fast reading technique programme.

assalamualaikum n hi.. :)
hari ahad yang lalu ada program untuk parents Little Caliphs.
compulsory! kalau both father mother tak boleh datang, salah sorang mesti datang.
tertanya2 gak...
kenapa kah?
dah la tajuk nye pun macam nak ajar kita belajar membaca je..
bukan ke patut tu anak2 yang kene belajar membaca, bukannya parent.

so, petang ahad tu gigih kami datang setelah pujuk bebaik putri2 saya.
maklumle..diorang nak ikutje la kan..
pagi tu dah ajak dah pegi jalan-jalan-cari-makan-dulu..
kami jarang berpagi-pagian di hari cuti.
tapi pagi tu kami keluar pagi ke Lowkin atau nama lainnya Pasar Karat.
jarang dapat pergi sebab habibi selalu kerja hari ahad.
haa..tengok tu duta shaklee pergi pasar karat.
kengkawan luar ipoh, kalau datang ipoh, ni salah 1 tempat yang anda wajib pergi!
especially yang suka barang-barang antik.
macam-macam barang2 lama anda boleh jumpa kat sini..
kadang-kadang sampai rasa, 'eh..benda ni macam untuk di buang je..pun diorang nak jual ke?' hihi..
korang pergi je..nanti korang tau lah...
;)

saya confirm diorang nak ikut nanti..
tu yang saya belikan frozen untuk diorang.
bagi happy sikit.

bila kita happy kan orang lain, Allah pulak yang akan happy kan kita.lagi hebat kan?Allah sendiri yang happykan kita...

ada kisah di sebalik sungai kinta ni..
masa mula2 sampai, kami parking kat tepi sungai ni..
dua orang beradik ni pun 'kagum'.
diorang memang sangat kagum bila tengok 'ayor'..hehe..

"wahh....ayor lah!"
"wah!!!"
"ayor apa tu dik?"
"ayor....ayor lah"
"bukan lah! tu ayor laut!" jerit kakak putri...
haha...confident je dia kata ayor laut.
(^_^)

itulah kisah di pagi ahad tu...
sampai pukul 12 jugak lah ronda2 kat pasar karat tu..
dah tengah hari pun ramai orang lagi...


sambung cerita program LC untuk parent tadi...

Yes..program ni memang mengajar kami membaca dengan cepat!
kami...parent...

talk telah di sampaikan oleh Founder LC, Puan Sabariah Faridah.

tersangat2 best!
teruja sangat dapat dengar suara beliau.
bukan calan-calang wanita ni!
hebat wanita ni kerana berjaya mencipta 1 program pembelajaran untuk anak2 tadika dan berjaya bukak sekolah private sendiri.
beliau ada 'matlamat' ketika mula-mula tubuhkan tadika beliau.
matlamat beliau jelas untuk melahirkan Little Caliphs di Malaysia ni.
perjuangan beliau jelas dalam membangun kan program beliau iaitu,
"Pelajaran Merentasi Agama"
apa yang di ajar pada anak2 semuanya di kaitkan dengan agama.
kalau biasa kat sekolah tadika lain anak2 belajar A untuk Ayam atau A untuk Ayah,
tapi kat LC, anak2 akan belajar A untuk Allah, B untuk Bismillah..
mereka ada buku mereka sendiri.

so dalam program ni,
beliau tunjuk macam mana  kaedah yang mereka guna untuk ajar anak2 cepat membaca.
bukan kaedah 'boleh membaca' tapi 'cepat membaca'.
diorang ajar kat parent supaya parent boleh ajar anak2 kat rumah untuk bantu anak2 lagi cepat membaca.

seronok sangat..
saya pun tak boleh la nak ajar kat sini sebab ia melibatkan pergerakkan dan verbal..
lagipun program ni teacher fari punya idea..bukan saya...
(^_^)
sikit2 tu boleh la saya share...



