Selamat ber'tadika' Putri-putri.

Alhamdulillah..
Setelah berhari2 keliru nak hantar putri2 ke tadika mana tahun depan, akhirnya terjawab jugak kekeliruan ku..

Bincang2 dengan habibi semalam, sambil tunjuk list yuran putri untuk tahun depan, habibi decide nak tadikakan diorang kat tempat yang sama.
Habibi pun suka tadika lama putri.

Kebetulan hari ni open day untuk pendaftaran murid2 tahun depan, kitorang pun decide untuk daftarkan kedua2 nya hari ni..
Untuk booking tempat, boleh bayar rm500 dulu..
Lepas tu, boleh bayar ansur2 sampai lah bulan 12 nanti.
Tak la rasa beban sangat untuk bayar lumpsum..
Alhamdulillah..lega rasanya..
InsyaAllah..rezeki anak2 sentiasa ada.
Yakin dengan janji Allah...
(^_^)


Selamat ber'tadika' ye putri2 mama..
Semoga putri2 lebih erat dan tak gaduh2 lagi lepas ni..
Maybe nak kene teacher yang pesan jugak barulah korang nak dengar cakap, kan..
Kalau dengan mama, cakap sejuta kali pun tak jalan...
Sabo je lah...
(^_^)

love,
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

...
Pesanan penaja:
Suplemen terbaik untuk support perkembangan otak diorang adalah OMEGA GUARD SHAKLEE.
Maksud suplemen adalah makanan tambahan.
bukan ubat.
tapi makanan.
sama macam kita bagi anak2 kita makan scot emulsion ke atau vitamin2 lain.
yang membezakannya adalah jenama.
pilihan saya semestinya OMEGA GUARD SHAKLEE.
(^_^)

berminat untuk anak anda?

Hubungi saya seperti nombor telefon di atas...
(^_^)

Trip to Kelantan & Royal Belum.


ini kali kedua saya ke kelantan.
kali pertama ketika darjah 5, ikut rombongan sekolah.
sempat gak berkenalan dengan sorang mamat kelantan..haha..
serius!
siap pos2 gambar lagi..
gambar dia kat tepi pantai.
dolu2 ada simpan lagi gambar dia sampailah gambar2 lama saya abis musnah sebab rumah sewa terbakar dulu..
bukan musnah sebab dijilat api.
tapi musnah sebab basah kene air bomba.. :)

kali ni ke kelantan sebab nak hantar rombongan pengantin perempuan, iaitu adik ipar saya..
saya sangat suka perjalanan ke sana..
tambah2 jalan lengang dan tak banyak lori..
smooth aje..
damai menikmati kehijauan, tasik2, sungai2, rumah kampung dan binatang2 liar jugak..
(ternampak bab* hutan!)



tapi sayangnya sedang berlaku pencemaran udara..
jerebu amat tebal sampai menutupi atmosfera..

kalau nampak langit membiru, bukit bukau menghihau, mesti lagi best... :)

panjang perjalanan nye..maklum lah..konvoi 3 kereta..
dan setiap kereta ada baby sebagai penumpang..
tambah2, semua pun 1st timer..so tak tahu apa yang bakal ada kat depan..
bila ada peluang pegi toilet, semua pun pegi toilet..hehe..

Inilah kanak2 riang yang memeriahkan perjalanan kami ke sana..


ini pulak gambar pengantin nya..


malam majlis tu pulak ada dikir barat..
meriah bukan main..
tapi saya tak berapa nak enjoy sebab nailah tidur..
kene riba dia atas bahu sepanjang masa..

