Showing posts with label NutriFeron™. Show all posts
Showing posts with label NutriFeron™. Show all posts

Suplemen Shaklee untuk Keracunan Makanan, Cirit Birit dan Muntah.

2 minggu lepas, bergilir gilir anak saya tak sihat.
Start dengan kakak putri, muntah2 sampai admit.
Doktor sahkan keracunan makanan.
Esoknya, saya pulak cirit birit dan muntah.
Flat terus tengah hari tu..tak lalu makan langsung..dan tak boleh bangun jugak.
Bila bangun je kepala pusing2 n terus rasa nak muntah.
 Tapi menjelang malam, alhamdulillah..getting better dan mula ada selera makan.
Siap order air kelapa n bihun sup kat suami..hehe..
Nanti saya share, macam mana saya boleh recover tanpa makan antibiotik pun..

Lepas tu, natrah pulak demam.
Demam biasa saja. Tapi sesekali merengek jugak lah.
Bila kakak putri keluar dari hospital, dia kene HFMD pulak. Banyak gila rashes naik kat tangan n kaki dia. Tak tidur dia malam tu dok menggaru dan merengek.
Lepas putri dah tak gatal2 (tapi rashes masih ada), Nailah pulak kene HFMD. Tapi tak seteruk kakaknya.

Esoknya pulak, Natrah muntah2 dan demam. Petang tu dah tak muntah so malam tu sedaplah dia makan roti balut sosej goreng. Elok je sihat nampaknya tapi sesekali ada dia mengadu sakit perut.
Tiba2, muntah pulak.. Tapi malam tu, sekali tu je lah dia muntah..
Esoknya, semua getting better..
Alhamdulillah...

MashaAllah...
Bergilir gilir anak2 tak sihat..
Mujur opah ada, dapatlah gilir gilir jaga diorang.
Saya redha dan syukur dengan ujian Allah..
Pasti Allah nak beri sesuatu yang sangat istimewa buat kami sekeluarga.. InsyaAllah aamiin..😊

Dan yang saya paling syukur adalah, Fauzan tak jangkit langsung.
Demam pun tak..
Padahal, dia 24jam melekat dengan saya.
Masa kakak putri baru masuk wad, saya terpaksa jaga putri..
Sebab habibi ada hal..
of course Fauzan sekali..siap baring atas katil putri lagi..

Tu lah kan..kuasa Allah...
Kalau Allah nak beri sakit, protect la macam mana sekali pun, makanlah berbotol botol vitamin C sekali pun, makanlah berkotak kotak nutriferon sekalipun, kalau Allah kata 'sakitlah kamu...' maka sakit jua lah kita.

Kalau Allah nak lindung, terdedah lah dengan virus sekali pun, kalau Allah kata 'virus takkan menjangkitimu..' maka sihat lah kita..
Buktinya, Fauzan tak jangkit walaupun sentiasa dikelilingi kakak2 yang tak sihat dan bervirus.
Syukur ya Allah...

Anak2 saya ni, actually jarang makan shaklee.. 😁
Mama dia je yang konsisten makan tapi diorang tak.
Just lately, saya selalu masukkan Meal Shake dalam air coklat diorang. And lepas semua dok sakit2 je ni, saya tambah nutriferon sekali. Nutriferon tu kalau suruh makan gitu je, natrah je yang suka makan. Yang lain2 memang tak makan. So, bila bubuh dalam air macam ni, diorang tak rasa pun.. Nutriferon ni untuk kuatkan antibodi diorang untuk serang sendiri virus2 yang menyerang.


Apa yang saya consume untuk saya pulih sendiri dari muntah2 dan cirit birit?

1. Nutriferon. Saya makan 1 sacet setiap 5 jam.
2. Sr Vitamin. Saya makan 2 biji setiap 5 jam.
3. Air garam. Untuk kembalikan bendalir dalam tubuh. Ni sebab saya tak de stok Performance Drink. Suppose minum PD pun insyaAllah membantu.





