Showing posts with label melaka. Show all posts
Showing posts with label melaka. Show all posts

Salam Aidilfitri 2017

Selamat hari raya aidilfitri.
Maaf zahir dan batin.
tak terlambat rasanya untuk saya ucapkan,kan..
Raya kan sebulan. ☺

Raya kali ni kak.bee happy sangat.☺☺
Sebab, habibi cuti lama dan lama sangat dapat balik Melaka.
5 hari (termasuk hari di atas jalan raya) tu kira banyak lah tu.
Mana dapat balik lelama gitu..hehe..
Alhamdulillah..syukur..

Hari raya macam biasa je.
Ziarah saudara mara.
Anak2 gumbira dapat duit raya.
Makan tak hingat doniaa...haha
Lebih lama berada atas jalan raya.
and so on..

Apa yang special nya raya kali ni?
Kami naik tanah tinggi genting sebelum balik ke Ipoh..☺☺
weehuu...

Bukan senang dapat spend time lama2 dengan habibi tau..
Walaupun kami tak pernah hidup berjauhan, bila hari bekerja, kak.bee dapat bersama habibi cuma 4 jam je (dah tolak waktu tido). 
Kak.bee bersyukur je...kalau nak compare dengan rakan2 yang pjj tu..
mashaAllah..hebat sangat korang ni..
tapi tu lah...
dah namanya isteri..naluri isteri ni kalau boleh nak sentiasa bersama suami 24jam..betul,kan? 

okey lah...
ni kak.bee share sikit gambar2 Aidilfitri tahun ni. 
Aidilfitri bersama putra putris 2017.




oh ye..
musim raya ni kan forsure kita banyak undangan rumah terbuka,kan..
jangan lupa ye sediakan 'perisai' untuk singkarkan lemak2 tak baik dalam badan.
selama ni kak.bee cuma amalkan Lecithin dan Alfalfa je untuk maintainkan bentuk badan.
Kalau korang nak cuba, wasap kak.bee ye..
Whatsapp only tau... ☺


love, 
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771 
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

keputusan yang tak di duga !


pada suatu hari..
sebelum masuknya waktu maghrib, 
alarm rumah berbunyi menandakan pintu depan rumah di buka.
saya berada kat tingkat atas tak syak apa2..
tiba2 suami muncul depan pintu bilik.
beliau balik kerja lebih awal dari biasa.
saya tanya kenapa?
beliau jawab, "bawak abang pergi hospital malam ni..ibu jari kaki abang patah.."
"haahh!" melompat saya dari pembaringan.

di pendekkan cerita, beliau dapat MC 2 minggu.
ayat pertama yang keluar dari mulut beliau adalah, 
BOLEH BALIK MELAKA SEMINGGU!
Ya Allah..demi Allah...hati kecil saya berbunga2..
sepanjang 5 tahun berkahwin, saya tak pernah dapat 'offer' yang sangat best ini dari suami saya.
saya sangat jarang balik melaka.
kalau balik raya puasa pun, 2-3 hari je dapat tido sana.
raya haji memang tak pernah balik.
paling lama saya duduk sana pun sebab pantangkan kakak putri dan natrah.
tapi tu berpantang, bukan bercuti..suami pun tak de di sisi..
semua tu atas tuntutan kerja suami yang sangat2 sibuk setiap masa.
pastu, mak saya pun pesan, tempat isteri sentiasa di sisi suami.
jadinya, nak tak nak, saya pendamkan sahaja hasrat nak balik melaka lama2 sendiri.
suami saya pun tak berapa suka kalau saya balik kampung sorang2.
 
tapi,bukan kah Allah tu kan Maha Mengetahui segala apa yang tersirat di hati ini?
setelah bertahun2 pendam perasaan, akhirnya tertunai jua...
syukran ya Allah....syukran...
dan saya tahu, suami saya sedang berusaha penuhi satu per satu permintaan saya pada beliau...
(^-^)

dengan itu,
dapatlah saya bercoti2 melaka selama seminggu...
just enjoy the photos...


JALAN-JALAN DI BANDAR HILIR DAN RUMAH MERAH



BALAI SENI LUKIS MELAKA
ni port saya lah...
sedikit info tentang art gallery ni.

operasi:
SETIAP HARI KECUALI ISNIN
9.00 pagi - 5.30 ptg.

harga tiket:
Dewasa
RM2.00
Kanak-kanak/Pelajar
RM1.00
















gambar terbalik, tak reti nak rotate..haha
rasanya dah rotate masa save...


MENAIKI MELAKA RIVER CRUISE, MELAYARI SUNGAI MELAKA

ni kakak putri yang nak sangat2 naik...
sedikit info tentang Melaka River Cruise

JETI
bot boleh naik dari 2 tempat:-
1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket
Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5
Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM5

Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 11 mlm
 




 mural2 menarik sepanjang menyusuri sungai..
katanya, naik waktu malam lebih cantik dengan lampu2..
lalu kampung Morten juga..satu2nya kampung yang preserve rumah2 kampung tradisi melayu di melaka ni.
tak pe...next time kita naik waktu malam pulak...
(^-^)v




 
 LEPAK PETANG DI PANTAI KLEBANG.

pantai klebang ni dekat je dengan rumah mak saya.
 kakak putri nak main 'sand castle' katanya...
padahal dia nak sebut sand...
2 petang pergi sana.
1 st petang, masa terhad n kami lepak2 makan dengan parent saya.
so dia tak dapat main sand castle.
esok nye pergi lagi.
saya dan suami biarkan diorang bebas main lari2 kat pasir..

















gambar2 kat sini lagi teruk terbalik nye...hihi...
ampun... ;)

apa yang terbaru dan menarik kat pantai klebang ni (selain coconut milk shake) adalah
BUSTEL.
bas2 lama telah di tukar fungsi nye menjadi hotel dan kedai makan.
saya tak pergi area bustel tu sebab jauh sikit dari pantai.

http://ruby.my/wp-content/uploads/2014/10/wpid-amy92388.jpg 

gambar interior untuk bustel ini boleh refer sini http://ruby.my/2014/10/bustel-pantai-klebang-melaka/


-----
itu lah dia sedikit cerita tentang percutian saya di melaka.
nama je orang melaka, tapi tak pernah pun jalan2 kat melaka.
masa kecik2 dulu pernah jugak..masuk zoo, pegi taman buaya, naik gajah..
lagi pun, cuaca agak tak mengizinkan, musim hujan kan...

next entry...happy birthday natrah! :)

love, zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com