keputusan yang tak di duga !


pada suatu hari..
sebelum masuknya waktu maghrib, 
alarm rumah berbunyi menandakan pintu depan rumah di buka.
saya berada kat tingkat atas tak syak apa2..
tiba2 suami muncul depan pintu bilik.
beliau balik kerja lebih awal dari biasa.
saya tanya kenapa?
beliau jawab, "bawak abang pergi hospital malam ni..ibu jari kaki abang patah.."
"haahh!" melompat saya dari pembaringan.

di pendekkan cerita, beliau dapat MC 2 minggu.
ayat pertama yang keluar dari mulut beliau adalah, 
BOLEH BALIK MELAKA SEMINGGU!
Ya Allah..demi Allah...hati kecil saya berbunga2..
sepanjang 5 tahun berkahwin, saya tak pernah dapat 'offer' yang sangat best ini dari suami saya.
saya sangat jarang balik melaka.
kalau balik raya puasa pun, 2-3 hari je dapat tido sana.
raya haji memang tak pernah balik.
paling lama saya duduk sana pun sebab pantangkan kakak putri dan natrah.
tapi tu berpantang, bukan bercuti..suami pun tak de di sisi..
semua tu atas tuntutan kerja suami yang sangat2 sibuk setiap masa.
pastu, mak saya pun pesan, tempat isteri sentiasa di sisi suami.
jadinya, nak tak nak, saya pendamkan sahaja hasrat nak balik melaka lama2 sendiri.
suami saya pun tak berapa suka kalau saya balik kampung sorang2.
 
tapi,bukan kah Allah tu kan Maha Mengetahui segala apa yang tersirat di hati ini?
setelah bertahun2 pendam perasaan, akhirnya tertunai jua...
syukran ya Allah....syukran...
dan saya tahu, suami saya sedang berusaha penuhi satu per satu permintaan saya pada beliau...
(^-^)

dengan itu,
dapatlah saya bercoti2 melaka selama seminggu...
just enjoy the photos...


JALAN-JALAN DI BANDAR HILIR DAN RUMAH MERAH



BALAI SENI LUKIS MELAKA
ni port saya lah...
sedikit info tentang art gallery ni.

operasi:
SETIAP HARI KECUALI ISNIN
9.00 pagi - 5.30 ptg.

harga tiket:
Dewasa
RM2.00
Kanak-kanak/Pelajar
RM1.00
















gambar terbalik, tak reti nak rotate..haha
rasanya dah rotate masa save...


MENAIKI MELAKA RIVER CRUISE, MELAYARI SUNGAI MELAKA

ni kakak putri yang nak sangat2 naik...
sedikit info tentang Melaka River Cruise

JETI
bot boleh naik dari 2 tempat:-
1. Muara Sungai Melaka (berdekatan Muzium Samudera)
2. Taman Rempah Ratus

Harga Tiket
Warganegara
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM5
Pelancong Asing
Dewasa : RM15
Kanak-kanak : RM5

Waktu Operasi
Setiap Hari : 9 pg – 11 mlm
 




 mural2 menarik sepanjang menyusuri sungai..
katanya, naik waktu malam lebih cantik dengan lampu2..
lalu kampung Morten juga..satu2nya kampung yang preserve rumah2 kampung tradisi melayu di melaka ni.
tak pe...next time kita naik waktu malam pulak...
(^-^)v




 
 LEPAK PETANG DI PANTAI KLEBANG.

pantai klebang ni dekat je dengan rumah mak saya.
 kakak putri nak main 'sand castle' katanya...
padahal dia nak sebut sand...
2 petang pergi sana.
1 st petang, masa terhad n kami lepak2 makan dengan parent saya.
so dia tak dapat main sand castle.
esok nye pergi lagi.
saya dan suami biarkan diorang bebas main lari2 kat pasir..

