Saya elakkan minum sebarang air dalam tempoh 2-3 jam untuk elakkan saya muntah lagi. Selagi 'usus saya meradang', selagi tu saya akan muntah tiap kali air atau makanan masuk melalui mulut.
So..saya terpaksa biarkan diri saya lemah selemah lemahnya dan saya tidur.

Petang tu, saya minum sikit2 air garam dan mula ada energy n selera makan.

Macam tu jugak saya buat pada anak2 saya yang muntah2. Saya terpaksa minta diorang 'puasa' seketika.
Dan saya suruh diorang tidur je..
Nampaknya, kaedah ni insyaAllah bantu kami lebih cepat sihat.

Bila saya dah bebetul recover (dah boleh makan dan minum tanpa muntah), baru lah saya ambil Garlic pulak. Garlic ni antibiotik semulajadi.
Since garlic ni kene makan with food, sebab tu saya tak makan masa perut saya tengah kosong tadi.
Tujuan saya ambil Garlic ni, lebih kepada untuk pertahanan badan Fauzan.
Yela..dia belum kene apa2 masa tu..kiranya macam protection untuk tubuh dia.

Amazingly..dengan kuasa Allah..
Fauzan tak dijangkiti pun...
Syukur alhamdulillah...
😊😊😊

Apapun saya redha..ini yang Allah tulis untuk kami sekeluarga..
Habibi terpaksa cuti sampai abis cuti dia.
Dan saya doakan, semoga satu hari nanti, habibi saya akan punya masa sendiri.
Tak perlu lagi nak apply cuti untuk jaga kami...
Doakan juga ya... 😊
Aamiinn...

See..my anje boy yang kuat. 💪💪


love,
 zura bahar 
 Pengedar Sah Shaklee. 

 Order atau keahlian Shaklee? 
whatsapp 016.595.2771
 --------------- 
 kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Trip to Kelantan & Royal Belum.


ini kali kedua saya ke kelantan.
kali pertama ketika darjah 5, ikut rombongan sekolah.
sempat gak berkenalan dengan sorang mamat kelantan..haha..
serius!
siap pos2 gambar lagi..
gambar dia kat tepi pantai.
dolu2 ada simpan lagi gambar dia sampailah gambar2 lama saya abis musnah sebab rumah sewa terbakar dulu..
bukan musnah sebab dijilat api.
tapi musnah sebab basah kene air bomba.. :)

kali ni ke kelantan sebab nak hantar rombongan pengantin perempuan, iaitu adik ipar saya..
saya sangat suka perjalanan ke sana..
tambah2 jalan lengang dan tak banyak lori..
smooth aje..
damai menikmati kehijauan, tasik2, sungai2, rumah kampung dan binatang2 liar jugak..
(ternampak bab* hutan!)



tapi sayangnya sedang berlaku pencemaran udara..
jerebu amat tebal sampai menutupi atmosfera..

kalau nampak langit membiru, bukit bukau menghihau, mesti lagi best... :)

panjang perjalanan nye..maklum lah..konvoi 3 kereta..
dan setiap kereta ada baby sebagai penumpang..
tambah2, semua pun 1st timer..so tak tahu apa yang bakal ada kat depan..
bila ada peluang pegi toilet, semua pun pegi toilet..hehe..

Inilah kanak2 riang yang memeriahkan perjalanan kami ke sana..


ini pulak gambar pengantin nya..


malam majlis tu pulak ada dikir barat..
meriah bukan main..
tapi saya tak berapa nak enjoy sebab nailah tidur..
kene riba dia atas bahu sepanjang masa..

