coconut milk shake) adalah
BUSTEL.
bas2 lama telah di tukar fungsi nye menjadi hotel dan kedai makan.
saya tak pergi area bustel tu sebab jauh sikit dari pantai.

http://ruby.my/wp-content/uploads/2014/10/wpid-amy92388.jpg 

gambar interior untuk bustel ini boleh refer sini http://ruby.my/2014/10/bustel-pantai-klebang-melaka/


-----
itu lah dia sedikit cerita tentang percutian saya di melaka.
nama je orang melaka, tapi tak pernah pun jalan2 kat melaka.
masa kecik2 dulu pernah jugak..masuk zoo, pegi taman buaya, naik gajah..
lagi pun, cuaca agak tak mengizinkan, musim hujan kan...

next entry...happy birthday natrah! :)

love, zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com