ni student saya... (^_^)v
pastikan keperluan mereka semua dah siap ye...makan...mandi... dan of course suplemen.
saya cadangkan anda berikan Meal Shake untuk perut rasa kenyang. bila rasa kenyang selesa anak2 nak belajar.
lagi 1, Omega Guard untuk membantu kuatkan daya ingatkan diorang.




ini reading kit yang di gunakan..
flash card and buku cepat baca.
flash card tu tulis:
a   ba  ca   da   fa   ga   ha    dan seterusnye...
kaedah nye macam iqra'
kita tak ajar mengeja tapi kita ajar diorang terus membaca...
dan setiap suku kata tu, ada pergerakkannya...
contoh nya,  a   
pergerakkannya seperti menjerit arghhhh!!!!
tujuannya supaya anak2 kita menggunakan kedua-dua otak, otak kiri dan otak kanan, dalam proses pembelajaran.



ni contoh isi kandungan buku cepat baca tu..
macam iqra'..
kakak putri dah mahir dah baca  a - ba - ca sampai za


sekarang ni, dia pulak tolong saya ajar adik dia membaca... :)

adik putri ni rajin bebenar nak belajar...
semalam saya dah start ajar dia..hari ni, bangun pagi je terus cakap, "mama nak blaja....."
actually dari siang lagi dia request nak belajar...hihi
tekun gak dia masa saya ajar sebut a - ba - ca - da tu..sebab ada pergerakkan sekali..tu yang buat dia teruja nak belajar...
beza sangat kalau saya cuma ajar A_B_C_D_E kat dia..
dia nampak kurang minat dan cepat bosan...




Little Caliphs Story Book...khas untuk anak2 yang menangis bila pergi sekolah... :)
ada 2 buku cerita beliau yang saya beli masa program beliau hari tu tapi masih simpan kat tempat tersembunyi..
kalau putri2 ni berselisih faham nanti baru saya keluarkan... ;)


alhamdulillah...
program yang sangat2 penuh dengan ilmu untuk 'membesarkan anak2'
setelah selesai talk tu, sempat lah saya bertemu 4 mata dengan wanita hebat ni..
tadi tengok dari jauh je..
bila tengok dekat2, cantik nye beliau...
(^_^)v

terima kasih sangat2 kepada LC sebab anjurkan program ni..
rasa sangat berbaloi hantar anak ke tadika ni..
mudah mudahan, putri naurah shafwana akan terbentuk peribadinya menjadi wanita solehah dan hafizah bila besar nanti...
insyaAllah aamiin...

--

balik tu, agak lewat sampai rumah.
kakak putri dah bising2 kenapa mama lambat.
mama kata nak balik cepat.
dia bebel-bebel..
lepas tu, non-stop dia bersembang dengan saya!
wah wah...
rindu saya gamaknya....
sampai saya rasa tak daya nak melayannye sebab penat sangat...hihi...

sebelum  rasa penat tu, sempat la saya tunjuk kat dia apa yang saya belajar tadi..
mata dia bersinar2..
teruja sebab saya ajar apa yang teacher dia ajar..
alhamdulillah...dia dah boleh baca 2 suku kata rupanya..
tapi masih belum lancar lagi...
kalau ikut kata Teacher Fari tadi, by May diorang dah boleh membaca suku kata terbuka..
insyaAllah...
lagi Teacher Fari pesan, parent kene spend at least 5 minit untuk ajar anak2 membaca.
sebabnya, LEADERS ARE READERS, READERS ARE LEADERS.
nak jadi leader kene pandai membaca dulu...
(^_^)


Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang memberi ilham kepada Teacher Fari untuk melaksanakan pembelajaran ini.

semoga, impian beliau untuk melahirkan pengganti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan terlaksana satu hari nanti...
aamiin....


love, 
 zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

0 comments:

Post a Comment

❤,
Baizura Bahar,
Pengedar Shaklee Chemor, Perak.