Thursday, October 09, 2014

Cara Solat Sambil Dukung Anak.


hari ni, pertama kali saya solat sambil dukung nailah.
tak de pilihan sebab waktu maghrib sangat suntuk.
nailah pulak tak bole tido sebab kak natrah dia kacau...
tu pun kelam kabut saya mandi.
setiap 10 saat saya check apa natrah buat..
dia dukung lah, dia tutup muka nailah dengan selimut lah..bila saya amik selimut tu, (siap bawak masuk ke bilik air), dia tindih pulak muka nailah dengan keyboard..
kusssssemangat mak!
natrah memang suka buat saya seghiau...
nak tinggalkan nailah untuk solat pun saya risau tak khusyuk..
last2, saya solat sambil dukung dia...


CARA SOLAT SAMBIL DUKUNG BAYI



1. Adalah baik sebelum itu, bayi yang mahu dikendong terlebih dahulu dibersihkan daripada segala najis.

2. Memulakan niat solat seperti biasa sambil menggendong bayi.

3. Tangan tidak perlu diangkat ketika takbir & tidak perlu diletakkan di atas dada. Kerana hukum mengangkat tangan & meletakkannya di atas dada hanyalah sunat.

4. Bacalah apa sahaja yg perlu dibaca dalam keadaan berdiri.

5. Lalu rukuk dengan tangan memegang erat bayi tersebut, tidak perlu meletakkan tangan di atas lutut kalau tidak dapat melakukannya.

6. Semasa mahu sujud, letakkan bayi itu & kemudian dikendong kembali apabila mahu bangkit ke rakaat seterusnya.

7. Laksanakan seperti itu hingga solat selesai.



Ragu-ragu sama ada sah atau tidak solat? Ini jawapannya;

Assalamualaikum ustaz, saya seorang surirumah dan mempunyai anak yang masih kecil. Saya ingin bertanya adakah dibolehkan mendukung anak ketika saya sedang solat untuk mengelakkan anak menangis. Jika boleh apakah dalil dan syarat-syaratnya. Terima kasih.




Jawapan: 
Adalah dibolehkan solat sambil mendukung anak yang masih kecil. Soalan sebegini telah ditanya kepada Syeikh Fauzan dan beliau telah menjawab seperti berikut:




ويجوز حمل الطفل في الصلاة‏.‏ فقد حمل النبي صلى الله عليه وسلم أمامة بنت ابنته زينب رضي الله عنها وهو يصلي وكان الحسن والحسين رضي الله عنهما يصعدان على ظهره صلى الله عليه وسلم وهو ساجد
Maksudnya: Diharuskan mendukung anak kecil sewaktu mendirikan solat. Sesungguhnya Nabi saw telah mendukung Umamah binti Zainab r.a dalam keadaan baginda sedang solat. (riwayat Bukhori dan Muslim). Dan adalah Hasan dan Husain memanjat belakang Nabi saw ketikan baginda sedang sujud. (tamat jawaban syeikh Fauzan)




Syarat yang perlu dipatuhi ialah jangan melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat seperti:

  • Pastikan anak itu bersih dari najis. Perkara ini telah disebut oleh Imam an-Nawawi dalam kitab majmuknya.
  • Kawal pergerakan. Jangan banyak bergerak sehingga hilang fokus (khusyu'). 
  • Dada sentiasa mengadap kiblat

Rujukan:

1. Fatwa Syeikh Fauzan
2. http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=199160
Disediakan oleh: Ustaz Ahmad Zainal Abidin, Setiausaha MUIS


semoga bermanfaat untuk semua..


love,                       
zura bahar
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Monday, October 06, 2014

DIY project: Moby Wrap by Zura.

saya mencari2 baby carrier untuk newborn baby.
survey kedai online, harganya over rm100.
saya menang agak berjimat cermat bile membeli..hihi
finally saya decide untuk jahit sendiri aje...kain berlambak2 tak jahit lagi...jimat lagi menjimatkan! heheplus, senang je buat nye...
google punye google, saya jumpa web Rae.
dulu2 pun memang saya selalu amik tutorial dari web dia.

klik gambar untuk ke link.
 DIY baby wrap 1      DIY baby wrap 2


 DIY baby wrap       DIY baby wrap



thanks to rae for the tutorial..


kain yang cukup panjang untuk buat wrap ni cuma ada
1. plain red = kain jenis lycra
2. corak2 love with pink base + kain jenis flannel
nasib baik match 2 kaler ni..

dengan gigihnye saya menjahit..
sebab esok nak keluar dengan baby.
jadinye, tak sempat pun nak snap gambar sepanjang proses menjahit.
hari jumaat lepas zuhur 
(lepas setel whatsapp2 dan pm2 customer dan anak2 shaklee) ,
baru saya start potong kain.
malam lepas maghrib baru start jahit sampai pukul 12 malam.
bangun pagi, sambung jahit sampai pukul 11 pagi kot.
dah macam masuk pertandingan 'project runaway' pulak..hihi..
sebab pukul 1 tu nak keluar...

dan inilah hasil nya...


