Wednesday, August 19, 2020

Review Khind Hand Blender Chopper BH600M Midori Series

dah lama teringin nak beli hand blender dan chopper.
tapi sebab blender kat rumah masih boleh guna, terbantut hajat ku.
hehe

zura memang sejenis yang macam tu. selagi barang tu boleh pakai, selagi barang tu tak lunyai, zura akan guna dan tak mudah tergoda nak tukar baru. ;p

asalnya dok cari cerek air baru kat shopee.
jumpa kat satu seller ni. as usual lah..bila dah pilih satu barang tu, ku masuk kedai dia pulak dok tengok2 barang kat kedai dia. ;p

terjumpa lah hand blender ni. macam best. review pun best2. okey.. add to chart!

biasanya, kalau nak beli barang2 elektrik kat shopee ni, kami akan riki jugak kat kedai luar. tengok harga, tengok kualiti nya, kiranya pegang sendiri dulu lah sebelum decide untuk beli.

so petang tu, round2 aeon. tengok2 lah hand blender. harga dasat jugak. tapi maybe sebab tengok kat 'aeon' kot kan. hehe... tapi rasanya lebih kurang je harga nya kat kedai luar lain pun. 

pagi tu, beli cerek air. cerek ni memang nak kene beli. almaklumlah, kami belum pakai penapis air lagi. suami beli guna akaun shopee dia sebab ada offer. kat akaun zura tak de pulak offer. haihh...

sudahnya, ku order haa hand blender ni. hehe.. blender kat rumah ni pun pakai sejak kawin dulu kot, 11 tahun yang lalu. motor dia tak pernah tukar tapi yang bekas n pisau dia pernah dah tukar sekali. okey kot kan beli baru.  (^_^)v

ni lah dia yang zura beli tu..

seronoknya.. haha..
akhirnya, ku miliki juga hand blender ni.

Monday, August 10, 2020

Nailah Pertama Kali Cabut Gigi

Hari ni, pertama kali Nailah cabut gigi.
Menangis. Hehe..

Minggu lepas lagi nailah dah susah hati gigi dia goyang n sakit.
Bila check, gigi kekal dah start tumbuh.


...

Nailah punya lah sedih, susah hati n takut, sampai tak lalu makan. Pujuk punya pujuk, baru lah nak makan.

Begitu begini begitu begini, jumaat lepas bawak lah pergi klinik. Tapi dah petang, tak buat dah cabut gigi.

Postpone ke hari ni, isnin. Bila check2 balik, eh.. Gigi sebelah lagi pun dah naik. Kene cabut 2 batang lah nanti.

Nailah excited jugaklah nak pergi. Siap nak tanya fauzan nak ikut ke tak. 😆

And finally, hari ni pertama kali nailah experienced gigi kene cabut.. Hehe..

Menangis jugak lah. Rapuh sikit lah dari kakak n adik.

Nak bagi dia happy sikit, offer dia...

"Nak pergi ekonsave ke aeon?"

"AEON!!!" laju je jawab.. 😁

Maka.. Bermula lah episod gigi nailah nak kene cabut selalu.. 😊

..
Kakak n adik ni pun, asal ada gigi kekal dah tumbuh, kami terus bawak cabut gigi.
Pegi klinik kesihatan je. Bayar singgit. 😁

Cuma kakak n adik dah expert dah, pandai goyang2 kan sampai tercabut.



❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women,  
📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Tuesday, August 04, 2020

Meet mizzatul.com (^_^)

zura so excited bila mizz atul bagitahu nak datang rumah. 
pertama kali jumpa, 2 tahun lepas masa master upline zura buat program kat ipoh.
bila atul nak duduk sebelah zura masa seminar tu, i feel like.masih ada yang sayang aku rupanya. 

yeahh.. actually, atul ni downline shaklee zura. kami tak pernah kenal dan tak pernah jumpa.
pertama kali atul mesej zura, minta zura komen posting fb dia.
'komen' tu maksudnya, tunjuk ajar cara nak tulis post2 yang menarik.
start dari situ lah, kami mula bermesej2 dari sekitar tahun 2015 macam tu, sampai sekarang.

banyak benda yang kami sekepala and maybe sebab tu kami boleh get along together.

dan hari ni, atul dari bota, singgah rumah zura untuk ambil stok2 shaklee atul dari zura.

i am so happy and so grateful today atul sudi lepak2 sejam dua kat rumah zura.






zura doakan dan mohon rakan2 pembaca blog zura juga, dapat sama2 doakan kejayaan atul dalam bisnes shaklee ni ya. atul salah satu reason, kenapa zura masih terus konsisten dengan bisnes shaklee ini.

we share a lot of things...tq atul so much atas segalanya. dan sudi berkawan dengan akak. biiznillah, kita kawan sampai syurga ya.. (^_^)

❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 💻 fb: baizura bahar | kedai vitamin chemor, perak | vitally vitamin for women,  
📲 sms|whatsapp 016-5952771, 
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Tuesday, June 23, 2020

Amalan Untuk Hajat Tercapai ~Cerita di Sebalik Rak Buku Anak-anak.

