Showing posts with label Influenza. Show all posts
Showing posts with label Influenza. Show all posts

Pengalaman Takkan Dilupakan Sekeluarga Di Serang Influenza B

The series of episodes kami anak beranak kene influenza B pada 2015, 4 tahun lepas.
Pengalaman yang tak akan dilupakan sepanjang hayat.

Bunyi macam biasa je sakit ni, and yes memang boleh control. 
Tapi, jangan pandang remeh tau sakit ni. ianya boleh bawa maut!

'Rasa' demam dia memang lain macam. Tak sama macam demam viral biasa. Sakit satu badan and lemah gila.

Even saya yang dewasa kene ni pun, boleh kata flat terus rasa. Tak boleh bangun! Imagine kalau anak2 kecil yang kene, kesian sangat tau.

So here saya share episod2 cerita kami anak beranak kene Influenza B. Biar anda dapat rasa macam mana saya sekeluarga berhadapan dengan situasi ni.
...







Episod 7 episod finale : Nasihat Doktor.

..

Hampir setengah sebulan kami lalui episod-episod ni. Bayangkan lah betapa penatnya kami sekeluarga. Hari saya dan Nailah boleh discharge tu, sampai rumah semua hospital-lag. 
(macam jet-lag lah..) Semua tersadai kat ruang tamu and tidur berjemaah anak beranak. Penat sangat sangat.

And please, nasihat saya cuma satu. Tingkatkan sistem imun anda selain dari ambil vaksin sebagai langkah pencegahan. 
Sebab, sistem imun yang kuat insyaAllah boleh lawan virus Influenza ni.
Anda mungkin akan kene juga tapi insyaAllah anda akan cepat sembuh dari orang yang lemah sistem imun nya.

Waktu ni saya kene sebab saya tengah pregnantkan Fauzan. Time ni lah kantoi termengandung sebab tak tahu pun tengah mengandung.
Bila kene x-ray sebab nak check paru2, nurse suruh buat pregnant test, eh positif pulak adoi!

Suami saya pulak, alhamdulillah tak kene Influenza ni. Padahal dia yang jaga anak2, makan suap anak2 siap suap diri sendiri - share sudu, tidur satu katil, tak pakai mask.

Bila mula2 dapat tahu kakak putri kene influenza, dia cepat2 ambil Vitamin C 2 biji setiap hari dan Nutriferon 1 sacet setiap hari. Both vitamins shaklee ni memang powerful untuk tingkatkan sistem imun kita.

Dan alhamdulillah, Allah pelihara ketua keluarga kami.



So, kalau anda nak ambil vitamin shaklee sebagai langkah pencegahan, boleh hubungi saya ye. 😊


LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - 📣 untuk order dan pertanyaan, 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women, 📲 sms|whatsapp 016-5952771, 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, ðŸ’» visit: www.vitallyvitamin.com

Happy 1st birthday baby Nailah.


Setahun yang lalu, pada tarikh ni, saya admit hospital jugak.
Admit sebab nak lahirkan baby nailah..
Tahun ni pun admit jugak.
Tapi sebab nailah di jangkiti influenza B.

Saya berangan dengan jiran nak celebrate birthday nailah kat playground sambil berkelah dengan anak2 kami.
Tapi nampaknya, kene tangguhkan dan sambut di hospital je...
Kalau saya sihat, boleh beli kek and potong kek sama2 kakak2 putri since semua orang ada kat hospital..
Kakak2 putri suka sangat makan kek..
Nanti mesti natrah yang sibuk nak potong kek n tiup lilin..
Semua birthday dia ingat birthday dia..hehe..

Nailah mula tunjuk simptom2 influenza sejak semalam.
Ni antara simptom2 nya...

Runny nose
Sore throat
Aching muscles
Headache
Cough
Nasal congestion
Malaise
Fever
Watery eyes
Aching joints
Aching body
Chills
Fatigue
Red eyes
Red skin
Red nose
Red throat
Loss of appetite
Weakness



Dia mula hilang selera makan sejak semalam.
Ada batuk sikit2.
Dan hari ni lebih kerap merengek dan tidur je..
Mujur papa dia ada untuk layan dia.

Saya dah bebas dari virus tu.
Tapi sebab nailah belum boleh keluar hospital, saya pun kene tunggu sama.
Tak kisah nak tunggu sama..
Yang saya tak tahan bila ubat dicucuk terus ke salur darah..
Pedih!!! Tak suka!!! :(

Saya redha atas ujian ini..
Dan hikmahnya pun saya dah tahu..
Allah uji sesuatu sebab Allah nak hadiahkan sesuatu..
Dan kami dah dapat pun sesuatu itu.. :)
Semoga kami semua bersedia untuk menerimanya...



