Showing posts with label working at home papa. Show all posts
Showing posts with label working at home papa. Show all posts

DIY projeck Tool Board by Eddy


Lagi projek habibi..




Saya panggil tools board..
Letak dalam stor..

Menarik pulak saya tengok..
(^_^)

Ni lah salah 1 persamaan kami..
(Banyak perbezaan dari persamaan..)
Kami suka buat sesuatu sendiri..
Kalau rumah ni reti nak buat sendiri, dah buat dah...hehe..

.

love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

DIY project Balcony's Garden by Eddy

 Diy kali ni projek habibi..
dia memang berbakat dalam memberi idea.
selalu gak bertekak pasal design dengan dia.
suppose study archy dengan saya dulu.
boleh bukak architect firm sesama... v(^_^)

---
BALCONY GARDEN.

Setahun amik masa nak siapkan partition ni sebab kekangan masa..
Bertekak jugak lah dengan habibi cemana nak design partition ni..
Akhirnya follow design habibi sebab dia tukang buat nye kan..hehe...
So, i tak boleh demand lebey2... ;)
---
Next nak buat kolam ikan, air pancut, wooden seat and sedikit greenary kat area sini..boleh letak spot light jugak untuk enhance kolam ikan tu di waktu malam.
Bawah tu bubuh batu2 sungai kaler putih..
Atas tu boleh gantung benda yang bunyi2 bila angin tiup tu..ape ke nama dia...



---



Next, bertentangan dengan fish pond n water fountain tadi, nak buat greenary area..
Bubuh pokok2 yang boleh survive tanpa direct sunlight sebab memang tak de direct sunlight kat balcony ni..hehe..
Bawah tu nak tabur batu2 sungai yang putih tu jugak.
Kat bahagian atas boleh hanging sarang burung n replika burung dan pokok bunga orked.
Tak lupa jugak, spot light dari bawah untuk enhance pokok2 itu dikala malam menjelma.. ;)

tengok tu..kaler2 pasu dia..mesti habibi tak suka..hihi

---

Next, nak buat wooden platform supaya lantai tak plain..biar ada level, baru boleh bezakan antara hardscape dan softscape.
Next entry saya cerita apa itu hardscape dan apa itu softscape..
Ni kira major projek gak ni..
Zaman gst ni, budget kene kira betul2..hehe..maybe ambil masa lama jugak nak siapkan..

imaginasi saya lebih kurang begini..

sebahagian sahaja yang buat platform. selebihnya bubuh artificial grass + stone pavement.
lebih kurang gini..


mungkin juga stone pavement tu boleh pakai batu refleksiologi..
lebih function dan lebih sihat... :)



---



Next, seating area.
kat sini area untuk saya bersantai2 tengok anak2 main di balcony dan main2 dengan ikan (of course akan ada percubaan untuk menangkap ikan) sambil update blog dan menghirup cinch tea..chewaahhh...
dinding tu boleh letak gambar2 yang related dengan garden.
tingkap bilik air tu akan di cover dengan wooden blind.
dont worry kami tak bukak tingkap ketika mandi.
(of course tak boleh bukak sebab tingkap tu rendah kot..hehe)..
dalam bilik air ada exhaust fan, ada pengudaraan..
atas seat area ni boleh gantung sebijik garden lamp..
cuma, saya tengah keliru sama ada nak letak garden furniture set macam ni...


atau sofa bulat macam ni...


atau swing?
memang rare swing ni..hehe



kanak-kanak mesti vote for swing...
emm..
korang pulak rasa yang mana lagi best untuk semua peringkat umur dalam rumah ni dan functional?
share sikit idea korang.... :)


---
i just cant wait untuk duduk2 di sini..
doakan kami murah rezeki (duit dan masa) untuk siapkan DIY project ini ya...
harap2 tak perlu tunggu lagi setahun... ;)



love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

episod influenza belum berakhir..


terima kasih atas doa family dan kawan2 yang tak putus buat kami..

episod cinetron influenza ni tak abis lagi selagi kakak2 masih warded..
diorang nampaknya enjoy duduk hospital..siap rapatkan katil berdua.
pastu layan cartoon 24 jam..seronok la tu ye...

cerita semalam, kakak2 putri masih ada demam.
hasil dari ujian darah adik putri, dia bebas dari bakteria.
bakteria ni bakteria yang biasa ada bila kanak2 kene tonsil, batuk, selsema n demam.
influenza tu kita panggil virus.
so, ujian terkini untuk virus kakak belum ada lagi.
belum tahu dia dah bebas dari virus influenza tu ke belum..

semalam juga, saya mula demam.
batuk dan selsema dah kene sama2 diorang hari tu.
suhu sampai 38.3
kepada rasa sangat berat.
mata rasa nak pejam je.
sakit2 dan lenguh2 satu badan.

nailah pun sama. 
tak tidur lena.
sejam sekali bangun nak susu ibu.
dan dia asyik nak bergayut je sampai sakit dibuatkan.
bila baby rasa tak selesa, memang baby akan requst untuk bergayut setiap masa.
tapi dia still aktif bila tak gayut.
suhu dia pulak 38.1
saya just banyakkan bagi dia minum air masak.