esoknya, kami ke pasar siti khadijah..
saya beli sikit cenderahti untuk orang lain..
untuk diri sendiri, just beli sepasang kain..
entah bila nak jahitnye..hihi..
tapi sungguh rambang mata melihat kain2 pasang kat sana..
boleh pengsan kot! ;)

lepas tu, suami ajak ke rantau panjang..
jalan2 dan beli tudung lak kat sana..
instant shawl ada manik2, rm18.
murah kot! kan??
baru ni tengok2 stall tudung kat mydin, tudung gini semua rm25  keatas..
lepas tu makan tengahari.
tekak saya lately nak makan tomyam aje..
so, order bihun tomyam..
mashaAllah....sedap gila!!!!
dia celur bihun dia pun perfect!
memang superb sangat2 bihun tomyam tu..
ya habibi, kalau ngidam cemana?
kene pergi rantau panjang lagi lah nampak nye...hehe...

lepas tu kami pun balik..
lebih kurang pukul 3 jugaklah baru gerak dari rantau panjang tu..
jalan pelan2..
dalam pukul 5, sampai kat perhentian titiwangsa.

Best perhentian ni..
Masa ke kelantan tu, hujan lebat n angin kuat.
Tak dapat nak tengok bawah bukit.
Masa balik ke ipoh ni, alhamdulillah cuaca lebih baik...

Tengah duduk2 makan, tiba2 habibi kata nak check in kat tasik banding..
Saya on je...maklumlah..keje sendiri..hehe


Berehat lah kami 1 malam kat sana..
Memang rehat sungguh2..
Line tenet pun siput2 sedut je kat sana..
Pastu, bateri hp saya cepat kong..dah nak kene tukar agaknya..
Tu yang tak banyak gambar tu..
Boleh kata most of the time hp saya mati sepanjang vacation ni..

Esok nya bawak putri2 mandi swimming pool jap..

Walaupun berjerebu, bagi lah jugak chance kat putri2..
Saya dan nailah tengok aje..

Seronok kemain diorang dapat tidur hotel.
Mama kecik2 dulu tak merasa pun tau..
Ni pun, masa nak balik, natrah cakap nak tidur hotel kl pulak..
Amboi amboi...

Sekian saja pengalaman saya dan anak2 ke kelantan..
Ada rezeki kita pergi lagi..
Borong keropok ikan banyak2...
(^_^)v


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Musim jerebu ni, suplemen terbaik yang dapat bantu kita tingkatkan sistem imun adalah, Nutriferon.


Ianya mengandungi interferon yang bertindak sebagai agen untuk beritahu sistem imun tubuh anda yang tubuh anda sedang dijangkiti bakteria atau kuman.
Signal pantas dari agen ini akan mempercepatkan proses penyembuhan dari sebarang penyakit..insyaAllah..

Ianya dalam bentuk serbuk. Boleh di makan begitu sahaja atau dibancuh dengan air biasa.
Dalam gambar tu saya bancuh bersama2 performance drink, minuman hidrasi yang terunggul dari shaklee.

Dapat kekalkan hidrasi tubuh kita.
Tambah2 waktu sekarang ni kan..kalau kurang air dalam badan pun mudah dapat sakit sebab sistem tubuh kita tak dapat berfungsi dengan sempurna.

Hubungi saya untuk dapatkan nutriferon anda!

Selamat pengantin baru adinda ku, Dzulhakim + Shamimi


tanggal 3 oktober,2015...
adinda saya Dzulhakim telah selamat diijabkabulkan dengan permasuri hatinya Shamimi..
alhamdulillah..
adik saya nikah gantung.
kenduri both sides akan berlangsung pada bulan 12 nanti, insyaAllah..

semua family saya hadir kecuali saya..


agak sedih jugak bila tengok gambar diorang semua..
walaupun zahirnya kami tak nampak rapat dan erat, tak bergurau tepuk tampar, tak share cerita sama2, tapi jauh di sudut hati saya, saya sayangkan adik beradik saya semuanya.
kalau boleh, memang nak ada bersama2 mereka pada hari2 penting mereka..
tapi tak de siapa yang mengerti perasaan saya..
tak de siapa yang cuba memahami..
tak apa lah..Allah ada sentiasa bersama saya, mendengar rintihan saya..

okey..tak nak sedey2 k... <--- ucapan untuk diri sendiri...hehe

just enjoy the photos yang saya ambil dari FB adinda saya...
(^_^)






Buat adikku Zul dan Mimi..
kak wa doakan kalian sabar dan tenang menjalani hidup berumah tangga..
saling melengkapi kekurangan masing2 dan terima kekurangan masing2 dengan hati terbuka..
semoga bahagia sentiasa bersama kalian dan sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah..
jadilah suami isteri yang soleh dan ibubapa yang penyayang...