gambar2 kat sini lagi teruk terbalik nye...hihi...
ampun... ;)

apa yang terbaru dan menarik kat pantai klebang ni (selain coconut milk shake) adalah
BUSTEL.
bas2 lama telah di tukar fungsi nye menjadi hotel dan kedai makan.
saya tak pergi area bustel tu sebab jauh sikit dari pantai.

http://ruby.my/wp-content/uploads/2014/10/wpid-amy92388.jpg 

gambar interior untuk bustel ini boleh refer sini http://ruby.my/2014/10/bustel-pantai-klebang-melaka/


-----
itu lah dia sedikit cerita tentang percutian saya di melaka.
nama je orang melaka, tapi tak pernah pun jalan2 kat melaka.
masa kecik2 dulu pernah jugak..masuk zoo, pegi taman buaya, naik gajah..
lagi pun, cuaca agak tak mengizinkan, musim hujan kan...

next entry...happy birthday natrah! :)

love, zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

tetamu itu pembawa rezeki... :)

 assalamualaikum...
salam ceria di pagi isnin.. :)

kalau dah niat nak buat sesuatu kerja,
(contohnya update blog),
kita kene terus buat kerja tu dulu...
jangan scroll wall fb,nanti tak jadi kerja..
serius tau !!! hehe

pagi2 ni saja nak share dengan korang aktiviti di hari sabtu yang lalu.
busy.
busy sesangat.
sebab, ada rezeki2 yang datang.
faham tak maksud tersirat di sini?
maksudnya adalah, ada tetamu2 yang datang... :)

pakcik saya dari johor memang dah inform awal nak datang sebab nak hantar anaknye masuk Politeknik Ungku Omar.
so, saya pun menanti lah pakcik saya di hari sabtu itu..
tengah sibuk2 kat rumah, tiba2 kawan studio yang dah sekian lama tak jumpa whatsapp kata nak singgah rumah.
sebab husband nya ada gathering kat Seri Iskandar dan langsung nak ke Penang.
actually, both husband and wife pun kawan studio saya.. :)
dan yang lebih mengejutkan, diorang dah on the way ke Ipoh dan dah nak sampai!
oh my !!! kelam kelibut diriku di buat nya...hehe...

akhirnya, sampai juga mereka dalam masa yang sama di tengah hari itu..
Alhamdulillah...
seronok sambut tetamu2 dalam keadaan sekarang ni.
maksudnye, lepas dah tinggal di rumah sendiri-tapi-masih-loan-bank, hehe...
dapat sediakan tempat yang selesa buat tetamu2 tu yang penting..

rindu sangat2 dengan kawan studio ku itu..
seorang gadis yang comel lottey...
in fact sekarang dah beranak 3 pun masih comey macam dulu... :)
always young gitewww...
ni gambar masa study dulu...saya yang tudung hitam, beliau yang tudung turquoise tu..Tengku Anis Qarihah namanya...


seronok sangat sembang2..
sampai maghrib jugak lah anis di rumah saya...hihi..
anak2 kitorang pun seronok main sama2..
siap kakak putri pun anis mandi kan sama masa anis nak mandi kan anak2 dia..
haha..
tak malu sungguh kakak putri..
yang baby2 pun siap dah tido dan bangun semula..


Amani, baby anis dan basyir, keluar sebulan awal dari nailah..


macam2 kami sembang..
tu pun rasa tak cukup2 tu..hehe..
actually suami anis, basyir buat insuran Prudential Takaful.
kakak2 putri dah ada insuran.
baby Nailah dan mama papa nye belum ada insuran lagi.
tu yang nak menabung dalam insuran ni..
untuk masa depan sendiri dan anak2, inshaAllah...

orang sekarang ni pun dah mula sedar kepentingan memiliki insuran.
nak cerita panjang, saya tak reti.
tapi, based on experience 2 orang anak yang dah ada insuran, seriously saya kata ia sangat2 membantu bila anak2 sakit.
yes kami ikhtiar untuk tak sakit dengan amalkan shaklee.
but remember, Allah Maha Berkuasa di atas segalanya.
sihat sakit semua urusan Nya.
jangan lah cakap 'eh..makan shaklee pun sakit?'..
no no no!.. seolah2 kita lupa yang Allah berkuasa atas segala nya.
kita cuma ikhtiar...


apa yang best bila ada insuran adalah, 
1. dapat admit hospital swasta yang jauh lebih selesa dari hospital gomen. - ni semua orang pun mengaku rasanya.