Cerita di Sebalik Rak Buku Anak-anak. 

duit dah kumpul dah. dah asing siap2 nak beli rak tu. tiba-tiba, terpaksa guna untuk ambil stok shaklee. sebab, stok shaklee ni laju sangat habis. 30 ribu unit masuk stok, tak sampai 15 minit boleh licin. korang imagine lah cemana. so, nak kene simpan sikit stok untuk regular customer dan team. dah tu beli shaklee tu, yillek lah duit untuk rak tu.. haha..

tiba-tiba, PM umum pkpp pulak. dah boleh rentas negeri. suami offer pi ikea. halah halah halahhhh..duit saving rak pulak tak de dah.. huhu. duduk lah diam2 kita kat rumah. tak pi mana.. haha..

suami balik cuti hari ahad tu, suami tanya nak pi mana abang cuti ni? 
kita balik kampung je lah. nak pi mana lagi. zura jawab ringkas.

pagi nak balik kampung tu, kitorang buat relax2 macam biasa. buat breakfast, makan breakfast, ,sidai kain, kemas beg, mandikan anak2, lepas tu suami lepak2 je main fon.. zura terus nak bersiap2, nak pi lah mandi. 

eh.. sebelum tu, ada teammate yang mesej, nak beli vivix. stok kat hq dah habis. stok kat tangan zura ada 1. 
so, bagitau kat teammate tu, and dia nak sebotol. 
alhamdulillah.. ada rezeki teammate ku itu dapat sebotol vivix.. :)

lepas tu, kepala zura terus ligat berputar. 

eh... duit saving beli rak tu macam dah dapat cover balik lah. dah senyum2 sendiri. time kepala berputar tu, zura kat bilik air. keluar je bilik air, siap2, terus turun n cakap kat suami, "abang! jom pi ikea!! duit dah cukup.." terkebil2 suami ku yang tengah lepak2 tengok hp tu. haha.. lepas tu suami pun terus bangun nak bersiap.

maka.. tersampai lah kami kat ikea ni ha... ikea penang lah.





anak-anak? duduk lah dengan opah sat. kakak2 ada, zura tak risau dah nak tinggalkan fathan. fathan pun dah banyak makan dan minum sekarang. in fact, happy je dia bila zura balik malam tu. tak hairan nak menyusu pun.. hehe..



sebenarnya, ada 1 amalan yang zura buat lately ni. zura belajar dari super upline zura. lepas tu, teammate dia pulak share betapa amazing nya bila amalkan benda ni. 

dia cerita, kalau kita boleh amalkan secara berterusan tanpa gangguan sebanyak 4444 kali, apa je yang terdetik kat hati dia, terus Allah bagi. kalau amalkan secara sambil2, contohnya sambil masak je, sambil siram pokok ke, pun dapat juga cuma tak lah tahap yang terdetik pun boleh dapat.

nak tahu apa dia amalan tu? 
senang je. dan sebenarnya kita selalu je buat. 

SELAWAT KE ATAS NABI.

itulah amalan nya. selawat paling ringkas kita boleh amalkan, 
'SOLLALLAHU 'ALA MUHAMMAD' .

senang je kan?

kalau dapat duduk proper atas tikar sejadah, dan dapat complete selawat 4444 kali pada satu masa, tu lebih baik. zura belum berkesempatan untuk duduk proper macam tu. zura just amalkan selawat sambil2 je. memang bibir sentiasa selawat. cuma time nak beli rak ni, memang asyik terfikir je. lepas tu, dalam hati ni asyik 'perasan' yang suami nak belanja beli rak. haha..

walaupun part suami belanja tu tak jadi kenyataan, tapi nak cerita yang Allah cukupkan duit zura nak beli rak ni. nampak benda ni simple je kan. halah...setakat nak beli rak pun beria nak selawat bagai..

tapi, bukan zura nak cerita pasal beli rak, main point nya zura nak share, 
bila hajatkan sesuatu, 
BERSELAWAT lah. 

eh.. actually, tak payah tunggu bila berhajat pun baru nak berselawat. 
tahu tak, bila kita berselawat, Allah berselawat balik pada kita. 

faham tak kenapa kita berselawat? 
kita berselawat sebab kita nak SYAFAAT nabi. 
SYAFAAT tu maksudnya, PERTOLONGAN nabi. 
yang kita faham, 
kita nak SYAFAAT nabi sebab nak masuk syurga = kita nak PERTOLONGAN nabi untuk masuk syurga. 

tapi, dalam keadaan kehidupan harian kita, 
kita BERSELAWAT = ALLAH BERSELAWAT pada kita = ALLAH BERI PERTOLONGAN PADA KITA.

wallahualam..