Moby Wrap by Zura.
syiok je nailah tido sepanjang jalan2.
saya tak perasan 1 kaki dia tak terkeluar.
bile dia keluar dari wrap, nangis2.

lenguh kaki barangkali...
sorry nailah...hehe




ni saya minta kakak putri naurah amikkan gambar.
kepala saya mesti separuh sebab tak muat telfon katanya... :)



untuk tutorial cara memakainya, 
anda boleh tengok utube ini.

bila dah jahit sendiri, baru lah saya tahu kenapa harga nya so called 'mahal' bagi saya.
1 baby wrap je kene pakai kain almost 6meter!

saya tak pernah tengok/pegang/try wrap yang di jual.
i guest, kain lycra lebih selesa untuk baby sebab stretchable dan sejuk.

---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday, August 21, 2014

Kelahiran yang di nanti. {part 1}


2 kali admit hospital, 2 kali tu jugak boleh balik rumah semula.
Hihi..


Kelahiran baby ke 3 ni betul2 mencabar.
Masa mama 35weeks, rasa baby menekan2 ke bawah yang obvious sangat.
Sepanjang malam mama tak tido sebab rasa risau sangat2.
So, lepas2 subuh, papa bawak mama pegi hospital.
Kebetulan opah tak de, kakak dan adik putri pun kene lah ikut sekali..tak mandi..


Sampai sana, bukaan masih belum buka.
Dokter bagi ubat hilangkan rasa kontraksi dan cucuk bagi matang paru2 baby,
 just in case mama nak beranak jugak time tu.
Yela, 35weeks kire pre mature.
Pastu, dokter suruh admit 1 malam untuk pantau.
Hasilnye, esok boleh balik..hehe...


Masa mama 38weeks, sekali lagi mama serah diri kat labour room.
Dokter check,  dah buka 2cm.
Wahh..berdebar dah..kene admit lagi sekali.
Malam tu mama macam biasa je.
Tak de sakit kuat pun.
Esoknye dokter check, masih 2cm dan dokter bagi pilihan nak stay wad atau balik rumah.
Mama pilih balik rumah.

Oh ye..nenek pun dah turun ipoh dengan pak su masa tu, ingatkan mama dah nak deliver dah..
Tapi rupenye belum lagi..
Serba salah rasanya dengan nenek..
Dah la nenek datang dari jauh...

Tunggu punya tunggu rasa sakit nak beranak, tak de jugak..
Last2, nenek balik melaka semula..
Sadis mama...

Actually mama memang rasa rindu sangat2 kat nenek.
Dah la raya tak dapat balik melaka...
Nenek dapat datang tu, terubat rasa rindu...
Tapi apa boleh buat..
Nenek perlu balik..
Sebab somi nenek suruh balik... 
(atuk le tu...)

Tunggu lah lagi, bila adik baby nak keluar..

Papa pulak, dah tak keruan dah..
Dengan sibuk nak pindah rumah nya..
Dengan mama yang belum beranak2 lagi..
Dan papa pun asyik cuti je...


Lepas seminggu dari keluar wad hari tu,
Mama serah diri lagi kat labour room.
Dokter check, dah bukak 5cm kata nya...
Wahh...tak sabar dah mama walaupun takut...
Mama pun sms papa, bgtau nak nak kene masuk labour room!



(To be continue....)

Monday, August 18, 2014

kakak natrah..u are still adorable!


mama sedang menghitung contraction..
untuk kelahiran adik baby..
actually dah 3 hari dok bukak 2cm je ni..
mama pun musykil dah ni, betul ke dokte check ritu?
kalau stay hospital ni, mau kene seluk tiap hari...
tak sanggup mama..
lebih baik balik rumah dulu..

dan, 
semestinya kakak2 pun semakin aktif berpancaragam..
lagi2 kakak natrah.
tak boleh silap sikit, terus natrah tiarap atas lantai/jalan/mana-mana2 je tempat dia tengah berdiri tu, dan nangis2..
haih...sabo je lah kakak ni...

kecik2 dah jadi kakak ye...
shiaann dia.. ;)

tapi, natrah masih lagi sangat adorable bagi mamapapa..
suara yang masih macam baby..
badan kecik macam baby-tak-besar-besar..
(beza dengan kakak naurah yang cepat tinggi)
suka joget2, sengih2, senyum simpul...saaangat cute!