2. proses pembedahan lebih cepat, tak perlu Q.

3. ramai nurse yang akan 'proses' kita bila berlaku sesuatu yang emergency.

4. dokter boleh jalankan treatment dengan lebih terperinci ketika itu jugak. maksudnya tak de lah kene tunggu next appointment yang makan masa sebulan atau berbulan2.

5. wad yang super selesa dan privasi. untuk orang2 islam saya rasa privasi tu sangat penting. kita nak solat, nak bukak tudung, tak de masalah. 

6. boleh teman pesakit. kalau kita amik single room, satu family nak teman pun tak de masalah. sebab ni memang saya xperien..hehe
masa tu natrah demam. saya request bilik sorang. 
guest what? 
macam bilik hotel tau..
bilik besar siap ada almari dan meja-4-kerusi.
bilik air superb.
tv.
extra katil.
menu boleh pilih.
dan masa tu saya belum ada baby nailah lagi.
kitorang 1 family, putri-papa-saya ,teman natrah kat hospital.
siap bawak laptop,download muvi...
sebab wifi free...haha..
budak2 pun siap gaduh2...
sebab natrah demam biasa saja...
esok nye, siap mama papa bangun lambat sebab syok sangat tido..
dengan langsir tak selak nye...
bangun2 tengok ada surat kabar nurse bubuh..
bila masa nurse datang pun tak sedar..hihi.
melampau sungguh!

7. dapat duit base on berapa hari kene admit..nak panggil ape ke..pampasan kot...
contoh macam saya amik insuran untuk anak2 saya, saya pembayar.
bila anak2 admit, insuran akan bayar certain amount kepada saya sebab saya kene jaga anak2 saya. duit ni sebagai pampasan kepada saya untuk 'cuti' yang saya kene amik utk jaga diorang..lebih kurang gitu lah...

8. waktu melawat bila2 masa. kalau sedara mara datang dari jauh nak melawat, boleh terus masuk wad.tak perlu tunggu 'waktu melawat'.

tu yang saya tahu nak cerita.
bab2 berapa kita akan dapat kalau accident ke, hilang upaya ke, tu semua korang kene contact Basyir sendiri lah...
klik kat nama beliau tu ye..saya link kan ke FB beliau...
boleh hubungi beliau direct untuk buat appointment.

cerita punya cerita, tak sedar dah jam 6 petang!
haha...
ni lah akibat bila sahabat lama tak jumpa.
anis n basyir kene datang lagi ni, overnite kat sini pulak ek...
kanak2 pun seronok main sama2..
saya pun tumpang seronok sebab kakak putri dah semakin suka nak berkawan..
:)

ini lah kami setelah beranak 3.. :)
selfie itu wajib di zaman ini..hehe..
ceria je family anis..
family saya skema je.. ;)
kene belajar lah amik gambar ceria2 gitu....

geram dengan boboiboy anis tu..
siap la ammar..
aunty jumpa ammar lagi, aunty nak 'tangkap' dia!
 

love, 
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

apa transformasi anda dalam 5 tahun?


saya scroll ig saya, lalu saya terbaca 1 qoute ni..

