Showing posts with label kisah putri natrah. Show all posts
Showing posts with label kisah putri natrah. Show all posts

Tuesday, October 06, 2026

Subjek Apa Ada Kat Taayah?

"Subjek apa yang diorang belajar kat taayah?"
okey.. ni pun antara soalan kegemaran ibu2 yang nak masukkan anak ke taayah kat aku.

Sekolah Raja Perempuan Taayah ni aliran KBD (Kurikulum Bersepadu Dini).
Maksudnya, kelas aliran agama (kalau kat SMK dipanggil KAA) yang melaksanakan KBD.
Maksudnya lagi, hehe, ada subjek akedemik biasa undur KSSM yang semua SMK belajar, dan tambahan ada subjek agama khusus under KBD.
Subjek2 agama ni diajar dalam Bahasa Arab dan subjek2 itu adalah:
- Al Syariah
- Usul Ad Din
- Al Lughah Al Arabiah

Dan...
ada optional untuk anak2 yang minat komputer untuk ambil subjek Asas Sains Komputer (ASK).

Kalau anak kome ada rezeki dapat sekolah taayah, dalam minggu orientasi nanti, 
anak2 akan ada exam untuk tentukan kelas masing2. Untuk subjek ASK, ada 1 kelas je. Kelas pertama. So lagi 3 kelas, tak ada subjek ASK. 


ni aku share list subjek2 yang deme belajar.

kakak tak ambil ASK.

natrah ambil ASK.


kakak putri dulu, okey je tak de komplen rasa tough banyak nak kene belajar. dia seronok sebab dia suka sejarah n geografi. 

tapi natrah, memula tu dia struggle betul nak kene belajar banyak2 ni. tak boleh catch up cara cikgu ajar. tapi slowly dia adapt dan alhamdulillah dah boleh score. 

ye, setiap anak ada kemampuan yang berlainan. aku percaya, kita as ibubapa boleh tahu tahap kemampuan anak kita. kita nak push sangat pun tak boleh. kita nak ikutkan sangat anak pun, depend. 

sebab aku pernah dengar seseorang cakap, anak2 sebelum umur 16 tahun ni masih belum matang untuk tentukan arah tuju hidup deme. kita as parent ni yang bantu untuk tentu kan. contoh kita tahu anak kita pandai melukis dan kita nak anak kita terus kembangkan bakat melukis dia, kita lah kene daftarkan sekolah seni untuk deme. something like that lah~~~ ☺

dan bila deme umur 16 tahun tu dah kira separa matang dan boleh buat keputusan ikut logik akal. sebab tu lah tingkatan 4 dah ada aliran yang lebih spesifik untuk deme belajar dan akal deme dah sedikit bijaksana untuk buat keputusan besar dalam hidup deme.

aku dah daftar nailah pulak untuk tahun depan. jujur aku sangat sangat sangat berharap ada rezeki Nailah juga di sini. Kome tolong doakan sama ya....

nailah survey bakal sekolah dia, biiznillah...



--
❤,
Baizura Bahar.

Sunday, August 16, 2026

"Mama... adik nak jadi hacker!"


"kau jangan buat pasal dik... nak jadi hacker pulak...."
natrah sengih2..

tu impian natrah. 
ish..ish..
bukan2 je budak ni.

tapi dia confident sebab dia suka gila computer.
aku tak ingat lah bila dia nyatakan hasrat dia tu.
rasanya sebelum masuk asrama.

pastu masuk asrama, ada pilihan untuk ambil kelas aliran Sains Komputer (SK).
memang dia pilih la aliran tu.

kakak tak minat. bila kakak tahu adik pilih aliran SK, "haaaa?! kau amik kelas komputer ke natrah?"
sebab kakak kata kelas tu susah.
yela... dah dia tak minat.

tapi natrah minat.
dan dia bukan sekadar minat. tapi dia skor subjek tu.
tahun lepas dia form 2, UASA dia dapat anugerah subjek terbaik untuk SK.
alhamdulillah...

Mama capture dari jauh je. Hp oldskol.. bila zoom je gambar pecah.. haha


yang lagi alhamdulillah, cikgu percaya kat dia dan yakin untuk pilih dia wakil sekolah untuk pertandingan2 komputer.
Terima kasih cikgu sebab nampak bakat pada natrah dan bagi peluang pada dia. mak dia ni memang harap kat cikgu je untuk bantu anak2 'kedepan'.


..

❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik untuk order shaklee. 👇👇👇
daftar ahli untuk dapat potongan harga 10%-20% untuk setiap produk.

Wednesday, August 12, 2026

Ragam Anak No 2

Anak no 2 aku hari ni balik rumah sebab demam. Dorm dia di landa wabak chicken pox dan dia di suspect kene chicken pox bersama dua lagi kawan bilik dia lalu cikgu call bapak dia untuk di bawa pulang. 

Kalau dia ada waktu hari sekolah, aku memang bahagia sebab dia suka jadi cikgu and ajar adik2 dia yang lain. Aku pun tanpa ragu2 akan cakap, “Adik!! Ajar Han buat kerja sekolah dia.  Adik!! Ajar fauzan n nailah bahasa arab….” 
lalu, Black board yang tersimpan rapi pun akan di keluarkan. 



Aku ingat lagi masa dia form 1 masuk asrama. Lepas minggu orientasi, setiap hari sebelum prep petang dia call aku. Nangis2 nak balik sebab rindu mama. Aku macam biasa lah, suruh dia sabar. Last2, dia dapat overcome homesick dia. Alhamdulillah. 

Study dia macam biasa je. Result akhir tahun dia, okey lah. Bila jumpa cikgu dia, cikgu cakap, “takpe. baru form 1..banyak dia nak adapt. life asrama. subjek2 yang banyak. jadual yang pack. nanti form 2 insyaAllah lebih baik…” lebih kurang gitu lah cikgu dia cakap. Lega aku dengar. 

Result UASA form 1

Bila dia form 2, dia masuk bilik yang campur semua form. Sebelum ni, form 1 semua satu bilik tak campur senior. Bila masuk bilik campur senior, dia buat something yang budak bilik n senior bilik tak suka. 

Aku ingat lagi masa tu. Kakak dia call mengadu pasal dia. Serba salah bila member2 ‘cakap2’ pasal adik sendiri. Aku kat rumah dah tak keruan. Tak sabar hujung minggu nak pergi melawat. 

Dapat jumpa minggu tu, macam2 lah aku tarbiah. Siap nangis2 semua. Lepas dari tarbiah tu, alhamdulillah tak de lagi ‘orang cakap’ pasal dia menurut report dari kakak. 
Wal hasil, ni result periksa akhir tahun form 2 dia. Alhamdulillah, meningkat! 😊

Result UASA form 2


Dan sekarang dia dah form 3. Dia semakin matang. Dah tak amik port pasal benda remeh2. Dia fokus study. Dah periksa pertengahan tahun. Dan result dia…..

Result mid year exam form 3



MasyaAllah… semakin baik. Aku tahu, result exam ni semua bukan satu2nya kemenjadian seorang anak tu. Tapi at least aku tahu, setakat mana dia faham apa yang dia belajar selama ni. 

Tahniah adik!! Mama tahu adik deserves this! sebab adik rajin study..😊
Doa mamapapa of course tak putus2 untuk adik, kakak dan adik2 yang lain. 
Terus je usaha, ok!







❤ LIFE, ❤ SHAKLEE! 
- 
 ðŸ“£ klik sini untuk order item promo bulan ini