Putri Natrah Nuwairah.

Banyak ikut sikap mama.
-lasak (masa kecik)-keras kepala-kuat merajuk-berani-tak peduli apa orang kata-ape ke lagi?

Banyak ikut minat mama.
-suka buku-suka amik gambar-suka menulis-suka menyanyi-suka ukur2-suka jahit (kot)-ape ke lagi....

Membesarkan natrah sangat2 menguji kesabaran mama..
Tapi, natrah juga lah penghibur dalam rumah ni dan sangat murah dengan senyum2 simpul nya... 




LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

Wednesday, July 09, 2014

TENTANG DIA.

kakak putri baru nak belajar guna perkataan 'dia'.
sekarang ni, bile kakak bercerita, kakak akan guna 'dia'..

bila mama tanya, siapa dia?

"dia tu adik lahhh" sambil tunjuk adik kat sebelah.

lain kali, bile kakak bercerita lagi tentang dia,
mama tanya lagi, siapa dia?

"dia tu mama lah!" sambil tunjuk mama...

:)

ni gambar dolu2..
sekarang ni, dah besar dah kakak..
nak sekolah dah..
sob sob je tengok gambar kakak masa kecik2 dulu...
entah la..
rasa rindu kakak masa kecik2 dulu..







LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday, June 12, 2014

[QURANIC LAW OF ATTRACTION] ~ HUKUM TARIKAN BERDASARKAN AL-QURAN. [PART 1]

Apakah maksud HUKUM TARIKAN?
~ semua perkara yang kita fikirkan dengan seluruh perhatian, tenaga dan fikiran, sama ada positif atau negatif, akan datang kepada kita.


Adakah HUKUM TARIKAN ini benar2 wujud?
~ Allah berfirman: 
"Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah di JELAJAHI, maka JELAJAHI LAH di segala penjuru dan MAKANLAH SEBAHAGIAN DARIPADA REZEKINYA.Dan hanya kepadaNYa lah kamu (kembali selepas) di bangkitkan" surah al-Mulk:15.

Apa kaitan HUKUM TARIKAN dengan ayat al-quran di atas?
~ "Dialah yang menjadikan bumi untuk kamu yang mudah di JELAJAHI"
✔ Allah mulakan dengan ayat yang positif. 
✔ Allah yakinkan kita yang hidup ini mudah.
✔ kita tak perlu fikir mengenai kesusahan hidup. 
✔ kita mesti yakin hidup ni mudah sepertimana janji Allah.
~ "JELAJAHI LAH !"
✔ Allah 'perintah'kan kita berusaha dengan penuh semangat dan gembira (dengan yakini yang hidup ini mudah)
✔ apabila kita jalani hidup ini dengan gembira dan positif, bermakna kita membenarkan KELIMPAHAN REZEKI dalam hidup kita. ~ ini lah namanya HUKUM TARIKAN.
selepas kita berusaha sedaya upaya, Allah tutup dengan ayat ini,
~ "Dan hanya kepadaNYa lah kamu (kembali selepas) di bangkitkan"
✔ pasrah atau berserah kepada nya selepas berusaha bersungguh2.
✔ apabila kita pasrah, kita semakin yakin bahawa kita akan mendapat banyak rezeki dalam hidup.
>>> Semuanya jelas termaktub di dalam al-quran, kitab pegangan kita, bahawa HUKUM TARIKAN itu adalah nikmat kurniaan dari Allah, satu cara untuk kita peroleh apa yang kita hajati di dunia ini.
Allah sendiri yang janji, kita tak perlu ragui lagi..

jadi sebagai hamba Nya,
kita hanya PERLU 
 YAKIN
 BERFIKIRAN POSITIF
 GIGIH BERUSAHA dan 
 BERSERAH PADA ALLAH.