IF YOU DONT KNOW WHERE YOU WANNA BE IN 5 YEARS, YOU'RE ALREADY THERE!
 lepas tu saya pun tanya anak2 bisnes saya, di mana mereka dalam 5 tahun akan datang?

ada yang share...serius saya terbayang2 dimana dia berada walaupun dia hanya 'tulis' saja..

ada yang tak share...mungkin malu nak share..

ada yang tak tahu...dan akhirnya dia pun share...dan of course, saya dapat bayangkan di mana dia berada 5 tahun akan datang.

tu kisah anak2 bisnes saya...tidak le saya nak share kat sini..biar diorang sendiri share dalam blog atau fb diorang.



siapa saya dan di mana saya 5 tahun YANG LALU.
saya seorang interior designer di company swasta kat ipoh. 
gaji setelah 5 tahun bekerja tak sampai rm2000. 
standard gaji kat ipoh. 
pegi kerja pukul 8.45 dan balik kerja pukul 6. 
hari sabtu kerja sampai pukul 1.
hari ahad je dapat spend banyak masa dengan anak2.
dan hari ahad jugak lah saya pulun buat part time job untuk dapat income lebih.
hasilnye, bukan nye menambahkan income tapi saya semakin tak cukup rehat dan kerap demam selsema.
sebab saya tak de modal nak bisnes besar2.
modal saya cuma kudrat saya dan kemahiran saja.
saya juga seorang yang kuat nangis.
sikit2 nak nangis.
sampaikan suami dah malas nak layan, emo tak tentu pasal dan sikit2 nak terasa.
low self esteem. 
seriously, saya memang selalu rasa rendah diri dan rasa banyak sangat kekurangan.
solat wajib, alhamdulillah saya buat penuh.
solat2 sunat yang saya biasa buat cuma solat hajat.
tu pun sebab baaaaanyak sangat hajat.
hanya Allah je yang boleh tunaikan hajat saya.
alquran memang saya suka baca.
zikir2 tu jarang.
selalu lepas solat saya terus doa.
tak zikir pun.


siapa saya dan di mana saya sekarang.
saya sekarang berada di rumah.
di sisi saya sekarang ni anak2 sedang bermain2 sesama diorang.
saya sedang menaip, tulis blog tentang diri saya yang sekarang.
saya sekarang buat bisnes online <-- salah 1 hajat yang saya selalu minta kat Allah.
dah setahun 2 bulan saya berhenti kerja interior designer dan buat bisnes online ni secara full time.
income bisnes saya sekarang ni, paling banyak adalah 9x ganda gaji 5 tahun bekerja.
saya bebas kemana2 saya nak pergi.
saya gembira dapat bersama anak2 saya setiap masa.
saya dah tinggal di rumah sendiri dan ada dapur idaman yang saya design sendiri.
saya dapat beri duit lebih banyak pada mak ayah saya.
saya dapat bayar zakat dan sedekah lebih banyak kepada yang memerlukan.
saya juga dapat menabung untuk tabung haji mak ayah saya.
apa yang lebih menggembirakan saya adalah, kesihatan saya lebih baik dari dulu.
saya jarang sekali kene demam selsema macam dulu.
saya jugak lebih bertenaga dan rajin dari dulu.
orang kata, kalau keperluan nutrisi harian kita cukup, kita tak menguap2 di siang hari, emosi kita lebih baik dan gembira selalu dan insyaAllah sihat2 selalu.
itu lah yang saya alami sekarang.
Alhamdulillah...
saya dah berani tonjolkan diri dan serlahkan kelebihan diri saya.
saya dah tak nangis2 dan lebih kental menghadapi saat2 yang menyakitkan hati saya.
saya ada ramai kawan2 yang sama bisnes dengan saya.
sama2 berkongsi ilmu, berkongsi tips, berkongsi cerita.
dan sama2 berkongsi rahsia bisnes juga.
hebat kan mereka!
murah rezeki mereka...
rakan2 bisnes saya juga bukan calang2.
bukan sekadar mengajak buat sales saja.
tapi lebih dari itu.
ajak solat sunat tahajud, hajat, dhuha dan taubat.
ajak bersedeqah dan kerapkan zikir.
ajak berlapang dada.
dan macam2 lagi amalan rohani yang di kongsi.
Alhamdulillah sangat2.
dalaman saya betul2 terisi.