esoknya, kami ke pasar siti khadijah..
saya beli sikit cenderahti untuk orang lain..
untuk diri sendiri, just beli sepasang kain..
entah bila nak jahitnye..hihi..
tapi sungguh rambang mata melihat kain2 pasang kat sana..
boleh pengsan kot! ;)

lepas tu, suami ajak ke rantau panjang..
jalan2 dan beli tudung lak kat sana..
instant shawl ada manik2, rm18.
murah kot! kan??
baru ni tengok2 stall tudung kat mydin, tudung gini semua rm25  keatas..
lepas tu makan tengahari.
tekak saya lately nak makan tomyam aje..
so, order bihun tomyam..
mashaAllah....sedap gila!!!!
dia celur bihun dia pun perfect!
memang superb sangat2 bihun tomyam tu..
ya habibi, kalau ngidam cemana?
kene pergi rantau panjang lagi lah nampak nye...hehe...

lepas tu kami pun balik..
lebih kurang pukul 3 jugaklah baru gerak dari rantau panjang tu..
jalan pelan2..
dalam pukul 5, sampai kat perhentian titiwangsa.

Best perhentian ni..
Masa ke kelantan tu, hujan lebat n angin kuat.
Tak dapat nak tengok bawah bukit.
Masa balik ke ipoh ni, alhamdulillah cuaca lebih baik...

Tengah duduk2 makan, tiba2 habibi kata nak check in kat tasik banding..
Saya on je...maklumlah..keje sendiri..hehe


Berehat lah kami 1 malam kat sana..
Memang rehat sungguh2..
Line tenet pun siput2 sedut je kat sana..
Pastu, bateri hp saya cepat kong..dah nak kene tukar agaknya..
Tu yang tak banyak gambar tu..
Boleh kata most of the time hp saya mati sepanjang vacation ni..

Esok nya bawak putri2 mandi swimming pool jap..

Walaupun berjerebu, bagi lah jugak chance kat putri2..
Saya dan nailah tengok aje..

Seronok kemain diorang dapat tidur hotel.
Mama kecik2 dulu tak merasa pun tau..
Ni pun, masa nak balik, natrah cakap nak tidur hotel kl pulak..
Amboi amboi...

Sekian saja pengalaman saya dan anak2 ke kelantan..
Ada rezeki kita pergi lagi..
Borong keropok ikan banyak2...
(^_^)v


love,
 zura bahar
hotline: 016.595.2771
---------------
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info

Musim jerebu ni, suplemen terbaik yang dapat bantu kita tingkatkan sistem imun adalah, Nutriferon.


Ianya mengandungi interferon yang bertindak sebagai agen untuk beritahu sistem imun tubuh anda yang tubuh anda sedang dijangkiti bakteria atau kuman.
Signal pantas dari agen ini akan mempercepatkan proses penyembuhan dari sebarang penyakit..insyaAllah..

Ianya dalam bentuk serbuk. Boleh di makan begitu sahaja atau dibancuh dengan air biasa.
Dalam gambar tu saya bancuh bersama2 performance drink, minuman hidrasi yang terunggul dari shaklee.

Dapat kekalkan hidrasi tubuh kita.
Tambah2 waktu sekarang ni kan..kalau kurang air dalam badan pun mudah dapat sakit sebab sistem tubuh kita tak dapat berfungsi dengan sempurna.

Hubungi saya untuk dapatkan nutriferon anda!

Aku doktor Dia nurse.


Baby Nailah mula dedar sejak petang semalam..
Tapi dia meragam sejak dari pagi..
Tau aje lah bila baby meragam..merengek dan kalau baby tu masih bf, dia nak menempel aje..

Sebab apa baby suka menempel bila baby rasa tak sihat?

Ini sebab nye...


Eh salah tepek poster..
Ni sebab nye..


Salah 1 reason nye, to recover from illness.
So ibu2, janganlah kisah pasal nak kemas rumah ke apa ke bila baby yang tengah demam atau tak sihat tu nak menempel je..
Ibu2 layankan je lah..
Itulah masanya untuk ibu2 rehat...
(^_^)

Alkisahnya, bila kakak putri dan baby demam, saya dan natrah akan berlakon jadi dokter dan nurse.
Of course saya doktor..hehe...
Dia nurse saya...

Hari ni, sepatutnya nurse tolong doktor jelum dahi dan badan baby dengan tuala basah..
Tapi tengok lah apa yang jadi...