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Hari perjumpaan teacher putri dan ibu bapa.

Assalamualaikum n hi...
a very2 long time no see...hihi..
bila diri mula busy kat rumah, (urus anak2 dan kerja2 rumah) mula lah badan cepat rasa penat.
maklum lah..umur dah masuk 30 an tau..
nak bekerja macam masa umur awal 20 an dulu, memang tak dapat la kan..
walaupun suplemen shaklee ada membantu, rehat tetap kene rehat..
malam2 memang cepat je dapat lelap bila dah baring tu.. :)

banyak nak cerita..
maklumlah..di blog inilah tempat saya meluahkan segala isi hati yang saya suka nak share dengan saudara2 saya yang suka membaca.. :)

start cerita hari ni dulu lah ye...
pastu kita throwback...hehe..

hari ni saya jumpa teacher putri.
kiranya macam hari perjumpaan guru dan ibu bapa lah..
sepatutnya hari sabtu lepas..3hb oktober..tapi kami ke kelantan hari tu..

so far teacher komen yang molek2 je kat putri..
suka membaca..fast learner..suka bertanya teacher,,suka follow teacher..hehe..
banyak improvement dia dari assessment untuk 1st semester..
(semester ke? tadika pun pakai semester ke?)
but still ada kekurangan kan...
dia cepat give up..
kalau kene buat latihan selalu malas nak siap kan..
kurang bergaul..
but its okey... dia masih lagi tadika kan..
banyak lagi yang dia kene belajar dalam hidup ni..
yang paling best nak dengar, putri antara top 5 kat kelas dia...
(^_^)
nampak je malas2 baca, malas2 buat latihan dan cepat give up..
tapi putri sebenarnya seorang yang perfectionist.
dia nak semua benda yang dia buat tu perfect.
sebab tu dia mudah give up bila dia buat something tu tak capai tahap piawaian dia..hehe..

yang paling saya suka bila jumpa teacher dia adalah, teacher akan bagi art work yang dia buat kat sekolah...
seronok tengok.. (^_^)
maklum lah..mama dia entah-apa-yang-di-busy-kan-nya-tak-sempat-buat-apa-apa-aktiviti kat rumah.. ;p

ni antara art work dia..






honestly, saya suka tadika dia..
environment dalam tadika tu rasa tenang dan lapang..
Putri cepat belajar kat sana.
Dia dah pandai baca.
Dia dah pandai tulis.
Alfatihah dah pandai.
Banyak lagi lah..
Memang nampak progress dia.

Saya suarakan kerisauan saya kat teacher yang putri tak berapa minat nak baca kat rumah.
Teacher terkejut.
Teacher kata kat tadika dia selalu ajak teacher baca.
Tapi bila suruh buat latihan, liat sangat.
Saya pulak terkejut.
Sebab kat rumah,dia suka sangat buat latihan.
Kadang2 saya tengah masak dia angkut buku dia ke dapur.
Saya tengah solat, dia tunggu kat sebelah.
Abis je saya doa dia terus tanya saya.
Tak pun, tengah nak makan dia bawa sekali buku dia..
Emm..ceredik jugak..
Balance lah kiranya pembelajaran dia..
(^_^)


sayang rasanya kalau nak tukarkan putri ke tadika lain..
sebenarnya saya sedang berfikir2 nak tukarkan putri ke tadika lain..
sebabnya, tahun depan adik dia pun dah nak dihantar ke tadika..
kos lebih la kan..hehe
tu yang ingat nak hantar tadika yang sama dengan natrah nanti..
tapi hati ni masih berbelah bahagi..
oh Allah..berikan ku petunjukMu...


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info