siapa saya dan di mana saya 5 tahun YANG AKAN DATANG.
5 tahun akan datang...
saya sudah bergelar Presidential Master Baizura Baharom & Shaiful Bahari.
million dollar earner.
mungkin dah ada 5 orang anak..mungkin la..hehe...
saya tinggal di rumah banglo atas bukit meru.
ada tanah yang luas di hiasi dengan pokok2 buah2an tempatan.
pokok rambutan, pokok jambu, pokok pelam..
kalau ikut hati, pokok durian pun saya nak tanam tapi suami saya tak kasi.
ada pokok kelapa jugak. yang rendah tu.senang je nak petik buah nya.
keliling rumah saya di penuhi pokok2 jadi nya orang luar tak boleh nampak dalam rumah.
lepas tu, ada swimming pool untuk anak2 saya berendam.
saya pun bebas nak mandi situ,tak risau orang luar nampak.
sebelah swimming pool ada taman yang cantik di hiasi dengan bunga2 pelbagai warna.
ada gazebo jugak untuk saya rehat2 di waktu petang sambil tengok anak2 main air.
tiap petang, saya dan suami akan minum petang kat situ sebab suami saya pun dah sama2 kerja dari rumah dengan saya.
hasil saving dari bonus shaklee, saya dan suami bukak restoren steamboat and grill kat ipoh, adik ipar saya yang handle.
bila2 rasa nak makan kambing grill, kami 1 family pegi restoren kami.
sejak suami saya dah bekerja sendiri, kami selalu solat jemaah bersama2.
ada masanya suami saya akan solat di surau tapi solat maghrib dan isyak mesti suami saya yang imamkan solat saya dan putri2.
setiap pagi saya akan bukak pintu sliding kat bilik tidur saya yang direct dengan taman.
kat taman ni ada air pancut dan kolam ikan.
bunyi air pancut tu dan pohon2 hijau di taman amat menyegarkan.
kat taman ni jugak ada area untuk saya coaching2 santai dan lepak2 dengan anak2 bisnes.
suasana yang nyaman boleh mendatangkan idea yang hebat2 dari anak2 bisnes.
sementara kami mak2 bercoaching, anak2 pulak main dekat playground yang ada dekat2 kolam ikan.
ada anak2 yang suka tengok ikan akan happy tengok ikan berenang2.
tak cukup coaching2 kat rumah, saya, suami dan anak2 kandung akan jelajah ke seluruh malaysia untuk bertemu anak2 bisnes.
belanja anak2 bisnes makan kat tempat makan best2.
setiap minggu penuh dengan aktiviti.
termasuk lah aktiviti balik melaka selama seminggu setiap bulan.
anak2 saya memang happy sangat dapat balik melaka sebab rumah nenek besar, kata diorang.
banglo setingkat atas tanah lot yang luas.
puas anak2 main lari2 kat taman yang di hiasi pokok2 bunga.
swimming pool pun ada jugak.
atuk lah yang tolong tengokkan anak2 saya sementara saya dan emak sibuk masak memasak kat dapur mak yang luas dan cantik sangat.
mak pilih konsep moden klasik untuk kitchen kabinet dia.
maklum lah, orang lama...hihi..
 bila dah cukup seminggu kat kampung halaman, tiba lah masa untuk pulang ke ipoh semula..

----- 

itu lah saya 5 tahun akan datang.
 anda bagaimana?

jom sama2 kita cipta masa depan kita.
setiap malam kita baca plan kita, kita bayangkan dan 'rasa'kan ia sebelum tido.
terbaik kalau kita print dan tampal di tempat yang kita selalu tengok.
kerapkan sebut dan bayangkan.
inshaAllah, apa yang kita plan tu, akan jadi kenyataan.
cuba buat, k..

kalau korang nak share SIAPA KORANG DAN DI MANA KORANG 5 TAHUN AKAN DATANG di ruang komen amat2 lah di alu kan...

oh ye...lagi 1 tips kalau nak ia betul2 terjadi, kita kene cerita kat orang impian kita.
ni mesti buat!

cuba ya....
sama2 kita doakan impian sahabat2 kita..
:)




love, 
                      zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com