Pesakit saya dah tersadai jauh dari pembaringan nya..
Dan nurse saya sedang rawat 'orang' lain..

Nak tahu siapa yang dia rawat?

Zoom sikit..


Elok la tu..baby dia pun dah bogel siap2 tu..
Sabar je lah dengan 'nurse' yang banyak akal ni...

Mudah pulak anak2 saya kene demam lately..
Menurut paed diorang, diorang ambil masa sebulan untuk imun sistem diorang betul2 kuat semula selepas di serang influenza B hari tu..

Ni antara vitamin shaklee yang dapat bantu tingkatkan sistem imun anak2 kita.


Kalau baby masih breastfeed, vitamin2 ni boleh di consume oleh si ibu.

Kita ikhtiar dengan shaklee..
Sakit itu datang atas kehendak Allah jua..
Saya doakan,
Semoga kita sentiasa peroleh nikmat sihat dari Allah...
Amiin..


love, 
 zura bahar 
hotline: 016.595.2771 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.info



resdung, alergi dan tungau : bersin pagi-pagi mengganggu aktiviti harian ku


sejak 2 menjak ni, rajin sangat lah saya bersin pagi2.
mungkin jugak rumah terlalu berhabuk sebab tak sapu..hihi...
pastu, terperap je kat bilik ni..
tak de pengudaraan..

lalu, saya pun google gambar bersin nak buat poster ni untuk advertisement,


selain gambar2 orang bersin yang saya jumpa,
saya jumpa jugak binatang ni...


euww..geli tau...
binatang ni nama dia tungau..
dia ni lah yang ada kat habuk2 dan debu2 dalam rumah kita..
tungau ni jugaklah penyebab alergi..
kalau korang selalu bersin2, hidung gatal, asthma...ni semua binatang ni la punye pasal!
secara tepatnye, bukan binatang ni yang menyebabkan alergi tapi bila kita sedut habuk atau makan seafood, kita telah meng'activate'kan dia..
sebab tu lah kita bersin2 dan gatal2.
eii...geli kan bile terbayang binatang ni ada dalam hidung kita..

binatang ni biasanya hidup membiak kat tempat2 hangat, lembab dan terlindung di dalam rumah, contoh nye kat kasut, bantal, karpet, sofa, mainan anak patung, baju, tuala...yang paling mengerikan sekali, binatang ni suka makan serpihan kulit manusia dan binatang !!!
OMG!!

tungau ni susah nak di bunuh atau di bersihkan tau..lepas tu, senang pulak membiak sebab diorang boleh 'dibawa' melalui barang2 yang kita bawa dari tempat lain.
apa yang kita boleh buat adalah, kurangkannya, halang pembiakannya dan tingkatkan kebersihan sesuatu tempat serta tingkatkan sistem imun kita (sistem pertahanan badan).

so, macam mana nak kurangkan tungau kat rumah kita?

1. of course kene rajin bersihkan rumah. lap rumah dengan cecair antiseptik. walaupun antiseptik ni tak dapat jugak nak bunuh dia, sekurang-kurangnya diorang akan menempel kat kain basah tu dan boleh lah kita buang sekali kain2 tu...hehe

2. kurangkan peralatan yang boleh jadi tempat tinggal diorang contohnya karpet, tikar, anak patung, teddy bear.

3. pasang air cond kat rumah supaya udara lebih kering dan di filter. tempat yang lembab memang tempat kegemaran si tungau.

4. cuci karpet dan kasut selalu. bila di cuci, boleh kurangkan alergi pada kita. dan, kalau kita jemur karpet n kasut tadi di bawah terik matahari selama 3 jam, boleh membunuh tungau ni...
emm...boleh lah di bunuh...ingatkan kebal tak le mati..
kalau kita jemur je tapi tak cuci, tungau tu boleh mati tapi kesan alergi tu masih ada.
so, better cuci dulu..

kalau masih alergy jugak, cuci dengan air panas.air panas mendidih tu lebih baik sebab temperature tinggi bukan bunuh tungau je tapi boleh menghilangkan telur2 dia sekali.