Buat anakanda mama, Putri Nailah Ruwaida..
Mama gembira sebab dapat susukan nailah dengan susu mama sepenuhnya secara direct selama ni.
Mama harap sangat2 mama dapat terus menyusukan nailah sampai nailah 2 tahun.
Membesarlah dengan sihat dan gembira ye sayang..
Jadilah wanita solehah yang sentiasa menjaga maruah agama, maruah diri dan keluarga.
Berjuanglah demi menegakkan agama islam di dunia.
Mama sayang nailah.
Mama cintakan nailah.
Mama halalkan setiap titis susu yang mengalir dalam badan nailah.
Nailah mesti kuat lawan segala virus dan bakteria yang cuba serang tubuh nailah tau..
Dan ingatlah,
Allah sentiasa bersama kita..


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Suri rumah dapat MC.

Hari ni, isnin.
Putri dan natrah insyaAllah boleh balik rumah hari ni. 
Syukur...
Terima kasih Allah..
Diorang bukan main enjoy dok dalam wad tu..siap panjat almari n lompat2 kat tilam sepertinya tilam tu ada spring..
Tapi, salam dok enjoy2 tu, sorang tu, bila dokter datang nak check, lari bawah ketiak opah.
Yang lagi sorang tu, bila kene makan ubat, jerit2 tak nak..
Sabo je lah opah menjaga kome ye..
Nanti opah jugak lah yang akan jaga kome kat rumah..
Sebab...
Mama n nailah pulak warded.
Hari ni hari ke 3 sebenarnya saya dan nailah warded.
Kitorang demam sampai 39 darjah celcius.
Suami saya pun risau saya berdua je dengan nailah kat rumah bila waktu malam.
Sebab dia dan opah jaga putri2 kat hospital.
Akhirnya, serah diri untuk di cucuk tubuh ini dengan ubat-ubatan.. sobss...
Hasil ujian influenza B ke atas saya dan nailah adalah....

Saya positif.
Nailah negatif.

Syukur baby tak kena.
Haruslah saya berjaga2 dengan pakai mask setiap masa.
Lagipun kami tak boleh nak berpisah wad..tak de sapa nak jaga baby..so, baby duduk 1 wad dengan saya..



Esok hari ke 4,  saya dan nailah akan di buat ujian influenza tu sekali lagi untuk pastikan yang kami betul2 bebas dari virus ni.
Setakat 2 hari kat hospital ni, kami tak demam dah..
Dan dokter baru lepas round dan bagitau saya, bila saya boleh discaj adalah bila doktor nailah kata nailah dah boleh balik...

Memang rehat betul2 rehat ni..
Makan ubat rasanya mengantuk je sentiasa.
Tapi bukan boleh rehat sangat pun.
Baby nailah ni aktif je.

Luckily, nailah nak dekat papa dia je.
Pantang nampak papa, dia minta didukung.
Dapatlah saya rehat sikit.
Orang sakit jaga orang sakit.
Faham2 je lah..

Inilah ubat yang dicucuk kedalam tubuh saya.
Ada lagi 2 ubat kene cucuk kat line dan 4 jenis ubat makan...
Mak aiii....banyak rupanya..

Nailah just dapat ubat demam, antibiotics dan ubat cair kahak.

Saya mohon sangat2 doa ahli keluarga dan kawan2 sekalian, doakan nailah bebas dari virus ni dan kami dapat balik rumah dan jalani kehidupan seperti biasa..
Terima kasih sebab sudi doakan kami..
Manalah tau, dalam ramai2 yang doakan kami, doa anda yang Allah pilih untuk dikabulkan..

Stay strong ye baby...



love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771
 -------
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

episod influenza belum berakhir..


terima kasih atas doa family dan kawan2 yang tak putus buat kami..

episod cinetron influenza ni tak abis lagi selagi kakak2 masih warded..
diorang nampaknya enjoy duduk hospital..siap rapatkan katil berdua.
pastu layan cartoon 24 jam..seronok la tu ye...

cerita semalam, kakak2 putri masih ada demam.
hasil dari ujian darah adik putri, dia bebas dari bakteria.
bakteria ni bakteria yang biasa ada bila kanak2 kene tonsil, batuk, selsema n demam.
influenza tu kita panggil virus.
so, ujian terkini untuk virus kakak belum ada lagi.
belum tahu dia dah bebas dari virus influenza tu ke belum..

semalam juga, saya mula demam.
batuk dan selsema dah kene sama2 diorang hari tu.
suhu sampai 38.3
kepada rasa sangat berat.
mata rasa nak pejam je.
sakit2 dan lenguh2 satu badan.