Percaya lah, DIa akan terus memberi rezeki kita dalam bisnes shaklee ini jika kita berpegang pada 4 perkara tadi.
Apabila tibanya masa nanti, kita pasti mendapat NIKMAT KEKAYAAN dan menjadi LEBIH BAHAGIA dengan kekayaan itu.


sumber: buku quranic law of attraction

LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com

Monday, June 09, 2014

National Conference Shaklee 2014

Alhamdulillah..
kali ni, mama dapat 6 awards..
:)
last time pegi dapat 1 award je..tu pun dah happy sangat2..
kali ni, bukan je dapat 6 awards, 
tapi dapat jugak pakej 3 hari 2 malam di Sunway Resort and Spa Hotel.
syukur...
pakej ni fully sponsored by shaklee tau..
ada aktiviti dalam sunway lagoon juge..
mama dapat 3 tiket..
1 untuk mama, 1 untuk papa dan 1 lagi mama bagi atuk.


siapa tak suka benda free, ye tak?
lagi2 kalau dapat 5 star punye pakej...
emm.... :)

National Conference Shaklee kali ni berlangsung selama 2 hari.
papa pun teruja sama..
mama tau.... ;)


So..just enjoy the photos ya...
:)
------
barang2 free dari shaklee..



---

putri2 bermesra dengan nenek atuk..








---

mama papa di hari kejadian..





---
bersama keluarga besar shaklee mama..




---
Dinner ~ The Glitter Nite ~

Actually, conference ni berlangsung pada hari anniversary mamapapa..
jadinya, mamapapa anggap ni anniversary mamapapa..hihi..

kakak n adik tak boleh bawak..
kene lah tinggal dengan atuk nenek.
banyak kali mama bagitau kakak, kakak cakap okey.
tapi bile hari kejadian, kakak nangis2 pulak.
tambah, kakak sakit2 perut pulak petang tu.
asyik muntah2.
serba salah mamapapa nak pegi dinner tu.
tapi kami pergi juga.
mama tahu nenek boleh jaga kakak dengan baik..
:)




---
bersama2 keluarga shaklee mama.
tak banyak gambar sebab ramai yang balik awal.
mamapapa pun rushing nak balik awal juge sebab kakak tak sihat..


---

award2 yang mamapapa dapat.
:)



---
edited gambar mamapapa je....
love this picture soooo much!
:)


---
Alhamdulillah..berakhir sudah event yang di tunggu2 setiap tahun.

National Conference ini adalah event untuk semua SID yang telah bersusah payah, berpenat lelah, dan macam2 lagi dugaan yang kami tempuhi sepanjang menjalankan bisnes kami.
Rasa hilang semua tu setelah dapat jejakkan kaki ke event ini bersama2 suami, anak2 dan family.
Rasa hilang semua tu setelah jejakkan kaki menaiki tangga stage untuk amik award bersama suami dan anak2.
Rasa hilang semua tu setelah melihat seorang demi seorang anak2 bisnes turut sama naik pentas amik awards.
Hilang semua lelah...

Sungguh, 
saya rasa bertuah kerana di pilih Allah untuk terjebak dalam bisnes ini.
sungguhpun bisnes ini bukan menjual makanan sunnah..
sungguhpun bisnes ini bukan semuanya tergolong dalam golongan orang2 yang alim,
tapi bisnes ini suci dan murni setelah di terajui oleh PM Shareeza, the founder of JUTAWAN.
lebih separuh dari mereka yang hadir semalam adalah muslimin dan muslimat..
orang2 islam semakin menerajui bisnes ini dan awardees jugak lebih ramai orang islam yang berdiri atas pentas.
syukur Alhamdulillah.... :)

ramai antara kami adalah ibu2 yang meninggalkan kerjaya-ofis-hour-yang-perlu-keluar-rumah-tinggalkan-anak2-dan-suami dan kini menjadi IBU2 YANG BEKERJAYA DARI RUMAH, YANG DAPAT BERI SEPENUH PERHATIAN KEPADA KEPERLUAN SUAMI DAN ANAK2.
bagi saya, ITU LAH KERJAYA TERHEBAT SEORANG ISTERI DAN IBU.

Syukur Ya Allah...
Bisnes ini adalah anugerah terindah untuk saya dari Allah kerana melalui bisnes ini Allah tunaikan satu persatu impian saya...
impian2 suami saya...
impian2 anak2 saya...
impian2 mak ayah saya...
impian2 adik beradik saya...
impian2 anak2 bisnes saya dan seluruh organisasi mereka...
BUKAN IMPIAN SAYA SEORANG, TAPI IMPIAN SEMUA ORANG!
Syukran Ya Allah...
Segala puji hanya layak bagi Mu..

*tearss*



LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! - visit: www.vitallyvitamin.com