petang tu, kami 2 orang pulak pegi GH.
nak check sama ada kami ni dah dijangkiti virus itu kah.
tapi doktor tak buat pun ujian tu.
just bagi ubat demam, batuk n selsema kat saya.
dan baby dapat ubat demam masuk kat punggung.

malam tu saya still rasa tak larat sangat2.
tapi baby nampak nye dah getting better.
saya baring dia panjat2 badan saya n cungkil2 mata saya..
saya suruh dia tidur dia nangis2 tak nak tidur.
mata besar dok senyum2 kat saya...
nampaknya, baby lah yang jaga mama ye malam tadi...hehe..

saat saya menulis ni, jam 8.09 pagi...
alhamdulillah...saya pun rasanya dah tak demam lagi..
badan lebih bertenaga.
yang penting, baby tidur lena malam tadi...
syukur alhamdulillah...

saya jarang kene demam panas.
biasanya saya kene demam selsema je..which is kalau check temperature tak demam pun..
suhu still normal..
tapi kali ni saya tewas..sampai shaking2 sejuk semalam..
siapa lah saya nak menidakkan kehendak Allah..
saya makan vitamin sebagai ikhtiar untuk sihat.
tapi tak bermakna kita tak akan jatuh sakit.
ambil dari sudut positif..
sakit yang Allah kirim kepada anak2 adalah sebagai kafarah dosa mama papa mereka.
mungkin juga Allah nak papa diorang dapat spend 24jam dengan diorang.
sebab kakak putri dah pandai komplen papa balik keje lambat..
yang adik pun follow je apa kakak cakap kan...
saya tak ajar diorang komplen tau...hehe...diorang komplen sendiri..
papa diorang sangat sibuk bekerja lately..
mungkin juga Allah nak suami saya ada masa untuk berehat..
berehat dari kerja..hehe..
mungkin juga Allah sedang beri ilham kepada suami saya untuk bekerja sendiri..
biar ada masa sendiri..
biar tak rasa susah hati kene tinggalkan kerja bila terjadinya keadaan macam ni..
who knows?? hanya Allah yang mengetahui rahsia disebalik ujian yang Dia beri ni...


okey lah...hari ni rasa bertenaga sikit..
nak kene cuci2 rumah biar bebas dari bakteria2 jahat..
semoga putri2 ku cepat sihat, cepat balik rumah dan cepat memeriahkan rumah yang sunyi 2 minggu ni...

thanks to my love sebab menjadi Super Dad disaat2 begini.
abang wajib kuat dan sihat.
Vitamin C, Garlic & Nutriferon tu sentiasa makan tau!





love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Berlatih menjadi working at home papa.


Saya teringin nak dia jadi working at home papa.
Sama2 kerja dari rumah.
Sama2 uruskan anak dan kerja2 rumah.
Sama2 solat jemaah.
Sama2 ke hulur ke hilir.

Tapi tu semua impian saya.
Saya tak pasti dia berimpian sama macam saya kah?
Sudikah dia sentiasa berada disisi saya? 24 jam? 
Sudikah dia sentiasa berada disisi saya 7 hari seminggu?
Hanya Allah yang tahu... (-_-)

Baru ni, masa natrah masuk hospital tu, merasa lah jugak dia konon2 jadi working at home papa..hehe..
Kalau dulu, saya akan berlatih jadi working at home mama pada hari sabtu dan ahad.
Saya suka guna istilah 'berlatih'.
Istilah 'berlatih' tu seperti kita persiapkan diri untuk capai impian kita.
Cara itu jugak adalah salah 1 cara bagaimana impian kita boleh terlaksana..
So, saya gunakan istilah berlatih ni..mudah-mudahan, tercapai pulak impian saya nak dia jadi working at home papa..
Aamiinn..

Just enjoy the photos...
(^___^)v

Assistant setia menemani papa.


Tolong papa repair pintu.

Menyendeng kat orang (especially mama) memang tabiat dia. Ni dia menyendeng kat papa pulak.

Ni pun kire menyendeng la ni. Asalkan ada attachment..hehe..

Tak payah la buat muka tak bersalah ye dik non..

Papa with 3 little girls.
(^__^)


Emm...its not that easy to be working at home papa tau..
Sama lah macam working at home mama.
Cumanya, kalau sama2 ada kat rumah, ringanlah sikit kerja2 saya.
Kan..kan..
Hanya seorang suri rumah je yang mengerti betapa baaaaaaaaanyak nye kerja2 rumah..
Kaum papa patut cuba 1 hari..
Bagi kaum mama keluar pukul 8 balik pukul 5 (macam ofis hour) dan kaum papa handle rumah.
Make sure anak2 terurus (makan, mandi, kenyang, belajar).
Make sure kain baju siap basuh, sidai dan lipat.
Make sure rumah siap sapu dan mop.
Make sure nasi siap masak dan lauk pauk siap terhidang atas meja bila kaum mama balik.

Amacam? Sanggup?

Kene makan vivix tau, baru boleh setel semua tu dalam masa 1 hari...
(^__^)


Vivix mampu beri anda energy segera sehingga ke 12 malam !!
Sangat sesuai untuk anda yang pentingkan kualiti kerja dan anda yang kuat bekerja !!






love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771