> Cerita Rak Buku Baru Untuk Putra Putri <


❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Rak Buku Baru Untuk Putra Putri

anak-anak zura ni, kalau balik sekolah, beg n buku sekolah diorang suka longgok kat bawah je. banyak kali pesan pegi naik atas, simpan kat atas. 
tapi, gitu lah... balik sekolah, kepenatan. tak de mau nye nak naik atas. sudahnya, meja study kat bilik diorang pun, sepah gitu je.. tiap kali nak susun jadual pun kene angkut buku turun bawah.

dah begitu keadaannya, tu yang zura bawak turun meja study diorang, letak kat bawah, depan stor ni. 
elok lah kan..boleh jadi tempat kerja zura sekali. almari buku tu memang nak kene letak situ. sebab, nak elak anak-anak memanjat kat tangga tu. 
anak banyak weii... tak terkejar kita nak mengesahkan sorang2. dah try jugak letak almari buku tu kat area ruang tamu, ishh tak sesuai. nampak penuh rumah bila ada cabinet besar macam tu. so alih semula kat bawah tangga ni.

okey, tempat diorang buat kerja sekolah dah setel. 
lepas tu, rak buku pulak. buku-buku sekolah yang selalu ditukar ganti ikut jadual. sementara ni, pakai je rak buku tesco ni. letak kat atas meja. haihh..penuh dah meja dengan rak ni je. 
yang pink atas meja tu rak buku diorang

riki punya riki, zura terjumpa rak kasut + console table ni kat katalog ikea. 
eh... macam sesuai je kalau jadi rak buku anak-anak, dan letak kat bawah cermin ni. lagipun boleh jadi console table, kan. cantik pun cantik..


Hemnes Series.

kumpul2 duit nak beli rak ikea ni, tetiba pkp pulak. dah terbantut hajat kita nak beli. try beli online. eh.. shiping sampai rm200 lebih sebab kene naik lori. emm... tak pe lah.. kita beli dulu yang lain, yang shipping rm15 je which is boleh guna pos laju biasa. apa yang kita shopping tu? lampu. study lamp & stand lamp. 

lampu study - Tertial Work Lamp

Not N Floor Lamp

lampu study tu nak letak kat meja study depan stor tu. kat situ gelap, tak de source of light. jenuh nak belajar dalam gelap. yang stand lamp tu saja2 beli. menarik sebab ada 2 lampu. 1 tu menghala ke atas. 1 lagi flexible, so boleh juga guna untuk membaca bila duduk kat sofa tu. kami jarang nak bukak lampu siling kalau siang2 hari. so kalau anak2 nak membaca, boleh guna stand lamp ni. dan harga stand lamp ni pun affordable. tak sampai rm100 pun. so, apa lagi, beli lah 1. hehe..



'rak buku' yang di hajatkan ni, akhirnya dapat jugak beli. happy lah mak dapat kemas-kemas buku anak2 ni. yela..kita sentiasa duduk rumah, mestilah nak rumah ni selesa, sedap mata memandang, bersih dan kemas. 24 jam kita kat rumah kot.

sebenarnya, ada cerita disebalik 'rak buku' ni. macam mana duit saving dah habis, tiba-tiba boleh cukup semula dalam masa 1 hari je?
haa... cerita dia, ada kat sini >> ~Cerita di Sebalik Rak Buku Anak-anak. 




❤, 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
 📣 untuk order dan pertanyaan, 
 📲 sms|whatsapp 016-5952771
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com, 
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com

Thursday, June 18, 2020

Hari Raya PKPP Dalam Kenangan.

bila perdana menteri umumkan PKPP hari tu, happy nya rasa. baru rasa berhari raya.
tapi tapi.. kami tak boleh nak balik melaka dah. cuti suami dah habis. hehe..
tumpang happy orang adik beradik lain je lah yang dapat balik melaka.

mujuq juga kampung suami dekat. suami balik rumah sabtu tu, suami tanya nak pergi mana dia cuti ni. eh..of course lah balik kampung. opah diorang ni dah tanya2 kan cucu2 beliau ni haa..

tapi ahad tak boleh datang, opah kata. sebab opah nak pergi cameron, balik hari. kita kira2, opah mungkin akan singgah rumah ni bila on de way balik. tengah hari tu, tup tup opah wasap kata petang2 on de way balik, diorang singgah.

so, around maghrib jugak lah opah n adik ipar sampai rumah. jamu mereka pisang goreng aja.. hehe..




malam tu opah nak gerak balik, kakak dan adik ikut opah sama.esok nanti baru mama papa dan yang lain2 menyusul.