nailah pun sama. 
tak tidur lena.
sejam sekali bangun nak susu ibu.
dan dia asyik nak bergayut je sampai sakit dibuatkan.
bila baby rasa tak selesa, memang baby akan requst untuk bergayut setiap masa.
tapi dia still aktif bila tak gayut.
suhu dia pulak 38.1
saya just banyakkan bagi dia minum air masak.

petang tu, kami 2 orang pulak pegi GH.
nak check sama ada kami ni dah dijangkiti virus itu kah.
tapi doktor tak buat pun ujian tu.
just bagi ubat demam, batuk n selsema kat saya.
dan baby dapat ubat demam masuk kat punggung.

malam tu saya still rasa tak larat sangat2.
tapi baby nampak nye dah getting better.
saya baring dia panjat2 badan saya n cungkil2 mata saya..
saya suruh dia tidur dia nangis2 tak nak tidur.
mata besar dok senyum2 kat saya...
nampaknya, baby lah yang jaga mama ye malam tadi...hehe..

saat saya menulis ni, jam 8.09 pagi...
alhamdulillah...saya pun rasanya dah tak demam lagi..
badan lebih bertenaga.
yang penting, baby tidur lena malam tadi...
syukur alhamdulillah...

saya jarang kene demam panas.
biasanya saya kene demam selsema je..which is kalau check temperature tak demam pun..
suhu still normal..
tapi kali ni saya tewas..sampai shaking2 sejuk semalam..
siapa lah saya nak menidakkan kehendak Allah..
saya makan vitamin sebagai ikhtiar untuk sihat.
tapi tak bermakna kita tak akan jatuh sakit.
ambil dari sudut positif..
sakit yang Allah kirim kepada anak2 adalah sebagai kafarah dosa mama papa mereka.
mungkin juga Allah nak papa diorang dapat spend 24jam dengan diorang.
sebab kakak putri dah pandai komplen papa balik keje lambat..
yang adik pun follow je apa kakak cakap kan...
saya tak ajar diorang komplen tau...hehe...diorang komplen sendiri..
papa diorang sangat sibuk bekerja lately..
mungkin juga Allah nak suami saya ada masa untuk berehat..
berehat dari kerja..hehe..
mungkin juga Allah sedang beri ilham kepada suami saya untuk bekerja sendiri..
biar ada masa sendiri..
biar tak rasa susah hati kene tinggalkan kerja bila terjadinya keadaan macam ni..
who knows?? hanya Allah yang mengetahui rahsia disebalik ujian yang Dia beri ni...


okey lah...hari ni rasa bertenaga sikit..
nak kene cuci2 rumah biar bebas dari bakteria2 jahat..
semoga putri2 ku cepat sihat, cepat balik rumah dan cepat memeriahkan rumah yang sunyi 2 minggu ni...

thanks to my love sebab menjadi Super Dad disaat2 begini.
abang wajib kuat dan sihat.
Vitamin C, Garlic & Nutriferon tu sentiasa makan tau!





love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 --------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

berkampung di hospital


semalam, 20 ogos, natrah ada follow up check up untuk cirit birit dia.
semalam jugak mak ayah saya balik melaka..
sobss... :(

natrah masih demam sejak kakaknya admit hospital hari tu.
ini bermakna dah 5 hari natrah demam.
hari ke 4 demam, natrah dah mula tunjuk simptom2 sakit.
maksudnya dia terlebih 'manja' dan terlebih 'mengada'..
selalu jugak cakap 'adik penat'..

bila jumpa Dr. Cheong, Dr. Cheong dapat rasakan yang natrah mungkin dijangkiti influenza B jugak.
Dr. Cheong ambil sampel mukus di hidung dia dan akan buat test.
sementara tunggu result, saya lepak di wad kakak putri.

as suspected, natrah pun dah kene influenza B jugak...
ya Allah..ujian dariMu pastinya ada ganjaran yang sangat besar di hujung sabar kami..alhamdulillah..inshaAllah..
saya, suami dan opah kini lebih cool bila terima berita ni..
maka, di kuarantin kan lah 2 beradik tu dalam 1 wad..



badan saya mula terasa amat penat..
demam selsema pun senang menyerang bila saya terlalu penat ni..
harapan dan doa saya cuma, kakak2 putri cepat sembuh dan baby putri tak dijangkiti virus tu...
aamiin ya Allah...


terima kasih buat family dan rakan2 yang mendoakan kesihatan putri2 saya dan mendoakan kekuatan untuk diri saya..
pasti ada hikmah di sebalik semua ini dan peringatan untuk saya perbaiki kekhilafan diri ini..

Pesakit influenza B sempat lagi ambil gambar selipar frozen dia masa on de way ke hospital.
Dah la pakai sebelah lain.
Stylo huh?
(^_-)



love, 
 zura bahar 
sms/whatsapp 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info