5. selain membersihkan rumah dengan kerap, kita sendiri perlu tingkatkan sistem pertahanan tubuh kita jugak.
pilihan saya, SUSTAINED RELEASED VITAMIN C. vitamin C ni memang terkenal fungsinya untuk tingkatkan sistem imun.
memang sangat berkesan pada saya dan kebanyakkan orang di luar sana. saya bersin2 semula ni pun sebab saya miss vitamin saya beberapa hari.
sungguh!
tak tertahan dah bersin pagi2..sebab biasanya akan melarat sampai rasa tak lalu nak buat kerja. padahal banyak kerja menanti...
ini lah dia vitamin C nye...

sustained released vitamin c

selain vitamin C ni, ada lagi 1 vitamin untuk tingkatkan sistem pertahanan tubuh.
boleh di telan ketika demam, batuk dan selsema.
atau masa nak travel. sebab bila kita travel, kita terdedah dengan persekitaran yang tak sihat.
kalau nak makan saje2 pun boleh, tak de masalah.
nama nya NUTRIFERON.

nutriferon

dan, vitamin yang paling famous untuk alergi adalah ALFALFA COMPLEX.
alfalfa ni bersifat alkali dan anti kulat.
terbaik untuk mereka yang alergy.

alfalfa complex


itu lah kisah si tungau ni.
badan je kecik, tapi kalau dia ada, memang serabut! hihi..
tak kan nak biarkan tungau ni mengganggu aktiviti harian kita kan...





love, 
                       zura bahar 
--------------- 
kembali sihat bersama shaklee - visit: www.vitallyvitamin.com

8 MANFAAT UTAMA NUTRIFERON




1. 
MENGUKUHKAN SISTEM IMUN DALAM MASA 3 HARI.
ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia. kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkat secara keseluruhan sistem imun tubuh dengan mengerahkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T cells, B-cells and makrofag.

2. 
MELAWAN KANSER DAN TUMOR.
interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin melawan sel-sel tumor dan kanser. selain dari itu ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kemoterapi.

3. 
MELINDUNGI DARI INFLUENZA.
ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selsema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.

4. 
MERINGANKAN STRESS DAN KELESUAN.
meringankan kemudaratan yang di sebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.

5. 
MELAMBATKAN PENUAAN.
formula unik nutriferon merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman. justeru itu sel-sel akan menjadi lebih sihat.

6. 
MENGURANGKAN INFEKSI OLEH PESAKIT-PESAKIT HEPATITIS B & C
keberkesanan nutriferon dalam memerangi virus akan mengurangi infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntah dan lain-lain kepada pesakit-pesakit hepatitis B & C.

7. 
MENGURANGKAN SIMPTOM MENOPAUS.
hypertensi, tahap kolestrol yang tinggi, kitaran darah, dan masalah berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.

8. 
MENGURANGKAN SIMPTOM PMS.
terbukti secara klinikal mengurangkan simptom yang terjadi akibat ketidakseimbangan sistem endokrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payudara, masalah jerawat, kegelisahan, insomnia dan mood swing.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE!
untuk order dan pertanyaan,
sila add saya di fb saya, baizura bahar
atau email shaiful_baizura@yahoo.com
atau sms 016-5952771

NutriFeron™



Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima
Satu-satunya suplemen yang dicipta oleh pakar imun - Dr. Yasuhiko Kojima. 

Lebih daripada 40 Tahun Penyelidikan
Dr. Kojima berjaya mencipta NutriferonTM selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.  

NutriferonTM mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga safflower.  Boleh didapati secara eksklusif melalui Shaklee.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

sumber: www.shaklee.com.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
LOVE LIFE, LOVE SHAKLEE! 
untuk order dan pertanyaan, 
sila add saya di fb saya, baizura bahar 
atau email shaiful_baizura@yahoo.com 
atau sms 016-5952771