Friday, June 05, 2020

Memori Aidilfitri bersama Putra Putri 2020

Memang takkan lupa dalam sejarah kehidupan manusia.
tahun ini, terpaksa beraya tanpa BALIK KAMPUNG.

kalau diikutkan hati ni, memang nak teghiak dah.
mujurlah Allah izinkan suami ada di pagi raya, tak lah rasa sedih sangat.
kalau suami pun tak dapat balik raya pagi tu, uwaaaa memang kita teghiak dah. 😭

so sehari sebelum raya tu, macam biasalah. kita sibuk masak2 untuk hari raya.
kalau bukan time pkp ni pun, biasanya pagi raya kami ada kat rumah. lepas2 solat raya baru gerak balik ke taiping.

sekarang ni, memang tiap tahun raya ke taiping dulu sebab nak lama2 raya kat melaka. kalau dah balik melaka dulu, kene cepat2 balik tepeng pulak. so singkat je masa kat melaka.
jadinya, tiap tahun pun kene korban lah sikit. nanti boleh lah seminggu kak melaka. gitu..

tapi tahun ni, sambil masak2 tu berdebar2 menanti kepulangan suami. dari malam tu dah bincang2, nak balik ke tak. kita redha dah kalau suami tak dapat balik pagi raya tu. begitu begini, suami senyap tak mesej apa2 sampai pagi raya.

kita bangun, siap2 juadah semua, siap2 packing untuk jiran2 n pak guard, sambil tertunggu2 wasap suami. tapi still, suami tak wasap2 jugak.

dalam hati ni rasa macam beliau on de way dah ni. tapi tak nak berharap sangat. actually beliau baru abis kerja shift malam pagi tu.

tengah siap2 nak pakai baju raya, mak mertua call. mak bagitau yang suami singgah trong tadi. sekarang dah gerak ke ipoh. mashaAllah... Allahuakbar.. Allah izinkan ku beraya bersama suami di pagi raya. tak de lah nak teghiak.. alhamdulillah sangat2.. 😭

so, dapat lah bergambar bersama di pagi raya.
kan tahun ni raya sehari je...

Salam Aidilfitri dari kami Shai Full, Baizura dan putra putri. 😊

Kami mohon ampun dan maaf pada semua andai ada kata2 dan perbuatan kami yang mengguris perasaan semua.
Semoga hari raya yang bersejarah tahun ni, membawa sejuta rahmat buat kita semua.

Alhamdulillah.. Diizinkan Allah untuk kita menyambut raya bersama tahun ni... 😊

Putra putri de beradiks.

Semoga sentiasa bersatu hati, bertolak ansur, sayang menyayang, hormat menghormati, tolong menolong dan mendoakan mama papa.

Putri Natrah.. Anak paling mencabar keimanan mama dalam menjaga, mendidik n membesarkan beliau... 😄


Putra Fauzan.. Anak paling baaaaaaaanyak alasan dan kuat menjawab. 😂


Putra Fathan.. Anak bongsu yang sedar diri dia anak bongsu. Merajuk tahap guling2 kat lantai. Abang kakak2 hang tak de pun macam tu. 😂

Putri Nailah.. Anak no 3, cerdik macam mama sebab mama anak no 3..ahaks!🤣

Baru nak minta ampun nangis2 kat suami. Tapi sebab anak2 dok perati je, kita simpan lah air mata kita. Sebab tau banyak dosa kat suami.. 😅

Amboi kakak. Pasang telinga je apa mama papa cakap. Dia pulak yang happy.. 😅

Fathan nak join. Tapi tak tahan sakit perut. 😅

Rindunya kat mak ayah beradik radik semua..
Rindu nak balik melaka..
Rindu.
Rindu.
Rindu.

Alhamdulillah.. Masih ada pendapatan tahun ni.. 😁

Yeke norma baharu raya sehari je?
Budak tudung merah tu tak puas bergambar.
Semalam dia dah salin baju raya lepas bersalam salaman.
...
Pastu, malam2 pukul 11 dia pi pakai lipstik, minta fon mama nak ambil gambar pakai baju raya. 😅
Mama kabo esok je lah... Mama ngantuk dah nak tido weii.. Kul 11 malam dah korang dok main lari2 jerit2 dalam rumah.
Ni pakai lipstik merah2 pekat2 ni siapa yang ajar ni. Mama pun tak berani nak pakai lipstik merah menyala.. 😂

Dia pi bokeh nya background. Bertuah punya budak!


tapi, seriously, tak mo raya macam ni......................
nak balik melaka!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

❤,
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
-
 📣 untuk order dan pertanyaan,
 📧 email: vitallyvitamin.com@gmail.com,
 💻 visit: www.vitallyvitamin.com